Bab duapuluhempat

Drama Completed 7961

Riana menikmati makan tengahari bersama Adya pada hari itu. Dia menceritakan kejadian semalam kepada Adya. Adya sendiri terkejut mendengar cerita Riana itu. Bahkan video orang ramai semalam mulai tular di sosial media. Kini, Faiq dalam buruan polis.

"Aku tak sangkalah Faiq sanggup buat macam tu. Faiz tu adik dia kot. Kot ya pun marah, jangan guna kekerasan". Ujar Adya. "Aku pun tak sangka Faiq buat semua ni. Aku tak fahamlah apa jadi dengan dia. Keluh Riana.

"Kau dah lama tak contact Faiq ke?". Soal Adya menduga. "Lama. Last aku jumpa dia pun 2 minggu lepas masa dia datang mengejut ke office hari tu. Lepas dari tu, aku tak pernah jumpa atau contact dia lagi". Jawab Riana seadanya.

"Lepas Faiq bercerai dengan kau, Faiq banyak buat kerja gila aku tengok. Yelah hari tu, dia datang sini nak jumpa kau, siap bawa bouquet lagi, sekarang? Cederakan adik sendiri pula". Jawab Adya.

"Entahlah, Adya. Aku pun tak faham apa dah jadi dengan Faiq. Faiq yang aku kenal bukan macam ni. Dia sentiasa boleh bersabar dan tak ikut emosi sangat. Tapi sekarang ni...tak tahulah Dya". Luah Riana penuh kesal.

"Aku rasa mungkin ada kaitannya dengan penceraian you all. Mungkin dia masih belum boleh move on dan tekad buat sesuatu di luar kewarasan dia?". Ujar Adya penuh berhati-hati bimbang Riana terasa hati.

Riana hanya mendiamkan diri sahaja. Cuba mencerna kata-kata Adya itu. Lantas, dia mengajak Adya berlalu pergi dari situ kerana waktu rehat mereka sudah hampir tamat.

Baru sahaja Riana dan Adya ingin melangkah berjalan menuju ke pejabat mereka, tidak jauh dari mereka ada sebuah Vellfire putih berhenti dan pintu belakangnya terbuka.

Turun seorang wanita lingkungan 50-an dari Vellfire itu. Namun baru saja hendak turun, wanita tersebut mulai terduduk di atas jalan. Dia memegang kepalanya.

Kepalanya terasa berat dan dunianya terasa berpusing-pusing. Pemandu peribadinya segera turun bagi membantu wanita tersebut. Namun langkah kaki Riana lebih pantas dan membantu wanita tadi untuk bangun.

Wanita tadi perlahan-lahan bangun sambil dibantu oleh Riana. Sebelah tangannya dia masih memegang kepalanya yang terasa berat itu.

Riana membawa wanita tersebut duduk di sebuah kerusi di restoran tempat dia dan Adya menjamu selera tadi. Riana lantas menghulurkan sebotol minuman mineral kepada wanita tersebut.

"Aunty okey tak? Ada apa-apa yang boleh saya tolong lagi?". Soal Riana yang bersedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. Adya hanya berdiri di tepi melihat gelagat Riana yang membantu wanita tersebut. Riana, Riana..memang gemar dia membantu orang yang dalam kesusahan.

"Aunty okey dah. Pening kepala sikit, not enough rest maybe. Thank you sebab tolong aunty ya?". Ucap wanita itu yang merupakan Puan Sri Ainnur, ibu kepada Daim.

"Small matter je. Saya risau je apa-apa serious jadi pada aunty. Syukurlah kalau aunty dah lega sikit sekarang". Jawab Riana sambil menghulurkan senyuman.

"Thanks again. Aunty ingat nak pergi bakery hujung sana tu. Baru je turun kereta dah pening macam ni pula. Nasib baik ada you tolong aunty tadi. Siapa nama you ya?". Soal Puan Sri Ainnur.

"Nama saya Riana aunty. Ni aunty sure dah okey ke? Nak saya tolong hantar aunty pergi sana ke?". Soal Riana untuk memastikan keadaan Puan Sri Ainnur baik-baik sahaja.

"Riana. Sedap nama, secantik orangnya dan sebaik hatinya juga. Aunty dah okey dah, don't worry okey? Thanks a lot for you help". Ucap Puan Sri Ainnur sambil tersenyum.

Riana tersipu malu tatkala dipuji sebegitu oleh Puan Sri Ainnur. Dia tahu benar bahawa wanita ini pasti orang berada jika dilihat dari jenis keretanya dan dari gaya pemakaiannya yang kelihatan elegan.

"Okey aunty, kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu ya aunty? Nak masuk kerja dah. Aunty jaga diri baik-baik ya". Ucap Riana bersama senyuman lantas berlalu pergi dari situ.

Puan Sri Ainnur hanya menghantar kelibat Riana dengan pandangan matanya. Tidak tahu mengapa, dia merasa tenang bersama Riana walaupun ini kali pertama dia berjumpa dengan Riana. Hatinya dapat merasakan Riana adalah orang yang baik serta sesuai jika dipadankan dengan Daim memandangkan Daim sekarang telah pun putus dengan Mellina.

Dia tidak menyangka Mellina tergamak menipu anaknya sehingga begitu. Padahal awalnya dia sudah bersetuju jika Daim ingin berkahwin dengan Mellina, namun lain pula ceritanya sekarang.

Puan Sri Ainnur cepat-cepat mematikan lamunannya. Dia tidak boleh begitu cepat berangan akan hal itu. Dia sendiri belum mengenali siapa Riana. Kalau dia isteri orang bagaimana?

Puan Sri Ainnur lantas bangun dari situ ketika merasa sedikit lega. Dia naik semula ke kereta dan menyuruh pemandu peribadinya menghantar semula ke rumah. Tak jadi dia hendak ke bakeri tersebut. Dia ingin berehat sahaja di rumah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mellina dan Khaleel menikmati makan tengahari di kafe estetik itu. Hubungan mereka semakin rapat sejak kebelakangan ini. Jika Mellina menghadiri temujanji di hospital, Khaleel juga akan turut serta untuk menemani Mellina. Walaupun sibuk, dia akan mencari masa buat Mellina.

"Khaleel, saya nak ucapkan terima kasih sebab awak sentiasa ada untuk saya. Awak jadi peneman saya untuk saya hadap sakit ni". Ucap Mellina ketika sudah selesai makan.

"Sama sama kasih Mel. Saya kan dah janji dengan awak saya akan sentiasa ada dengan awak. Kalau awak perlukan saya, saya akan sentiasa ada untuk awak sebab saya nak awak tahu yang awak tak lonely dalam perjuangan ni". Jawab Khaleel lembut bersama senyuman manis dan lesung pipitnya.

"But sorry if I ask, bila awak nak bagi tahu your mom about this? She still don't know right?". Soal Khaleel penuh berhati-hati. Riak wajah Mellina berubah sedikit sugul ketika mendengar soalan Khaleel itu.

"Khaleel...awak pun tahu my mom tak sayangkan saya. Kalau saya balik rumah je, dia mesti marah-marah saya. Kalau saya bagi tau dia pasal sakit saya, awak rasa dia akan kisah ke?". Soal Mellina kembali. Dia tahu Puan Haida bukannya begitu sayangkan dia pun.

"Mel, mak awak sayangkan awak cuma mungkin dia tak tunjukkan. Percayalan cakap saya ni, mak awak sayangkan awak sebab awak je anak dia satu-satunya. Awak kena cerita dekat dia about your disease, sebab ni perkara besar, Mel". Nasihat Khaleel dengan harapan hati Mellina akan lembut untuk bercerita kepada ibunya.

Mellina hanya mendiamkan diri sahaja. Malas pula terasa untuk membahas mengenai perkara ini secara lebih lanjut.

Dalam diam ada sepasang mata yang sedang memerhati gelagat mereka berdua. Sedari tadi, Daim memerhati mereka berdua dari kejauhan. Kebetulan, pada waktu itu Daim pun makan tengahari di kafe yang sama lalu dia terperasankan kelibat Mellina bersama seorang lelaki.

Daim lantas bangun dan menghampiri meja mereka berdua. "Wah Mellina. Cepat eh you jumpa pengganti baru?". Tegur Daim membuatkan Mellina tersentak dengan kehadirannya disitu.

"Apa you cakap ni Daim? Dia kawan I lah!". Mellina menafikan kata-kata Daim itu. "Oh kawan? Lepas tu apa? You nak kikis harta dia dalam diamlah kan? Macam yang you buat ke I dulu?". Soal Daim sinis.

"You cakap elok sikit! Jangan nak kurang ajar!". Bidas Mellina geram. "Rilex bro. I memang kawan Mellina je. Jangan buat onar kat sini, kita bincang elok-elok". Khaleel cuba menenangkan keadaan. Beberapa pasang mata juga mulai tertumpu ke arah mereka.

"Bincang apa? Perempuan ni kaki kikis. I dah kena dengan dia. Kau hati-hatilah". Ujar Daim sengaja untuk menyakitkan hati Mellina. Tidak semena-mena satu tamparan hinggap di pipi kanan Daim. Tamparan yang diberikan oleh Mellina.

"Enough Daim! Cukuplah you malukan I! I dah minta maaf pun before this tapi you insist nak malukan I macam ni. You dah melampau tau tak?! Jangan sampai one day you yang dimalukan macam ni Daim!". Bidas Mellina lantas terus berlalu pergi keluar dari kafe tersebut.

Khaleel memandang sekejap wajah Daim yang mulai memerah itu. Dia lantas berlalri anak mengejar Mellina yang sudah di luar. Daim juga segera berlalu pergi dengan perasaan sebal bercampur malu.

