"yeay... Nero kita menang" kata Aileen dengan nada teruja sambil membelai leher Nero dengan penuh kasih sayang
"memang la kau menang sebab kau main tipu"kata Adyan dengan nada tidak berpuas hati
"Nero, snowy ada orang merajuk la, korang tau siapa" kata Aileen sambil membelai 2 ekor kuda itu
"bila masa aku merajuk"kata Adyan
"ehh... saya tak kata awak yang merajuk, awak merajuk ke?"kata Aileen sambil menahan dari tawanya lepas
Adyan terdiam seribu bahasa apabila dia sedar yang dia terkena dengan Aileen
"kak Aileen dan abang ad habis dah bersawit" kata Aneeq sambil menghampiri 2 orang itu yang diikuti Areeq dan Aisy
"sejak bila aku bersawit?" tanya Adyan pada Aneeq bukan dia tidak tahu apa yang adik dia katakan
"ada tadi kau bersawit dengan kak Aileen apa"kata Areeq dengan nada mengusik
"eh.. dah dari korang gaduh baik aku balik jom kak" kata Aisy lalu menarik tangan Aileen untuk pulang
"ehh... Aisy kata nak datang rumah mummy aku"kata Areeq
"ye aku tau"jawab Aisy Aileen masih senyap di belakang Aisy
"habis tu kau nak bawa kak Aileen pi mana?"tanya Aneeq
"pi rumah mummy kau tapi naik kereta asing tak kan nak naik kereta kau kan memang tak aku nak izinkan"kata Aisy dengan nada yang tegas
"ouhh.. aku ingat kau nak bawa kak Aileen balik"kata Aneeq
"aih.. dah tak payah gaduh jom nanti lambat sampai"kata Adyan lalu pergi ke kereta meninggalkan 3 jejaka yang sedang bergaduh itu sempat lagi ia melirik Aileen
rumah puan Marina
=================
sampai sahaja di rumah puan Marina, Aileen tengok di tingkap hampir terjatuh rahangnya apabila melihat sebuah villa mewah.
"kak kau nak keluar ke tak nak?" tanya Aisy
"ehh... nak tunggu aku"kata Aileen lalu ia keluar dari kereta
"kak Aileen jom masuk"ajak Aneeq, Aileen hanya menganggukkan kepala dan terus mengikuti 4 jejaka itu
"assalamualaikum, mummy kami dah balik" kata Areeq
"mummy kita orang ada bawa seseorang"kata Aneeq
"walaikumusalam, ehh... Aileen dan Aisy pun datang, kenapa tak bagi tau sebelum datang" kata puan Marina
"assalamualaikum,mummy maaf kami datang tak bagi tau"kata Aileen sambil menyalam tangan puan Marina
"ehh.. tak pa jemput la duduk Aisy Aileen mummy nak pergi dapur sekejap nak buat air"kata puan Marina, Aisy mengagungkan kepala lalu menarik tangan Aileen untuk duduk di ruang tamu
"Aisy, Aileen jemput lah minum"pelawa puan Marina
"eh.. mummy susah-susah je"kata Aileen
"ehh.. tak apa tak susah pun, nanti Aileen dan Aisy makan tengahari di sini ye " kata puan Marina
"eh.. tak apa lah mum--" belum sempat aileen habiskan katanya Aneeq telah pun memotong
"alaaa... makan sini la kak Aileen plishh"pujuk Aneeq sambil buat puppy eye, Aisy dan Adyan membuat muka menyampah. puan Marina tengok Aileen untuk Aileen menerima pelawaan dia
"aaaa... baik la mummy"kata Aileen pasrah ia tidak sanggup menolak permintaan puan Marina
"okay, kita tunggu daddy sekejap"kata puan Marina
"daddy pergi mana mummy?"tanya Adyan
"daddy kamu macam biasa main golf dengan kawan-kawan dia" jawab puan Marina lalu pergi ke dapur untuk menolong puan Liza di dapur. Adyan hanya menganggukkan kepala
Aileen hendak ke dapur kerana ia tidak selesa apabila di ruang tamu itu hanya dia sahaja perempuan lagi-lagi apabila Adyan tidak henti memerhatikannya
"mummy ada apa-apa yang Aileen boleh tolong" pelawa Aileen
"eh.. Aileen, tak payah la tolong lagi pun kamu tu tetamu" kata puan Marina
"boleh la mummy"pujuk Aileen
"haih.. iyelah kamu tolong buat kan air boleh" kata puan Marina
"boleh, thanks mummy"kata Aileen dengan nada gembira. puan Marina hanya menggelengkan kepala sahaja lalu ia pergi ke meja makan untuk meletakkan makanan tersebut
"assalamualaikum"kata Tengku Athif apabila masuk ke rumah
"walaikumusalam, daddy dah balik" kata Areeq
"hmm... aik!! Aisy ada sini bila sampai?"kata Tengku Athif dengan nada sedikit terkejut
"assalamualaikum, daddy, baru je maaf sebab tak bagi tau daddy yang Aisy nak datang"kata Aisy sambil salam Tengku Athif
"ehh.. kenapa nak minta maaf kamu jangan risau anggap saja ni rumah kamu lagipun daddy dah anggap kamu anak daddy dah"kata Tengku Athif, Aisy hanya senyum dan menganggukkan kepala
"ehh.. abang dah balik"kata puan Marina sedikit terkejut
"iye, abang baru je balik. ni siapa Rin?"tanya Tengku Athif sambil melihat Aileen yang ada di belakang puan Marina
"ouh... ni lah Aileen yang saya cerita dekat abang hari tu"kata puan Marina
"aaa... assalamualaikum Tengku"kata Aileen sambil menundukkan sedikit badannya
"walaikumusalam, jadi ni lah Aileen kakak kepada Aisy, aisya dan Aira?"tanya Tengku Athif
"iye Tengku. nama saya Aileen Medyna Tengku panggil Aileen saja"kata Aileen penuh sopan
"eh.. apa panggil Tengku panggil daddy je Aileen jangan formal sangat, anggap je rumah sendiri"kata Tengku Athif
"baik teng--- eh daddy"kata Aileen.
"ehh dah la tu mari duduk makan tengahari kita sambung di meja makan" kata puan Marina. mereka hanya mengagungkan kepala dan berjalan pergi ke meja makan
"Aileen kerja apa?" tanya Tengku Athif
"saya kerja di islamic boutique" jawab Aileen
"kamu kerja sebagai apa di sana?" tanya Tengku Athif lagi
"designer"jawan Aileen
"ouh.. jadi kamu lah designer terkenal di butik tu ye" kata Tengku Athif
"iye, daddy, tak dak lah terkenal mana saya biasa je daddy"kata Aileen merendah diri
"biasa apa kak Aileen, kak Aileen terkenal tau tak dengan design jubah yang kak Aileen buat sampai mummy yang cerewet ni pun boleh berkenan"kata Aneeq
"tak ada lah, akak cuma design saja orang lain yang jahitkan"kata Aileen lagi
mereka bertujuh pun sembang rancak sepanjang makan. Adyan hanya bercakap bila perlu sahaja.
---••♡••---
selepas makan Tengku Athif, Aisy, Adyan dan dua kembar naik ke atas untuk menunaikan solat zohor, Aileen tolong puan Marina dan Lily di dapur untuk mengemas. selepas sahaja mengemas Aileen ke taman di belakang rumah Tengku Athif dia duduk di buaian yang ada di situ. elok sahaja ia hirup udara di situ ada Aileen dapat rasa ada figura yang berdiri tidak jauh dari dia, Aileen pun membuka mata untuk lihat siapa figura itu
"ehh.. Adyan bila awak di sini?"tanya aileen
"baru je, boleh aku duduk"kata Adyan lalu duduk di sebelah Aileen lepas sahaja dapat izin dari Aileen masih ada jarak diantara mereka
"kau buat apa di sini?"tanya Adyan
"saja, ambil angin, awak pula buat apa disini?"tanya aileen pula
"sama ambil angin juga"jawab Adyan
"Adyan saya nak tanya boleh tak?"tanya aileen
"boleh"jawab Adyan
"awak mix ke?"tanya aileen
"iye, kitaorang mix melayu-spain, kenapa?"jawab Adyan
"ouh... tak sebab muka awak dan kembar tak nampak macam orang Malaysia lagi-lagi mata awak yang warna sky blue tak macam kembar warna forest green"kata Aileen
"kembar ikut daddy mata hijau mata aku ikut mummy"kata Adyan
"daddy awak pun mix ke?"tanya aileen
"iye, daddy mix Itali"jawab Adyan
"mummy?"tanya aileen
"mummy asli Spain"jawab Adyan. aileen mengagungkan kepala tanda faham
"jadi awak pandai la cakap Spain dan Itali" tanya aileen dengan nada sedikit teruja, Adyan hanya menganggukkan kepala sahaja
"cuba awak cakap bahasa Itali saya nak dengar? boleh tak" minta Aileen
"Ti amo"kata adyan.
"apa maksudnya?"tanya aileen
"tanya pak cik Google" kata Adyan. Aileen menjeling Adyan tanda tidak berpuas hati. Adyan hanya tersenyum
"Adyan Aileen buat apa disini?"tanya puan Marina
"saja mummy amik angin di luar"jawab Adyan
"mummy, bunga ni mummy ke yang tanam ke?"tanya aileen sambil bangun dari buaian dan pergi di bunga ros biru
"ha'ah, kenapa Aileen tak suka ke?"tanya puan Marina sambil mendekati aileen
"ehh... tak, Aileen suka, bunga yang mummy tanam cantik" kata Aileen
"terima kasih, Aileen ada suka bunga apa nanti mummy boleh tanam"tanya puan Marina
"mummy tak payah la tanam bunga yang Aileen suka tu bukan boleh hidup di Malaysia pun"jawab Aileen
"kenapa?"tanya puan Marina. berkerut dahi apabila mendengar jawapan aileen
"sebab Aileen suka bunga sakura, sebab tu Aileen kata tak payah tanam sebab sakura tak boleh hidup di udara Malaysia"jawab Aileen. puan Marina hanya meng'ouh'kan sahaja. Adyan masih setia duduk di buaian dan tengok 2 wanita di hadapannya bersembang ternaik sedikit dihujung bibirnya.
________________________________________________________
bersambung...
Share this novel