bab 71

Romance Series 12074

"puan muda jangan lari nanti jatuh!" teguran dari pembantu rumahnya dihiraukan dia tetap berlari naik ke tingkat atas bilik sahabatnya dituju dengan senyuman manis terukir dibibir.

"Aileen Aileen Aileen... jom" Melissa terus merempuh bilik itu kawannya yang ada di katil didekati.

"jom?, jom pergi mana?" tanya Aileen sambil menutup novel.

"jom teman aku pergi mall sebelum kau balik Malaysia nak tak!?" kata Melissa dengan teruja.

"malas la aku, aku nak baca novel." balas aileen dengan nada yang malas novelnya dibuka semula. Melissa mencebik.

"alaaa.... jom la Aileen nanti kau balik Malaysia tak boleh dah nak dating berdua dengan kau boleh la Aileen plissshhh" pujuk Melissa sambil buat puppy eye dia tau Aileen pasti terpujuk dengan wajah comel itu.

akhirnya Aileen mengalah juga kerana dia tau selagi dia tidak setuju selagi itulah kawan dia akan memujuk. "ye lah yelah... tapi kita dua je ke? bodyguard tak ikut" tanya Aileen jarang mereka keluar tanpa pengawal sejak Melissa berkahwin dengan Jayden maklumlah lelaki dia mafia jadi banyak musuh.

"ye, kita dua je, suami dan ayah aku bagi tak bawa bodyguard untuk hari ni je lepas ni tak boleh dah, tak suka lah" jawab Melissa penat dia memujuk ayah dan suaminya selama dua hari hanya mahu keluar berdua dengan Aileen seperti dulu.

Aileen tersenyum dan tangannya mencubit pipi pau kawan dia. ".iye lah, ini untuk keselamatan kau juga nanti kalau ada musuh serang macam mana." balas Aileen. tangannya masih tak lepas dari cubit pipi pau kawan dia dah jadi mummy pon masih comel.

"iye lah, ni kau nak ikut aku pergi shopping ke tak? " tanya Melissa masih menanti jawapan dari kawannya.

"nak, sekejap aku nak salin baju" balas Aileen.

Aileen bangun dari katil dan terus ke almari baju untuk salin baju. Aileen hanya pakai hoddie dan skirt berwarna baby blue dan shawl yang berwarna hitam tidak lupa juga stoking dan handsock.

sampai sahaja di mall Melissa terus menarik tangan Aileen agar mengikutinya. Aileen hanya ikut sahaja kawan baik dia beli kerana dia tidak suka sangat membeli barang banyak - banyak nanti tak terpakai semua barang itu tak ke membazir.

"Aileen kau tak nak ke beli apa-apa kat kedai ni dari tadi aku tengok kau tak beli apa pun" tanya Melissa.

"tak apa lah mel, aku tak cukup duit nak beli beg kat sini mahal sangat la" tolak Aileen agak tidak selesa kalau Melissa menghabiskan duitnya untuk belanja dia seorang dah la harga di sini tidak lepas gajinya setahun.

dia sedar dia dari keluarga sederhana dan kawan dia dari keluarga berada walaupun begitu perbezaan tersebut tidak halang untuk mereka berkawan baik tapi tidak lepas dari mulut jahat manusia yang dengki.

"alaaa... aku belanja la apa gunanya aku ajak kau teman aku shopping betul tak" kata Melissa.

"tak apa lah mel kau beli lah aku---" tanpa sempat Aileen habiskan percakapannya Melissa telah pun memotong

"tak dak tak dak, kena beli juga walaupun pun satu. jangan risau kau tak menyusahkan aku pun." kata Melissa lagi dia tau sangat dengan perangai kawan dia yang satu ni.

" hmm... yela aku pilih beg tu la" kata Aileen sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah sling beg yang berwarna biru langit yang ada di belakang kawannya

"ouh okay, sat aku pergi bayar, kau tunggu sini tau jangan nak pergi mana- mana" pesan Melissa dengan nada tegas sebelum dia pergi ke kaunter untuk bayar beg tersebut

Aileen hanya balas dengan anggukan sahaja. sementara menunggu kawan dia bayar barang tersebut dia ternampak 2 figura yang tidak dikenali duduk tidak jauh dari situ sedang tengok telefon Aileen berasa tidak sedap hati bila dia melihat 2 figura itu rasa sesuatu yang buruk akan berlaku.

bila sahaja Aileen nampak kawan baik dia sedang menghampiri dia terus dia ajak Melissa untuk pulang.

"mel habis dah kan, jom kita balik" ajak Aileen gusar.

"dah, kau kenapa Aileen ok tak kenapa kau nampak gelisah lain macam je" tanya Melissa bila dia melihat wajah Aileen pucat.

" entah, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati la" balas Aileen.

"ok la kalau macam tu kita balik" kata Melissa. Aileen hanya balas dengan anggukan sahaja. dan mereka pun jalan keluar dari mall.

"Allah!! Aileen aku tertinggal handphone aku dekat kedai tadi!!! Aileen kau pergi ke kereta dulu." kata Melissa.

"tak apa kau masuk kereta dulu biar aku pergi ambil okay, bodyguard kau ada kat bawah jadi kau tak perlu risau aku dah call tadi. " kata Aileen sekarang ni nyawa kawannya dalam bahaya jadi Aileen tidak boleh gadis itu pergi sendirian.

"tak apa ke?" tanya Melissa rasa bersalah pula.

"tak apa sekarang ni kau dalam bahaya bukan aku jadi kau tak perlu risau okay." pujuk Aileen.

"okay. sorry tau menyusahkan kau dengan dunia aku" kata Melissa dengan rasa bersalah. Aileen memegang kedua tangan kawannya

"kau tak pernah menyusahkan aku pun. aku yang pilih nak sentiasa ada dengan kau. dah jangan rasa bersalah aku tak kisah pun " pujuk Aileen. gadis itu hanya balas dengan anggukan sahaja lalu melangkah pergi.

"ish... mana dia ni Aileen kata dia dah sampai." omel Melissa seorang diri.

sreet!

Melissa mengundur beberapa langkah ke belakang apabila van putih berhenti di depannya. hatinya mula merasa sesuatu buruk akan berlaku perutnya yang membentuk sedikit itu di pegang dia perlu melindungi kandungannya.

pintu van dibuka keluar dua orang lelaki wajah mereka ditutup dengan mask dan cermin mata ketakutan mula menguasai Melissa.

Melissa memusingkan badannya untuk masuk ke dalam semula tapi tidak boleh apabila dua orang lelaki menghalang jalannya.

Melissa ke kiri mereka ke kiri Melissa ke kanan mereka jua ke kanan.

salah seorang dari mereka membawa keluar pisau rambo perlahan-lahan berjalan mendekati Melissa yang membelakangi lelaki itu.

apabila lelaki itu ingin menikam Melissa dari belakang tangannya ditemak oleh seseorang.

"jangan jadi pengecut serang dari belakang!" kata suara itu dingin. pistol dihalakan pada 3 orang lagi lalu peluru dilepaskan tepat kena dada mereka.

BANG!

BANG!

BANG!

"Aileen!"

"Melissa!" Aileen terus memeluk tubuh Melissa badannya yang bergetar itu diusap untuk menenagkan sahabatnya.

"shusshhh... jangan takut aku ada semuanya selamat." kata Aileen pelukan dileraikan permata jernih yang keluar itu diseka lembut lalu Aileen mengukir senyuman manis untuk menenangkan sahabatnya.

Aileen mendekati lelaki yang tangannya ditembak tadi tajam irisnya memandang lelaki itu tangan lelaki yang terkena tembakan itu dipijak kuat.

"ARGHH...! SAKIT BO**H!" meraung lelaki itu tangan kirinya cuba menolak kaki Aileen tapi tidak berjaya bila Aileen menekan kuat.

"bagitahu aku siapa yang hantar kau?" tanya Aileen dingin.

"aku tak akan bagi tau!" kata lelaki itu kasar.

isi bibir digigit Aileen membawa keluar pistol apabila picu ingin dilepaskan ada bunyi tembakan dari arah lain mengalih perhatian Aileen bulat matanya melihat cecair merah keluar dari perut sahabatnya.

Aileen terus ke arah Melissa tubuh yang hampir jatuh ke tanah itu sempat ditangkap.

"Melissa!"

"hahaha... kau lambat tapi jangan risau ini hanyalah permulaan, Aileen Medyna." kata lelaki itu sambil bangun dari baringannya yang dibantu oleh kawannya.

Aileen memeluk erat Melissa yang pangkuannya dia perlu jaga Melissa dari musuh-musuh ini. sebelah tangannya menutup tempat keluar darah tadi.

"apa maksud kau?" tanya Aileen tidak faham.

"nanti kau akan tahu, jumpa lagi Aileen Medyna atau aku patut panggil kau Xandria?" lelaki itu dipapah oleh bawahannya masukke dalam van.

Aileen menghantar pemergian van itu dengan pandangan mata sempat dia melihat nomor plate van itu macam familiar tapi itu perlu tolak tepi kawannya lebih penting sekarang ini.

"cik Aileen! puan muda!" suara garau itu mengalih perhatian Aileen tajam iris coklat itu menikam bawahan suami kawannya. dua lelaki itu berhenti mereka meneguk liur seram melihat pandangan itu.

"KORANG TENGOK APA!? CALL AMBULANCE LA SI*L KORANG NAK JAYDEN BUNUH KORANG KE!" tengking Aileen bengang dengan kebodohan mereka ni.

mereka berdua membawa keluar telefon dari kocek seluar gelabah mereka bila ditengking begitu dan ini pertama kali mereka melihat Aileen mengamuk begitu.

"Mel bertahan.." rayu Aileen.

-------------------------------------------

tit... tit... tit..

BAK!

"MANA ISTER..."

BANG!

pistol dibaling geram Aileen dengan lelaki ini nasib pistol itu tidak kena tepat wajah lelaki itu kalau tidak memang buat muka lain lah suami kawannya ini.

jari telunjuk diletakkan di bibir meminta suami kawannya itu tidak buat bising. Aileen bangun dan berjalan ke pintu wad mahu memberi ruang pada pasangan itu sempat dia berbisik sesuatu pada Jayden.

"jangan buat bising dan kalau dia bangun kau pujuk dia... dan lagi satu aku minta maaf sebab aku anak korang tak ada." Aileen melepasi Jayden beku sahaja wajah Aileen.

Jayden terus mendekati isterinya tangan isterinya yang ada diperut digenggam dan dibawa ke bibir merahnya. kekura isterinya dicium lama.

"maafkan abang..." gumamnya dahinya diletakkan di kekura isterinya.

BANG!

BANG!

"KORANG BUAT APA HA! SENANG MACAM NI PUN TAK AKAN SUSAH!" bergema ruangan itu dengan jerkahan Daniel panas hatinya bila dapat tahu Melissa ditembak.

"ma... maafkan kami..." kata Flin lengannya yang berdarah kerana ditembak itu ditutup. yang lain hanya mampu melihat nak tolong mereka takut dengan aura Daniel.

"DENGAN MAAF KORANG BOLEH KE ULANGKAN MASA?" sinis Daniel pistol dihalakan ke arah Flin tak guna biarkan lelaki hidup kalau kerja senang begini susah nak lakukan.

Flin memjamkan matanya membiarkan orang kanan majikannya membunuhnya lagipun memang salah dia majikannya kehilangan cahaya ke dua mereka.

"CUKUP DANIEL KAU BUNUH DIA TAK AKAN SELESAI APA PUN!" Izz menghalang abangnya gila memang gila. pistol ditangan abangnya dirampas dan disimpan di belakangnya.

"KENAPA KAU HALANG AKU! BAGI BALIK PISTOL AKU!" jerkah Daniel merah mukanya.

"kau nak buat apa? nak hantar mereka berdua ke neraka sebab tak buat kerja dengan betul?" kata Izz tegas. abang dia ni kalau baran otak pun hilang harap saja CEO berjaya tapi bodoh bila marah menguasai dirinya.

BAK!

tegang wajah Aileen di muka pintu itu Flin dan Ryder yang ada di hadapan Daniel dan Izz dituju Aileen duduk mencakung di depan mereka.

"mana korang masa aku suruh tunggu di pintu keluar?" tanya Aileen dingin suaranya.

Flin dan Ryder diam tidak mampu mengeluarkan suara mereka Aileen kalau marah dia akan menjadi kejam hilang kepolosan gadis itu.

"AKU TANYA NI TAK ADA MULUT DAH KE!"

"kami ke pergi tandas!" jawab Flin laju sambil memejamkan matanya kerana takut.

"Tandas? hahaha... korang buat apa dalam tandas? korang berdua masuk dalam tu sekali ke?" tanya Aileen.isi pipi ditolak masih bersabar untuk tidak membunuh dua orang ini.

mereka berdua diam tidak mampu menjawab seram dengan aura yang Aileen keluarkan.

"baiklah kalau korang tak nak buka mulut aku yang akan buka mulut untuk korang berdua." Aileen bangun Ran yang baru muncul di bilik itu terus mendekati Aileen ipad diberikan pada Aileen.

Daniel dan Izz hairan tidak faham apa yang Aileen cuba lakukan mereka.

"nah tengok ni." kata Aileen sambil memberikan ipad itu pada Daniel dan Izz. dia meminta Ran untuk periksa dimana dua orang bangsat ini ada semasa dia dan Melissa diserang.

bergerak rahang Daniel dan Izz melihat itu patutlah rancangan mereka untuk hancurkan kumpulan itu selalu gagal rupanya ada pengkhianat dalam kumpulan mereka.

Flin dan Ryder berubah pucat melihat wajah tegang dua jejaka itu tahulah mereka rahsia mereka elah terbongkar.

"Jayden tahu tak tentang ni?" tanya Izz.

Aileen mengeleng. "belum, aku tak nak kacau dia baru lepas kehilangan anak dia dan Mel masih tak bangun aku tak nak semakkan kepala dia dengan hal ini." jawab Aileen datar.

dua beradik itu mengangguk faham.

"kurung mereka berdua di bilik bawah tanah jangan bagi mereka mati selagi tak dapat arahan seterusnya dari Jayden."

arahan diberi tegas. empat orang anak buah mengheret mereka ke bilik bawah tanah rasa simpati berubah kepada rasa kesal kerana percayakan mereka berdua untuk menjaga puan muda mereka.

Aileen dan Ran hanya menghantar dengan pandangan mata sahaja.

"kau berehat la Aileen tentang ni biar aku dengan Daniel uruskan." kata Izz dia tahu Aileen sedih dengan apa yang berlaku tapi gadis itu sorokkan perasaan itu.

Aileen menjatuhkan kepalanya tanda faham.

"Ran hantar Aileen sampai bilik dan nanti makanan bawa masuk bilik dia jangan bagi Aileen keluar buat masa ni." kata Daniel pula. Ran menganggukkan kepala tanda faham dan berjalan keluar bersama Aileen.

"macam mana dengan carian yang akak minta Ran jumpa tak?" tanya Aileen dia ada minta ran cari siapa disebalik penculikan ini kenapa mereka targetkan dia bukannya Melissa? dan siapa bos mereka?

"dah ada di bilik akak. akak nak Ran teruskan mencari atau akak nak biarkan dulu?" tanya Ran.

"biarkan dulu akak nak tunggu Melissa bangun baru kita teruskan pencarian ni." kata Aileen. Ran menganggukkan kepala tanda faham.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience