bab 72

Romance Series 12074

pintu kaca yang kelihatan mewah itu ditolak kaunter dituju.

"I want to meet him." kata Aileen pada pekerja yang menjaga kaunter itu sambil memberikan kad berwarna emas.

pekerja perempuan itu mengangguk kecil dan membawa Aileen ke tempat di mana orang itu berada.

Aileen hanya memasang wajah datar sahaja bau arak yang masuk ke rongga hidungnya ditahan dia tak nak dikira biadap pula.

pekerja perempuan yang sedang bercakap dengan seorang lelaki berbadan tegap yang bersut hitam itu di lihat sekilas.

lencana di dada kiri lelaki itu menjadi tumpuan Aileen. macam familiar sahaja.

ular cobra?

"you can go inside." kata pekerja itu. Aileen mengangguk dan menyusun langkah masuk ke dalam sempat dia mengucapkan terima kasih pada pekerja yang membantunya tadi.

daun pintu terus dibuka tanpa diketuk. dia malas nak buang masa di sini.

"welcome, dear. I have been waiting for your arrival for a long time." kata lelaki itu dengan lembut.

Aileen menilik lelaki yang duduk santai di sofa single yang elok berpakaian kemeja lengan baju dilipat hingga ke siku dan seluar jeans berwarna green mint sesuai dengan kulitnya yang berwarna putih kemerahan itu rambut yang berwarna keperangan itu kemas disikat tepi. irisnya yang berwarna hijau bercampur dengan warna kelabu itu menyempurnakan lagi fisik lelaki itu.

"ada apa panggil saya?" tanya Aileen datar. dia melabuhkan punggung di depan lelaki itu.

"wow! sabar kita santai-santai sahaja laju-laju nak ke mana, sayang?" kata lelaki itu sambil menuangkan kencing syaitan itu di gelas kaca. satu gelas itu ditolak kearah Aileen.

"maaf agama saya tak bagi saya minum ni." tolak Aileen.

lelaki itu mengangguk faham sebelum dia mengarahkan bawahannya untuk mengambil air jus untuk diberikan pada tetamu istimewanya.

"sebab apa kau panggil aku kesini?" Aileen mengulang soalannya suaranya dingin dan kasar. dia tidak ada masa untuk bermain.

"kau nak tau ke siapa yang targetkan kau dan kawan kau tu?" ujar lelaki itu sambil memusingkan gelas.

"siapa?" tanya Aileen datar.

"wow! ini bukan percuma ya sayang, aku nak sesuatu dari kau." kata lelaki itu sinis.

"kau nak apa?"

"jadi perempuan aku."

Bam!

"kau gila ke apa? kau ingat aku pelacur!? maaf, kalau itu yang kau nak tak perlu aku boleh cari sendiri." kata Aileen kasar. gila ke hanya semata nak cari siapa yang targetkan kawannya dia perlu korbankan mahkota yang dia jaga selama ni? jangan harap!

"alaa... aku minta satu malam je bukan selamanya pun." tenang lelaki itu berkata.

"heh? satu malam? kau ingat aku percaya? aku tak bodoh lagi la nak percaya cakap kau tu kalau kau nak puaskan nafsu tak guna kau tu kau cari perempuan dekat club mereka lagi rela, dah la bye dan jangan cari aku dengan cara yang sama sebab aku tak nak jumpa dengan kau lagi."

Aileen keluar dari restoran itu dan masuk ke dalam perut kereta. enjin dihidupkan kereta bugatti la voiture noire berwarna hitam itu meluncur laju.

"heh? kau tetap akan jadi milik aku, Medyna." gumam lelaki itu sebelum meneguk rakus air kencing syaitan itu.




"kau dari mana, Ai?" tanya Daniel.

"keluar." jawab Aileen datar.

"Melissa dah sedar kau nak melawat dia tak?" tanya Daniel fokusnya pada Aileen.

"nak! bila?" tanya Aileen teruja. berita ini yang dia tunggu selama 3 hari.

"petang ni kau nak pergi sendiri ke ikut aku?" tanya Daniel.

"erm... ikut kau la aku malas nak pandu." jawab Aileen sambil tersengih.

Daniel mengeleng kecil. "dah agak dah, siap sebelum pukul 5 lambat aku tinggal." kata Daniel.

"ck! tau tinggal je kau ni macam mana la kak Lauren boleh suka kau? entah-entah nanti kau tinggalkan kak Lauren dengan Darren pula." selamba badak Aileen mengutuk sahabatnya itu. langkah di buka menaiki tangga.

"elok sikit Aileen Medyna! aku ni setia bukan macam kau buaya!" kata Daniel geram ada saja yang keluar dari mulut gadis itu.

"biarlah kalau buaya pun aku buaya dengan fiction aku bukan dengan laki orang macam kau." jawab Aileen sebelum menghilangkan diri masuk ke dalam biliknya.

Daniel menggelengkan kepalanya dah besar pun masih macam budak kecil bila lah nak matang agaknya sahabatnya yang sorang ini?

"master." Daniel memusingkan badannya menghadap bawahannya itu.

"saya dah jumpa siapa yang tembak puan Melissa." kata Alvin.

"siapa?" tanya Daniel.

Alvin memberikan laptop pada tuannya. timbul urat dileher Daniel bila melihat logo yang amat dia kenali itu. tidak sangka kumpulan itu masih berjalan walaupun ketua mereka telah dibunuh 2 tahun lepas.

"tak sangka ada orang nak hidupkan balik sampah ni? aku nak kau cari siapa ketua dia dan aku nak tahu apa mereka rancang selepas ni." arahan diberi dengan nada tegas dan dingin. dia perlu bertindak sebelum Melissa menjadi mangsa mereka lagi. apalah yang mereka nak dari Melissa ni?




"IZZ ATHAR DANIEL BIN IZ AQEEL JEFFRI CEPAT! KENAPA LAMBAT?" nama penuh jejaka itu diseru dengan kuat. tadi punyalah suruh dia turun awal sekali lelaki itu yang lambat nak tinggal nanti siapa nak bawa dia pergi hospital dah la dia malas nak pandu kereta.

"sabar lah sekejap bukan kau nak tolong aku mandikan di Darren ni pun. dah jom." kata Daniel datar.

Aileen masuk ke dalam perut kereta di penumpang depan. Darren yang diberi Daniel itu diambil dan diletakkan di atas ribanya sesekali pipi tembam si kecil dicium.

"kita nak kemana ni? bukan hospital belok kiri ke?" tanya Aileen bila Daniel membelok kanan lelaki ni nak kemana?

"pergi airport tadi Fayyadh call kata dia dah sampai." jawab Daniel. Aileen menganggukkan kepala tanda faham. lama dia tidak berjumpa dengan jejaka itu sejak dia menyambung belajar di Spain.

suasana di dalam itu senyap hanya kedengaran bunyi ketawa dari Darren dan Aileen. Daniel hanya membiarkan sahaja apabila Aileen ada dialah yang akan menjaga anaknya, bukan dia yang paksa tapi gadis itu yang mempelawa dirinya sendiri sebelum dia berkahwin lagi Aileen sudah kata dia akan mencuri anaknya. walaupun telah dihalang seketul Aileen Medyna mana pernah mendengar.

sampai saja di airport Daniel memarkir kereta di tempatnya Daniel keluar dari perut kereta untuk menjemput Fayyadh sempat ia berpesan pada Aileen untuk tidak ke mana-mana dan hubunginya kalau ada apa-apa.

"mana daddy awak ni Darren? kata sekejap je ni dah 15 minit kita tunggu tapi tak datang-datang lagi." omel Aileen sambil melihat side mirror irisnya tidak sengaja menangkap kelibat figura lelaki yang tidak jauh darinya.

mata dikecilkan agar dia boleh melihat dengan lebih jelas.

lelaki itu mengoyak senyuman sinis sebelum melangkah pergi dari situ. Aileen meletakkan Darren di tempat pemandu sebelum keluar dari kereta.

sekelilingnya dilihat setiap orang yang ada di situ diperhati dengan elok dia perlu mencari lelaki tadi dia yakin itu adalah lelaki yang sama yang menyerang dia dan Melissa.

apabila langkah ingin dibuka satu suara mematikan langkahnya. Aileen memusing belakang liur ditelan perit bulu romanya berdiri tegak wajah tegang Daniel dan Fayyadh dilihat takut. bergetar bola matanya kerana takut. kuat sungguh aura dua jejaka ini hingga berjaya menekannya.

"nak ke mana, Aileen?" tanya Fayyadh.

"err..." ligat Aileen berfikir untuk memberi alasan yang muhasabah. dia perlu berhati-hati dalam menipu kerana Daniel dan Fayyadh paling susah nak menipu hidung mereka kuat dalam membau pembohongan orang.

"tandas..." jawab Aileen. suaranya sebaik mungkin dikawal.

"sejak bila kau rajin pergi tandas? seingat aku kau paling susah nak ke tandas kalau keluar. kau baru keluar 40 minit tak akan nak ke tandas dah?" kata Daniel musykil. dia kenal sungguh dengan Aileen. gadis ini tak akan ke tandas kalau tidak cukup 3 jam walaupun kedengaran pelik tapi itulah fakta tentang Aileen Medyna.

"ck, kau ingat aku alien?" kata Aileen kasar.

"dah cukup! dah besar panjang pun nak bergaduh aku tinggal juga korang berdua dekat sini, kang." Fayyadh menghentikan pergaduhan kecil itu kalau tidak dihentikan sampai esok memang tak akan habis.

Aileen mendengus perlahan sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. dia duduk di seat penumpang belakang malas nak duduk depan.

Fayyadh mengeleng kecil sebelum masuk ke dalam kereta dia duduk di penumpang depan. Darren yang duduk di seat pemandu itu diambil. Daniel mengeluh perlahan sebelum berjalan ke tempat pemandu.

"lama, ayah tak jumpa awak, besar dah awak." kata Fayyadh pipi tembam itu dicium.

kereta itu meluncur pergi hanya kedengaran suara Daniel dan Fayyadh sahaja membincangkan tentang kerja Aileen diam di belakang pandangan dibuang ke tingkap otaknya memikirkan siapa lelaki tadi dan kenapa lelaki itu ikut mereka perbincangan antara Daniel dan Fayyadh langsung tidak masuk ke dalam telinganya.

sampai sahaja di hospital mereka menuju ke wad Melissa. Aileen adalah orang pertama yang memeluk Melissa, Jayden yang ada di sebelah Melissa pun ditolaknya.

Daniel pula telah awal lagi berjumpa dengan isterinya tak boleh pisah langsung dengan isterinya itu.

"Mel! aku rindu kau! kau tau tak aku rasa bersalah sebab kau kat sini, aku minta maaf sangat!" kata Aileen dengan sekali nafas.

"hehe... dah la tu, Ai. aku okay kan dah la jangan rasa bersalah lagi pun tu semua bukan salah kau ia ada di luar dugaan kita." pujuk Melissa. dia tidak suka bila kawannya salahkan dirinya sendiri.

Aileen meleraikan pelukan itu sambil menganggukkan kepala air mata yang keluar itu diseka dengan hujung lengannya.

"bila kau balik?" tanya Melissa.

"baru je tadi kau macam mana, okay? ada sakit mana-mana tak?" tanya Fayyadh.

Melissa mengelengkan kepalanya. "aku okay sakit tu adalah sikit tapi tak teruk." jawab Melissa ramah. Fayyadh diimbas dari atas ke bawah. makin hensem sahaja sahabatnya yang ini berkulit putih rambut kehitaman dan tebal iris yang berwarna coklat gelap itu memantapkan lagi ketampanan jejaka itu. walaupun Fayyadh ni tak ada darah campuran jejaka ini sangat tampan dan tinggi dari usia jealous la juga sewaktu mereka kecil dulu dia berumur 14 dan Fayyadh berumur 13 tahun tinggi 3 inci darinya. boleh bayang tak!

"jangan usya lama sangat, Mel. nanti ada juga orang yang ke alam lain sebab kau." Aileen menyandarkan Melissa yang terkantoi itu. merah padam wajah Melissa bila melihat wajah nakal Aileen.

Aileen ni kan suka usianya begitu nasib suaminya tidak ada kalau ada habis la dia kena hukuman dari jejaka itu.

"alolo... blushing ke, honey?" makin galak Aileen mengusik kawannya itu. jangan pelik kenapa dia panggil Melissa' honey' itu hanyalah panggilan manja sahaja bukan sebab lain. jangan risau dia straight lagi masih tidak gila untuk suka sama jenis, haram!

mana ada! kau jangan macam-macam nanti aku yang kena dengan suami aku bukan kau!" ujar Melissa sudah la suaminya itu kuat jealous kalau dia bercakap dengan Fayyadh tapi dengan Daniel dan Izz okay pula padahal lelaki itu dah ada tunang dah pun itupun masih nak cemburu.

"hehe... alaa... jangan marah aku gurau je." kata Aileen sambil memeluk sahabatnya dari tepi dagu diletakkan di bahu kiri Melissa.

Melissa membiarkan sahaja Aileen kalau tidak manja dengannya memang tidak sah tapi tak apa dia suka sekurangnya Aileen tidak perlu menjadi orang lain menjadi diri sendiri itu adalah sesuatu yang sangat mengembirakan kerana tidak semua orang menerima diri kita sendiri.

"hmm... yelah." kata Melissa pipi Aileen dicubit geram. Aileen menepis lembut tangan sahabatnya itu suka sangat mencubit pipinya ini. Melissa tersengih tidak bersalah malah makin galak mengusik sahabatnya itu.

Fayyadh hanya melihat dua gadis yang sedang bermanja itu gembira hatinya melihat senyuman yang terukir dari mereka berdua. semoga senyuman itu sentiasa kekal.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience