"tujuan aku datang ke sini aku nak masuk minang anak kau mazlan untuk anak aku Tengku Adyan Rayden"kata Tengku Athif
"masuk minang, kau nak masuk minang anak aku yang mana satu ye"tanya encik Mazlan
"aku nak masuk minang puteri sulung kau Aileen Medyna"kata Tengku Athif. tersedak Aileen apabila mendengar kata Tengku Athif tadi. semua orang pandang Aileen.
"astagfirullah, Aileen tak apa-apa"tanya puan Marina pada Aileen
"saya tak apa-apa mummy cuma terkejut sedikit."kata Aileen sambil mengelap mulutnya dengan tisu yang diberikan Aisy sebentar tadi
"so, macam mana Aileen?"tanya Tengku Athif
"macam mana apa?"polos Aileen
"haih... kamu terima ke lamaran Adyan"kata encik Mazlan
"ha... aaaa... boleh tak kalau Aileen nak bincang berdua dengan Adyan dekat luar"kata Aileen sambil melihat muka Puan Amira dan encik Mazlan. mereka menganggukkan kepala tanda setuju. Aileen terus keluar Adyan mengikut Aileen dari belakang. bila sahaja keluar rumah
"kau nak bincang apa?"tanya Adyan
"awak.. kenapa awak lamar saya!!"ucap Aileen dengan nada yang tahan amarah
"sebab aku nak" kata Adyan
"kenapa awak pilih saya? punya banyak perempuan di luar sana nak awak kenapa pilih saya?"tanya aileen lagi
"sebab aku pilih kau" jawab Adyan ringkas
"saya tak nak, Adyan" kata aileen dia nak saja menangis sekarang ni
"kenapa kau tak nak?"tanya Adyan. Aileen menundukkan kepala dan bermain dengan jarinya
"jawab Aileen Medyna" ujar Adyan tegas. bahu Aileen terhinjut sedikit kerana terkejut lalu Aileen menarik nafas dan hembuskan bila dia sudah dapat keberanian lalu ia mengangkat kepala dan melihat bulan purnama di langit yang gelap itu
"sebab kita bagaikan surah yasin ayat 40; tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. masing-masing beredar pada garis edarannya" kata Aileen matanya masih tidak lepas memandang bulan di langit malam itu
"ia betul tapi kita tak mustahil kita seperti surah yasin ayat 82; jadilah, maka jadilah sesuatu itu, dan benar bahawa melalui gerhana yang kedua-duanya bertemu pada masa yang tepat"kata Adyan sambil melihat bulan purnama tersebut. dia faham apa yang dimaksudkan Aileen. iaitu perbezaan ia dari keluarga berada dan Aileen dari keluarga sederhana.
Aileen terdiam seribu bahasa dengar jawapan Adyan. apa yang Adyan kata itu ada benarnya juga tidak mustahil bagi Allah kalau mereka berjodoh walaupun mereka berbeza.
"aku akan bagi kau fikir selama 3 hari, after that I want to hear from your mouth not from someone else's mouth, you understand" kata Adyan tegas lalu masuk semula ke dalam rumah mahu memberikan ruang pada aileen.
Aileen masih melihat bulan, ia buntu untuk terima atau tidak ia takut perkahwinan ini akan jadi seperti ibu dan ayahnya dulu sebelum keluarga mereka bahagia. selepas ia menenangkan diri ia pun masuk ke dalam rumah
"Adyan macam mana? apa jawapan Aileen?"tanya puan Marina. belum sempat Adyan bersuara Aileen telah bersuara dulu
"mummy daddy boleh bagi saya masa untuk berfikir"kata Aileen Tengku Athif dan puan Marina hanya senyum dan menganggukkan kepala tanda setuju
"terima kasih mummy daddy"kata Aileen sopan
"sama-sama lagi pun ni masa depan kamu juga, apa pun keputusan kamu kami terima"kata puan Marina sambil menggosok kedua kekura tangan Aileen
Aileen menganggukkan kepala tanda faham. Adyan hanya melihat sahaja langsung tidak ada niat nak bersuara
selepas keluarga Tengku Athif pulang ke rumah, Aileen, Aisy, Aisya dan Aira mengemas dapur dan ruang tamu. encik Mazlan dan puan Amira naik ke atas untuk tidur itu pun selepas dipaksa oleh 4 beradik itu. selepas sahaja 4 beradik itu mengemas mereka pun naik ke atas dan masuk ke bilik masing-masing.
selepas sahaja Aileen bersihkan diri ia terus rebahkan diri di katil dan telefonnya berbunyi tanda ada masej masuk Aileen pun ambil telefonnya di night stand lalu aplikasi WhatsApp dibuka
izz
°°°
assalamualaikum, Aileen
esok kau free tak?
tak, kenapa?
laa... aku baru nak suruh
kau jaga Dhiya
kenapa dengan Dhiya?
dia menangis nak jumpa
kau aku dan dahlia dah
cuba pujuk tapi dia tak
nak juga
ouh... kalau macam tu esok aku
bawa Dhiya dia pergi tempat
kerja aku
ehh.. tak apa ka, dia
tak kacau kau buat
kerja ke
tak, sambil tu boleh aku bawa
dia jalan-jalan lepas waktu
kerja
ouh... okay la kalau macam tu
okay esok pagi pukul 8 aku
aku ambil dia dekat rumah
kau
okay, sorry susahkan kau esok
tak apa lah tak susah kan aku
pun. sambil tu aku boleh main
dengan dia dan lepas rindu
hmm.. okay thanks
no problems
selepas sahaja chat dengan Izz Aileen terus cas telefonnya dan ia pun tidur
keesokan paginya
----------------------------
lepas sarapan Aileen terus keluar dari pangkaran rumahnya untuk mengambil anak angkatnya iaitu Izzlyn Dhiya. sampai sahaja di rumah Izz Aileen keluar dari kereta lalu memberi salam.
"assalamualaikum"kata Aileen
"walaikumusalam, eh.. Aileen dah sampai jemput lah masuk"kata Dahlia
"eh.. tak apa lah kak lia Aileen datang sini pun sebab nak ambil Dhiya je"kata Aileen
"ouh.. sekejap ye Aileen Dhiya masih dekat dekat atas dengan Izz tengah bersiap" kata dahlia Aileen hanya menganggukkan kepala tanda faham
"maaf la sebab terpaksa susah kan Aileen kena jaga Dhiya"kata Dhiya dengan rasa bersalah
"eh.. tak ada apalah kak lia. Aileen yang setuju nak jaga dia kak lia jangan risau ya tak susahkan Aileen pun"kata Aileen. dahlia hanya menganggukkan kepala sahaja
"berapa bulan dah kak lia?"tanya aileen sambil menggosok perut kak dahlia yang kelihatan itu
"7 bulan dah "jawab dahlia, Aileen hanya menganggukkan kepala tanda faham
"maaf la kak dahlia sebab Aileen tak jumpa kak dahlia sepanjang 4 tahun ni" kata Aileen dengan rasa bersalah
"eh... tak ada apa lah Aileen lagi pun akak faham keadaan Aileen macam mana waktu tu, Aileen bertabah ye inshaa Allah akan selesai"kata dahlia sambil menggosok pipi Aileen, Aileen hanya menganggukkan kepala sahaja
"dah jangan cakap pasal benda tu yang penting Aileen kena tahu Aileen tak keseorangan ingat tu"kata dahlia sambil mencubit kedua pipi Aileen
"baik kak dahlia"kata Aileen sambil senyuman manis dihadiahkan pada Aileen
"umii..."jerit budak perempuan yang berumur 6 tahun itu
"Dhiya... rindu umi tak?"tanya aileen apabila Dhiya telah masuk ke dukungannya
"rindu... Dhiya rindu sangat-sangat"kata Dhiya dengan penuh riang
"amboi Dhiya jumpa umi langsung lupa mama dan papa ye"kata Izz sambil memeluk bahu dahlia
"hehe... mana ada Dhiya lupa mama dan papa"kata Dhiya, Izz hanya menggelengkan kepala dengan perangai puteri sulungnya itu
"Dhiya pergi salam mama dan papa"arah Aileen lembut. Dhiya menganggukkan kepala lalu turun dari dukungan Aileen dan berlari kecil ke arah Izz dan dahlia
"mama papa Dhiya pergi dulu ye"pamit Dhiya sambil menyalam kedua syurganya
"iye, Dhiya jangan nakal-nakal tau. ingat pesan papa tadi"pesan Izz pada puteri sulungnya
"baik papa"kata Dhiya sambil buat tabik pada papanya Izz hanya tersenyum sahaja
"Aileen pun hati-hati bawa kereta, ingat ada anak aku kalau kau nak mati pi mati sorang jangan bawa anak aku sekali"pesan Izz
"iye aku tahu lah..."kata Aileen sambil salam tangan dahlia. dahlia hanya tergelak kecil dengan perangai 2 orang itu
"umi jom.. nanti umi lambat sampai keje" jerit Dhiya
"ouh.. okay akak, Aileen pergi dulu ye"pamit Aileen
"iye hati-hati Aileen"pesan dahlia. Aileen hanya menganggukkan kepala dan terus ke kereta. hilang sahaja bayangan kereta Aileen Izz dan dahlia pun masuk ke rumah
"kenapa sayang senyum je dari tadi? ada apa-apa jadi ke?" tanya Izz dari tadi lagi dia perasan isterinya tersenyum sahaja bila berjumpa Aileen
"tak ada apa, cuma sayang gembira bila nampak Aileen gembira walaupun tak macam dulu balik"jawab dahlia sambil menggosok perutnya
"hmm.. walaupun Aileen ada masalah yang tak diselesaikan lagi tapi dia masih boleh tersenyum"kata dahlia lagi
"dia tersenyum untuk gembirakan sekeliling dia tapi bukan hatinya"kata Izz
"tahu... sayang harap sangat masalah dia cepat selesai dan harap juga tak ada nyawa yang terkorban macam sebelum ni"kata dahlia, Izz hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan perkataan isterinya itu. Aileen banyak berubah sejak kejadian 4 tahun lepas
________________________________________________________
bersambung...
Share this novel