klik!
Aileen dan Melissa melihat ke arah pintu apabila ada bunyi kunci dibuka. 3 orang figura lelaki masuk ke dalam bilik itu. tegang sahaja wajah Aileen apabila melihat mereka bertiga Melissa ditarik agar duduk di belakangnya dia agar mereka tidak menyentuh Melissa walaupun sehelai rambut.
"good morning, macam mana tidur korang berdua, okay?" tanya lelaki itu bibirnya mengukir senyuman seperti mengejek mereka berdua.
"kenapa kau culik aku dengan Melissa, Matthias?" tanya Aileen dingin tajam anak mata Aileen menikam anak mata lelaki itu walaupun lelaki itu dah masuk umur 40 lelaki itu masih kelihatan muda seperti lelaki berusia 30-an.
"sebab kau milik aku, sayang." jawab Matthias lama dia memandang wajah cantik Aileen. geli Aileen dan Melissa mendengar jawapan itu sejak bila Aileen milik dia pun tak tau lah.
"eee... kau tak habis-habis dengan tu kau taukan Aileen dah kahwin dia dah k.a.h.w.i.n faham tak? ke kau nak aku cakap Spanyol dulu baru kau faham? move on jelah ini tak nak juga ambil milim orang lain." marah Melissa geram dia apabila lelaki itu asyik kata Aileen milik dia. menyampahnya lelaki macam ni!
bergerak rahang Matthias apabila Melissa seakan menyindirnya.
"kau ni kenapa biadap sangat ha! kau jangan sampai aku bunuh kau Melissa Amanda." keras Mattias beri amaran pada Melissa. wanita itu dah makin berani melawannya.
Aileen memeggang tangan Melissa dan mengeleng kecil tanda jangan bersuara dia tak nak Melissa dala bahaya. Melissa mendengus pelahan apabila Aileen melarang dia.
"jangan berani kau sentuh Melissa, Matthias kalau kau tak nak anak kau dalam bahaya." Aileen memberi peringatan pada lelaki itu bukan dia tidak tahu Matthias ada anak dengan arwah isterinya lama sudah Aileen mencari anak lelaki itu akhirnya jumpa juga.
"macam..."
"macam mana aku tau tentang anak kau? aku cari sampai jumpa dan bila masa saja nyawa anak kau boleh melayang kalau kau sentuh Melissa. kau jangan cabar aku Matthias." kata Aileen sinis. terkejut Melissa dan Matthias mendengar itu.
"Aileen..." panggil Melissa perlahan dia tak sangka kawannya akan sekejam ini. Aileen bukan begini Aileen tak pernah libatkan orang tidak bersalah. ini bukan Aileen Medyna yang dia kenal dulu polos dan baik hati.
"kau.." ujar Matthias suaranya di celah gigi. tak sangka Aileen boleh jumpa jejak anaknya padahal dia dah ketatkan jagaan pada anaknya.
"apa? kau takut? macam aku cakap tadi kalau kau sentuh je Melissa walaupun sehelai benang kau tak akan dapat jumpa anak kau sampai bila-bila Matthias De Elvardo. ouh dan cantik nama anak kau Adeline De Elvardo dia cantik sama macam mak dia tapi bapak dia ni busuk apalah reaksi Adeline bila dia tahu ayah yang dia sayang dan rindu ni bunuh dan buat kerja haram?" kata Aileen puas hatinya apabila melihat wajah gelisah lelaki itu tidak sia-sia dia mencari tahu tentang gadis itu.
"arghhh..." Matthias menumbuk dinding hingga pecah lalu dia melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan yang betul-betul marah kerana dia kalah dengan seorang perempuan. dasar physco!
"ni makanan untuk korang berdua." Theodor meletakkan dua bungkus plastik di depan dua wanita itu. Aileen hanya melihat saja bungkusan itu tidak ada niat nak ambil.
"jangan risau ni makanan halal dan tak ada apa-apa di dalamnya ni memang dari kedai." kata Theodor apabila melihat Aileen seperti berhati-hati dengan makanan itu. Aileen mengangguk tanda faham Theodor boleh dipercaya dari orang lain.
"thanks." ucap Aileen dia tetap perlu berterima kasih kerana telah beri dia makan walaupun mereka diculik. Theodor hanya alas dengan anggukan saja dan berlalu keluar dari bilik itu dengan bawahannya. baru dia tahu kenapa tuannya jatu cinta dengan Aileen bukan kerana wajah yang cantik tapi baik hati dia tetap buat baik walaupun mereka jahat dengannya.
Aileen melepaskan keluhan kecil apabila mereka telah keluar. matanya dipejam agar rasa takut di dalam dirinya hilang dia tidak boleh takut kalau tidak Melissa akan dalam bahaya.
"Aileen kau okay?" tanya Melissa apabila Aileen hanya berdiam diri saja.
"Okay, dah jom makan nanti perut kau masuk angin pula." Aileen cuba mengubah suasana yang tegang tadi menjadi ceria. Melissa hanya menganggukkan kepala saja dia tahu niat kawannya untuk menghilangkan ketakutan di hati.
"nah kau punya." Aileen menghulurkan bekas polisterin pada Melissa. Melissa mengambil bekas polisterin itu dan dibuka.
"Ai kau rasa kita akan selamat tak?" tanya Melissa entah kenapa dia rasa yang mereka tidak selamat.
"selamat kau jangan risau suami kau pasti usaha untuk selamatkan kau." pujuk Aileen.
"kau pula?" Aileen tidak menjawab Melissa tidak tahu lagi tentang hubungan dia dan Adyan yang retak disebabkan Matthias.
"Aileen?"
"hah... dia akan cari kau jangan risau." kata Aileen sekadar menutup luka di hati. dia pun tidak pasti Adyan selamatkan dia atau tidak dia yakin yang Adyan masih tidak tahu kehilangannya di kondo.
...
bak!
"arghh!!! penat!" rungut Areeq dan Aneeq. mereka merebahkan diri di sofa.
"mana Ad dengan Jayden?" tanya Rifqi.
"mana lagi cari bini la. mereka pun macam orang gila dah aku tengok sat kesana sat kesini tak jumpa lepas dekat bawahan." jawab Aneeq. dia jatuh kesian pada dua lelaki itu tidak tentu arah sejak buah hati hilang kerja pun masuk bila perlukan mereka je kalau tak perlu dia dan Aneeq yang akan handle.
"kau jumpa apa-apa tak?" tanya Areeq. Rifqi mengelengkan kepalanya dia masih tak dapat jumpa jejak dua wanita itu.
"haih... siapa la yang culik mereka?" gumam Aneeq.
"puas dah aku cari tapi tak ada! kalau bukan musuh Adyan atau Jayden tapi siapa? takkan Aileen ada musuh?" kata Rifqi bengang. makin dia fikir makin semak otak kepalanya.
"mustahil kak Aileen ada musuh lain lah kalau dulu dia pernah masuk mana-mana kumpulan mafia." kata Areeq sekadar omongan kosong sahaja.
"tak mustahil! masa aku nak cari maklumat Aileen tahun lepas aku tak dapat semua maklumat dia seperti ada yang sekat supaya kita jumpa." kata Rifqi dengan tiba-tiba. Areeq dan Aneeq berpandangan sesama sendiri tidak faham apa yang Rifqi maksud kan. tak mungkin Aileen dulu pernah masuk dunia mafia?
"maksud kau..."
"maksud aku ada sesuatu yang Aileen sorokkan dari kita semua termasuk Jayden, Daniel dengan Izz kau tak perasan je sejak mereka tahu nama Aileen perangai mereka lain terutama Daniel dengan Jayden aku dapat rasakan ada sesuatu yang mereka sorokkan dari kita." terang Rifqi panjang lebar. kalau tak faham juga dua ketul ni dia pun tak tau cara nak terangkan dah.
dia perasan sifat tiga orang itu apabila nama penuh Aileen disebut. riak wajah mereka terkejut dan juga bengis mendengar sebaris nama itu.
"macam mana kita nak korek?" tanya Areeq.
"entah la aku masih tak ada idea." jawab Rifqi. kalau dia bertanya dia yakin dia tak akan dapat apa-apa pun.
________________________________________________
bersambung...
Share this novel