bab 51

Romance Series 12074

Aileen masuk ke wad vip lalu ia melemparkan begnya di sofa niatnya mahu makan malam saja tapi rosak dengan kehadiran lelaki tak guna itu.

Aileen melabuhkan punggung di sofa kepalanya ke belakang lalu ia memejamkan matanya untuk menghilangkan rasa amarah dalam diri.

tiba-tiba bunyi pintu terbuka Aileen mencelikkan mata dan melihat gerangan yang masuk bilik itu.

"Aileen.." panggil Izz perlahan. Aileen perbaiki kedudukannya lalu ia menatap kosong wajah sahabatnya itu.

"ada apa kau datang?" soal Aileen datar selalunya Izz tak akan datang pada waktu malam begini melainkan ada hal mustahak saja.

"Melissa paksa aku hantar makanan malam dekat kau. dia bagi tau haritu Theodor datang jumpa korang dia tak nak apa-apa benda buruk jadi kat kau dia suruh aku hantarkan makanan dekat kau nak suruh Jayden memang sah tak boleh." balas Izz panjang lebar ia meletakkan beg yang berisi makanan itu di meja tepi katil pesakit.

Aileen hanya balas dengan anggukan sahaja tak ada mood nak bercakap dengan orang.

"kau kenapa okay ke tak ni?" soal Izz ia mengambil kerusi di katil pesakit lalu ia letak di depan Aileen.

"tadi aku jumpa dia." jawab Aileen datar. muka Izz tukar menjadi tegang.

"dia apa kat situ? macam mana dia tahu location kau? dia ada ugut kau apa-apa tak?" soal Izz dengan nada kerisauan kalau Adyan dengar ini pasti cemburu.

"aku tak tau macam mana dia tau location aku tapi yang pasti kemalangan yang berlaku dia yang buat." jawab Aileen. Izz meremas rambutnya serabut dengan lelaki itu yang tak habis-habis kacau kebahagiaan sahabatnya ini.

"tapi polis cakap itu atas kecuaian pemandu truck itu sendiri." kata Izz.

Aileen menepuk perlahan dahinya kadang-kadang dia bengang dengan kebodohan sahabatnya ini.

"Izz Ameer Dylan kau bukan kenal jantan tu semalam tau!" marah Aileen. Izz hanya mampu tersengih sahaja ia lupa kalau lelaki itu pandai untuk menyembunyikan bukti.

"haih... memang pada pandangan orang kemalangan tu berlaku sebab pemandu tu mabuk tapi pada pandangan aku benda tu di rancang." ujar Aileen.

"Adyan tahu ke pasal ni?" soal Izz. Aileen hanya menggelengkan kepala sahaja.

"haih.. kau pun satu kenapa tak bagi tau dia? susah kau nanti kalau dia tahu dari orang lain kalau orang tu putar belit cerita macam mana pula? dengan sekelip mata je masjid yang kau dan Adyan bina runtuh." tegur Izz. Aileen diam sahaja ia masih keliru dengan dirinya.

"tengok lah macam mana aku tak ada keberanian nak cerita lagi." luah Aileen.

"aku tahu tapi sebaiknya kau cerita kau pun kata dalam hubungan ni yang paling penting bergantung antara satu sama lain kalau Adyan bergantung pada kau kenapa kau tak bergantung pada Adyan? Adyan tu bukak orang luar dia suami kau dan aku tahu dia lelaki lima tahun lepas." ujar Izz panjang lebar.

"macam mana kau tahu?" soal Aileen ia tidak pernah bagi tau siapa pun melainkan Melissa.

"adalah itu rahsia aku." Aileen menjeling Izz menyampah bila berahsia.

"aku balik dulu kau jangan lupa makan tu penat Melissa masak Dahlia dan kak Lauren ada masak juga untuk kau air tu aku beli di kedai Melissa kata air tu boleh menjernihkan fikiran kau." pesan Izz.

"ok nanti ucap terima kasih dekat mereka thanks juga dekat kau." ucap Aileen ia bersyukur kerana masih ada orang memberinya semangat bila ia lemah.

Izz menganggukkan kepala lalu ia keluar dari wad vip sempat ia berpesan untuk Aileen makan malam.

Aileen mendekati Adyan yang berbaring di katil lalu ia duduk di birai katil pesakit itu.

"kalau hubby tau masa lalu Aileen apa reaksi hubby ye?" gumam Aileen ia mengeluh perlahan lalu ia turun dari katil pesakit beg yang dibawa Izz tadi diambil ia letak di meja kecil yang ada di depan sofa.

Aileen membuka bekas makanan bersinar matanya apabila ada lauk kegemarannya ayam masak merah.

Aileen membuka bekas yang ada nasi lalu ia mencedok ayam masak merah itu lama ia tidak makan masakan Melissa.

lagi dua bekas ada pencuci mulut yang dibuat oleh Lauren dan Dahlia mereka akan buat kalau Aileen tidak ada mood.


---••♡••---

Adyan membuka tirai matanya ia menutup matanya semula apabila cahaya matahari masuk kornea matanya. Adyan menggosok matanya apabila ia hendak mengangkat tangan kanannya ia terasa berat Adyan melihat belah kanannya lama ia merenung isterinya yang sedang diulit mimpi.

Adyan mengelus pipi gebu Aileen ia berhenti apabila Aileen merengek.

"jangan.. jangan.." meracau Aileen. Adyan terus bangun lalu ia mengejut isterinya agar terjaga.

"sweethearth bangun! hey buka mata sayang." kejut Adyan sambil menepuk perlahan pipi Aileen.

Aileen terus terjaga dari tidurnya deruan nafasnya laju naik turun dada Aileen kerana takut.

"sweethearth tarik nafas dan hembuskan nafas." arah Adyan lembut. Aileen menarik nafas lalu ia hembuskan nafas bila ia telah tenang Aileen termenung seketika.

Adyan terus menarik isterinya ke dalam dakapannya ia rindu nak memeluk isterinya.

Aileen membalas pelukan suaminya itu untuk melepaskan rindu sepanjang dua minggu.

lama mereka berkeadaan begitu Adyan melonggarkan pelukan itu lalu ia merenung lama wajah isterinya.

"hubby ada sakit mana-mana? nak Aileen panggilkan doctor tak?" soal Aileen.

Adyan menggelengkan kepalanya lalu ia meletakkan kepalanya di bahu Aileen.

"tak nak hubby nak sweethearth. hubby rindu sangat dekat isteri hubby." balas Adyan walaupun perlahan Aileen tetap dapat mendengar.

Aileen menganggukkan kepala tanda faham tangannya naik mengelus rambut perang suaminya.

"tau pun rindu yang hubby tidur lama-lama kenapa?" kata Aileen dengan nada merajuk.

Adyan tersenyum kecil isterinya ini comel saja kalau nak bermanja.

"sorry la sweethearth hubby pun tak tau berapa lama hubby tidur. berapa lama ye hubby tidur?" jawab Adyan melayan sang isteri.

"dua tahun hubby tidur Aileen siap madukan hubby lagi tau tak Aileen dapat anak baru dengan madu hubby." usik Aileen. membulat mata Adyan apabila isterinya ini madukan dia selalunya lelaki yang madukan perempuan ni perempuan yang madukan lelaki pelik?

"amboi ada niat nak kahwin lagi ke, hurm?" soal Adyan nadanya dibuat tegas. Aileen menganggukkan kepala dengan laju seronok ia melihat suaminya cemburu comel je!

Adyan menolak dinding pipi lalu ia menindih tubuh isterinya. ini balasannya kerana mengusik orang yang baru bangun dari tidur.

kecut perut Aileen apabila Adyan menindih badannya menyesal ia mengusik jejaka ini.

"ada niat lagi nak kahwin lain?" soal Adyan.

"alaa... hubby Aileen gurau je la jangan marah nanti tak encem terutama kalau marah isteri hubby kalau tak emcem anak buah hubby tak akan takut dengan hubby bila tak takut mereka akan buli hubby jadi jangan marah kalau nak marah juga marah anak buah hubby yang buat kesalahan bukan isteri hubby ni." pujuk Aileen walaupun merapu ia tidak kisah asalkan Adyan tidak makan dirinya ini. Adyan menahan diri dari tersenyum ada saja isterinya ini.

"kalau hubby nak marah juga?" soal Adyan.

"Aileen minta cerai." jawab Aileen selamba. hampir jatuh rahang Adyan mendengar jawapan selamba sang isteri adanya minta cerai tengking pun tak pernah ni nak naik tangan lagi tak pernah.

"amboi mengadanya.." balas Adyan lalu ia menggomol pipi Aileen geram dengan jawapan selamba sang isteri.

Aileen ketawa kerana geli ia cuba menolak suaminya tapi tidak berjaya kerana tenaga suaminya lebih banyak dari tenaganya.

"hubby berhenti.. sakit.." rayu Aileen tangannya menahan muka Adyan agar Adyan tidak menggomol pipinya lagi.

Adyan berhenti lalu ia baring di sebelah Aileen tangannya melingkari pinggang isterinya.

"sweethearth nak anak tak?" soal Adyan. Aileen diam sejenak untuk menyusun jawapan yang sesuai agar suaminya tidak salah faham.

"buat masa ni Aileen tak nak lagi." jawab Aileen. Adyan mengangkat sedikit mukanya untuk melihat wajah sang isteri.

"kenapa?" soal Adyan ingin tahu.

"saja.. Aileen nak meluangkan masa berdua dengan suami Aileen lagi pun kita baru kehilangan Ayla Aileen tak nak kehilangan untuk kedua kalinya." jawab Aileen.

"kalau itu pilihan sweethearth hubby ikut asalkan jangan madukan hubby je." kata Adyan. Aileen tergelak kecil nampaknya suaminya ini betul-betul cemburu.

"baik.. jangan risau Aileen tak akan pernah madukan hubby sebab dekat hati Aileen telah terukir nama Tengku Adyan Rayden bin Tengku Athif Elbert." kata Aileen iris coklatnya merenung iris biru suaminya.

Adyan membalas renungan sang isteri.

"hati hubby pun telah terukir nama Aileen Medyna binti Mohd Mazlan dan Aileen telah jadi ratu hati hubby sejak pertemuan pertama kita. Aileen Medyna akan selalunya menjadi isteri kepada Tengku Adyan Rayden selamanya tak akan ada perempuan lain yang boleh kalahkan seorang Aileen Medyna." kata Adyan penuh romantis. Aileen tersenyum gembira mendengar perkataan suaminya itu.

"ya Allah!! Adyan kamu dah bangun!!" Aileen dan Adyan melihat suara itu.

Adyan dan Aileen bangun lalu Aileen turun dari katil pesakit untuk menyalam tangan ibu mertuanya.

"bila Adyan bangun Aileen?" soal Puan Marina sekali lagi.

"20 minit yang lepas." jawab Aileen dan selama 20 minit itulah ia bermanja dengan sang suami.

Puan Marina menganggukkan kepala tanda faham lalu ia mendekati Adyan.

Adyan menyalam tangan mummynya lalu ia menarik Aileen agar duduk disebelahnya puas Aileen minta lepas tapi tidak berjaya. Puan Marina hanya mampu menggelengkan kepala sahaja anaknya ini sejak kahwin hanya tahu berkepit dengan isterinya sama juga dengan menantunya ini.

"kamu macam mana Adyan okay? ada sakit mana-mana?" tanya puan Marina.

"okay je mummy cuma hati Adyan sakit." jawab Adyan sedih Aileen menjeling suaminya mesti suaminya ini akan kenakan ia di depan mentuanya.

"sebab apa?" tanya puan Marina melayan perangai tak semengah anaknya ini.

"sakit sebab Aileen madukan Adyan sepanjang Adyan tidur siap dapat anak lagi." Puan Marina ketawa kerana mendengar jawapan anaknya itu. berona muka Aileen kerana malu.

"memang pun mummy dan daddy yang izinkan kalau kamu nak tahu comel je cucu mummy yang itu." kata Puan Marina apabila ketawanya sudah reda. terkejut Aileen dan Adyan apabila Puan Marina mengusik sekali.

Aileen ketawa kerana dirinya menang dan Adyan kalah.

"mummy ni Adyan punya la yang susah payah kejar Aileen mummy bagi dia madukan anak mummy ni." kata Adyan dengan nada merajuk.

"alaa.. mummy gurau je la dah tua pun nak merajuk." kata Puan Marina.

"ni kamu berdua makan dah ke belum?" tanya Puan Marina pada pasangan itu.

"belum.." jawab pasangan itu serentak. Puan Marina menganggukkan kepala tanda faham lalu ia mengambil telefon di begnya dan menelefon si kembar untuk bawa pakaian Adyan.

"mana daddy?" tanya Aileen apabila ia tidak melihat figura bapa mentuanya.

"daddy kamu ada dekat cafe beli makanan." jawab puan Marina. Aileen menganggukkan kepala tanda faham.

"sweethearth pergi mandi dulu nanti hubby mandi." arah Adyan lembut Aileen menganggukkan kepala tanda faham lalu ia turun dari katil pesakit. ia mengambil pakaian dan tuala lalu masuk ke bilik air untuk mandi.

hilang sahaja bayangan Aileen Puan Merina menatap anaknya.

"Adyan betul-betul sayangkan Aileen." Adyan melihat mummy lalu ia menganggukkan kepala sudah tentu ia sayangkan isterinya.

"kenapa mummy tanya?" soal Adyan.

"tak ada apa saja cuma mummy nak pesan apa pun yang Aileen buat Adyan perlu percayakan Aileen okay?" pesan Puan Marina penuh makna tersirat. berkerut dahi Adyan apabila mummynya berpesan begitu ada apa-apa berlaku ke?

"apa maksud mummy?"

"ada lah nanti kamu tahu sendiri cuma mummy nak pesan tu je sentiasa percaya isteri kamu." Adyan menganggukkan kepala saja walaupun ia tidak faham apa yang mummynya ingin pesan tapi dia iyakan saja.

Puan Marina tersenyum gembira biarlah waktu yang tentukan masa yang sesuai untuk semuanya terbongkar.

___________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience