bab 22

Romance Series 12074

hari ini aileen ikut Adyan ke tempat kerja seperti biasa.

BAM!!!

"ad kita ada masalah besar sistem kita kena hack oleh red dragon" kata faiz

"shitt!!!" carut Adyan

"Rifqi tengah cuba halang dari red dragon hack sistem kita" lapor Faiz lagi

"biar saya tolong" kata Aileen selepas lama berdiam diri.

"Aileen pandai ke?" tanya Faiz

"pandai la juga tapi tak la sehebat abang rif."jawab aileen. adyan dan Faiz hanya menganggukkan kepala tanda faham.

lalu Adyan memberi iPadnya pada Aileen. Aileen mengambil iPad ditangan Adyan lalu ia melakukan kerjanya

"Faiz kau bagi tau rif yang kata Aileen tolong dia. jangan lupa panggil yang lain jumpa di markas lepas lunch" arah Adyan.

Faiz menganggukkan kepala lalu keluar dari bilik Adyan lalu membuat kerja seperti yang diarahkan Adyan tadi. adyan duduk di sebelah Aileen ia hanya melihat isterinya membuat kerja itu.

selepas 20 minit berperang akhirnya sistem Adyan kembali seperti biasa red dragon tidak dapat satu maklumat pun dari sistem black shadow.

"arghhh.. akhirnya selesai juga nasib hacker mereka lemah"kata Aileen sambil merenggangkan badannya.

"dah jom kita lunch lepas tu hubby hantar sweety balik ye"kata Adyan sambil menggosok kepala Aileen yang dibaluti shawl itu

"tak nak Aileen nak ikut hubby boleh tak?" rayu Aileen.

"hubby pergi sana nak kerja tak ada siapa nak perhatikan sayang" kata Adyan

"Aileen tak apa-apa lagipun kat sana kan ada anak buah hubby. Aileen nak explore di markas hubby di sini boleh la.." pujuk aileen.

"haih... baiklah sweethearth boleh ikut tapi janji kena ikut cakap hubby okay" kata Adyan akhirnya ia mengalah juga. Aileen menganggukkan kepala dengan laju tanda setuju


---••♡••---

"tuan kita gagal masuk ke sistem black shadow dan kawalan sistem mereka makin kuat dari tadi" lapor anak buah red dragon itu yang bernama max

"sial!!! macam mana boleh gagal!!! kita pakai 2 hacker hebat mereka tak akan berjaya walaupun si Adyan itu masuk tangan" marah Claude iaitu ketua kepada kumpulan red dragon

"tuan tengok ni" panggil max. Claude pergi ke arah max lalu melihat skrin komputer itu ia terkejut apabila melihat lambang bunga spider Lily terpapar di skrin komputer itu

"tu bukan ke hacker terkenal code yang bernama blue lycoris kan"kata Theodore orang kanan Claude

"ha'ah aku dengar dia hancurkan sistem kumpulan mafia terkuat di Thailand, Filipina dan China kan" kata Ivan orang kanan Claude juga

"macam mana mereka boleh jumpa lycoris ni, bukan dia telah lama ke keluar dari dunia gelap?" pelik Theodore

"max aku nak kau cuba sampai boleh"arah Claude

"tapi macam mana tuan? sekali blue lycoris masuk memang susah untuk kita ambil semula maklumat black shadow?"tanya Simon iaitu hacker di kumpulan red dragon

"aku tak kisah aku nak korang buat sampai berjaya!!"arah Claude lalu keluar dari markas tersebut. max dan Simon menyumpah seranah Claude di dalam hati. nanti cakap depan-depan mereka yang akan ke alam lain

"dasar ornag tua. kau dah nak mati masih pikir dunia nanti kau masuk neraka aku tak akan tolong kau" kutuk max di dalam hati

"tua bangka busuk kau buat sendiri suka hati arah kita orang dah nak mampus pun masih pikir duit nanti kau mati aku tanam jasad kau dengan duit bukan tanah kau nak duit sangat kan tua bangka" kutuk Simon


---••♡••---

seperti yang dijanjikan mereka berkumpul di markas black shadow. hampir terjatuh rahang Aileen apabila melihat markas black shadow itu sungguh mewah.

"selamat datang Tuan"sambut anak buah Adyan sambil menundukkan badan mereka.

Aileen menyorokkan diri di belakang Adyan dia takut apabila melihat anak buah Adyan itu.

"Yuki"panggil Adyan.

"ye tuan"kata Yuki apabila Adyan memanggil namanya.

"as usual, please look after my wife" arah Adyan pada Yuki.

"baik tuan. mari Aileen ikut saya"kata Yuki. Aileen menganggukkan kepala.

sebelum ia pergi Aileen menyalami tangan Adyan lalu ia explore markas black shadow. hilang sahaja bayang Aileen dan Yuki muka Adyan terus berubah dari manis ke beku.

"all the men are in the meeting room"kata Rifqi. adyan menganggukkan kepala lalu pergi ke bilik mesyuarat

"aileen nak tengok apa dulu?"tanya Yuki

"hmm... sini ada apa?"tanya aileen

"ada bilik menembak, bilik memanah bilik harimau tuan, bilik..."

"harimau!!!? disini pun ada harimau ke?"tanya aileen ceria. Yuki menganggukkan kepala sebagai jawapan

"nak!! Yuki bawa saya ke situ boleh?"pinta Aileen

"boleh puan" kata Yuki. lalu mereka menuju ke bilik di mana harimau Adyan tinggal

masuk sahaja di bilik itu. Aileen masuk dan meninggalkan Yuki di belakang is tidak sabar nak berjumpa dengan harimau Adyan

grrrr

Aileen berhenti apabila ia mendengar suara itu. tersenyum lebar Aileen apabila ia ternampak harimau putih berada di depannya.

Aileen duduk mencangkung lalu ia memberi tangannya pada Leo untuk Leo menghidu bau badannya.

Leo menghidu bau Aileen. apabila leo berasa selamat Leo terus baring di tanah supaya Aileen menggosoknya. aileen menggosok Leo dengan riang

Yuki yang berdiri di belakang Aileen itu terkejut apabila melihat isteri tuanya tidak takut pada Leo.

"giler puan muda aku tak takut Leo. Fay yang kerja dengan tuan selama 15 tahun pun takut dengan leo. power giler puan muda aku ni"puji Yuki di dalam hati

"hehe.... Yuki apa nama harimau ni?"tanya aileen

"Leo" jawab Yuki. Aileen menganggukkan kepala tanda faham

"Aileen awak tak takut ke?"tanya Yuki dia berdiri jauh 5 meter dari Aileen

"takut? takut apa?"tanya aileen

"Aileen tak takut ke pegang Leo? saya yang berkerja 8 tahun pun masih takut dengan leo" kata Yuki

"macam mana saya nak takut apabila melihat muka comel ni.. ia makin buat saya geram adalah" kata Aileen

"Aileen ni lain tau dari perempuan yang saya biasa jumpa. kebanyakan saya jumpa mereka takut haiwan liar tapi Aileen tak Aileen siap boleh puji mereka lagi" kata Yuki. Aileen tergelak kecil apabila mendengar kata Yuki itu.

"Yuki sini ada tanah lapang tak?"tanya aileen

"ada di belakang villa ni ada tanah lapang tu tempat untuk latihan. Aileen nak pergi situ ke?"tanya Yuki. Aileen balas dengan anggukan

"nak saya nak bawa Leo jalan-jalan di luar"kata Aileen.

"aaa... seingat saya tuan tak bagi Leo keluar tanpa arahan tuan"kata Yuki sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu

"tak apa nanti saya pujuk Adyan okay"kata Aileen untuk hilangkan rasa takut di dalam diri yuki itu. Yuki hanya menganggukkan kepala tanda setuju sahaja apabila mendengar perkataan puan mudanya itu

"jom Leo ikut umi jalan-jalan tapi dengan syarat Leo kena sentiasa dekat dengan umi tidak boleh jauh-jauh okay"kata Aileen pada Leo. leo hanya menganggukkan kepala tanda faham.

Adyan Rayden p.o.v
--------------------------------

"kau dah dapat detect red dragon di mana?" tanya Adyan

"belum aku masih mencuba tapi tak dapat"kata Faiz. adyan hanya menganggukkan kepala tanda faham

"sistem macam mana mereka ada cuba menghack lagi ke?"tanya Adyan

"mereka masih mencuba tapi tidak berjaya kau jangan risau aku boleh uruskan" jawab Rifqi pula. Adyan hanya menganggukkan kepala tanda faham

"sekarang ni kita nak buat macam mana mereka dah tau yang kau dah kahwin dan nyawa Aileen dalam bahaya kau nak buat apa?"tanya Felix. adyan berdiam diri ia masih memikirkan rancangan untuk hancurkan red dragon itu.

"aku masih belum ada rancangan. macam mana pun aku akan ketatkan keselamatan dekat rumah aku" ujar Adyan tegas dia tidak boleh lengah walaupun sesaat kerana red dragon akan bertindak bila-bila masa

"Aileen mahu ke? aku dengar dari Aisy Aileen tidak suka dikawal kalau kawal juga dia akan berontak" tanya Faiz

"maksud kau Aileen ni jenis berjiwa bebas" teka Felix. Faiz menganggukkan kepala sebagai jawapan

"yup.. sampai mak dan ayah Aileen pun tidak dapat control Aileen walaupun Aileen telah meningkat dewasa" kata Faiz

"yang itu aku akan uruskan kau jangan risau" yakin Adyan. mereka hanya menganggukkan kepala tanda faham.

end p.o.v
----------------

________________________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience