Puan Haida mengerling jam di dinding ruang tamunya. Jam sudah menunjukkan 11 malam namun kelibat Mellina belum jua muncul. Entah kemanalah dia, belum balik lagi.
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi pintu rumah dibuka. Mellina yang melihat ibunya masih duduk di ruang tamu itu, tidak menegur ibunya sebaliknya terus berlalu pergi ingin masuk ke bliknya.
"Jam berapa ni baru nak balik?". Puan Haida yang memulakan bicara. Dia tidak memandang ke arah Mellina, matanya ditujukan ke televisyen di hadapan walhal dia tidak berminat untuk menonton televisyen sebenarnya.
"Orang baru balik kerja, penat. Nak layan mak lagi". Jawab Mellina acuh tidak acuh. Dia ingin cepat-cepat masuk ke biliknya. "Mak jumpa ni kat tong sampah tadi. Ubat apa ni Mel?". Soal Puan Haida sambil menunjukkan sepapan tablet ubat yang kosong.
Mellina sedikit terkejut melihat Puan Haida boleh menjumpai ubat tersebut. Itu kan ubat untuk mengurangkan sel kanser yang dihidapinya. Puan Haida yang tadinya duduk di sofa kini berdiri berjalan menghampiri Mellina yang masih terkaku berdiri di muka pintu biliknya.
"Paracetamol jelah mak. Yang mak sibuk ni kenapa?". Soal Mellina. Mellina berdalih untuk menutupi hal sebenar. "Mak ni masih tahu baca Mel. Mak tahu ni bukan panadol biasa je. Kamu sakit apa sebenarnya?". Soal Puan Haida. Kali ini dia tidak mahu lagi berkasar dengan anaknya itu.
"Mak tengok pun sejak dua menjak ni kamu macam selalu sakit, kamu selalu ambil cuti. Kamu sakit kan? Kamu sakit apa, Mel? Cuba jujur dengan mak". Sambung Puan Haida merayu supaya Mellina ceritakan keadaan kesihatannya kepada dia. "Ish mak ni tak payah sibuk pasal Mel boleh tak? Semaklah". Jawab Mellina kasar. Dia menjeling ke arah Puan Haida. "Mel sihat je mak. Mak tak payah sibuk-sibuklah fikir Mel ek". Sambungnya lagi.
Dia sudah hendak masuk ke biliknya namun Puan Haida pantas menarik pergelangan tangan Mellina. "Mel jangan cuba nak tipu mak. Firasat mak ni kuat mengatakan Mel ada sorokkan sesuatu dari mak. Baik Mel cerita sekarang". Puan Haida mulai menaikkan suara ketika Mellina masih berkeras tidak mahu menceritakan hal sebenar.
"Mak! Lepaslah. Mak nak orang cakap apa?!". Nada suara Mellina juga mulai naik seoktaf. Dia cuba melepaskan tangannya dari genggaman tangan Puan Haida. "Mak! Lepaslah. Orang nak rehatlah. Penat tau tak?!". Akhirnya Mellina berjaya melepaskan genggaman tangan Puan Haida. Dia segera masuk ke biliknya dan seperti biasa, dia menghempas pintu biliknya walaupun Puan Haida berada di hadapan pintunya.
Puan Haida sudah lali dengan kebiasaan Mellina yang akan menghempas pintu setiap kali mereka bergaduh mulut. Puan Haida mengurut dadanya beberapa kali, memohon kesabaran dari yang Esa.
"Kamu kena tahu Mel. Kamu berusaha sejauh mana untuk sorok kebenaran, suatu hari mak akan tahu juga. Mak ni ibu kandung kamu. Mak yang lahirkan kamu. Mak tahu semuanya pasal kamu Mel. Firasat mak tak pernah salah ye, kamu kena ingat tu". Puan Haida sekadar berkata di luar pintu bilik Mellina.
Mellina yang di dalam pula sebenarnya mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Haida. Dia tidak mahu sebenarnya Puan Haida akan risau berlebihan terhadap dirinya jika Puan Haida mengetahui mengenai penyakitnya. Cukuplah hanya dia dan Tuhan saja yang tahu perjuangannya untuk kembali sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faiz melawat Farah setelah hampir 2 bulan juga dia tidak melawat kak iparnya itu. Kesibukan bekerja membuatkan dia tidak mempunyai masa terluang untuk melawat Farah. Dia juga sudah mulai rindu ke anak buahnya itu yakni Danish.
"Ni Faiz, jemput minum ya". Pelawa Farah sambil membawa sebuah dulang yang berisi air sirap dan kuih. "Terima kasih kak, buat susah-susah je". Jawab Faiz segan. Farah mengambil tempat duduk di hadapan Faiz. Mereka berdua duduk di meja di halaman rumah Farah.
"Acuuu!!". Kedengaran suara Danish dari dalam menjerit riang tatkala melihat kelibat Faiz. "Danish. Rindu acu tak?". Soal Faiz sambil memeluk anak buahnya itu. "Rindu". Jawab Danish dengan pelatnya. Farah pula sekadar tertaw melihat telatah mereka berdua. Andai saja Faiq begitu mesra dengan anak kandungnya itu...
"Ni acu ada bawakan Danish jajan. Suka tak?". "Syuka. Thank you acu". Ucap si cilik sambil tersenyum girang. Bahagia sekali dia bila dibawakan jajan oleh Faiz. "Ok Danish, masuk dalam ya. Simpan jajan tu". Arah Farah pula. Danish sekadar mengangguk dan berlari masuk ke rumah.
"Akak sihat ke?". Soal Faiz memulakan bicara. "Sihat alhamdulillah. Faiz pula macam mana?". Soal Farah pula. "Faiz pun sihat je, kak. Akak..boleh ke kalau Faiz nak tanya something?". Soal Faiz perlahan. "Boleh je, apa dia tu Faiz?".
"Akak pregnant ke?". Soal Faiz. Dia segan untuk bertanya sebenarnya tapi dia tidak dapat menahan diri dari bertanya. Sejak tadi lagi dia ternampak perut Farah yang sedikit buncit. Farah menguntum senyum sebelum berkata, "Alhamdulillah, ya akak pregnant. Dah 4 bulan dah pun".
"Alhamdulillah kak, syukur rezeki Allah bagi. Ni abang Faiq tau tak?". Soal Faiz lagi. Farah yang tadinya tersenyum kini kembali sugul wajahnya. "Belum tahu lagi". Jawabnya sambil menggelengkan kepalanya.
"Abang tak tau lagi? Akak tak bagitau abang ke?". Soal Faiz bertalu-talu. "Akak dah cuba bagitau. Akak ada whatsapp abang, pujuk suruh dia balik, tapi dia tak reply pun. Mungkin dia tengah terlalu bahagia dengan wife dia agaknya". Luah Riana seraya mengeluh.
"Ish abang ni, memang nak kenalah. Kak Farah ni pun isteri abang, abang sepatutnya kenalah berlaku adil. Ni, diabaikan pula Kak Farah. Tunggulah dia nanti". Ujar Faiz emosi. Tangan kirinya sudah digenggam. Kalaulah abangnya ada di hadapan, memang penumbuk ni sudah sampai ke muka abangnya itu.
"Tak apalah Faiz. Akak faham, abang busy kerja. Tambah pula dia dah ada isteri lain. Cuma akak tertanya juga, isteri dia tu tau tak kalau abang Faiq sebenarnya dah kahwin?". Soal Farah meluahkan isi otaknya. Faiz memandang wajah Farah beberapa saat.
"Dia tahu atau tak, dia tetap perampas. Faiz akan pastikan, dia akan tahu juga pasal ni". Jawab Faiz sambil di matanya kelihatan api kemarahan dan kebencian terhadap Riana. "Faiz nak buat apa? Tak payah nak keruhkan keadaan, Faiz". Tegah Farah. Dia risau juga sekiranya Faiz melakukan sesuatu yang di luar kawalan.
"Akak tak payah risau. Faiz takkan buat benda gila lagi. Tapi Faiz akan pastikan abang menyesal sebab dah buat semua ni. Termasuk perempuan tu sekali". Jawab Faiz. Farah mulai tidak sedap hati. Faiz kelihatan lain hari ini. Seperti sedang memendam perasaan tidak puas hati yang begitu dalam.
"Lusa, Faiz jemput akak". Putus Faiz membuatkan Farah terpinga-pinga. "Ha? Kita nak pergi mana?". Soal Farah bingung. "Faiz cuma nak ajak Danish jalan-jalan je. Termasuk akak sekali". Jawab Faiz lagi. Farah lagilah bertambah bingung. Tak pernah lagi Faiz mengajaknya atau Danish keluar berjalan. Ini kenapa tiba-tiba? Apa yang tak kena dengan Faiz?
Farah sekadar mengangguk lambat. Dia tidak pasti apa yang tidak kena dengan adik iparnya itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana membaringkan dirinya di atas tilam. Terasa penat beberapa hari ini menguruskan keluarga Faiq. Lebih penat daripada bekerja. Namun dia tidak pernah menyesal atau merungut kerana menjaga Puan Yasmin, semuanya dilakukan atas kerelaannya sendiri.
Tidak beberapa lama telefon bimbitnya berdering dan ternyata panggilan telefon daripada Adya rupanya. "Hello. Apa khabarmu di sana? Lama sudah tak berjumpa". Seloroh Adya menggunakan lirik lagu. Riana hanya menggelengkan kepalanya sebelum menjawab, "Baik je. Kau? Semenjak dah ada kekasih hati, jarang nak contact aku eh".
"Mana ada. Aku busy kerjalah. Duit lebih menarik daripada kekasih hati hahaha gurau je". Jawab Adya sambil ketawa terbahak-bahak. "Aku sihat je. Busy kerja tu jarang call kau. Kita pun dah lama tak jumpa kan?". Sambung Adya lagi. "Hmm betul tu. Rindu dengan kau". Jawab Riana lagi. "Aiseymen! Kemain kai nak rindu bagai. Apa cerita sekarang semenjak jadi full housewife ni?". Soal Adya. Memang semenjak Riana jadi suri rumah sepenuh masa ini, mereka jarang berjumpa. Adya pula sibuk bekerja, Riana tidaklah begitu sibuk namun itulah.
"Okey-okey je weh. Ni aku kat rumah mertua aku. Jaga mak mertua aku, baru jatuh toilet hari tu". Cerita Riana. "Jatuh? Teruk ke? Macam mana keadaan dia sekarang?" Soal Adya bertubi-tubi. "Dah okey dah sekarang. Hari tu bengkaklah juga kakinya, sekarang dah surut sikit. Dah boleh berjalan macam biasa lagi. Lagi tiga atau empat hari lagi, aku baliklah rumah lagi". Sambung Riana lagi.
"Alhamdulillah kalau tak teruk sangat". Jawab Adya. "Eh kau asyik tanya pasal aku, kau apa cerita? Macam mana dengan si dia tu?". Soal Riana pula. Dia tertanya-tanya juga mengenai hubungan Adya dan Zariff.
"Hmm macam tulah. Okey je kot". Jawab Adya acuh tak acuh. Kedengaran dia mengeluh di hujung katanya. "Okey je kot? Kenapa ni weh? Cuba cerita". Riana cuba menelusuri isi hati sahabatnya itu. "Aku dengan Zariff okey jem Zariff tu pum baik sangat. Dahlah baik, handsome pula tu, memang jejaka idaman Malayalah. Tapi...". Ujar Adya dengan nada suara meleret.
"Tapi apa?". Soal Riana. "Aku rasa aku ni macam tak layak untuk Zariff. Zariff tu terlalu sempurna dan jauh sangat beza dengan aku". Luah Adya. "Hari tu, dia bawa aku jumpa parents dia. Parents dia memang baik, i admit it. Tapi bila aku tengok keadaan rumah dia, tengok parents dia, aku rasa kerdil sangat. Aku rasa terlalu banyak kekurangan aku ni". Sambung Adya lagi.
"Sejak bila Adya yang aku kenal ni low confident? Adya yang aku kenal semangat juang yang kental tau. Tak pernah give up". Jawab Riana pula. "Kau janglah rasa macam tu. Kau sendiri cakap, Zariff tu baik, family dia pun baik, lepastu apa yang kau nak risaukan?". Sambung Riana lagi.
"Kau tak boleh mengalah sebab hal remeh ni Adya. Ya kita semua tahu, Zariff tu asal usul famili berada tapi kau jangan jadikan status tu sebagai penghalang hubungan korang". Riana sambung membebel lagi. "Aku nak tanya, kau sayang Zariff tak?". Soal Riana pula.
"Jujur, aku dah mula sayang dia. Ada masanya aku takut kehilangan dia walaupun kami berdua belum declare apa-apa lagi. Dia memang baik Riana. Kalau kau tau macam mana baiknya dia, romantisnya dia, kau mesti tau kenapa aku mula sayangkan dia". Jawab Adya.
"Nah, kau sendiri dah ada jawapannya. Lepas tu kau sibuk fikirkan pasal status dia. Kau yakinkan je hati kau, Adya. Aku yakin dia memang yang terbaik untuk kau. Kau doakan jela yang terbaik, semoga Allah lindungi hubungan kalian sampai ke Halal". Nasihat Riana. Dia cuba untuk memujuk hati Adya yang kelihatannya sedikit goyah itu.
"Aku cuba ye Riana. Dia sebenarnya ada rancang nak masuk meminang aku dalam masa terdekat ni tapi aku masih tak sedia lagi. Aku jadi overthinking". Luah Adya lagi. "Hai kau ni. Aku dah kata kan yakinkan hati kau. Kalau kau masih ragu, buatlah istikharah. Macam mana pun kita tetap kena kembali kepada Pencipta kita". Nasihat Riana.
"Terima kasih Riana untuk nasihat kau. Kau memang sahabat terbaik aku. Sedih aku jadinya". Ucap Adya. Kalau di depan mata, sudah pasti dipeluknya Riana tu. "Ala, small matter je. Aku cuma nak kau bahagia. Benda bahagia kita kena hadap sama-sama". Jawab Riana pula.
"Eh dah lah tu asyik cerita pasal aku. Nak dengar cerita kau pulak". Sambung Adya. Suaranya kembali ceria. "Cerita pasal aku? Tak ada apa yang menarik pasal aku pun. Gitu-gitu je kehidupan aku seharian sebagai seorang isteri". Jawab Riana.
"Dulu kau pernah cerita adik ipar kau macam tak suka dengan kau kan? Macam mana dia sekarang? Dah boleh terima kau?". Soal Adya. Riana memang pernah menceritakan mengenai sikap dingin Faiz. "Oh dia. Masih sama je. Masih dingin. Aku tak taulah apa salah aku ke dia". Jawab Riana dengan wajah sugulnya.
"Paling teruk beberapa hari lepas dia ada cakap aku ni perampas. Bila aku tanya dia aku ni perampas tang mana, dia taknak jawab. Tak faham aku dengan dia tu". Sambung Riana lagi.
"Lepas tu? Kau ada tanya Faiq tak?". Soal Adya. "Ada. Kata Faiq, Faiz tu susah move on. Dia masih tak move on dengan Faiq dan girlfriend zaman sekolah dia. Tak taulah aku, stres pulak bila fikir pasal dia". Sambung Riana sambil mengeluh
"Kau yakin ke dengan jawapan Faiq tu? Aku bukan apa tau, bukan nak burukkan Faiq tapi mustahil adik ipar kau tu tak move on untuk benda yang dah terlalu basi gitu. Cerita lama kot, zaman cinta monyet". Adya mula mengeluarkan teorinya.
"Hmm tak taulah Adya. Tapi aku yakin, Faiq takkan tipu aku. Mungkin memang adik dia macam tu". Jawab Riana menafikan kenyataan Adya itu. Dia yakin itu.
Share this novel