"Mellina, tunggu!". Jerit Khaleel disebabkan langkah kaki Mellina yang laju melangkah. Dia lantas mencapai tangan Mellina dan menyuruhnya berhenti. Mellina sudah menangis teresak-esak.

"Siapa tadi tu? Kenapa dia biadab sangat?". Soal Khaleel tidak berpuas hati. "Dia ex boyfriend saya. Panjang sangat ceritanya. Saya tak tahu kenapa dia kena malukan saya sampai macam ni? Saya malu sangat". Cerita Mellina bersama sisa tangisannya.

"Macam manalah awak boleh kenal dengan orang toxic macam tu. Okey dah, shh. Lagi malu orang tengok awak menangis macam ni. Orang ingat kita gaduh pulak". Pujuk Khaleel. Nak dipeluk tak boleh, mampu pujuk sajalah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana berjalan keluar dari pejabatnya menuju ke keretanya yang diparkir di belakang bangunan pejabatnya. Hari ini dia pulang seorang diri kerana Adya menghadiri training yang dianjurkan oleh syarikatnya di Terengganu.

Selepas bercerai, Riana tinggal semula bersama Adya. Ikutkan dia mahu tinggal di rumah ibu bapanya kerana tidak mahu menyusahkan Adya namun bila difikirkan semula dia malaslah sekiranya ibu bapanya nanti akan membebel mengenai perkara yang tidak digemari olehnya.

Beberapa tapak saja lagi sebelum sampai ke keretanya, tangannya tiba-tiba ditarik olen seseorang dari arah lorong belakang bangunan. Riana menjerit kecil namun pantas mulutnya ditekup oleh orang tadi.

"Diam! Ni abang ni. Tolong jangan jerit macam ni". Tegah Faiq sambil melepaskan tekupan tangannya di mulut Riana. "Apa awak ni?! Mestilah saya jerit, dah awak tarik tangan saya gitu mestilah saya terkejut!". Marah Riana.

"Ya saya minta maaf sebab dah buat awak terkejut. Saya cuma nak minta tolong awak. Tolong selamatkan saya. Saya takut sangat sekarang ni". Rayu Faiq.

Riana melihat penampilan Faiq dari atas ke bawah. Faiq mengenakan seluar dan hoodie berwarna hitam serta mengenakan pelitup muka berwarna hitam juga. Dia yakin, Faiq sedang cuba melarikan diri daripada pihak polis.

"Macam mana saya nak tolong awak kalau awak yang buat salah tu? Saya tak nak bersubahat dengan awak". Jawab Riana. "Saya tak sengaja nak cederakan Faiz malam tu. Ya saya mengaku saya terlalu ikutkan emosi tapi saya tak berniat pun sampai ke tahap tu. Saya cuma nak bagi Faiz rasa sakit hati macam yang saya rasa.". Luah Faiq.

"Awak je boleh tolong saya sekarang ni. Saya tak nak kena tangkap dengan polis. Saya takut sangat, tolong saya awak". Rayu Faiq lagi. "Tapi awak pun tahu video bukti awak yang cucuk Faiz malam tu dah viral. Awak tak boleh lari lagi macam ni. Kalau betul awak memang tak sengaja, awak cerita ke polis". Jawab Riana.

"Cerita ke polis? Awak suruh saya serah diri ke?". Soal Faiq dengan nada agak tinggi. "Ya sebab tak ada jalan lain lagi sekarang ni. Saya pun tak tahu nak tolong awak macam mana". Jawab Riana lagi.

"Tak mungkin saya nak serah diri macam tu je! Saya tak nak kena penjara. Saya tak sengaja buat macam tu!". Marah Faiq pula. Dia menyangkakan Riana akan membantunya namun sebaliknya pula terjadi.

"Awak tak kesian ke tengok saya macam ni? Macam pelarian. Saya dah tak ada apa-apa, Riana". Rayu Faiq lagi meminta simpati Riana.

"Saya minta maaf, saya memang tak boleh tolong awak. Saya tak nak bersubahat dengan awak. Saya tahu awak baik Faiq. Macam saya cakap tadi, kalau awak tak sengaja awak cerita je ke polis semuanya. Awak terus terang. Insha Allah tak ada hukuman yang berat untuk awak". Nasihat Riana lagi berharap Faiq akan berlembut hati untuk menyerah diri saja.

"Tak akan semudah itu untuk saya menyerah macam tu je. Tak apalah kalau awak tak nak tolong saya! Tapi awak jangan menyesal kalau ada apa-apa jadi ke saya nanti". Sempat lagi Faiq mengugut di hujung bicaranya sebelum dia melarikan diri menuju ke lorong meninggalkan Riana.

Riana menggelengkan kepalanya melihat sikap Faiq. Seharusnya Faiq tidak boleh bersikap begini. Berani buat, berani tanggung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience