bab 19

Romance Series 12074

Seoul, Korea
---------------------

"mummy...."panggil budak perempuan itu berlari ke arah seorang gadis.

"ehh.. Dhiya bila Dhiya sampai? mama dan papa Dhiya mana?" tanya gadis itu. Dhiya berada di dukungan gadis itu.

belum sempat Dhiya bersuara ada suara garau menyapa mereka.

"Dhiya berapa kali papa cakap jangan berlari"kata Izz dengan nada tegas

"colly.. papa... Dhiya rindu mummy"kata Dhiya

"iya.. papa tahu tapi jangan berlari nanti jatuh macam mana?"kata Izz

"dah la tu Izz, Dhiya okay kan" ujar gadis itu.

"huh... memang la okay tapi..."

"dah latu abang... Dhiya okay jangan risau" pujuk dahlia. Izz menganggukkan kepala sahaja tak ada guna dia bercakap.

"mana abang aku? dia punya panggil aku tapi batang hidung dia aku langsung tak nampak?" tanya Izz

"abang kau on the way ke sini"jawab gadis itu.

"husband kau?"tanya Izz lagi.

"husband aku dekat kereta tak tau bincang apa dengan anak buah dia" jawab gadis itu lagi.

"abang pergi sana sat. sayang duduk sini okay... Liss tolong tengokkan isteri dan anak aku tau aku nak jumpa husband kau sat jangan bagi isteri aku banyak gerak dia tengah mengandung tu" pesan Izz lalu pergi dari situ. gadis itu hanya menganggukkan kepala sebagai balasan

"dasar suami protective" kutuk gadis itu. dahlia tergelak kecil.

"mama Dhiya nak main dengan Julien boleh tak?"pinta dhiya.

"boleh tapi hati-hati ye sayang"pesan dahlia.

"baik mama. jom Julien" jawab dhiya sambil menarik tangan Julien

"Melissa okay duduk sini?"tanya dahlia

"macam biasa lah akak"jawab Melissa

"lissa dengar Aileen dah kawin betul ke?"tanya Melissa. dahlia menganggukkan kepala sebagai balasan.

"iye... mula-mula Aileen tak setuju lepas akak dan Izz pujuk baru dia setuju. waktu majlis sanding Aileen gelabah apabila photographer suruh Aileen peluk suami dia. bergaduh besar la juga Aileen dan photographer tu" cerita dahlia. melissa tergelak kecil apabila mendengar cerita dahlia

"hehe... Aileen memang macam tu tak pernah nak berubah" kata Melissa. dahlia tersenyum manis apabila kata begitu.

"lissa tak nak jumpa Aileen ke?"tanya dahlia.

"bukan tak nak tapi husband Lissa tak bagi lepas apa yang Aileen buat 4 lepas" kata Melissa dengan nada sayu

"baru-baru ni akak ada jumpa Aileen"kata dahlia.

"macam mana keadaan dia? dia okay?"tanya Melissa.

"alhamdulillah okay cuma... dia tak seceria dulu sejak balik dari Korea." jawab dahlia. Melissa tersenyum tawar apabila mendengar jawapan dahlia itu.

"kalau tak sebabkan Liss pasti Aileen tak jadi macam ni kan... ni semua salah liss.. liss yang paksa Aileen teman liss pergi shopping kalau liss tak ajak mesti Aileen ada bersama liss hisk... hisk..."luah Melissa. dahlia yang mendengar luahan Melissa terus memeluk Melissa untuk menenangkan Melissa

"tak.. ni bukan salah liss ni takdir... liss jangan salahkan takdir sayang. akak yakin liss dan Aileen akan berkawan semula... dah jangan nangis tak comel dah" pujuk dahlia sambil mengelap air mata Melissa. Melissa hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"honey kenapa menangis ni" tanya Jayden iaitu suami kepada Melissa.

"tak ada apa.. tiba-tiba mata berair" tipu Melissa. Jayden hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"daddy..." jerit Julien. Jayden terus mengendong anak lelakinya itu.

"Hei.. sayang daddy... sayang daddy main apa?"tanya Jayden.

"Julien dengan Dhiya main kejar-kejar" jawab Julien Jayden hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"sorry lambat jalan jammed tadi" kata Daniel iaitu abang kepada Izz

"sampai pon kau aku ingat kau tak datang" kata Izz

"aku datang laa... jalan jammed tadi kau tak dengar ke apa aku cakap takkan pekak kot" kata Daniel dengan nada geram

"dah la tu korang tau gaduh je.. jom kak lia Dhiya kita tinggal mereka berdua ni" kata Melissa sambil menarik tangan dahlia dan Dhiya

"isteri dan anak kau mana tak datang?"tanya Izz

"ada di cafe sana mereka tunggu kita" jawab Daniel. Izz menganggukkan kepala tanda faham lalu mereka bertiga pun bergerak ke cafe itu.


---••♡••---

"Dhiya dekat Malaysia macam mana seronok" tanya Daniel pada anak buahnya.

"seronok... Dhiya dapat jumpa umi. umi bawa Dhiya jalan-jalan lagi." kata dhiya penuh ceria. Melissa, dahlia, Lauren dan Izz terdiam seribu bahasa apabila Dhiya sebut pasal Aileen. berkerut dahi Daniel dan Jayden apabila Dhiya cerita pasal Aileen

"umi? umi mana pula Dhiya?"tanya Daniel untuk dapat kepastian.

"alaaa... umi Aileen kawan baik mummy la umi mana lagi" jawab Dhiya sambil menyumbat kek strawberi dalam mulut

"ouh... umi Aileen ye" kata Daniel sambil memandang Izz dengan pandangan membunuh begitu juga dengan Jayden. Melissa, dahlia dan Lauren diam tidak berani masuk campur apabila nama Aileen disebut.

"wah... lama Julien tak jumpa umi" kata julien riang tanpa ia sedar Jayden dan Daniel telah memancarkan aura membunuh.

"siapa umi Aileen? kenapa Darren tak kenal?"tanya Darren anak kepada Daniel dan Lauren

"habislah nanti..." kata Melissa, dahlia dan Lauren serentak.

"aaa... Julien, Darren dan Dhiya pergi main taman okay" arah Jayden lembut

"baik daddy" kata Dhiya, Darren dan Julien serentak.

"so... Izz dan dahlia kami nak explain dari korang pasal Aileen" tanya Daniel sambil menyilangkan tangan di dada begitu juga Jayden

"tak ada apa pun waktu tu Dhiya mengamuk nak jumpa Aileen aku ngan dahlia dah pujuk tapi tak berjaya akhirnya aku mengalah dan whatsapp Aileen kata Dhiya nak jumpa dia, Aileen setuju je la sebab Dhiya tak ada kaitan dalam hal ni" terang Izz panjang lebar

"habistu kau ikut je kata budak tu... kau tak ingat ke apa yang dia buat pada Melissa dan Julien kau nak benda sama jadi pada Dhiya ke!!!"marah Daniel. nasib mereka duduk di bilik VVIP yang kalis bunyi kalau tidak pasti pelanggan boleh dengar.

"KALAU KAU TAU PERKARA SEBENAR KAU TAK AKAN SALAHKAN AILEEN.. NI TAK KAU MAIN CAKAP TANPA DENGAR PENJELASAN AILEEN!!!" marah Izz pula. terhinjut sedikit bahu Melissa, dahlia dan Lauren apabila mendengar jerkahan dari izz

"PENJELASAN APA!! BENDA TU DAH TERBUKTI DEKAT CCTV YANG NI ADA KAITAN DENGAN AILEEN. ZOEY PUN NAMPAK DENGAN MATA DIA SENDIRI!!!" balas Daniel. Izz tersenyum sinis apabila dengar apa yang abang dia katakan

"OUH... AKU TAK SANGKA KAU LEBIH PERCAYA ORANG LUAR DARI KAWAN YANG KAU KENAL 17 TAHUN... CCTV BOLEH DI UBAH DAN APA YANG MANUSIA LIHAT TAK SEMESTINYA SAMA APA YANG BERLAKU.!!!!" kata Izz. Daniel terkelu tidak tahu bagaimana nak balas balik.

"abang mengucap" dahlia cuba menenangkan Izz dari kemarahan. ini akan selalu terjadi apabila ada kait dengan Aileen

"KENAPA KAU SENYAP... APA YANG AKU KATA TU BETUL KAN... DAH LA AKU NAK KELUAR SEMAK DUK SINI!!!" kata Izz lalu keluar dari cafe tersebut. dahlia mengejar suaminya dia mahu menenangkan Izz sebelum perkara buruk terjadi. Lauren pula cuba menenangkan Daniel.

"abang..." panggil dahlia sambil menghampiri Izz.

"kenapa mereka nak percaya Zoey... padahal Aileen lagi lama dia kenal dari betina tu" kata Izz amarah dia masih belum hilang. dahlia menggosok lembut tangan suaminya untuk hilangkan kemarahan Izz.

dahlia tidak berani bersuara. dia kenal Aileen sewaktu dia bertunang dengan Izz. jadi dia tidak berapa tahu sedalam mana persahabatan Aileen dan Melissa .

"Izz tu kenapa dah terang-terang Aileen bersengkokol dengan musuh.. Zoey pun dengar apa yang Aileen cakap waktu tu" kata Daniel tidak berpuas hati Lauren masih cuba untuk menenangkan Daniel

"lissa kau nak pi mana?"tanya Daniel apabila ia nampak Melissa bangun dari kerusi

"aku nak tengok anak-anak sekejap" kata Melissa lalu keluar dari ruangan VVIP itu dia mahu cari ketenangan sebentar.

"sampai bila kita nak jadi macam ni.. sampai bila nak khilaf begini... ya Allah kau kukuhkanlah persahabatan kami... sesungguhnya hamba-MU ini merindui persahabatan yang dulu... kau selesaikanlah kekhilafan kami ya Allah" doa Melissa di dalam hati. dia rindu persahabatan mereka yang dulu sentiasa bersama. setitis demi setitis air mata Melissa mengalir sampai bila akan begini dia betul-betul rindukan Aileen, dia rindu nak ketawa bersama keluar bersama dan lain-lain lagi.

"ni semua salah aku... hisk hisk... kalau aku tak ajak Aileen keluar pasti... hisk.. pasti... semua ni tak akan jadi... hisk hisk.. Aileen kenapa... kenapa kau sanggup sakit kan diri kau untuk kita orang bahagia... kenapa.. hisk hisk hisk..."luah Melissa. tanpa dia sedari ada figura yang melihat dia dari jauh.



_______________________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience