bab 42

Romance Series 12074

"sweethearth ada tinggal apa-apa lagi tak?" tanya Adyan.

harini Aileen dibenarkan pulang setelah dokter pastikan tiada sisa racun ada di badan Aileen.

"tak ada semua barang Aileen hubby dah simpan." jawab Aileen gembira ia apabila ia boleh pulang setelah seminggu ia berkurung di wad hospital.

nak bergerak banyak pun tak boleh kerana ia masih dalam pantang haih... seksanya!!

Adyan menganggukkan kepala tanda faham lalu ia membantu isterinya bangun dan membantu Aileen duduk di atas kerusi roda.

"hubby kita pergi rumah mana?" tanya Aileen.

"rumah ibu. ibu nak jaga sweety sepanjang berpantang." jawab Adyan. Aileen menganggukkan kepala tanda faham.

Adyan ke kaunter untuk membuat bayaran. selesai sahaja membayar ia bawa Aileen ke keretanya.

Adyan membantu Aileen masuk ke dalam kereta lalu ia menyuruh anak buahnya letakkan kerusi itu di tempat asal.

"sweethearth okay duduk macam ni?" tanya Adyan ingin tahu keselesaan sang isteri.

"okay." balas Aileen dengan riang tidak sabar mahu pulang ke rumah ibu bapanya.

tiba sahaja di rumah encik Mazlan Adyan turun dari kereta lalu ia membantu Aileen untuk masuk ke rumah.

"kakak dah balik!!" kata Aira dengan riang ia mahu berlari memeluk kakaknya tapi di halang oleh puan Amira.

"ni Aira kakak kamu tengah berpantang." larang puan Amira pada anak bongsunya.

cemberut Aira apabila dihalang oleh ibunya sendiri.

Aileen tergelak kecil lalu ia menyalam tangan ibunya.

"Adyan kamu bawa Aileen masuk dalam bilik." arah puan Amira. Adyan menganggukkan kepala tanda faham lalu ia memapah isterinya hingga ke dalam bilik.

masuk sahaja di bilik bibir Aileen tersenyum lebar rindunya pada bilik ni!!!

"suka sweethearth?" tanya Adyan. laju sahaja Aileen menganggukkan kepalanya. gila tak suka bilik ni la tempat ia tenangkan diri setiap kali ia stress nak balik Korea tak boleh kerana ada halangan aih..

"yeay.. akhirnya dapat tidur dengan hubby di katil ni." kata Aileen riang.

"boleh tapi lepas sweety berpantang." kata Adyan tangannya naik mengusap kepala isterinya yang tidak sehelai benang pun.

"kenapa?" berkerut dahi Aileen.

"kerana sweethearth masih dalam pantang hubby akan tidur di bilik tetamu jadi sweety jangan risau pada waktu malam ibu yang akan jaga hubby jaga sweety siang saja." terang Adyan. itulah syaratnya kalau mahu tinggal sebumbung dengan isterinya ketika berpantang.

"kenapa pula..." tanya Aileen tidak berpuas hati.

"hmm... ada la sebabnya hubby hanya ikut syarat yang diberikan ibu dan mummy saja." kata Adyan mengikutkan hatinya ia tidak mau tapi ia terpaksa ikut agar boleh melihat isterinya 24 jam.

"kalau hubby tak ikut?"

"kalau Adyan tak ikut ia akan tinggal di rumah ibu mertua kamu dan Adyan hanya dibenarkan melihat kamu selepas waktu berkerja tapi tempohnya hanya 35 minit jadi kamu pilih?" celah puan Amira ia terdengar beberapa perbualan pasangan itu.

cemberut muka Aileen ia tidak terima semua ini!! ia mana boleh tidur lena tanpa suaminya sejak ia berkahwin dengan Adyan ia tidak pernah mimpi buruk.

"jangan nak buat macam tu kalau tak ibu suruh Adyan balik." ugut puan Amira.

"haa... yelah." Aileen terpaksa mengalah tak apalah tidur berasingan pun asalkan Adyan boleh menjaganya itu pun dah cukup.

"sabarlah ye sayang ni hanya sementara sahaja." pujuk puan Amira.

Aileen hanya menganggukkan kepala sahaja.

"ibu Ad keluar dulu ye sebelum makan malam Ad balik." pinta Adyan ia mahu keluar kerana mahu bincangkan sesuatu.

"hubby nak ke mana?" tanya Aileen.

"nak jumpa kawan sekejap ada kerja nak dibincangkan." jawab Adyan.

"alaaa... jangan la hubby.." rengek Aileen.

"tak apa sweethearth hubby keluar sekejap je okay." pujuk Adyan.

"yelah.. hati-hati.." pesan Aileen. Adyan tersenyum kecil lalu ia mencium dahi Aileen lalu ia keluar dari bilik itu.

puan Amira hanya mampu menggelengkan kepala sahaja pada masa yang sama ia bersyukur kerana Adyan melayani anaknya dengan baik dia selalu berdoa agar jodoh mereka kekal lama hingga ke Jannah dan cinta mereka tidak akan pernah berkurang.

Adyan masuk ke dalam cafe lalu ia ke tempat di mana kawan-kawannya berada.

"sorry lambat aku hantar isteri aku pergi rumah mak mertua aku." kata Adyan lalu ia mengambil tempat di sebelah Rifqi.

"Izz dapat dah apa yang aku nak?" tanya Adyan ia menyuruh Izz siasat jenis bahan racun tersebut.

"dah, nasib ada serbuk racun tu di pejabat Claude. bahan dia ada lah bahan alam semulajadi iaitu flora dia dibuat dari bunga oleander dan spider lily. walaupun racun tu sedikit ia tetap bahaya kan nyawa orang terutama pada bayi dan ibu mengandung." terang Izz panjang lebar.

"sejak bila si Claude ni minat bunga?" tanya Areeq pelik.

"aku tak rasa Claude yang buat racun tu." kata Rifqi.

"kalau tak buat mesti dia beli tapi dari siapa?" ujar Faiz pula.

"seingat aku susah nak jumpa orang buat racun dari bunga kebanyakannya mereka guna haiwan berbisa atau lebih kurang macam tu." ujar Felix pula.

"cuba ingat ada tak musuh kita yang pandai buat racun guna bunga?" tanya Aneeq.

yang lain mendiamkan diri mereka cuba mengingat setiap musuh mereka.

"tak ada seingat aku semuanya bisnes haram je." jawab Faiz.

"Izz kau kenal Aileen dari kecil kan!!" Izz menganggukkan kepala sebagai jawapan.

"Aileen ada musuh tak terutama di dunia gelap?" tanya Rifqi.

"tak, kalau ada pun hanya orang biasa." jawab Izz. ia tidak ada hak untuk jujur pada yang lain Aileen sahaja yang ada hak cerita tentang masa lalu sebab Aileen tahu semuanya dari dirinya hanya tahu 30% sahaja.

"kalau bukan musuh kita dan kak Aileen habis tu siapa pula ada musuh ni? nak kata Aisy tak ada siapa tahu yang dia ahli kumpulan kita?" tanya Areeq makin pening kepalanya mencari siapa yang buat semua ini.

"aku tak pasti tapi kena cari sampai jumpa sebelum dia targetkan isteri aku sekali lagi." kata Adyan tegas. tidak ada siapa bileh menyentuh isterinya.

___________________________________________

bersambung...

- selamat menyambut raya semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience