Izz berjalan masuk ke dalam markas rambut yang sedia kusut itu dikusutkan. sudah seminggu mencari jejak lelaki itu di Korea tapi tidak jumpa dia buntu. dia yakin Melissa dan Aileen diculik oleh orang yang sama kerana tidak ada musuh yang berani sentuh dua wanita itu selain lelaki itu hanya dia yang berani sentuh dan apa-apakan dua wanita itu.
"Izz!!!" Izz memusingkan badannya ke arah suara itu.
"apa?" tanya Izz datar. pelik dia apabila Rifqi mencarinya selalunya jejaka ini akan melihat laptopnya saja mesti ada hal penting.
"aku nak tanya kau tapi kau kena jujur dengan aku." kata Rifqi dengan nada tegas. telan liur Izz mendengar itu dia dah agak yakin yang Rifqi syak sesuatu lelaki ini lebih peka dari Adyan sebab tu Adyan suka bagi sesutau misi yang besar pada Rifqi.
"tengok pada soalan kau dulu." jawab Izz tenang tapi dihatinya hanya Allah yang tahu betapa takutnya dia nak menjawab soalan lelaki itu.
"okay. aku nak tanya kau betul ke Aileen tak ada musuh? betul ke Aileen tak ada apa-apa kaitan dengan dunia gelap ni? dan kau tahu ke siapa yang culik Aileen dan Melissa?" tanya Rifqi bertalu-talu.
Izz diam sejenak untuk memberi jawapan yang sesuai sama ada nak jujur ataupun tidak.
"aku nak kau jujur sebab ini kait dengan nyawa sahabat kau,Izz. kalau kau tipu aku tak jamin yang mereka akan pulang dengan selamat aku dapat rasakan musuh kali ni berbahaya dari yang sebelum ni." ujar Rifqi tegas. tangannya naik disilangkan di dada.
Izz mengeluh kasar nak tak nak dia perlu jujur hanya Rifqi saja hacker yang hebat dari hacker milik Jayden. tak kutuk tapi itu fakta sebenarnya kau suruh dia cari telefon kau yang hilang tu kau ada 10 orang cucu baru jumpa.
"kau nak tahu yang mana?" tanya Izz.
"siapa sebenarnya Aileen? 5 tahun lepas kenapa jejak dia hilang di Korea setahun lepas tu dia muncul di Malaysia? apa kaitan Aileen dengan kumpulan ni? senang kata aku nak tahu dari A-Z jangan tinggal satupun dan jangan risau aku tak akan bagi tau Adyan selagi tak ada di antara korang yang buka mulut.
"boleh jom kita sembang di bilik aku disini tak selamat." kata Izz. Rifqi menganggukan kepala tanda faham.
masuk saja ke bilik Izz terus mengunci pintu bilik dan dia melabuhkan punggung di sofa single yang ada di dalam biliknya manakala Rifqi duduk di katil king.
"sekarang cerita." arah Rifqi tegas.
"ceritanya bermula 5 tahun lepas masa tu Aileen umur 19 tahun dia datang ke Korea sebab nak spend time dengan Melissa dan masa tu Melissa mengandung anak ke 2."
5 tahun lepas...
"Aileen!" Aileen mencari orang yang memanggil namanya. apabila telah jumpa Aileen terus ke arah perempuan yang melambaikan tangannya di belakangnya ada 2 orang wanita dan 3 orang lelaki. Aileen terus memeluk figura yang paling dia rindukan selama setahun tidak berjumpa.
"Mel! aku rindu kau makin comel kau ni!" kata Aileen sambil mencubit pipi pau sahabatnya.
"Aileen sakit..." rengek Melissa cubitan Aileen di pipinya cuba dilepaskan tapi tidak berjaya kerana terlalu kuat.
"Aileen sudah la tu nanti hilang lemak pipi Melissa." arah Fayyadh.
Aileen melepaskan cubitan itu lalu menayangkan gigi putihnya.
"mana anak aku 3 orang tu?" tanya Aileen sambil mencari bayangan anak angkatnya.
"amboi kau suka hati je panggil anak aku tu anak kau!" marah Izz sambil bercekak pinggang.
"biarlah aku ibu angkat mereka."
"setakat ibu angkat apalah sangat aku ni bapa kandung dia jadi dia anak aku!"
"bwek! aku tak kisah dan aku akan buat anak kau sayang aku lebih dia sayang kau!" lawan Aileen. yang lain hanya mampu mengelengkan kepala saja mereka ni kalau berjumpa mesti bergaduh ada saja topik yang boleh jadi pergaduhan.
"dah la tu nanti aku kahwinkan korang berdua baru tau." celah Daniel geram tahu bergaduh saja mereka berdua ni tapi tak pernah berjodoh.
"eee... tak nak! kau ni tak habis-habis nak kahwinkan kami dua!" marah Aileen. Daniel ni tak habis-habis dengan benda tu dia ingat aku nak sangat ke!?
"tahnya kau elok sikit aku dah kahwin dan aku tak akan duakan isteri aku!" kata Izz pula kali ni dia sokong dengan Aileen.
"dah la tu jom balik kita sambung di rumah." Lauren menghentikan semuanya nak tunggu suaminya selesaikan memang lambat lagi. yang lain menganggukkan kepala setuju dengan Lauren.
Aileen berjalan beriringan dengan Melissa manakala Izz dan Daniel berjalan dengan isteri mereka maklumlah dah ada cinta hati dia je yang tak ada.
sampai saja dirumah mewah milik Melissa dan Jayden. mereka disambut oleh Ran yang menunggu di depan pintu rumah. dia adalah orang yang paling teruja apabila Aileen nak datang sini.
"kak Aileen!!!" Ran terus memeluk tubuh Aileen. Aileen membalas pelukan itu sebelum dia meleraikan pelukan itu sendiri.
Aileen melihat Ran dari atas hingga bawah sebelum bibirnya mengulum senyuman manis. tak sangka budak yang tinggi bahunya sekarang hampir sama tinggi dengannya pipi Ran pun dah tembam tapi tetap comel.
"kenapa kak?" tanya Ran pelik dengan kakak angkatnya itu.
"makin cantik Ran sekarang nampaknya Ran gembira duduk sini." kata Aileen.
"hehe... ni semua sebab akak! terima kasih sangat sebab bagi Ran kerja di sini." kata Ran tanpa bantuan Aileen mungkin sekarang dia mengemis di tepi jalan dan diseksa oleh ayahnya.
"akak tak bantu apapun Ran, Jayden yang terima awak sebagai maid di sini akak hanya cadangkan saja." jawab Aileen rendah diri dia bukan buat apapun hanya minta Jayden cari kerja yang sesuai untuk Ran saja.
"dah jangan nak buat drama depan pintu ni." celah Daniel kalau dibiarkan sampai esok tak akan selesai. Aileen dan Ran memberi ruang pada Daniel masuk lalu mereka ketawa kecil dan masuk ke dalam rumah bersama-sama.
…
malam hari…
"Aileen jangan lari nanti jatuh dah la kau bawa anak aku!" jerit Izz. Risau dia kalau Aileen jatuh di pantai. kalau jatuh sorang tak apa ni anak dia sekali budak tu bawa.
"alaa... kau tak yah risau la aku reti jaga budak ni!" balas Aileen dengan nada menjerit juga. Izz mengeluh perlahan apa la nak jadi dengan budak Aileen tu?
"biarlah Izz bukan selalu Aileen dapat main macam ni." tegur Melissa.
"aku bukan apa aku risau dia jatuh je kau macam tak tau perangai Aileen tu macam mana kalau dia terlebih hyper active malam-malam macam ni." ujar Izz dengan nada risau.
"aku tau kau jangan risau anak kau selamat kalau yang cedera nanti pun Aileen bukan anak kau." kata Melissa dia kenal sangat Aileen tu maca mana. kalau dia terlebih hyper active dia akan jadi cemerkap.
"haih... yelah ni suami kau mana?" tanya Izz.
"macam biasa lah dekat isteri pertama dia tu. selagi sana tak selesai selagi tu sesat jalan balik rumah." kata Melissa dengan sindiran halus kepada suaminya.
"haha... nasib kau la dapat suami workaholic." kata Izz. Jayden dengan kertas kerjanya tiada pisah siang malam hadap kertas kerja.
"silap haribulan aku bakar juga bangunan tu biar dia tau aku lagi kuat dari dia suka hati dia je nak rampas suami orang." kata Melissa dengan penuh kesal.
"bakar lah kalau kau nak merempat tepi jalan." kata Izz dengan nada mengejek. Melissa hanya menjeling sahaja.
"Izz, Mel!" Izz dan Melissa memandang ke arah suara itu. terkejut mereka berdua apabila Aileen datang dengan basah kuyup.
"ya Allah! Aileen kau buat apa sampai basah ni!" tanya Izz anaknya diambil. Aileen hanya tersengih.
"haih... jom masuk dalam tukar baju dulu." kata Melissa jaketnya di diletakkan di bahu Ailee agar sahabatnya itu tidak kesejukan.
usai menukar pakaian Aileen membuka langkah ke ruangan di mana kawan-kawannya berada.
"siap dah Aileen mari duduk minum hot chocolate." pelawa Lauren. Aileen dengan laju duduk di tempat Lauren meletakkan air hot chocolate itu.
air itu ditiup beberapa kali sebelum dia menghirup air itu. sedap!
"macam mana basah Ai?" tanya Fayyadh dengan nada pelik. kalau Aileen basah mesti Dhiya basah sekali tapi tidak hanya sahabatnya yang basah bukan si kecil itu.
"hehe... ceritanya macam ni..."
flashback
"Dhiya tengok cantik kan bulan tu." Aileen menunjukkan bulan penuh yang ada di dada langit. Dhiya tidak balas apa-apa dia hanya menghisap ibu jarinya.
sedang dia membawa Dhiya jalan-jalan di gigi pantai tiba-tiba sahaja si kecil itu menangis.
"eh! Dhiya kenapa menangis ni!" gelabah Aileen dah la mama dia tengah masak di dapur cafe.
"cup... cup... cup... sayang jangan nangis sayang. jangan buat umi risau." Aileen sedaya upaya memujuk si kecil dari menangis tapi tetap tidak ada tanda-tanda si kecil itu mahu berhenti.
kepala yang tidak gatal digaru. dia sudah kehabisan idea nak pujuk si kecil.
Ting!
tiba-tiba sahaja lampu mentol muncul di atas kepalanya. Dhiya di letakkan di bawah telefon yang ada di dalam poket jaket tebalnya di ambil.
Tik tok ditekan dia ada terjumpa satu trend terkini harap trend itu berjaya menenangkan si kecil.
apabila telah jumpa Aileen menekan dan melihat cara tarian itu apabila telah ingat Aileen meletakkan di sebelah dia. dia berdiri di gigi pantai.
nafas ditarik sebelum dia memulakan tarian tiramisu cake.
dari tangisan telah bertukar kepada gelak ketawa dari Dhiya. seronok Dhiya melihat umi Aileennya menari.
sedang Aileen menari entah silap nya dimana dia jatuh dan pada masa yang sama ombak air pantai itu datang. habis basah pakaiannya kerana ombak tadi boleh tahan besar juga.
nasib malang sungguh!
ketawa Dhiya makin kuat apabila melihat wajah sebek Aileen. bulat mata Aileen apabila si kecil itu mentertawakan dia! jahat punya anak angkat bukan nak tolong!
"Dhiya apa ni mana boleh gelakkan umi!" rengek Aileen.
"haih... macam mana nak balik ni? tak kan aku nak dukung Dhiya dengan aku yang basah ni nanti sakit budak kecil ni? tak pasal-pasal bapak monyet tu bising sebab aku bagi anak dia sakit?" kata Aileen sempat juga dia mengutuk ayah kepada anak itu.
Aileen melihat sekelilingnya mana tahu ada benda yang kering dan tebal dia tak nak anak angkatnya sejuk.
"macam mana ni tak ada apa-apa benda yang tebal untuk balut Dhiya." ujar Aileen. Dhiya hanya melihat sahaja wajah ibu angkatnya dia langsung tidak faham apa yang ibunya katakan.
Aileen membuka jaket tebalnya lalu dia merasakan bahagian dalam jaket. dia mengukir senyuman apabila dalaman jaket itu kering walaupun diluar basah.
jaket itu dibuka lalu dia membalut si kecil. selesai membalut Aileen terus mengangkat si kecil dan membuka langkah ke cafe Melissa semula.
end flashback...
"hahaha... padan muka kau! laut pun benci kau!" kata Izz dalam tawanya. perutnya ditekan.
Aileen mencebik apabila Izz mentertawakannya.
"akak! tengok suami akak ni." adu Aileen. Dahlia hanya mengelengkan kepala sahaja suaminya ni kalau tak sakitkan hati Aileen memang tak sah.
"abang dah la tu tak habis-habis kacau Aileen." Dahlia menegurnya sikap suaminya. Izz terus mencebik apabila isterinya membela sahabatnya dari dia. Aileen senyum kemenangan apabila Dahlia berpihak padanya.
_______________________________________________________
bersambung.
Share this novel