Hujung minggu sebegini dimanfaatkan oleh Riana untuk merehatkan diri dan minda di rumah. Sudah hampir seminggu sejak dia tidur di bilik tetamu. Sejak pertelingkahannya dengan Daim malam itu, dia tidak lagi tidur sebilik bersama Daim.
Ketika berselisih pun mereka berdua tidak bertegur. Seorang pandang ke kiri, seorang lagi pandang ke kanan. Masing-masing hanya membuat haluan mereka.
Riana keluar dari bilik tetamunya tatkala menyedari Daim tidak berada di rumah. Entah ke mana dia pergi pun, Riana sendiri tidak pasti. Riana menuruni tangga menuju ke ruang tamu.
Dia melihat ibu mertuanya, Puan Sri Ainnur sedang ralit membaca buku ilmiahnya. Riana berniat hendak menemani Puan Sri Ainnur sambil berbual bersamanya.
"Ma, baca buku apa tu?". Sapa Riana berbasa basi. Puan Sri Ainnur yang menyedari kehadiran Riana di situ, lantas menguntum senyuman buat menantunya itu.
"Buku tentang kehidupan dan agama, Riana. Biasalah di usia mama macam ni memang kena lebih faham dan mendekati diri kepada Tuhan. Siapa tahu, ajal maut dah mendekat, adalah juga amalan yang boleh mama bawa". Jelas Puan Sri Ainnur panjang lebar.
"Usia ni tak mengira tua saja ma. Yang muda pun kadang boleh pergi dulu. Ma..macam mana dengan progress treatment mama? Everything's okay?". Soal Riana.
Wajah Puan Sri Ainnur yang tadinya tersenyum kini sugul mengenangkan mengenai penyakitnya. "Riana, macam yang Riana tahu, Mama dapat detect cancer ni pun lambat. Jadi actually treatment tu tak menyembuhkan mama pun. Actually, sel kanser mama dah mula merebak ke organ berdekatan. Cuma Riana je yang tahu pasal ni. Mama tak nak bagi tahu papa dan Daim. Tak nak dia orang susah hati since dia orang pun ada masalah tersendiri". Jelas Puan Sri Ainnur mengenai perkembangan kesihatannya.
"Tapi mama kuat sangat. Riana tak nampak pun mama lemah selama Riana kenal dengan mama. Ma, macam mana pun mama kena bagi tahu dia orang. Dia orang tu orang paling dekat dengan mama tau". Nasihat Riana.
"Ya, but not now. Mama akan cuba lawan sakit ni, mama akan cuba semangatkan diri untuk kuat selagi mama mampu. Riana tolong doakan je ya?". Jawab Puan Sri Ainnur dan dibalas anggukan oleh Riana. Dia tidak pernah putus menghulurkan doa buat kesihatan ibu mertuanya itu.
"Oh ya, mama sebenarnya ada benda nak tanya kamu ni, Riana". Soal Puan Sri Ainnur bernada serius. "Apa tu, ma?".
"Kenapa lately ni mama tengok Riana selalu keluar daripada guest room? Riana tidur situ ke? Tak tidur dengan Daim?". Soal Puan Sri Ainnur. Riana sudah menelan air liurnya. Alamak! Mama perasan ke rupanya?
"Oh...ya ma. Riana tidur dekat guest room. Riana sejuk sangat duduk dalam bilik Daim tu. Nak kecilkan aircond, risau Daim pula tak selesa" Dalih Riana cuba menutupi situasi sebenar yang terjadi.
"Alah Riana ni pun! Kalau sejuk, mintalah Daim peluk. Lagi boleh mengeratkan hubungan betul tak?". Usik Puan Sri Ainnur membuatkan wajah Riana memerah. Ada saja ibu mertuanya ini!
"Tapi sebenarnya boleh je kamu bagitau pada Daim, kamu nak kecilkan aircond. Daim macam mana pun mesti kena beralah. Tak perlu pun sampai berpisah bilik macam ni. Tak baik tau". Nasihat Puan Sri Ainnur kembali serius.
Riana hanya mengangguk, memahami akan nasihat Puan Sri Ainnur. Andai saja Puan Sri Ainnur tahu akan hal sebenar mengenai hubungannya dengan Daim.
"Ha lagi satu mama nak tanya juga ni. Daim ada cerita ke Riana yang dia dah jumpa siapa yang cuba nak malukan dia?". Soal Puan Sri Ainnur menukar topik perbualan.
"Tak ada pula ma. Siapa orangnya ma?". Soal Riana sambil mengerutkan dahinya. "Haih Daim ni pun, hal penting macam ni pun tak beritahu pada isteri dia. Orangnya rupanya bekas kekasih Daim, Mellina". Jawab Puan Sri Ainnur bernada kesal.
Riana hanya mengerutkan dahinya tatkala mendengar kata-kata Puan Sri Ainnur itu. "Oh by the way, Mellina tu dulu girlfriend Daim. Lama dia orang on relay tapi tiba-tiba putus". Cerita Puan Sri Ainnur.
"Kenapa putus, ma?". Soal Riana. "Katanya Mel tipu Daim about her background. I am not really sure about that. Tapi mama memang tak expect dia yang buat semua ni sebab mama tengok dia tu baik, sopan santun, lemah lembut orangnya". Ujar Puan Sri Ainnur.
"Daim ada buat report police tak, ma? Sebab ni termasuk pencemaran nama baik Daim juga kan". Soal Riana. "Belum lagi. Daim kata dia nak settlekan sendiri hal ini. Mama tak fahamlah Daim tu. Harapnya dia bolehlah cepat-cepat settlekan masalah ni dengan Mellina". Jawab Puan Sri Ainnur.
"Mellina tu ada dendam apa-apa ke dengan Daim sampai dia buat macam tu?". Soal Riana lagi. "Mama tak pastilah, Riana. Mungkin Daim ada lukakan hati Mellina ke dulu, manalah kita tahu kan. Daim tu pun kadang tak sensitif dengan perasaan orang". Jawab Puan Sri Ainnur seadanya.
Riana kembali menganggukkan kepala bak burung belatuk. Dia tidak pernah tahu pun mengenai hubungan Daim dengan Mellina. Dia pun langsung tidak pernah mengambil tahu tentang kisah hidup Daim. Baginya dia tidak perlu tahu tentang itu semua.
Tapi Riana agak musykil kerana Daim tidak mahu membuat laporan polis mengenai hal ini. Adakah kerana dia bekas kekasihnya lantas Daim keberatan untuk melibatkan pihak tertentu dalam masalah ini.
Entahlah, Riana sendiri pun tidak ada jawapan yang tepat untuk persoalan itu. Tunggu saja nanti. Riana pasti akan persoalkan perkara ini kepadanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana sedang berbaring santai di atas katilnya sambil melihat sosial medianya. Sudah larut malam namun matanya masih segar lagi. Tidak lama kemudian, pintu biliknya terbuka daripada luar dan muncul Daim di muka pintu.
"Jom tidur kat bilik aku. Sampai bila kau nak tidur sini? Aku tak nak mama syak apa-apa nanti". Arah Daim sambil memandang ke arah Riana. "Tak nak. Saya nak tidur sini je, lebih tenang". Jawab Riana acuh tidak acuh.
"Oh kau nak kata bilik aku ni buat kau tak tenang ke? Ke sebab ada aku? Kau rasa tak tenang? Yelah sebab skandal kau lebih menenangkan kau kan?". Sindir Daim lagi membuatkan Riana panas telinga jadinya.
"Awak ni kalau tak cari pasal memang tak sah eh? Tak habis-habis nak sindir saya!". Bidas Riana sebal. Sakit pula jiwanya mendengar sindiran Daim yang secara terus menerus.
"Habis tu kenapa tak nak masuk bilik aku? Ke sebab kau nak on the phone dengan skandal kau tu?". Soal Daim lagi berbaur sindiran.
"Cukuplah awak. Tak habis-habis dengan tuduhan melulu awak tu. Sekarang saya pula nak tanya, kenapa awak tak nak buat report polis lepas awak tahu siapa yang cuba aniaya awak?". Soal Riana balik.
Daim kelihatan agak tersentak mendengar persoalan Riana itu. Setahunya dia tidak memberitahu Riana lagi mengenai perkara itu. Dia mengagak mungkin ini daripada mamanya.
"Sebab aku nak settlekan hal ni personally. Tak perlu libatkan police pun". Jawab Daim ringkas. "Oh tak nak libatkan police? Ke sebab awak masih ada perasaan ke dia since dia tu ex girlfriend awak, hm?". Giliran Riana pula menyindir Daim.
"Kau jangan fikir bukan-bukan eh. Aku cuma tak nak libatkan polis sebab aku tak nak sampai dia kena apa-apa tindakan undang-undang. Dia tu dahlah orang miskin, nanti kalau kena tahan polis, susah juga kat dia". Jawab Daim.
"Banyak alasanlah awak ni. Cakap jela awak masih suka dia kan? Ha awak mesti tak suka bila saya cakap macam ni kan? Samalah macam saya. Panas tau telinga saya ni tak habis-habis nak dengar tuduhan tak berasas awak tu". Jawab Riana dengan penuh yakin.
"Dahlah sekarang ni saya dah penat sangat, saya nak rest. Saya minta awak tolong keluar dari bilik ni dan biarkan saya rehat, okey? Selamat malam". Ucap Riana sambil menolak lembut Daim keluar daripada biliknya.
"Apa ni? Aku tak habis cakap lagilah". Ujar Daim dan tidak dibalas apa-apa oleh Riana. Riana terus menutup pintunya dan mengunci pintu biliknya. Barulah tenang sikit dia terasa bila Daim sudah tiada di situ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mellina duduk di sofa ruang tamunya sambil termenung memerhati siling rumah sewanya itu. Kepalanya terasa berat sejak tengahari tadi. Ubat-ubatan pun telah ditelan, namun sakit belum berkurang.
Sambil melayan rasa sakit kepala, Mellina sempat lagi tersenyum sinis mengenang kembali semua rancangannya yang dirancang untuk mengenakan Daim.
Semua ini pun berkat pertolongan Sally dan 'anak-anak buah'nya. Cuma sekarang yang membelenggunya adalah soal pembayaran sebanyak 10 ribu kepada Sally. Sehingga kini, Mellina hanya mampu membayar 3 ribu sahaja kepada Sally. Selebihnya dia masih berhutang dengan Sally.
Hampir setiap hari Sally akan menelefon Mellina dan bertanya soal duitnya itu. Mellina hanya mampu menjanjikan dua atau tiga bulan lagi semua hutangnya akan dilunaskan.
Mellina tiba-tiba teringatkan Khaleel. Apa dia pinjam saja duit Khaleel memandangkan gaji Khaleel pun mantap. Mellina pun lantas mengambil iPhonenya dan mendail nombor Khaleel.
Sudah agak lama sebenarnya dia tidak berhubung dengan Khaleel sejak dia keluar dari apartment milik Khaleel. Khaleel sendiri tidak pernah menghubunginya sejak tempoh itu.
Agak lama juga panggilan berdering sebelum akhirnya dijawab oleh Khaleel. "Hello, Khaleel. Awak busy ke tu? Sorry lama tak call awak". Sapa Mellina lembut.
"Tak busy pun. Tak apalah, saya faham awak bukannya sudi nak berkawan dengan saya". Jawab Khaleel dingin. "Eh bukan macam tu. Saya busy lately ni. Sorry sebab dah keluar dari rumah awak macam tu je". Jawab Mellina.
"It's okaylah Mel. Ada apa awak call saya ni?". Soal Khaleel dingin. Dia sepertinya malas mahu menjawab panggilan Mellina. "Tak...Saya cuma nak minta tolong awak sikit. Itu pun kalau awak tak keberatan". Pinta Mellina.
"Apa dia tu?". "Awak ada agak-agak dalam 5 ribu tak? Kalau ada saya nak pinjam boleh? Saya janji, setiap bulan saya akan bayar secara ansuran". Soal Mellina teragak-agak.
"5 ribu? Banyak tu. Awak nak buat apa?". Soal Khaleel. "Saya baru sedar yang saya sepatutnya buat treatment untuk sakit saya ni. Jadi saya perlukan sedikit cost untuk start treatment. Awak kan doctor, awak mesti tahu cost treatment cancer sekarang berapa". Dalih Mellina.
"Baguslah kalau awak dah sedar. Tapi betul ke duit tu untuk buat treatment awak dan bukan benda yang lain?". Soal Khaleel seolah-olah meragui Mellina. "Betullah. Takkan saya nak tipu awak pula kan? Kalau awak tak nak bagi pinjam pun tak apa, saya cuba nasib je ni". Jawab Mellina.
"Okey saya boleh bagi pinjam tapi saya akan teman awak sepanjang awak buat treatment, boleh?". Soal Khaleel. "Eh tak payahalh sampai nak teman saya. Awak pun kan busy kerja, takkan asyik nak teman saya selalu. Saya boleh pergi sorang je". Jawab Mellina yang mulai bimbang Khaleel mengesyakinya.
"Saya okey je. Lagi pun next week until the end of month, patient saya tak ramai sangat. Saya boleh je teman awak". Jawab Khaleel lagi. "Kalau awak tak nak bagi saya pinjam, tak apalah Khaleel. Saya akan cuba usahakan sendiri". Jawab Mellina.
"Okey fine. Saya bagi pinjam 5 ribu ke awak. Tapi saya harap duit tu betul untuk awak treatmentlah ya. Saya nak awak sihat kembali je, Mel". Jawab Khaleel yang terpaksa mengalah dengan Mellina.
"Ya. Saya akan buat treatment, awak tak perlu risau k". Jawab Mellina. "Okey, awak bagilah bank account number. Sekejap lagi saya transfer". Jawab Khaleel. Mellina sudah tersenyum sungging.
Tidak sia-sia dia menipu Khaleel jika mendatangkan hasil. Walaupun dia masih lagi akan berhutang 2 ribu dengan Sally, sekurang-kurangnya dia tidak berhutang terlalu banyak dengan Sally.
Sekarang yang dia perlu fikirkan adalah untuk membayar hutang kepada Khaleel pula. Namun dia tahu Khaleel orangnya boleh dibawa berbincang dan tidak akan menekannya.
Share this novel