bab 46

Romance Series 12074

"papa Izz papa niel!!" jerit kanak-kanak lelaki yang sekitar umur 5 tahun itu.

"hey! anak papa dah sampai mana daddy anda mummy." tanya Izz apabila kanak-kanak itu dalam dukungannya.

"mummy anda daddy di sana." jawab kanak-kanak itu sambil jari kecilnya menunjukkan ke arah ibu bapanya.

Izz dan Daniel melihat kearah yang si kecil tunjukkan dan bibir mereka ternaik sedikit apabila melihat dua figura yang dikenali.

"Jayden, Melissa sini." Daniel memanggil dua pasangan itu. Jayden dan Melissa ke arah suara itu.

"Izz, Daniel.." Mereka bertiga bersalam dengan cara sendiri.

"Julien berapa kali daddy kata jangan berlari nanti jatuh macam mana?" marah Melissa dengan tingkah anaknya ikut perangai siapalah anak nya ni?

"hehe.. sorry mummy." kata Julien.

"biarlah mel dia budak kecil lagi dari kau yang dah jadi emak pun masih tak nak dengar cakap." perli Izz. merah muka Melissa apabila Izz memerlinya begitu ada majlis tahlil arwah juga malam ni.

"kau ni kan.." Melissa menahan marah kalau Izz ni abang dia lama dah dia ketuk guna kayu golf!!

"dah jom balik Dahlia dan Lauren tengah tunggu di rumah." Daniel mencelah kalau ia tidak mencelah pasti akan berlaku perang dunia ketiga.

mereka mengangguk kepala tanda faham lalu bergerak untuk pulang.

sampai sahaja di rumah Izz Melissa dan Jayden terus rebahkan diri di katil manakala Julien naik ke atas untuk bermain dengan Darren dan Dhiya.

"Jayden, Lissa minum air ni." pelawa Dahlia.

Melissa mengambil cawan lalu ia beri pada suaminya. Jayden mengambil huluran itu lalu ia meneguk rakus air kosong itu tekaknya betul-betul kering sepanjang ia di langit.

"Jay, Liss pergi naik atas berehat bilik korang dah siap kemas." arah Izz apabila ia melihat mata kuyu pasangan itu.

Jayden dan Melissa menganggukkan kepala lalu naik ke atas untuk tidur.

hilang sahaja bayangan pasangan itu Daniel dan Izz minta diri untuk ke bilik kerja.

"hari ni hari jadi Aileen kan?" teka Lauren.

"ye.. selalunya kita akan sambut tapi kali ni tidak." jawab Dahlia sambil duduk di sofa.

"kenapa family dia tak sambut ke?" tanya Lauren pelik.

"sambut je sekarang tiga hari sebelum hari jadinya Aileen akan lari ke luar negeri untuk bercuti dengan cara tu ia tak akan. ingat hari jadinya." jawab Dahlia. sedih apabila mengingat hal itu hidup Aileen betul-betul berubah sejak kejadian itu.

"nampaknya Aileen banyak berubah sejak kejadian tu." kata Lauren sambil mengambil tempat sebelah Dahlia.

"banyak sangat berubah sekarang dia senyum hanya untuk orang bukan untuk diri sendiri." ujar Dahlia. itulah hakikatnya dulu Aileen akan senyum dengan jujur bukan menipu diri sendiri.

"haih.. kalau lah lelaki tu tak buat hal pasti semua benda ni tak akan berlaku." ngeluh Lauren.

"sabar lah ni ujian untuk mereka. Allah nak lihat sejauh mana kepercayaan mereka sebagai kawan selama bertahun-tahun." kata Dahlia lembut. Lauren menganggukkan kepala tanda faham.

"dah mari naik atas. budak-budak tu selagi tidak naik mereka akan berjaga sepanjang malam." kata Lauren untuk hilangkan kesedihan itu.

Dahlia menganggukkan kepala lalu mereka naik ke atas untuk berjumpa anak-anak yang masih bermain di atas.


---••♡••---

Aileen menyemburkan sedikit minyak wangi di badannya lalu ia menggalas begnya dan keluar dari bilik tidak lupa juga menutup lampu dan aircorn bilik.

Aileen turun ke bawah lalu ia ke dapur untuk mengambil bekal makanan untuk suaminya di pejabat.

"Aileen nak kemana bersiap ni?" tanya puan Siti apabila ia melihat puan mudanya bersiap walaupun berpakaian simple puan mudanya tetap cantik.

"Aileen nak hantar makanan tengah hari dekay Adyan Aileen akan pulang sebelum makan malam." jawab Aileen. puan Siti menganggukkan kepala tanda faham.

"mak ada nak pesan apa-apa ke? kalau ada barang dapur habis boleh Aileen belikan alang-alang Aileen dah keluar." tanya Aileen.

"tak apalah Aileen nanti mak suruh anak buah Adyan yang belikan mak tak nak susahkan kamu kalau Adyan tahu pasti kami kena marah." tolak puan Siti lembut.

"tak menyusahkan mak. alang-alang Aileen keluar nanti tak perlu mak nak suruh anak buah Adyan beli." kata Aileen.

"yelah sekejap mak nak ambil senarai." akhirnya puan Siti menyerah kalah juga. Aileen senyum kemenangan.

"nah Aileen. Aileen cari yang Aileen jumpa je yang mana tidak jumpa tu nanti mak minta anak buah Adyan belikan." kata puan Siti.

Aileen menganggukkan kepala tanda faham lalu ia menyalam tangan puan Siti sebelum ia keluar dari rumah.

sudah dua minggu ia pulang ke villanya semula selepas ia berpantang 40 hari di rumah ibunya.


---••♡••---

tok!tok!tok!

"masuk!!" arah Adyan dingin.

"Tengku saya ada bawa kan makan tengahari hari Tengku tak nak rasa ke masakan saya ni?" tanya wanita itu suara dilunakkan.

"kenapa kau bawa makanan?" tanya Adyan dingin ia langsung tidak melihat gerangan yang masuk itu.

gadis itu tersenyum kecil lalu ia mendekati meja kerja Adyan.

"sekarang dah masuk waktu lunch tak kan Tengku tak nak makan?" tanya gadis itu suaranya tidak dilunakkan hanya suara biasa.

"aku boleh beli sendiri." jawab Adyan.

"kalau nak harapkan Tengku beli sampai esok pun Tengku tak akan beli." balas gadis itu.

"kau siapa... eh sweethearth!!!" hilang marah Adyan apabila melihat wajah permaisuri hatinya.

Aileen membuat peace pada suaminya seperti ia tidak berlaku apa-apa. Aileen mendekati suaminya lalu ia duduk di atas riba suaminya.

"kenapa sweethearth datang tak bagi tau? siapa yang hantar sweethearth?" tanya Adyan. tangan Adyan menahan badan isterinya agar Aileen tidak jatuh.

"saja nak buat surprise. Aileen drive sendiri." jawab Aileen tangannya naik memeluk leher suaminya kepalanya diletakkan di bahu suaminya.

"kenapa drive sendiri kenapa tak suruh Yuki hantar apa guna hubby tugas Yuki untuk jaga sweety?" sinis Adyan menyoal isterinya.

"alaaa... kalau Yuki yang bawa nanti bakat Aileen dalam memandu kereta hilang la apa guna Aileen ada lesen tapi tak guna?" balas Aileen.

tangan Adyan naik mencubit kuat hidung isterinya geram suka melawan. "lawan kerajanya sekarang." kata Adyan.

"dah mari makan nanti waktu lunch habis pula." kata Aileen. apabila ia hendak bangun dari riba suaminya tapi tidak berjaya kerana Adyan menahannya.

"kenapa hubby halang Aileen bangun? Aileen nak hidangkan makanan dekat hubby?" tanya Aileen tidak berpuas hati.

"tak payah bangun buka je la buka pakai tangan kenapa perlu bangun." balas Adyan.

Aileen mengeluh kasar tak guna ia mahu melawan jadi ia ikut sahaja apa yang suaminya cadangkan.

"siapa masak sweethearth atau ibu?" tanya Adyan.

"Aileen. Aileen tak akan benarkan ibu dan mak masak untuk hubby melainkan bila Aileen tak sempat ataupun Aileen pergi sebelum hubby." jawab Aileen.

"apa cakap macam tu hubby tak suka sweethearth tak akan pergi mana-mana." bantah Adyan ia tidak suka apabila Aileen kata begitu seperti hidup isterinya tidak lama.

"maaf hubby tapi kita tak tahu bila ajal kita." tegur Aileen.

"hubby tahu tapi hubby belum bersedia lagi untuk kehilangan sweethearth." luah Adyan pelukan di pinggang isterinya diketatkan bagai tidak mahu melepaskan isterinya pergi.

Aileen berhenti lalu ia memusingkan badannya ke suaminya lalu ia memeluk suaminya.

"ye Aileen tahu Aileen pun tak sedia lagi. dan Aileen janji Aileen tak akan tinggalkan hubby." pujuk Aileen. terasa comel pula apabila suaminya bermanja begini.

"dah mari makan nanti sejuk pula makanan ni." pujuk Aileen lagi. Adyan hanya balas dengan anggukan sahaja.

"hubby nak Aileen suap atau makan sendiri?" tanya Aileen.

"sweethearth suap." jawab Adyan. Aileen menganggukkan kepala tanda faham.

selepas makan Aileen bangun dari riba suaminya lalu bergerak je tandas untuk membasuh bekas makanan tadi.

Aileen mengisi air di dalam bekas untuk membasuh mulut suaminya nak harapkan suaminya basuh lambat lagi kalau sifat kucing parsi suaminya telah keluar.

Selepas mencuci mulut suaminya Aileen ke tandas semula untuk membuang air basuhan itu.

Aileen keluar dari tandas lalu ia ke meja kecil yang ada di bilik suaminya. Aileen membawa keluar tisu lalu ia mengelap bekas itu.

Adyan membuat kerja sementara menunggu isterinya.

selesai menyusun bekas Aileen mendekati suaminya. Adyan melihat isterinya.

"hubby Aileen balik dulu." ujar Aileen.

"kenapa tak balik ngan hubby je?" tanya Adyan.

"tak apa sebelum balik Aileen nak singgah mall nak beli barang sekejap. hubby ada nak makan apa-apa ke malam ni boleh Aileen masakan?" tanya Aileen. ia tak mahu menyusahkan Adyan. ia tahu suaminya penat dengan kerja bila balik suaminya perlu melayan karenahnya.

"hmm... hubby rasa nak makan spaghetti carbonara boleh?" pinta Adyan manja. Aileen tergelak kecil comel saja apabila suaminya manja.

"okay Aileen akan beli." Aileen menyalam tangan suaminya. Adyan mencium dahi isterinya.

"Jack teman puan hingga ke kereta." arah Adyan. akan ada dua orang anak buahnya yang jaga di depan pintu.

"maaf sebab hubby tak boleh hantar sweethearth ke bawah." kata Adyan penuh rasa bersalah. mengikutkan hatinya mahu sahaja menghantar isterinya ke bawah tapi disebabkan kerja menimbun ia terpaksa tanamkan sahaja.

"tak apa Aileen faham. hubby jangan terlalu paksa kan diri sangat." pesan Aileen. Adyan hanya balas dengan anggukan sahaja.

Aileen mencium pipi suaminya dan keluar dari pejabat suaminya. Adyan melihat screen laptop nya ia menghantar Aileen menggunakan cctv untuk memastikan keselamatan sang isteri walaupun ada anak buahnya ia tetap tidak percaya keselamatan isterinya akan selamat.

"eh.. Aileen datang sini jumpa Adyan ke." tegur Felix apabila ia bertembung dengan Aileen.

"ye Aileen hantar lunch dekat Adyan." jawab Aileen. Felix menganggukkan kepala tanda faham. Felix melihat ke arah cctv apabila ia rasa cctv itu tidak berada di tempatnya.

gelengan kecil sahaja Felix mampu beri. sayang sangat isteri sampai kawan tegur pun nak jelous.

"okay la Aileen pergi dulu." pamit Aileen. Felix hanya balas dengan anggukan sahaja.

tiba di mall Aileen membeli barang yang puan Siti bagi dan juga mencari makanan untuk suaminya malam ini.

"mana spaghetti ni selalunya ada di sini je lari ke mana pula?" rungut Aileen sudah 15 minit ia mencari tapi tidak jumpa ada kaki ke spaghetti tu?

sedang mencari Aileen tidak sengaja terlanggar seseorang.

"maaf kak saya tak sengaja sala.. eh.. Aileen!!" Aileen dan gadis itu terkelu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience