"sweethearth, siap dah ke?"tanya Adyan sambil menyembur minyak wangi pada badannya
"sikit lagi nak baiki sikit je"jawab Aileen sambil membetulkan tudungnya lalu ia menyemburkan sedikit minyak wangi pada badannya.
selepas mereka bersiap. Adyan dan Aileen pun pergi ke lobi hotel mahu berjumpa keluarga yang lain
"mana ad dan Aileen ni? nanti lambat pula mereka"tanya encik Mazlan sambil melihat ke kiri dan kanan untuk mencari anak dan menantunya
"itulah... semalam suruh awal last last mereka juga yang lewat kalau tau mereka lewat baik neeq sambung tido"rungut Aneeq.
"sabar lah nanti sampai la tu"kata puan Marina sambil menggosok belakang badan Aneeq
"haa... itu pun abang ad dan kak aileen"kata Adryna sambil menunjukkan ke arah dua pasangan itu.
"haa... sampai pun kamu berdua. ingat lambat lagi baru cadang nak tinggal"kata puan Amira. Adyan dan Aileen hanya tersengih sahaja
"maaf lambat semua Aileen cari jarum tak jumpa. hehe"kata aileen. Adyan hanya menganggukkan kepala tanda setuju apa yang Aileen katakan
puan Amira hanya menggelengkan kepala sahaja ada sahaja perangai putri sulungnya ini. kalau tidak pelik sehari tak sah
"dah jom nanti lambat pula"kata Tengku Athif. yang lain hanya menganggukkan kepala lalu mereka semua pun keluar dari hotel tersebut.
---••♡••---
akhirnya mereka sampai di KLIA. harini family Adyan akan ke Spain untuk berjumpa family puan Marina di sana. keluarga Aileen tidak ikut kerana mereka perlu balik ke kampung untuk melawat ibu puan Amira yang sedang ada di hospital.
"hubby, kita nak pergi mana?"tanya aileen pada adyan
"kita nak pergi Spain. abuelo dan abuela nak jumpa cucu menantu katanya"jawab Adyan. Aileen menganggukkan kepala tanda faham.
mereka bergerak ke kapal jet peribadi milik Tengku Athif. Aileen bersa sedikit takut apabila nampak ramai lelaki berbadan tegap yang berpakaian hitam itu.
masuk sahaja ke jet peribadi Aileen dan Adyan mengambil tempat duduk. Adyan membuka laptop untuk membuat kerja Aileen pula membaca novel yang bertajuk dheo's karya anjell. Aileen membaca novel tanpa ia sedar Aileen tertidur di bahu Adyan. Adyan tersenyum apabila dia melihat Aileen tidur ia menutup laptop dan letak di meja depannya lalu mengangkat Aileen masuk ke bilik di private jet itu.
"ad kamu nak pergi mana?"tanya puan Marina
"ad nak hantar Aileen masuk bilik dia tertidur waktu baca novel tadi"jawab Adyan. puan Marina menganggukkan kepala tanda faham lalu ia pergi dari situ. Adyan pun sambung jalan untuk menghantar Aileen ke bilik.
Adyan masuk ke bilik lalu ia letakkan Aileen perlahan-lahan di atas katil. Adyan membuka tudung shawl Aileen lalu ia sangkut di penyangkut jarum dan pin Adyan letak di meja di sebelah katil itu.
selepas itu Adyan baring di sebelah Aileen tangan kanannya di atas badan Aileen lalu ia menarik Aileen ke dalam dakapannya ia pun tertidur bersama dengan Aileen.
beberapa jam kemudian mereka pun tiba di spain. turun saja dari kapal terbang datang seorang lelaki yang berbadan tegap datang ke arah mereka semua
"bienvenido. señor, señora, joven maestro, señorita y señorita"kata lelaki itu yang bernama carlos itu sambil menundukkan badannya sedikit. (selamat datang. tuan, puan, tuan muda, dan cik dan puan muda)
Aileen hanya berlindung di belakang Adyan kerana ia takut dengan lelaki tersebut. Adyan hanya membiarkan sahaja Aileen menyorok di belakang badannya.
"¿Dónde está el auto?" tanya Adyan dingin (Mana kereta?)
"El auto llegó 5 minutos antes que tú llegaras." jawab Carlos lancar tapi hakikatnya hanya dia yang tau bertapa takutnya dia pada tuan mudanya ini (Kereta telah tiba 5 minit sebelum tuan muda sampai).
Adyan hanya balas dengan anggukan sahaja lalu ia pergi sambil menarik tangan Aileen. Aileen hanya mengikuti sahaja Adyan dia tidak ada tenaga untuk lawan. sampai sahaja di kereta Adyan membuka pintu kereta penumpang belakang untuk Aileen masuk ke dalam
Aileen yang faham tindakan suaminya itu hanya ikutkan sahaja selepas ia masuk ke kereta Adyan pun masuk lalu kereta bergerak.
"hubby abuelo dan abuela garang tak?"tanya aileen.
"tak, sayang jangan risau okay. I'm always by your side okay baby"jawab Adyan. merah padam muka Aileen apabila Adyan memanggilnya dengan panggilan 'baby'. Adyan tersenyum kecil apabila ia melihat wajah isterinya merah padam
"you are blushing sweetheart"bisik Adyan pada telinga Aileen hanya ia dan aileen sahaja yang boleh dengar.
makin merah muka Aileen. Aileen menyorokkan mukanya di dada bidang Adyan lalu ia menumbuk perlahan dada Adyan.
"hubby jahat"kata Aileen walaupun suara perlahan tapi terdengar juga pada adyan. Adyan sembunyikan senyumannya apabila Aileen menekup mukanya pada dadanya.
driver yang membawa kereta Adyan hanya focus memandu walaupun ia tidak faham bahasa melayu tapi ia tahu tuan mudanya bermanja dengan puan mudanya itu.
sampai sahaja di villa abuelo dan abuela Adyan. Aileen dan Adyan keluar dari kereta mereka disambut oleh bodyguard di villa tersebut. Aileen terus memeluk tangan Adyan ia berasa takut kerana banyak lelaki yang berbadan tegap itu
"bienvenido. Elbert, Marina, Ray y rose"sambut puan melody
"Rin extraña a su madre "kata puan Marina sambil memeluk erat puan melody. puan melody melihat seorang gadis muda yang ada disebelah Adyan ia pun menghampiri gadis tersebut (Rin rindukan ibu)
"Esto es para el yerno de la abuela Ray?"tanya puan melody pada adyan (adakah ini cucu menantu Nenek Ray?)
"Sí, el nombre de su abuela es Aileen Medyna."jawab Adyan ( iya nek namanya Aileen medyna)
"encantado de conocerte abuela"ujar Aileen sambil menyalam tangan puan melody. puan melody tersenyum manis apabila mendengar Aileen bercakap bahasa Spain dengan lancar (selamat berkenalan nenek)
"bienvenida a la familia aileen" sambut tuan zavier. (selamat datang ke keluarga aileen)
"gracias abuelos por aceptar a Aileen en esta familia" ujar Aileen ramah (terima kasih datuk dan nenek kerana sudi menerima Aileen dalam keluarga ini)
Tengku Athif, puan Marina, Adyan dan 2 kembar itu terkejut beruk apabila Aileen bercakap bahasa Spain dengan lancar.
terkejut juga mereka apabila tuan zavier tersenyum apabila bercakap dengan Aileen tanpa mereka semua sedari mereka telah pun ditinggalkan di villa itu tuan zavier dan puan melody telah masuk ke dalam villa bersama dengan Aileen
"¿no quieres entrar?"tanya Xavier iaitu adik kepada puan Marina. (tak nak masuk ke)
"ehh.. papa xavier!!!" ujar Areeq, Aneeq dan Adryna dengan riang
"miss me"kata Xavier sambil melebarkan tangannya. Areeq, Aneeq dan Adryna lari dan memeluk pakcik mereka
"bila akak dan abang sampai?"tanya Xavier
"baru je, ni kamu dari mana?"tanya Tengku Athif pula
"dari markas ada masalah tadi, ni ray mana isteri kamu kata nak bawa ni batang hidung pun papa tak nampak?"tanya Xavier pada adyan
"kena culik dengan abuela dan abuelo pa sampai cucu sendiri pun dilupakan"jawab Aneeq. Xavier tergelak kecil dengan perangai mak dan ayahnya
"dah lah jom masuk kita borak di dalam"kata puan Marina. mereka semua menganggukkan kepala lalu masuk ke dalam villa tersebut. Tengku Athif, puan Marina, Areeq, Aneeq, Adryna dan Xavier pergi ke dapur Adyan pula mencari isterinya di taman bunga puan melody
tersenyum lebar Adyan apabila Aileen dan puan melody ada di taman bunga seperti jangkaannya.
"sweethearth di sini pun puas hubby cari"kata Adyan sambil memeluk Aileen. Aileen terkejut kecil apabila dipeluk Adyan
"kamu ni pun ray terdekut sungguh. abuela pinjam isteri kamu sekejap je"kata puan melody
"biarlah lagi pun ray yang akad nikah dia bukan abuela"jawab Adyan selamba ia masih memeluk Aileen. aileen tergelak kecil apabila melihat Adyan dan puan melody bergaduh manja di situ
"dah la tu hubby. jom kita masuk dalam nak makan malam dah"kata Aileen untuk mencegah pergaduhan manja antara cucu dan nenek
"baiklah jom Aileen kita masuk"kata puan meloday sambil menarik tangan Aileen apabila ia dapati Adyan melonggarkan pelukan tersebut. terkelu Adyan apabila puan melody menculik isterinya dari pelukannya.
selepas makan malam Adyan dan Aileen naik ke bilik untuk berehat setelah lama di atas awan
"wah... besar nya bilik ni"kata Aileen dengan nada teruja. bilik Adyan besar siap ada ruang tamu mini lagi. Adyan hanya tersenyum sahaja lalu ia rebahkan diri di katil king itu
"hubby kita duduk sini berapa lama?"tanya aileen mengambil tempat di sebelah suaminya
"1 minggu. sebab hubby kena masuk pejabat minggu depan"jawab Adyan sambil menepuk sebelahnya untuk Aileen baring di sebelahnya. Aileen yang faham maksud tersebut ia baring di sebelah Adyan dan membantalkan tangan Adyan.
Adyan terus memeluk Aileen apabila Aileen telah baring di sebelahnya.
"sweethearth hubby nak tanya boleh?"ujar Adyan matanya masih terpejam.
"boleh apa dia?"tanya aileen. tangannya naik mengusap lembut rambut keperangan suaminya.
"sejak bila sweethearth pandai bahasa Spain?"tanya Adyan
"ouh... lama dah Aileen pandai. Aileen belajar waktu universiti"jawab Aileen.
"baby pandai bahasa apa lagi selain english dan Spain?"tanya Adyan
"Aileen pandai bahasa Jepun, Korean, China dan Italy... ouh.. tidak lupa juga bahasa arab" jawab Aileen. Adyan hanya balas dengan anggukan sahaja lalu mereka pun tidur bersama-sama.
________________________________________________________
bersambung...
Share this novel