bab 13

Romance Series 12074

hari ni Aileen nervous tahap gaban habis berpeluh tangannya walaupun dalam bilik itu dipasang aircorn. hari ni adalah hari dimana Aileen akan diijab kabulkan

"Aileen jangan bergerak nanti rosak make up kau"marah afrina apabila Aileen asyik bergerak sahaja

"sorry...lambat lagi ke nak siap rin"tanya Aileen.

"sikit lagi"jawab afrina. aileen hanya menganggukkan kepala tanda faham

tok!tok!tok!

bila sahaja bunyi ketukan pintu Sofea terus ke pintu bilik Aileen dan buka sedikit untuk melihat gerangan yang datang di bilik itu

"kak Aileen pengantin lelaki dah sampai"kata Sofea.

"okay dah siap"kata afrina sambil menyimpan alat make up di begnya semula

Aileen melihat dirinya di cermin. ia terkaku sebentar kerana terkejut melihat penampilan dirinya yang pakai baju kurung berwarna putih dan bermake up. make up Aileen tak lah tebal tapi ia masih tidak suka. kalau dia nak buang boleh tak.

selepas sahaja selesai menilik diri Aileen dan kawan-kawannya turun ke bawah di mana semua tetamu di situ. Aileen terkejut kerana ramai orang yang ada di bawah dan tidak henti melihatnya hingga duduk di pelamin termasuklah Adyan.

"jaga pandangan Adyan, dia bukan mahram kau lagi"tegur Aisy apabila dia melihat Adyan langsung tidak berkelip sejak kakaknya turun

Adyan terkejut kecil lalu berdehem untuk hilangkan rasa malunya. Aisy dan kawan-kawannya yang lain hanya menggelengkan kepala sahaja.

"boleh kita mula kan"tanya tok kadi. Aisy dan Adyan balas dengan anggukan kepala sahaja

"Tengku Adyan Rayden"kata Aisy dengan suara yang tegas.

"iya saya" kata Adyan. Aisy menarik nafas dalam-dalam dan hembuskan lalu

"aku nikahkan dikau dengan kakakku Aileen Medyna binti Mohd Mazlan dengan mas kahwinnya RM 70.000.000 dan senaskhah Al-Quran"kata Aisy

"aku terima nikahnya Aileen Medyna binti Mohd Mazlan dengan mas kahwinnya RM 70.000.000 dan senaskhah Al-Quran."ucap Adyan dengan sekali nafas.

sah!
sah!
sah!

kata para saksi. Aisy menganggukkan kepala lalu membaca kan doa. Aileen menitiskan air mata kerana ia telah pun menjadi isteri kepada Tengku Adyan Rayden.

selepas sahaja Adyan dan Aileen selesai solat sunat. mereka duduk semula di pelamin untuk sesi batalkan wudhuk

"assalamualaikum. isteriku"kata Adyan

"wa.. walaikumusalam. suamiku"balas Aileen. selepas Adyan menyarung kan cincin kini giliran Aileen pula

"Aileen sarung kan cincin pada suami"kata Puan Amira pada puterinya.

Aileen menganggukkan kepala lalu ia mengambil cincin untuk disarungkan pada tangan Adyan bergetar tangan Aileen apabila ia hendak menyentuh Adyan. ia tidak pernah menyentuh mana-mana lelaki kecuali ayah dan Aisy. apabila sudah disarungkan cincin Aileen menyalam tangan Adyan. ia hendak mengangkat kepalanya dia dapat rasakan tangan Adyan menyentuh kepalanya dan ia dapat dengar apa yang Adyan baca padanya

الله‍م إني أسألك من خيرما جبلته‍ا عليه، واعوذ بك من شره‍ا وشرما جبلته‍ا عليه

selepas Adyan baca doa tersebut Adyan terus mencium dahi Aileen. Aileen sedikit terkejut dengan tindakan Adyan. Aileen hanya memejamkan mata untuk menghayati moment pada saat itu

photographer menangkap gambar mereka dan juga Aneeq photographer yang tidak bergaji yang lebih berkerja dari photographer yang bergaji

"okay, akak peluk leher abang ad dan abang ad peluk pinggang kak Aileen"arah Aneeq. Aileen yang mendengar arahan Aneeq terus merah mukanya dah lah dia tidak biasa lagi kena sentuh oleh Adyan ni nak suruh peluk leher memang tak lah

Adyan yang perasan wajah Aileen merah terus melarang adiknya nanti kalau diikut makin melebih

"kau tak payah jadi photographer tak berbayar neeq biar photographer yang aku amik je buat tugas bukan kau"larang Adyan.

