bab 55

Romance Series 12074

"miss me Ran?" kata Aileen tersenyum manis.

"it's you, Ai?" kata Ran ragu-ragu. Aileen tersenyum kecil serentak menganggukkan kepala sebagai jawapan.

"come!" panggil Aileen ia melebarkan tangannya. Ran terus masuk ke dalam pelukan Aileen. air matanya turun.

"kemana akak pergi! kenapa akak tinggalkan Ran?" ujar Ran. Aileen mengelus rambut Ran untuk menenangkan gadis itu.

"maaf, akak terpaksa dan ada sebab akak tinggal Ran dekat sini." pujuk Aileen. Ran meleraikan pelukan itu. Aileen menyeka air mata Ran bengkak bawah matanya kerana banyak menangis.

"dah jangan nangis nanti Martin tak suka dah." usik Aileen.

cemberut muka Ran apabila diusik begitu. Aileen ketawa kecil apabila melihat muka cemberut gadis itu.

"ouh.. akak buat apa disini?" tanya Ran pedang yang jatuh itu diambil.

"akak nak ambil barang dekat bilik lama akak. Ran rasa kunci tak pintu bilik tu." tanya Aileen.

"bilik tu Puan Melissa tak benarkan sesiapa masuk. Puan Melissa je yang boleh masuk dalam bilik tu jadi kami tak yakin kunci atau tak?" jawab Ran.

"Ran kenapa saya dengar bunyi pedang jatuh?" Aileen dan Ran melihat suara itu. Aileen terus menyorok di belakang sofa yang Luca tidur.

Ran ke tepi agar bayangan Aileen tidak terlihat. kalau ketahuan pasti Aileen kena teruk.

"tak ada apa Luca masuk Ran ingat ada penceroboh tadi." tipu Ran.

"aih.. lain kali hati-hati." pesan gadis itu. Ran menganggukkan kepala tanda faham dan ia meminta maaf.

hilang sahaja bayangan gadis itu Ran menyuruh Aileen keluar.

"akak boleh keluar dah selamat." kata Ran perlahan. Aileen keluar dari tempat persembunyian dia.

"jom akak naik atas nanti ada orang lain pula yang datang." kata Ran. Aileen menganggukkan kepala tanda setuju dengan Ran.

Aileen dan Ran naik ke tingkat tiga Luca mengikut di belakang.

sampai di pintu biliknya Aileen mencuba memulas tombol pintu itu.

Aileen memasukkan tangannya di kocek seluar untuk mengambil sesuatu. apabila telah jumpa Aileen mencuba membuka pintu itu menggunakan kunci pendua yang Melissa bagi beberapa tahun lepas.

"berjaya!!" kata Aileen. lega ia apabila Melissa tidak mengubah tombol pintu ini.

"akak masuk dulu Ran tolong tengokkan kalau ada orang datang." arah Aileen lembut. Ran menganggukkan kepala tanda faham.

Aileen menutup pintu bilik itu. matanya meliar bilik lamanya ini langsung tidak ada perubahan.

tiba-tiba teringat apabila dia dan Melissa kena marah dengan Daniel dan Fayyadh kerana bangun pukul 5 petang.

Aileen dan Melissa duduk di sofa kepala mereka menunduk ke bawah. Daniel berdiri di depan mereka tangan naik menyilangkan di dada.

"semalam tidur pukul berapa?" tanya Daniel dingin. terkejut dia apabila dua gadis ini baru turun dengan baju tidur tak ditukar.

"pukul tiga pagi." jawab Aileen selamba.

"buat apa sampai tiga pagi?" tanya Fayyadh ingin tahu. ia yakin yang dua gadis ini buat kerja gila.

"gosib, make up, tengok cartoon, kacau pembantu rumah apa lagi ek..?" sebut Aileen satu-persatu. Melissa di sebelah Aileen menahan dari ketawa begitu juga dengan Fayyadh, Izz dan Jayden.

"subuh, zohor dan asar solat ke tak?" tanya Daniel lagi.

"tak.." selamba sahaja Aileen menjawab langsung tidak ada rasa bersalah kerana tidak membuat benda wajib itu.

ternganga mulut empat jejaka itu mendengar jawapan Aileen.

"ya Allah!!! Melissa Amanda!! Aileen Medyna!! kenapa tinggal solat!! tau kan benda tu wajib korang nak masuk neraka ke syurga ni!?" marah Daniel. geram ia dengan perangai dua gadis ini.

"aku nak korang naik atas solat lepastu solat taubat sebagai hukuman!" arah Daniel. Aileen dan Melissa melihat satu sama lain kemudian memandang Daniel semula.

alis sebelah Daniel naik pelik dengan dua sahabatnya ini.

Aileen mengangkat tangan seperti pelajar ingin menjawab soalan yang cikgu bagi.

"apa?" ujar Daniel.

"macam mana kami nak solat?" tanya Melissa polos. apabila Daniel hendak bersuara Aileen mencelah.

"ha'ah kau belajar mazhab mana orang perempuan kalau cuti boleh solat ni? sepanjang aku belajar tak tau pula yang perempuan cuti boleh solat?" sambung Aileen dengan kepolosannya.

empat jejaka itu mengetuk dahi mereka boleh gila mereka dengan dua sahabat ni!

Melissa meletuskan tawanya ia tidak mampu nak menahan ada saja akal sahabatnya ini.

Aileen kehairanan apabila melihat sahabatnya ketawa apa yang lawaknya?

"dah la aku nak naik, nak keluar dengan Lauren." Daniel membuka langkah ke tangga lebih baik dia naik dan bersiap dari melayan perangai dua sahabat ini.

Aileen ketawa kecil apabila mengingat itu. dirinya yang dulu dan sekarang banyak beza.

tok!tok!tok!

mati lamunan Aileen apabila pintu bilik itu diketuk.

"akak cepat nanti Brittany nak naik dia nak periksa tingkat tiga." kata Ran. Aileen menganggukkan kepala tanda faham ia ke meja kerja laci pertama dibuka.

tangan Aileen mengambil pin berbentuk pikachu itu kemudian dia menyimpan di poket beg.

"jom Ran.." kata Aileen ia mengunci semula pintu bilik itu.

Ran dan Aileen turun ke bawah semula mereka perlu cepat sebelum Brittany membuat kerjanya.

Aileen, Ran dan Luca keluar menggunakan pintu rahsia itu.
"akak pergi dulu jangan bagi tau siapa-siapa termasuk Martin." kata Aileen ia tidak mahu sesiapa tahu.

Ran balas dengan anggukan kepala. Ran menghantar Aileen dan Luca dengan pandangan mata ia masuk semula apabila bayangan mereka telah hilang dari pandangannya.

"Ran apa awak buat?" tegur Ferry. pelik ia apabila Ran masuk dari pintu rahsia itu.

terkejut Ran apabila ferry menegurnya harap dia tak nampak Aileen tadi.

"eeerr... saya hantar Luca keluar tadi kan Luca masuk." tipu Ran. ferry mengecilkan matanya. Ran tak senang duduk apabila ferry melihatnya begitu.

"ouh... okay jom masuk nanti awak sakit pula." kata ferry. Ran menganggukkan kepala tanda faham.

sampai sahaja di motor nya Aileen menghidupkan enjin motor. Aileen ke arah Luca ia duduk bagi tingginya sama dengan Luca.

"thanks Luca nanti saya bagi awak daging kambing." kata Aileen.

Aileen menunggang motor dan meluncur pergi dari kawasan itu.


---••♡••---

Melissa menghirup udara malam. ia ke balkoni untuk menenangkan fikiran penat badannya melayan tetamu yang hadir.

sedang Melissa melihat bulan ada suara lembut menegurnya.

"Mel okay?" tegur Lauren ia mendekati Melissa. Melissa melihat ke arah Lauren lalu ia kembali melihat langit malam.

"bolehlah.." kata Melissa perlahan. ia tidak okay kerana Aileen tidak hadir.

Lauren tersenyum tawar ia tahu apa yang Melissa fikirkan. ia tahu Melissa kecewa kerana Aileen tidak hadir padahal ia telah menunggu saat ini untuk berjumpa sahabat baiknya.

"sabar ye! Aileen mesti ada sebab sendiri kenapa tak dapat datang." pujuk Lauren. Melissa mengeluh perlahan ia tahu tentang itu tapi ia berharap sangat yang Aileen datang.

"tahu.. tapi mel harap sangat dia datang. datang awal majlis pun jadilah sekurangnya dapat mel lepaskan rindu." luah Melissa tubir matanya memanas sedaya upaya ia menahan agar air matanya tidak meletus.

Lauren menarik Melissa ke dalam dakapannya tangannya mengusap belakang badan Melissa untuk memujuk gadis itu.

"ni semua salah mel.. kalau mel tak keluar hari tu mesti benda ni tak akan jadi." ujar Melissa. ia menyalahkan dirinya sendiri.

"shhsss... apa cakap macam tu tak baik la. kalau Aileen dengar pasti dia marah mel. ni semua ujian mel hanya perlu sabar dan berdoa agar semua ni selesai dengan cara yang baik okay?" pujuk Lauren. Melissa balas dengan anggukan kepala sahaja.

tanpa mereka sedar ada seseorang mendengar perbualan singkat itu. niatnya hanya mahu memanggil Melissa tapi tidak sangka akan mendengar itu.

___________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience