bab 61

Romance Series 12074

tok!tok!tok!

"hubby cepat la! lambat lagi ke?" jerit Aileen di depan pintu tandas. lima minit suaminya ada di dalam bilik air tidak keluar dia hanya suruh salin baju je bukan jahit baju?

"perlu ke hubby pakai baju ni sweethearth?" tanya Adyan di dalam tandas itu. dirinya dipandang di depan cermin. jatuh sahamnya kalau kawan dan adiknya tahu yang dia pakai begini. mesti akan diejek tujuh keturunan tak tentu habis lagi!!

"perlu! penat Aileen beli dekat hubby! hubby cepat keluar Aileen nak tengok?" kata Aileen berbaur arahan pada suaminya. dia tidak sabar mahu melihat suaminya berpakaian comel.

Adyan mengeluh perlahan. nak tak nak dia kena keluar juga nak lari tidak boleh kerana dalam tandas ni tiada tingkap. bergetar tangannya apabila ingin membuka kunci pintu tandas itu.

"tak apa Adyan ini untuk isteri kau juga." Adyan memberi keberanian pada dirinya sendiri nasi hanya mereka berdua tiada orang lain.

pintu tandas di buka sedikit dia mengintai mencari tubuh sang isteri. apabila dia rasa tiada siapa di bilik itu Adyan keluar dari tandas. apabila dia hendak membuka langkah keluar dari bilik ada sesuatu memeluk tubuhnya dari belakang. langkahnya terus mati apabila bau wangian itu masuk ke rongga hidungnya dia kenal bau bunga sakura ini.

"akhirnya hubby keluar juga ingat nak terperap dalam tandas tu." perli Aileen. Adyan tersenyum pelukan sang isteri dia leraikan. tubuhnya berpusing menghadap isterinya. lwajah cantik isterinya dipandang.

"comel suami Aileen bila pakai ni." puji Aileen pipi suaminya dicubit lalu dia melabuhkan ciuman di pipi suaminya. cemberut muka Adyan apabila isterinya memujinya comel bukan hensem!

"habis dah? kalau dah hubby nak tukar." apabila Adyan ingin masuk ke tandas dia ditarik ke atas katil. kuat gila isterinya ni!!?

"tak boleh!! sebab ni baju tidur jadi hubby perlu pakai." kata Aileen lembut tapi kedengaran tegas suaranya. Adyan menelan perit air liurnya apabila melihat wajah tegang isterinya.

"baiklah sweethearth.." pasrah Adyan. Aileen tersenyum suka telefon yang sedang di cas itu di cabut. camera dibuka. Aileen duduk di depan suaminya. Adyan hanya melihat sahaja tigkah isterinya. tangannya melingkari pinggang sang isteri kepalanya diletakkan di atas bahu isterinya mata dipejam apabila wangian sang isteri masuk ke dalam rongga hidungnya.

bibir mungil Aileen mengulum senyum. dia menagkap gambar untuk memuat kenangan. bibir mungil itu senyum lebar apabila melihat hasil tangkapannya suaminya tetap hensem walaupun di dalam gambar.

"hubby lihat sini." kata Aileen tangannya diangkat ke atas. apabila Adyan melihat ke arah camera itu butang tangkap ditekan.

"sweety buat apa?" tanya Adyan.

"tangkap gambar boleh jadi kenangan." jawab Aileen gambar tadi dilihat. iris biru suaminya di zoom. lama Aileen merenuh iris biru di skrin telefon itu. Adyan hanya melihat sahaja perbuatan isterinya kenapa nak tengok di dalam telefon kalau iris itu ada dekat dengan Aileen? pelik sahaja isterinya ini.

"kenapa sweethearth zoom mata hubby kalau sweety boleh saja lihat hubby?" tanya Adyan. wajah isterinya dipandang dengan penuh cinta.

"sebab mata hubby cantik! tenang je bila lihat Aileen nak anak-anak kita nanti mata ikut hubby warna biru mesti hensem dan cantikan?" kata Aileen dengan ceria. makin lebar senyumannya apabila membayangkan itu. Adyan senyum sinis mendengar itu.

"kalau nak jom lah buat?" bisik Adyan di telinga isterinya. telinga isterinya digigit.

merah muka Aileen apabila mendengar itu. suaminya ni kalau sehari tidak godanya tidak boleh ke?

"nantilah kita bincang lain. dah jom tidur Aileen mengantuk esok hubby kerjakan?" kata Aileen telefonnya diletakkan di meja kecil tepi katil. lampu ditutup hanya lampu tidur yang terpasang. duvet ditarik hingga separuh badannya dia tidur membelakangi suaminya. tiba-tiba ada sesuatu memeluk pinggangnya. Aileen memusingkan badannya menghadap suaminya tubuh tegap suaminya dipeluk.

"good night hubby. i love you" kata Aileen. bibir suaminya dicium sekilas lalu dia menyorokkan mukanya di dada suaminya.

"good night sweety. love you too." balas Adyan ubun-ubun isterinya dicium lama.

tali leher yang berwarna biru muda itu diambil. Adyan yang sedang menilik di depan cermin itu dituju.

"hubby mari Aileen nak ikat tali leher." kata Aileen. dia mendekatkan jaraknya dengan sang suami apaila Ayan memusingkan tubuh menghadapnya.

"tunduk la sikit Aileen tak sampai." rungut Aileen kenapalah suaminya tinggi sangat ha?

Adyan tersenyum kecil dia membongkokkan badan menyamai tinggi isterinya.

"dasar pendek." kutuk Adyan. muncung Aileen apabila Adyan mengutuknya

" Aileen tak pemdek pun tinggi Aileen normal je hubby yang terlebih tinggi nak pergi mana?" balas Aileen. bahu suaminya ditepuk apabila dia telah selesai mengikat tali leher.

"thanks sweety." kepala isterinya diusap habis berselerak rambut sang isteri.

"you're welcome, hati-hati pergi kerja jangan lupa makan." pesan Aileen briefcase dan blazer suaminya diambil dan dihulurkan pada Adyan. Adyan mengambil blazer itu dan di sarungkan di tubuhnya. briefcase diambil. Aileen menyalam tangan suaminya apabila dia mengangkat kepalanya benda lembut menyentuh dahinya.

"baiklah sweety. kalau ada apa-apa call hubby okay?pesan Adyan pula. mereka membuka langkah ke depan pintu.

"baiklah." jawab Aileen lembut. Adyan keluar dari kondonya lift dituju. kakinya melangkah masuk apabila pintu lift itu telah terbuka. butang G di tekan.

ting!

Adyan melangkah keluar apabila pintu lift itu telah terbuka.

Yuki membuka pintu penumpang belakang apabila bayangan majikannya kelihatan. dia mengucapkan selamat pagi pada majikannya, Adyan hanya balas dengan anggukkan kepala sahaja dan dia masuk ke dalam perut kereta. ointu ditutup Yuki bergerak ke tempat pemandu. kereta itu meluncur pergi dari kawasan itu.

ding!dong!

tudung sarung yang ada di sofa itu diambil dan dipakai. pintu dibuka berkerut dahinya apabila tiada siapa diluar. kotak yang ada di depan pintu grill itu dilihat. kunci grill dibuka dan kotak itu diambil dan dibelek. lagi berlapis dahinya apabila tidak ada nama dari pengirim. grill itu ditutp dan dikunci semula Aileen masuk ke dalam kondo pintu itu dikunci.

punggung dilabuhkan di sofa. "siapa yang bai ni?" tanya Aileen seorang diri.

kotak itu dibuka. bulat matanya apabila melihat isi kotak itu yang penuh dengan darah haiwan dan ada kertas di atas bangkai haiwan itu.


the game will start Aileen Medyna, we start with your husband first, good job darling.

-MDE-

dada Aileen berombak laju apabila membaca pesanan ringkas itu. telefonnya diambil lalu mendail nombor seseornag. beberapa saat kemudian panggilan itu dijawab.

"good morning, kak Ai ada apa call Ran?"tanya Ran.

"akak nak jumpa Ran boleh tak?" soalan di balas soalan. berkerut dahi Ran apabila mendengar suara kakak angkatnya seperti dalan ketakutan. apa yang jadi?

"aka okay tak?" tanya Ran dengan nada penuh kerisauan.

"tak! akak perlu jumpa Ran akak nak bagi tahu sesuatu." jawab Aileen dia perlu minta bantuan Ran kalau minta bantuan Izz pasti akan ketahuan pada suaminya. Adyan tidak boleh tahu!

"boleh, sekejap Ran mimta izin pada tuan." kata Ran.

"baiklah nanti akak hantar location kondo akak." kata Aileen.

"baiklah akak tunggu Ran tau." kata Ran ceria. Aileen hanya balas dengan gumam sahaja lalu dia meletakkan panggilan itu. kotak yang ada di atas meja itu dipandang kosong. apalah yang leleki tu nak dari dia?

"macam mana nak minta izin keluar ni?" gumam Ran seorang diri. dalam otaknya sedang berfikir memberi alasan yang sesuai untuk keluar berjumpa Aileen. tak akan nak jujur kot mesti lah majikannya tidak bagi lainlah puan Melissa? haih...payah!!

"keluar pergi mana?" tegur suara maskulin yang kedengaran dingin itu. terkaku Ran apabila mendengar suara itu dia kenal suara itu.

gulp!

Tuan Jayden!!

Ran memusingkan badannya dengan perlahan. dia menundukkan badannya tanda hormat pada majikannya. dapat dia rasakan renungan membunuh majikannya.

apa aku nak buat ni!!!

"aku tanya kau nak pergi mana?" ulang Jayden dingin. kedudukannya yang menyandar pada pintu belakang itu diubah. badannya ditegakkan kedua tangannya dibawa masuk ke dalam kocek seluar. Ran memandang majikannya.

"saya nak keluar." jawab Ran bergetar suaranya. bukan suaranya sahaja yang ergetar tapi seluruh tubuhnya jantungnya tidak berhenti bergedup dengan kencang.

"jumpa siapa?" tanya Jayden.

"jumpa kakak saya." jawab Ran. Jayden mengangguk perlahan kepalanya tanda faham.

"pergilah tapi jangan balik lewat ingat kau ada kerja disini. pastikan kau balik sebelum Julien balik, understand?" kata Jayden dingin. dia tidaklah jahat sangat nak halang kebebasan perkerjanya dan dia telah berjanji pada seseorang untuk menjaga Ran dari sebarang bahaya.

bersinar mata Ran apabila mendengar itu dia betul-betul tak percaya yang majikannya bagi. baru ingat nak keluar senyap-senyap kalau majikannya tidak bagi.

"betul ke tuan!!?" tanya Ran untuk kepastian.

"hmm... baik kau pergi sebelum aku ubah fikiran." kata Jayden. Ran mengangguk laju kepalanya.

"terima kasih banyak-banyak tuan!" kata Ran gembira. Jayden hanya balas dengan anggukkan sahaja. langkah dibuka keluar dari rumah dia perlu cepat sampai ke office sebelum meeting bermula.

hilang sahaja bayangan majikannya Ran melompat gembira. hanya Tuhan sahaja tahu bertapa gembiranya hati dia apabila dapat berjumpa kakak angkatnya. Ran berlari masuk ke dalanm rumah figura seorang wanita yang sedang mengemas meja makan itu didekat. Ran berjalan perlahan-lahan agar wanita itu tidk sedar kehadirannya. apabila betul-betul di belakang wanita itu.

"BAAA!!!!" jerkah Ran.

"opocot aku kahwin dengan pocong!!" wanita itu melatah. Ran meletuskan tawanya apabila mendengar wanita itu melatah.

"wow! sejak bila puan tidak takut pocong ni?" usik Ran. lengan Ran ditampar oleh wanita itu geram dia dengan gadis itu.

"auch!!! sakit la puan Jeane!" adu Ran lengannya yang ditampar itu diusap agar rasa sakitnya hilang.

"padan muka bagi saya melatah lagi." kata puan Jeane kerja yang tertunda tadi disambung semula.

"ni ada apa cari saya?" tanya puan Jeane.

"saya nak bagi tau puan yang saya nak keluar sekejap nak jumpa sesorang. saya dah minta izin tuan." jawab Ran panjang lebar.

"okay, pukul berapa kamu balik?" tanya puan Jeane.

"tak pasti lagi, tuan bagi saya masa sebelum tuan muda balik." jawab Ran. puan Jeane menganggukkan kepala tanda faham.

"baiklah, hati-hati." pesan puan Jeane. Ran menganggukkan kepala tanda faham dia minta izin pergi. pintu utama dia mahu pulang menukar pakaian yang sesuai.

majikannya telah sediakan rumah bagi perkerjanya mereka akan duduk lima orang setiap rumah teras dua itu. semuanya sama jantina dan ada beberapa peraturan yang perlu mereka ikut untuk perkerja yang telah berkhawin dan ada anak mereka diberi rumah asing agar seisi keluarga selesa. dan syarat yang paling mereka kena ikut untuk dapat tempat yang selesa ini adalah dengan berkhidmat pada Jayden Zachary dan keluargannya. dia bersyukur sepanjang dia berkerja disini perkerja disini sangatlah peramah termasuk majikannya.

masuk sahaja ke rumahnya dia ditegur oleh seseorang.

"awalnya kau balik kerja Ran?" tegur Amalia soulmatenya dan kawan pertamanya di sini.

"aku nak kaluar jumpa seseorang aku balik ni pun sebab nak tukar pakaian je. yang kau kenapa tak masuk kerja lagi? kau jangan curi tulang Amalia." kata Ran dengan tegas. majikannya benci orang yang curi tulang.

"eh!! kau bagi elok sikit ye mulut tu. aku bukan curi tulang aku balik sekejap nak salin baju tadi baju aku basah kena simbah dengan charlotte." kata Amalia kawannya dijeling. Ran tersengih.

"hehe.. sorry Amalia." kata Ran kedua tapak tangannya dicantumkan tanda maaf.

"hmm.. yelah ni kau nak jumpa siapa? boyfriends?" teka Amalia bukan dia tidak tahu yang Ran dan Martin ada hubungan.

"tak jumpa sesorang yang banyak bantu aku. aku naik dulu tau aku tak nak buat dia menunggu." Ran terus naik ke ats untuk bersiap dia tidak mahu membuat Aileen menunggu.

"orang yang banyak bantu dia siapa?" bermonolog Amalia.

"arghh!!! biarlah aik aku sambung kerja sebelum ada orang lain pula kata aku curi tulang." kata Amalia. langkah dibuka keluar dari rumah itu untuk menyambung kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience