bab 32

Romance Series 12074

"sedap sweethearth?." soal Adyan sambil mengelap mulut isterinya. comot isterinya makan macam budak kecil tapi tetap comel.

Aileen menganggukkan kepala dengan laju gembira dia apabila Adyan mengikuti permintaan dia untuk makan cendol.

"dah cepat makan lepas tu kita balik." arah Adyan lembut. Aileen hanya anggukan kepala tanda faham.

tiba sahaja di rumah Adyan meletakkan Aileen perlahan supaya tidak menganggu tidur isterinya dia menanggalkan tudung sarung Aileen lalu ia letak kan di kepala katil.

apabila Adyan hendak bangun untuk salin baju Aileen merengek kecil lalu memeluk pinggang Adyan dengan kuat. Adyan mencuba menanggalkan pelukan itu tapi tidak berjaya apabila Aileen perketatkan lagi pelukannya di pinggang Adyan.

Adyan hanya pasrah lalu ia baringkan diri disebelah isterinya. ia menarik selimut sampai di dada isterinya lalu tangannya memeluk pinggang isterinya.

keesokan harinya
---------------------------

"assalamualaikum." laung Adyan sambil memasuki rumah ibu bapanya itu.selepas lunch Adyan dan Aileen bersiap untuk pergi ke rumah Tengku Athif. Adyan mahu hantar Aileen disana apabila dia sedang melakukan misi di markas malam esok.

"walaikumusalam, sampai dah ad Aileen." kata puan Marina lalu memeluk Aileen dengan erat selepas Aileen menyalam tangannya.

"rindunya mummy dengan menantu mummy ni makin comel je Aileen." puji puan Marina sambil mencubit pipi Aileen.

"amboi my jumpa menantu terus lupa anak ke?." perli Areeq selepas ia bersalam dengan abangnya diikuti Aneeq pula.

"akak..." jerit Adryna lalu memeluk kakak iparnya dengan kuat Aileen membalas pelukan adik iparnya itu.

"rindu akak.. akak makin comel pandai abang ad jaga isteri." puji Adryna.

"biasalah tengok siapa suami kakak ipar kau." bangga Adyan sambil memeluk bahu Aileen. Adryna membuat toya menyampah bila abangnya bangga diri menyesal dia puji abangnya itu.

"daddy mana mummy?." tanya Adyan sambil melihat sekeliling.

"daddy kamu ada di bilik kerja. daddy suruh kamu bertiga jumpa daddy di bilik kerja bila kamu dah sampai." jawab puan Marina. Adyan menganggukkan kepala lalu minta diri untuk berjumpa dengan Tengku Athif yang diikuti kembar di belakang.

Aileen pula telah dicuri oleh puan Marina dan Adryna pergi ke mini garden di belakang villa Tengku Athif.

tok!tok!

"masuk." arah Tengku Athif tegas matanya masih fokus pada komputer. Adyan, Areeq dan Aneeq masuk apabila Tengku Athif bersuara.

"ada apa daddy nak jumpa kami?." tanya Adyan sambil meletakkan punggung di sofa yang ada di bilik itu.

Tengku Athif berhenti menaip di komputer lalu dia fokus pada 3 orang anak lelakinya itu. ia bagun dari kerusi kerja lalu ia bergerak ke arah sofa single yang ada di depan anak-anaknya itu.

"daddy ada dengar malam esok kamu nak serang markas red dragon?." soal Tengku Athif dingin. Adyan mengangguk kecil tanda setuju apa yang di soal daddynya itu.

"yup.. kami bertindak awal sebelum red dragon bertindak untuk cederakan kak Aileen." ujar Aneeq serius. Tengku Athif memandang Adyan apakah yang Aneeq cakap itu betul. Adyan hanya balas dengan anggukan kecil sahaja.

"haaa... kamu dah pastikan rancangan kamu ni berjaya kamu jangan lupa red dragon tu licik orangnya." peringat Tengku Athif. ia kenal sangat dengan musuh ketat yang satu itu terlalu licik apabila mereka bertindak.

"ad tahu... daddy jangan risau ad ada rancangan dan ad yakin rancangan ad ni berjaya." yakin Adyan dia yakin dia boleh musnahkan red dragon dan selamatkan nyawa Aileen pada masa yang sama.

Tengku Athif menganggukkan kepala tanda faham lalu ia berdiri dari duduknya dia mahu keluar untuk memberi anaknya berbincang.

"daddy percayakan kamu ad.. kalau kamu tak berjaya hancurkan red dragon malam ni pun tak apa lain masa mereka akan hancur juga yang penting nyawa Aileen dan nyawa kamu semua selamat itu yang penting bagi daddy." ujar Tengku Athif sebelum keluar dari bilik itu. dia mahu mencari isterinya untuk bermanja.

hilang sahaja bayangan Tengku Athif Areeq dan Aneeq pandang Adyan bincang pasal plan mereka.

"ad kau yakin ke rancangan ni berjaya?." tanya Aneeq.

"kenapa? sebelum ni aku buat rancangan pernah gagal ke?." soal Adyan dingin.

"tak bukan maksud aku... macam daddy cakap tadi la si tua bangka tu licik silap kita serang markas dia kak Aileen ada dalam tangan mereka." ujar Areeq. Aneeq menganggukkan kepala tanda setuju apa yang kembarnya kata. orang tua tu bukan boleh kira.

"jangan risau aku yakin plan ni berjaya. dah jom turun mummy mesti cari kita." kata Adyan. dia bangun dari duduk lalu membuka langkah untuk keluar dari bilik mahu mencari buah hatinya.

"my mana isteri ad?."tanya Adyan pada puan Marina yang sedang bersembang dengan Tengku Athif dan juga Adryna.

"ryna suruh akak rehat sebab tadi akak pening abang pergi lah tengok akak dekat bilik." kata Adryna. Adyan menganggukkan kepala lalu ia melangkah untuk berjumpa isterinya.

apabila Adyan memulas tombol pintu. Adyan terus lari ke bilik air apabila mendengar sesuatu di situ. terkejut Adyan apabila melihat isterinya sedang memuntahkan isi perutnya di singki.

Adyan menghampiri isterinya lalu ia menepuk perlahan belakang isterinya. "sweethearth kenapa muntah ni? sweethearth sakit ke?." soal Adyan risau dia apabila melihat muka Aileen bertukar pucat.

Aileen menggelengkan kepala lemah lalu sandarkan kepalanya di dada bidang suaminya. ia tidak ada tenaga untuk bersuara. Adyan membersihkan mulut isterinya itu selepas selesai membersihkan mulut Aileen Adyan mendukung Aileen lalu letakkan Aileen perlahan-lahan di katil. Adyan membuka laci di tepi katil lalu mengambil minyak angin untuk disapukan pada kepala Aileen.

"sweethearth okay tak ni? kalau tak okay hubby nak panggilkan doktor untuk check sweethearth." kata Adyan lembut tangannya tidak berhenti dari memicit kepala Aileen.

Aileen menggeleng lemah. "tak apa hubby nanti okay la ni." balas Aileen lemah matanya dipejam selesa apabila Adyan memicit kepalanya kurang rasa sakit itu.

"betul ni okay?."soal Adyan prihatin. Aileen hanya mampu anggukan kepala sahaja.

"now sweethearth kena rehat bagi hilang rasa sakit tu." arah Adyan lembut. Aileen hanya menganggukkan kepala lalu memejamkan matanya. Adyan bangun untuk menutup lampu bilik dan langsir hanya lampu tidur sahaja yang terpasang. selepas Adyan buka lampu tidur dia baring di sebelah isterinya lalu menarik Aileen masuk ke pelukannya.

Aileen membalas pelukan suaminya lalu ia menyembamkan mukanya dicelah leher Adyan untuk menghidu bau badan suaminya hilang sedikit rasa sakit kepala dan mualnya.


---••♡••---

"selamat pagi mummy." kata Adyan sambil mencium pipi puan Marina.

"selamat pagi ad mana Aileen? kenapa dia tak turun breakfast sekali?." tanya puan Marina apabila tidak melihat bayang menantunya.

"Aileen ada kat atas tengah berehat lepas subuh tadi Aileen muntah."jawab Adyan sambil mencedok mee goreng yang dimasak puan Marina sebentar tadi.

"aik!! tak sembuh lagi ke!! kenapa kamu tak panggil doktor untuk tengok Aileen tu."kata puan Marina cemas apabila menantunya tidak sembuh dari semalam.

"ad memang nak panggil tapi Aileen tak bagi dia kata lepas rehat dia okay ad pun ikut jelah." kata Adyan mulutnya tidak henti mengunyah makanan.

"haih... tak apa lah kalau macam tu ad nanti jangan lupa bawa makanan dekat Aileen nanti masuk angin perut Aileen." pesan puan Marina. Adyan hanya balas dengan anggukan tanda faham.

"yang lain mana mummy? kenapa tak nampak pun mereka?." tanya Adyan selepas ia menyuap makanan terakhir ke dalam mulutnya.

"daddy kamu pergi main golf dengan kawan-kawan dia Areeq dan Aneeq ada di bilik menembak mereka nak asah bakat menembak untuk misi malam ni."jawab puan Marina sambil mengemas meja makan. Adyan menganggukkan kepala tanda faham lalu ia bangun untuk mencuci pinggan yang ia guna tadi.

"ad nah bagi Aileen makan ni lepas tu suruh dia makan ubat." kata puan Marina sambil menghulurkan talam yang ada mee goreng air kosong dan juga ubat.

"okay mummy thanks." kata Adyan lalu ia mengambil talam yang ada di tangan puan Marina lalu membuka langkah berhati-hati supaya talam itu tidak jatuh.

Adyan memulas pintu tombol lalu menutup pintu dengan perlahan supaya tidak menganggu isterinya yang sedang diulit mimpi.

Adyan letak talam di meja kecil yang ada di tepi katil lalu ia mengelus lembut kepala Aileen untuk mengejutkan isterinya untuk makan.

"darling bagun... hubby bawa makanan ni darling tak makan apa-apa lagi." ujar Adyan lembut. Aileen menggosok matanya apabila ada tangan yang mengelus rambutnya.

"hmm... hubby." panggil Aileen. Adyan memberikan senyuman manis pada isterinya hingga menampakkan lesung pipitnya.

"bangun jom makan." arah Adyan lembut. Aileen bangun dari baringan lalu ia sandar pada kepala katil. Adyan mengambil mee goreng yang puan Marina masak tadi.

"sweety nak makan sendiri atau hubby suap?."soal Adyan.

"hubby suap." jawab Aileen manja. Adyan menganggukkan kepala tanda faham lalu ia menyuap mee goreng pada Aileen. Aileen makan dengan lahap kerana Adyan yang menyuapnya.

"hubby nak air." minta Aileen. Adyan berhentikan suapan lalu mengambil gelas dan diberikan pada Aileen.

selepas makan Adyan masuk ke tandas untuk basuh mulut Aileen comot isterinya ini makan macam budak kecil.

________________________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience