tok!tok!
"Ad jom mereka sedang tunggu kau di bilik meeting." kata Felix. Adyan menganggukkan kepala tanda faham lalu ia mengambil blazer yang ada di tempat gantung pakaian.
Adyan dan Felix terus ke bilik meeting untuk berjumpa kawan lama.
masuk sahaja di bilik meeting Adyan terus mendekati seseorang.
"Adyan remember me?" kata jejaka itu. Adyan tersenyum kecil serentak menganggukkan kepala sebagai jawapan.
"Jayden Zachary right?" jawab Adyan. ia akan sentiasa mengingat sebaris nama itu kerana tanpa bantuan jejaka ini mummynya pasti lama telah kembali ke rahmatullah.
"wow.. tak sangka masih ingat." kagum Jayden dengan ingatan kawannya itu.
"of course, kalau tak disebabkan bantuan kau mummy aku pasti tak selamat." kata Adyan.
"no problems. aku dengar kau dah kahwin tahniah maaf sebab tak dapat hadir." kata Jayden.
"thanks, tak apa aku faham."
"so.. kita boleh ke tujuan asal?" soal Jayden. Adyan menganggukkan kepala tanda setuju.
---••♡••---
"maaf kak saya tak sengaja sala.. eh.. Aileen!!" Aileen dan gadis itu terkelu.
"mel.. Melissa!!" gumam Aileen tubir matanya memanas apabila berjumpa dengan sahabatnya.
"hai.. kau cari apa? mana tahu aku boleh tolong?" pelawa Melissa ia berasa kekok kerana empat tahun tidak bertegur sapa dengan sahabatnya.
"aaa... boleh ke aku tak nak menyusahkan kau." tolak Aileen.
"tak aku dah jumpa semua barang aku." kata Melissa.
"aku cari spaghetti tapi tak jumpa. nak tolong aku cari?" ujar Aileen. ia ingin meluangkan masa dengan sahabatnya.
Melissa mengangguk laju. Aileen tersenyum lalu ia menarik tangan Melissa untuk mengikutinya.
setelah sejam mereka mencari akhirnya jumpa juga spaghetti. tak disangka spaghetti tu ada di kampung!! punya lah mereka tawaf mall itu rupa-rupanya spaghetti tu boleh bercuti!! bertuah punya makanan!
"nah mel." Aileen menghulurkan ais krim perisa strawberi pada Melissa lalu ia mengambil tempat di sebelah Melissa.
sekarang mereka di taman untuk meluangkan masa bersama sebelum mereka berpisah semula.
"thanks Ai." Aileen tersenyum saja. ia rindu dengan panggilan Ai dari Melissa.
"kau macam mana lepas kahwin? kau kahwin dengan siapa?" tanya Melissa ingin tanya khabar sahabatnya sebelum ini ia hanya dengar dari Dahlia dan Izz nak harapkan yang lain memang tak la mereka nak bagitau dengar nama pun dah mengamuk ni nak tanya khabar?
"okay! kau nak tau siapa ke?" sengaja Aileen bertarik tali dengan Melissa.
Melissa mengangguk laju kepalanya bersinar matanya kerana ingin tahu.
"dia." ringkas sahaja jawapan Aileen tapi itu mampu membuat Melissa menjerit kecil.
"kau serius la!! weyh tak sangkanya korang berjodoh." ujar Melissa gembira.
"kan.. aku pun tak sangka mula-mula aku tak cam bila lama-lama tu baru aku cam aku pun terkejut juga bila dapat tahu." cerita Aileen. telah lama ia tidak meluahkan isi hatinya yang paling dalam pada seseorang.
"wah!! mesti seronok kan kalau aku tengok dari awal kisah cinta korang." kata Melissa sayu.
"tak apa aku tak kisah pun." kata Aileen. Melissa tersenyum tawar saja ia tidak tahu mahu balas apa.
"wey jom pergi beli ais krim nak tak aku belanja." kata salah seorang gadis yang berumur 15 tahun itu.
"tak payah la aku belanja. kau dah banyak belanja aku bulan ni." tolak sahabat gadis itu. ia tidak selesa apabila sahabatnya ini belanja ia kalau sikit tak apa ini banyak naik segan ia.
"ahh.. tak dak guna duit aku jom!!! tiada penolakan kalau ada pun aku tak akan terima!!" kata gadis itu lalu ia menarik tangan sahabatnya.
Aileen dan Melissa melihat dua sahabat itu mereka teringat sewaktu mereka rapat dulu. seperti itulah mereka benda kecil pun mahukan bergaduh pelik betul? tapi disebabkan itu lah persahabatan mereka makin kuat.
"rindu.. aku rindu itu." gumam Melissa. Aileen tersenyum tawar sahaja ia pun sama tapi ia terpaksa lakukan untuk selamatkan nyawa sahabatnya dari bahaya.
"aku tak suka kita yang sekarang. asing!! aku tak suka tu kita asing walaupun dah kenal lebih dari 10 tahun agak-agaknya benda ni akan berlaku sampai bila? aku tak suka apabila kau pendam semua rasa sakit tu seorang diri. aku nak seperti dulu itu je tapi kenapa semua orang menolak!!" luah Melissa telah lama ia menahan seorang diri akhirnya ia lepas juga.
"the stranger is sure, because everyone has a time, every time there is a person. tetapi itu tidak bermakna bahawa semua persahabatan akan berakhir selagi kita boleh berhubung, biarlah sentiasa berhubung walaupun kita berjauhan. walaupun persekitaran berbeza, walaupun mungkin rasa tak seseronok dulu. jika akhirnya persahabatan ini harus berakhir, Ingat yang baik-baik saja, yang buruk itu jadikan pengajaran. kita telah menghabiskan masa gembira dan sedih. Sama ada kita mahu mengingatinya atau tidak, kita begitu gembira sebelum ini." kata Aileen panjang lebar.
"maksud nya kita boleh bersama semula la seperti dulu." soal Melissa seperti budak lima tahun.
"maybe... kalau kita pertahankan Insha Allah akan selesai dengan cepat." jawab Aileen.
Melissa mengangguk kepalanya tanda faham. "jangan risau aku tak akan benarkan semua ini berakhir itu janji aku." yakin Melissa.
"aku pun, kita akan berusaha sama-sama." ujar Aileen. Melissa dan Aileen ketawa tidak tahu apa yang kelakar tapi itu sangat mengembirakan untuk mereka berdua.
---••♡••---
pulang sahaja di rumah Aileen terus merebahkan badannya di sofa ruang tamu.
selepas ia berborak dengan Melissa di taman mereka buat keputusan untuk berseronok sebelum pulang ke rumah.
"Aileen balik dah ada apa-apa yang Hawa boleh tolong?" tegur Hawa iaitu anak kepada puan Siti. Hawa berkerja sementara di sini kerana ingin perhatikan ibunya yang sakit.
Adyan dan Aileen pernah menyuruh Hawa membawa pulang puan Siti di kampung tetapi puan Siti menolak katanya ia masih mahu berkerja disini selagi mampu. penat mereka memujuk tetapi tidak berjaya.
"thanks Hawa. maaf sebab susahkan awak. ibu dan mak mana?" tanya Aileen.
"ibu sedang berehat mak pula siram pokok." jawab Hawa.
"baik. nanti hawa pesan dekat ibu dan mak jangan buat kerja berat buat yang ringan saja yang berat tu minta tolong anak buah Adyan yang buat oh lagi satu malam ni saya yang masak makan malam. awak ada tak malam ni?" terang Aileen panjang lebar.
"tak ada keluarga tunang saya buat makan malam di sana." jawab Hawa. Hawa telah bertunang dua bulan lalu dan akan berkahwin bulan depan.
"okay. ibu ikut tak?" tanya Aileen.
"tak ibu tak larat. saya cadang nak cancel makan malam tu tapi ibu tak bagi." balas Hawa.
"tak apa awak jangan risau saya akan tengok-tengokkan ibu sepanjang awak tak ada." pesan Aileen ia mahu ringankan beban Hawa.
"baik terima kasih Aileen." kata hawa sekali lagi. Aileen hanya balas dengan anggukan sahaja.
Aileen menggeliat kecil lalu ia bangun dan naik ke atas untuk membersihkan diri.
Melissa p.o.v
-------------------
"assalamualaikum." Melissa menutup pintu lalu ia mendekati anak-anak yang sedang bermain di ruang tamu.
"main apa tu sayang?" tanya Melissa tangannya naik mengelus kepala anaknya.
"main lego kitaorang buat kisah." jawab Darren.
"kisah dia macam mana?" soal Melissa.
"kisah dia ada lima orang kawan mereka berkawan baik dari kecil." balas Julien.
"mereka bercuti di luar negara tiba-tiba ada satu physco ni dia jatuh hati pada pada kawan mereka. lelaki obses sehingga nak merosakkan maruah perempuan tu." sambung Darren.
"lepastu dia mengugut perempuan tu kalau dia tidak terima lelaki tu maka lelaki tu akan bunuh semua orang yang perempuan tu sayang.dan salah seorang dari kawan mereka terkorban." sambung Dhiya pula. Melissa yang mendengar itu terkelu seperti ia tahu kisah ini.
"lepas tu apa pengakhiran kisah mereka happy ending atau sad ending." tanya Melissa ingin tahu.
"sad ending." balas Dhiya.
"sebab ada satu kejadian yang menimpa kawan perempuan tu sehingga anak dia keguguran dan ada orang yang menfitnah perempuan itu kata semua percubaan pembunuhan itu rancangan perempuan tu." sambung Julien.
"dan pada akhirnya perempuan tu pergi dari situ dan tak pernah terlihat sehelai benang pun." kata Dhiya suara perlahan.
"apa jadi dengan perempuan tu?" tanya Melissa ingin tahu selanjutnya.
"tak tahu lah sebab kisah ni Darren dapat dari mimpi. walaupun mimpi Darren dapat rasa sakit perempuan tu dia baru berumur 19 tahun pada waktu tu Darren tak pasti itu kisah benar atau hanya mainan mimpi." kata Darren. Melissa yang mendengar ia tahu kisah ini dan ia pun tidak tahu kelanjutan cerita itu.
"Dhiya dengan Julien pun mimpi yang sama." kata Dhiya.
"kamu nampak ke muka perempuan tu?"
"tak, muka dia kabur tapi kami pasti perempuan tu mesti cantik." jawab Darren.
Dhiya dan Julien menganggukkan kepala tanda setuju dengan perkataan Darren.
tanpa mereka berempat sedar ada dua orang memasang telinga sebalik dinding itu. mereka mahu datang tapi tidak jadi apabila mendengar percakapan tak terduga dari tiga anak itu.
___________________________________________
bersambung...
Share this novel