"photographer yang tidak berbayar ni la paling banyak tangkap dari yang berbayar tengok tu dia tangkap gambar mummy dan ibu"kata Aneeq sambil menunjukkan ke arah puan Marina dan puan Amira

" memang la dia tak buat sebab kau amik alih tempat dia cuba kau blah jauh-jauh mesti dia buat kerja dia"kata Faiz sambil mendekati Adyan dan Aileen di pelamin. Aneeq memasang wajah cemberut lalu pergi dari situ. Adyan dan Faiz hanya menggelengkan kepala sahaja.

"selamat pengantin baru ad. tahniah"ucap Faiz sambil salam dengan gaya mereka

"thanks Faiz" kata Adyan

"Aileen ni saya perkenalkan isteri saya Fazira Safiyyah, sayang ni Aileen... "kata Faiz dipotong oleh Fazira

"eh.. Medyna"kata Fazira

"eh.. Ira"kata Aileen lalu mereka berpelukan.

"Dyna kau makin comel je, geram aku ngan pipi Mochi kau ni"kata Fazira sambil mencubit pipi Aileen

"lepas Ira sakit"kata Aileen sambil menampar lembut tangan Fazira. Fazira terus lepaskan lalu senyum sahaja

"hehe... sorry aku gembira sangat sebab dapat jumpa kau"kata Fazira

"sayang kenal ke Aileen?"tanya Faiz selepas lama ia berdiam diri.

"ha'ah Medyna ni kawan college sayang yang selalu cerita tu"jawab Fazira. Faiz menganggukkan kepala tanda faham.

"lepas ni kerap la aku jumpa kau kan dy"kata Fazira sambil memeluk sebelah tangan Aileen. Aileen hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan perkataan Fazira.

selepas majlis selesai Aileen minta diri naik ke atas kerana ia terlalu penat untuk melayan tetamu yang tidak kunjung habis itu Adyan masih di bawah layan tetamu yang hadir.

selepas sahaja Aileen membersihkan diri. Aileen duduk dihadapan meja solek lalu ia mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.

"ad pergilah naik berehat. tetamu yang lain biar kami yang uruskan."kata puan Amira pada menantunya

"baiklah ibu. ad naik dulu ya"pamit Adyan lalu naik ke atas apabila ia masuk ke bilik ia tersenyum kecil apabila ia melihat Aileen membaca novel sampai ia tidak sedar Adyan masuk ke bilik

"kau buat apa tu"tanya Adyan sambil membuka butang baju

"baca novel"jawab Aileen. Adyan menganggukkan kepala tanda faham Adyan masih mencuba membuang butang di bajunya

Aileen menutup novel dan ia turun dari katil dan mendekati Adyan.

"boleh ke. mari saya tolong tanggalkan butang tu"kata Aileen lalu ia mendekat kan sedikit dirinya pada Adyan dan ia pun buat kerja nya. Adyan hanya biarkan sahaja Aileen buat, dia meletakkan kedua tangannya di pinggang Aileen

selesai sahaja Aileen menanggalkan butang baju Adyan ia hendak sambung baca novel tapi tak boleh apabila Adyan langsung tiada tanda mahu melepaskan pelukannya.

"Adyan lepas saya nak sambung baca novel"kata Aileen. Adyan meletakkan kepalanya di leher Aileen yang terdedah lalu menggelengkan kepala tanda tidak membenarkan Aileen pergi. Aileen pun akhirnya pasrah dan ia biarkan sahaja Adyan memeluknya.

selepas lama mereka berkeadaan begitu Adyan mengambil tuala dan terus masuk ke dalam tandas. Aileen pula mengeluarkan pakaian Adyan lalu letak di birai katil. Aileen memakai tudung sarung dan keluar dari bilik untuk bantu di bawah apa yang patut.


---••♡••---

"mummy, ibu ada apa-apa yang Aileen boleh tolong?"tanya aileen pada puan Marina dan puan Amira

"tak ada apa Aileen, kamu pergi la naik atas berehat"kata puan Marina

"kami boleh uruskan ni lagi pun ramai lagi yang tolong"sambung puan Amira pula.

"betul tu kak, akak naik la atas lagi pun dah nak siap"kata Adryna pula

Aileen menganggukkan kepala lalu ia naik ke tingkat 2 dan pergi ke arah balkoni.

"haa... mel hari ni aku kahwin aku gembira tapi aku sedih sebab kau tak datang"kata Aileen sambil melihat gambar dia dan seorang gadis.

tiba-tiba ada tangan yang melilit pinggang dia, Aileen terkejut kecil lalu ia melihat gerangan yang memeluknya itu.

________________________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience