bab 3

Romance Series 12074

"selamat pagi, akak,abang, Aira" kata Aisya bila sahaja dia turun dari tangga

"selamat pagi" kata Aileen, Aisy dan Aira serentak. Aisya terus duduk di kerusi kosong di sebelah adiknya Aira

selepas sarapan pagi 4 beradik terus itu terus keluar Aileen dan Aisy ke tempat kerja Aisya dan Aira ke universiti

iris's boutique
===========

"selamat pagi, semua" sapa Aileen bila sahaja masuk ke butik tersebut

"selamat pagi, Aileen lambat datang harini"kata qistina setelah letak penyapu di tempat asalnya

"hehe.... kenapa salah ke?"tanya aileen polos

"tak salah cuma pelik saja"kata qistina

"qis mana af" tanya aileen

"af ada di dapur pi la kalau nak jumpa dia"kata qistina sambil kemas meja kaunter. Aileen balas dengan anggukan dan terus ke dapur untuk berjumpa kawan atau lebih tepatnya boss di butik ini

"af buat apa tu"tanya aileen

"buat air, ada apa kau cari aku" tanya afiqah pula. afiqah bergerak ke peti ais dan bawa keluar kek perisa red velvet itu

"tak saja je, aku nak tanya hari ni aku ada client yang nak kena jumpa tak?"kata Aileen sambil berjalan duduk di meja makan

"hmmm.... ada pukul 12 nanti siap pangkat Tengku lagi, kau nak ke tak"kata afiqah sambil meletakkan kek red velvet pada aileen

"hmmm..... nak, jumpa dekat mana? dia datang sini ke atau dia nak jumpa di mana-mana cafe kan waktu tu dah masuk waktu lunch? dia nak bagi dekat siapa? siap nak design sekali"tanya aileen bertalu-talu sambil mulut tidak henti mengunyah kek red velvet yang diberi afiqah tadi

"datang sini, dia nak bagi dekat mak dia untuk sambut birthday" kata afiqah sambil menghirup air susu. Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja malas nak cakap lebih-lebih baik dia makan kek red velvet lagi seronok.

Tengku Adyan p.o.v
------------------------

tok tok tok

"masuk"kata Adyan dengan dingin. Rifqi masuk apabila dapat izin dari majikannya

"Tengku, meeting Tengku pada pukul 1 nanti cancel kerana F'J holding's ada urusan yang tidak dapat dielakkan"kata Rifqi sambil fokus pada iPad nya. Adyan balas dengan anggukan sahaja

BAMM!!!

"datang dah 4 orang bala niii".kata Adyan dan Rifqi serentak di dalam hati

"yow!!!!! adyan,rif rindu aku tak"tanya Felix pada 2 orang sahabatnya itu

"tak"jawab Adyan dan Rifqi serentak sambil keduanya fokus dengan kerja. Areeq, Aneeq dan Faiz pun gelak dekat Felix

"hahaha!!! kesian anak pungut ni tak dirindui oleh sahabat sendiri"kata Aneeq

"hahaha!!! entah-entah mak ayah ko pun tak rindu dekat kau apa"kata Areeq pula.

PAKK!!!PAKK!!!

"WOI!!!! SAKIT SENGAL!!!" jerit Areeq

"Abang!! tengok Felix dia tampar kepala Aneeq." adu Aneeq pada abangnya. Adyan tak menghiraukan aduan adiknya makin di layan makin menjadi

"hahaha!!! sekarang ni siapa anak pungut kau ke aku?" ejek Felix pada Aneeq apabila Adyan tidak layan Aneeq. Aneeq pasang wajah masam mencuka kerana Adyan tidak menghiraukannya.

"reeq, neeq waktu lunch nanti ikut aku pi butik"kata Adyan

"pi butik? buat apa?" tanya Areeq dan Aneeq serentak

"pilih design baju sesuai untuk birthday mummy weekend ni"kata Adyan

"ouh.... kita pergi butik mana?"tanya Areeq belum sempat Adyan bersuara Aneeq telah pun bersuara

"butik yang selalu mummy beli abaya tu ke?"tanya Aneeq pula. Adyan hanya menganggukkan sebagai jawapan. Areeq dan Aneeq hanya meng"oh"kan sahaja

"nak ikut!! nama apa butik tu" tanya Faiz

"iris's boutique"jawab Adyan

"ouh... ehh!!! bukan ke untuk buat temujanji deinger tu susah"kata Faiz dengan nada yang terkejut

"ha'ah, aku dengar baru-baru ni datin Linda datang buat temujanji dengan designer tu tapi kena tolak sebab datin tu nak buat baju tak cukup kain untuk anak dia" kata Felix.Faiz menganggukkan kepala tanda setuju dengan perkataan Felix itu

"entah, aku pun tak tau la, yang aku tahu aku dapat e-mail dari owner butik tu kata designer tu setuju itu sahaja" kata Rifqi. Areeq, Aneeq, Felix dan Faiz hanya menganggukkan kepala tanda faham.

waktu lunch
≈≈≈≈≈≈≈≈≈

seperti yang ditetapkan waktu lunch 5 jejaka tersebut masuk ke kedai iris's boutique itu. Rifqi? Rifqi dia tidak ikut kerana ada pergi jumpa tunang dia

"selamat datang, Tuan cari siapa" sapa qistina sopan

"saya ada appointment dengar designer sini"jawab Adyan

"ouh.. sekejap saya pergi panggil, Tengku dan yang lain boleh duduk di sofa sana" kata qistina sambil menunjukkan sofa khas untuk customer yang tidak jauh dari situ dan ia berlalu pergi ke dapur untuk panggil aileen. Adyan hanya menganggukkan kepala dan mereka pun bergerak dan duduk di sofa tersebut.

"Aileen customer ko dah sampai"kata qistina. Aileen hanya menganggukkan kepala dan berlalu keluar dari dapur untuk jumpa pelanggan tersebut

"selamat datang, Tengku, maaf sebab buat Tengku menunggu"kata Aileen bila sahaja sampai di tempat tersebut

"ehh... Aileen!!! awak buat apa kat sini?" jerit Aneeq

"aaa... saya kerja sini la. awak berdua pula buat apa disini?"tanya Aileen dengan nada yang pelik

"saya teman abang saya untuk buat design baju mummy "jawab aneeq. Aileen hanya menganggukkan kepala tanda faham

"awak lah yang kerja sebagai designer di sini" tanya Areeq pula

"ah... iye" jawab Aileen

"ehem!! explain?"kata Adyan sepatah.

"bang ni Aileen yang aku cerita haritu"jawab Areeq

"ye. bang, kenalkan ni Aileen Medyna kakak kepada Aisy Miftah dan Aileen ni kenalkan abang saya Tengku Adyan Rayden dan dua orang di sebelah abang saya tu Faiz Ezriq dan Felix Alexander" kata Aneeq. Aileen hanya senyum dan tunduk sedikit sebagai tanda perkenalan. Faiz dan Felix balas senyuman juga sebagai perkenalan Adyan hanya balas dengan anggukan sahaja.

"aik!!? sejak bila Aisy ada kakak? aku tak pernah tau pun?"tanya Felix

"aku pun tak tahu, aku tahu pun 5 hari yang lepas sewaktu aku jumpa Aisya di supermarket." jawab Aneeq

"ehem... kalau nak berkenalan lain waktu sekarang ni kita datang sini sebab nak pilih design baju untuk mummy" kata Adyan. Aileen hanya menganggukkan kecil dan mereka pun kembali ke tujuan mereka datang ke sini.

"okay Tengku, baju ni Tengku nak ambil bila?"tanya aileen pada Adyan

"saya akan ambil baju ni hari Sabtu dalam pukul 3 petang." kata Adyan. Aileen hanya menganggukkan kepala sambil kemas sedikit meja yang bersepah itu.

"so... Aileen saya nak tanya boleh" tanya Felix selepas selesai sahaja pilih design baju untuk puan Marina

"boleh, awak nak tanya apa?" jawab Aileen sambil melihat kearah Felix

"awak umur berapa?" tanya Felix

"23" jawab Aileen sepatah

"ouh jadi saya, Faiz dan Adyan tua 2 tahun dari awak la" kata Felix. Aileen hanya menganggukkan kepala

"Tengku Areeq dan Tengku Aneeq umur berapa?" tanya aileen sambil beralih ke 2 orang kembar itu.

" eh.. jangan panggil Tengku panggil nama saja. kami sama umur Aisy" jawab Aneeq Areeq hanya menganggukkan tanda setuju dengan kata kembarnya itu

"ouh..."kata Aileen sambil menganggukkan kepala. Adyan hanya tengok Aileen sahaja tanpa cakap apa-apa. Aileen pula rasa tidak selesa apabila Adyan merenungnya dari mereka berbincang tadi lagi.

"kak Aileen nanti datang lah ke rumah weekend ni sambut birthday mummy ajak family kak aileen sekali boleh kan bang" kata Aneeq pada abangnya. Adyan hanya balas dengan anggukan

"baik, إن شاء الله kalau tak ada apa-apa kak Aileen dan family akan datang." kata aileen

"oukay, boleh kak aileen jumpa mummy, mummy rindu kat kak aileen tau tak,semenjak mummy jumpa kak aileen mummy banyak termenung je. kan reeq" kata Aneeq

"betul tu kak aileen, kami yang anak mummy pun macam dah tak wujud dekat rumah tu"cerita Areeq

"betul tu, pernah sekali tu mummy potong bawang nak buat sarapan sampai mummy hampir potong jari mummy nasib baik abang ad sempat sedarkan mummy ke alam nyata."cerita Aneeq pula

"betul tu, kalau abang ad tak ada waktu tu mesti mummy dah potong jari" sambung Areeq pula. Aileen, Faiz dan Felix hanya mendengar cerita 2 kembar itu Adyan pula masih merenung wajah Aileen. selepas sahaja mereka berbual kosong 5 jejaka tersebut minta izin untuk pergi kerana Adyan ada meeting pukul 2:30 nanti.

---••♡••---

"assalamualaikum.."kata Aileen sambil masuk ke dalam rumah.

"walaikumusalam, kakak lambat balik hari ni" tanya puan Amira sambil menyilangkan tangan di dada

"hehe... sorry ibu jalan jammed tadi sebab tu lambat balik" jawab Aileen sambil kedua tapak tangannya rapat tanda minta maaf supaya puan Amira tidak marah padanya, iyelah selalunya dia sampai rumah 6:25 petang ni dah pukul 7:15

"dah pergi naik mandi dan solat maghrib lepastu turun makan malam jangan lupa panggil ayah dan adik-adik kamu sekali sebelum turun" arah puan Amira pada anak sulungnya. Aileen hanya menganggukkan kepala dan terus naik ke atas untuk bersihkan diri.

selepas makan malam Aileen terus naik ke bilik dan ambil laptop di meja kerja lalu rebahkan diri ke katil ia buka laptop dan aplikasi animeflix dibuka kemudian dia tekan pada cerita Tokyo revengers s3. apabila Aileen sedang khusyuk tengok anime telefon bimbit berbunyi minta di angkat, Aileen pause kan anime tersebut dan tarik butang hijau ke atas lalu ia letakkan telefon di telinganya.

"assalamualaikum, Aileen" kata suara garau tersebut

"walaikumusalam, ada apa call aileen malam-malam ni" tanya aileen pada jejaka tersebut

"aileen busy tak minggu ni?" tanya jejaka itu

"tak, kenapa?"tanya aileen

"ouh....."jawab jejaka itu

"ada apa call Aileen? kalau tak ada apa-apa Aileen nak sambung tengok anime" tanya aileen dengan geram. siapa je tidak geram dia tengah seronok tengok perlawanan antara toman dan tenjiku tiba-tiba jejaka itu call dah la dia tengah tahan amarah dekat tetta kisaki dari s1 lagi nanti tak pasal-pasal jajaka ini juga jadi mangsa kemerahannya.

"ok, ok aku serius" kata jejaka itu. jejaka itu tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan.

"aku dah jumpa jejak 'dia', dia ada di Kedah "kata jejaka itu dengan serius. Aileen pun terkelu seribu bahasa apabila dengar apa yang disampaikan oleh jejaka itu.

"hello Aileen dengar tak apa aku cakap" panggil jejaka itu. Aileen yang baru sahaja tersedar dari lamunan ia terus lap air mata dengan lembut dan berkata

"ha? ha, aku dengar"kata Aileen

"jadi kau nak suruh aku settlekan atau kau nak settle sendiri?" tanya jejaka itu

"aku nak settlekan juga esok aku gerak ke sana kau tunggu aku jangan buat apa-apa lagi" arah aileen pada jejaka itu

"baik, aku akan awasi dia sementara tunggu kau sampai esok, dah kau pergi tidur, dah nak pukul 2 pagi" jawab jejaka itu sambil dihujung ayatnya terselit arahan.

"hmm... okay" jawab Aileen ringkas lalu ia meletakkan telefon dan laptop di night stand, Aileen baring sambil menggosok gelang tangan yang berbentuk 2 ekor rama-rama dan permata aqumarine di tengah rama-rama itu.

"tak lama lagi kita akan bersama semula mel selepas 4 tahun kita berpisah" kata Aileen seorang diri sambil senyuman kelat terlakar dibibirnya.

Ting!

bunyi telefon Aileen tanda ada notification. Aileen mengambil telefon di tepi kepalanya dan aplikasi WhatsApp di buka.


afiqah

°°°°°°°°

assalamualaikum, Aileen


walaikumusalam, ada

apa af wasap aku?

esok kau free kan?

ye kenapa?

esok kau pergi Kedah boleh,
tolong amik kain aku order
boleh?


boleh.. lagipun aku baru

nak bagi tau kau yang aku

nak pergi Kedah esok

buat apa?

cari idea untuk buat jubah

corak baru aku cadang nak

buat tema fantasy

kingdom ok tak?

ok, mesti cantik corak jubah
tu


kann.... aku pun fikir macam

tu... cumaa... harga dia

mahal sikit dari harga

jubah yang lain boleh kan

boleh.. aku tak kesah pon
asal jangan mahal sangat


ok.. bos

dah pergi tido esok kau
lambat pula nak gerak.
esok pagi aku bagi
location kedai tu

ok... good night af

hmm.. good night

selepas sahaja chat dengan afiqah Aileen terus memejamkan mata untuk tidur tidak sampai beberapa minit sudah Aileen telah pun masuk ke alam mimpi

_______________________________________________sambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience