bab 48

Romance Series 12074

Melissa duduk di balkoni ia menghirup udara malam manakala fikirannya melayang tentang siang tadi.

"kisah dia ada lima orang kawan mereka berkawan baik dari kecil."

"mereka bercuti di luar negara tiba-tiba ada satu physco ni dia jatuh hati pada pada kawan mereka. lelaki tu obses sehingga nak merosakkan maruah perempuan tu."

"lepastu dia mengugut perempuan tu kalau dia tidak terima lelaki tu maka lelaki tu akan bunuh semua orang yang perempuan tu sayang.dan salah seorang dari kawan mereka terkorban."

"sebab ada satu kejadian yang menimpa kawan perempuan tu sehingga anak dia keguguran dan ada orang yang menfitnah perempuan itu kata semua percubaan pembunuhan itu rancangan perempuan tu."

"dan pada akhirnya perempuan tu pergi dari situ dan tak pernah terlihat sehelai benang pun."

"tak tahu lah sebab kisah ni Darren dapat dari mimpi. walaupun mimpi Darren dapat rasa sakit perempuan tu dia baru berumur 19 tahun pada waktu tu Darren tak pasti itu kisah benar atau hanya mainan mimpi."

Melissa melepaskan keluhan berat ia tidak sangka anak-anak akan mengingat kisah gelap itu.

"Lissa okay?" tegur Dahlia. Melissa melihat ke arah Dahlia lalu ia menghadiahkan senyuman saja. senyuman palsu, itulah yang Dahlia nampak.

"Lissa masih teringat tentang siang tadi ye." teka Dahlia. ia dan Lauren telah mendengar semua perbualan anak-anak ia pun terkejut apabila anak-anak itu tahu tentang kisah gelap itu.

"ye, macam mana mereka boleh tahu? pada hal waktu tu umur mereka baru tiga atau empat tahun." soal Melissa kehairanan itulah yang ia fikir dari siang tadi.

"akak tak pasti tapi yang akak pasti mereka tidak tahu itu betul-betul terjadi di dunia nyata." jawab Dahlia.

"siang tadi Lissa jumpa Aileen di mall kami terserempak je." Melissa mula membuka cerita.

"lepas tu apa jadi?" tanya Dahlia ingin tahu.

"kami cari barang sama-sama lepas tu Aileen ajak ke taman untuk berborak kosong mula-mula rasa kekok bila lama-lama tu baru hilang rasa kekok." balas Melissa dengan nada gembira.

"kamu berdua sembang apa mesti banyak yang kamu berdua cerita." tanya Dahlia ia gembira apabila melihat senyuman Melissa yang terukir sepenuh hati itu.

"banyak yang kami cerita. Aileen cerita macam mana ia boleh berjumpa suami dia mana ia berkerja. oh.. Aisy dah bertunang tak sangkanya." Melissa jeda sebentar.

"dan.. Aileen cerita macam mana dia boleh keguguran." nada Melissa berubah sedih. Dahlia menarik Melissa je dalam dakapannya.

"shusshh... kenapa ni." gelisah Dahlia apabila Melissa menangis.

"Liss kawan yang teruk. waktu Liss susah Aileen ada untuk Liss sedangkan Liss tak ada untuk Aileen waktu Aileen down. Aileen pasti benci Lissa kan?" luah Melissa. ia rasa dirinya teruk kerana tak ada di sisi Aileen.

Dahlia terkelu apabila mendengar luahan Melissa ia tidak sangka Melissa berfikir begitu. Dahlia meleraikan pelukan itu lalu kedua tangannya pegang kedua pipi Melissa.

"haih.. apa cakap macam tu kalau Aileen dengar ni mesti dia marah Lissa. Aileen tak benci Lissa kalau Aileen benci Lissa Aileen tak akan cerita semua benda dekat Lissa siang tadi. kalau Liss nak tahu sejak empat tahun lepas Aileen tak pernah cerita apa-apa pada kak lia dan Izz dia pendam seorang diri kami kena pujuk dulu baru dia akan cerita sedangkan Liss tak perlu pujuk Aileen akan luah semua tanpa diminta. itu Liss kata Aileen benci Liss? kalau dia benci dia tak akan meluangkan masa dengan Liss." pujuk Dahlia. ia tidak mahu Melissa fikir begitu pada Aileen.

"dah jangan nangis okay tak comel nanti." kata Dahlia kedua tangannya menyeka air mata Melissa.

Melissa menganggukkan kepala. apa yang Dahlia cakap betul kalau Aileen membencinya Aileen tak akan meluangkan masa dengan dirinya dan meluahkan semua apa yang Aileen rasa.

"dah mari masuk." ajak Dahlia. Melissa balas dengan anggukan lalu mereka berdua membuka langkah untuk masuk ke dalam.

---••♡••---

"hubby kita buat apa di sini?" tanya Aileen. tangannya kuat menggenggam tangan suaminya. ia dipaksa ikut suaminya ke pejabat penat ia membantah tapi tidak berjaya kerana suaminya telah menggunakan kuasa vetonya.

"teman hubby buat kerja." jawab Adyan selamba.

"hubby kenapa semua orang perhatikan kita." bisik Aileen di telinga suaminya ia perasan semua perkerja memerhati gerak-geri mereka. nak kata lihat suaminya tidak mungkin sebab suaminya sedang mengeluarkan aura dingin bagai dua pintu peti ais.

"bukan kita tapi sweethearth." balas Adyan berbisik juga. naik sebelah alis Aileen kenapa mereka perhatikannya? dia salah pakai ke atau baju dia tidak kena dengan shawl yang dia pakai tapi tidak mungkin!

"kenapa Aileen? Aileen salah pakai ke?" tanya Aileen kehairanan.

Adyan menekan butang lift lalu ia meminta Aileen masuk ke dalam lift lepas itu baru Adyan menyusuli.

"sebab sweethearth isteri hubby la." balas Adyan.

"macam tu pula. Aileen kan pernah datang sini dulu jadi tak hairan la kalau Aileen datang hari ni." soal Aileen lagi ia masih tidak berpuas hati.

"itu waktu kita baru kahwin lepas tu sweethearth tak datang dah sebab sweethearth mula berkerja dan kita ada masalah." jawab Adyan. Aileen menganggukkan kepala tanda faham.

Adyan dan Aileen keluar dari lift apabila telah sampai. semua pekerja memberi salam pada Adyan dan Aileen. Adyan hanya balas dengan anggukan kepala dengan muka beku manakala Aileen balas dengan senyuman mesra.

masuk sahaja ke dalam bilik CEO Aileen terus duduk di sofa manakala Adyan ke meja kerjanya.

"sweethearth sini." arah Adyan. Aileen bangun dari duduknya dan ke arah suaminya.

Adyan terus menarik Aileen ke atas ribanya. Aileen terkejut dengan tindakan suaminya lalu ia menyelesakan kedudukannya di riba suaminya.

"sweethearth teman hubby buat kerja. nah telefon kalau nak download apa-apa download la." kata Adyan sambil memberikan telefonnya. Aileen menganggukkan kepala lalu mengambil telefon yang diberi suaminya.

Adyan merapatkan ke meja lalu ia memulakan kerjanya. Aileen pula menonton movie di telefon suaminya.

Beberapa jam kemudian Adyan melihat ke bawah untuk mengintai isterinya kerana tidak ada suara tersenyum ia apabila melihat isterinya tidur. Adyan mencium dahi isterinya lalu ia bangun serentak mendukung isterinya lalu ia membuka langkah untuk ke bilik vip yang ada dalam pejabatnya.

Adyan letakkan Aileen perlahan-lahan di katil lalu ia membuka kain yang membaluti kepala isterinya.

"sleep well sweetie." Adyan bangun dan keluar dari bilik itu untuk menyambung kerjanya semula.

tok!tok!

"masuk!" arah Adyan dingin.

"Adyan mereka dah sampai kau nak jumpa di mana? sini atau bilik meeting." ujar Rifqi.

"kita bincang di sini." balas Adyan. Rifqi menganggukkan kepala lalu Rifqi memanggil mereka masuk.

Jayden, Rifqi, Izz dan Faiz masuk ke dalam pejabat Adyan apabila Rifqi memanggil.

"Adyan lama tidak jumpa sorry tak dapat jumpa haritu aku ada kerja kena buat." kata Daniel apabila mereka masuk ke dalam pejabat Adyan.

"tak apa aku faham mari duduk." jemput Adyan. mereka mengangguk kepala lalu mengambil tempat.

"okay, aku dah check kertas kau bagi dan aku setuju untuk berkerja sama." kata Adyan. Jayden mengangguk kepalanya.

"so.. kita boleh bincang la kan tentang projek di sana." kata Jayden. Adyan balas dengan anggukan.


---••♡••---

Aileen membuka tirai matanya ia menggosok mata apabila cahaya mata masuk ke kornea matanya.

Aileen bangun dari baringan. ia melihat sekelilingnya. putih itu yang ia nampak dibawanya pula ada air jernih. tapi badannya tidak basah pelik?

tiba-tiba ada dua ekor rama-rama sayapnya berwarna blue diamond terbang di depan Aileen.

Aileen bangun dari duduknya dan ia terus mengikut rama-rama itu terbang. tiba-tiba...

rama-rama cantik itu hancur berkecai dan air putih jernih itu bertukar menjadi merah kehitaman. terkejut Aileen apabila air itu bertukar lagi mengejutkan apabila ada mayat suaminya dan kawannya timbul di permukaan air merah itu.

tangan Aileen naik menutup mulut apabila melihat badan mereka semua penuh dengan calar ada juga bekas tembakan pistol dan siatan pisau.

"apa yang jadi ni!" soal Aileen pada diri sendiri. luruh hatinya apabila melihat keadaan mereka sebegitu.

prak!
prak!
prak!

bunyi tepukan tangan itu mengejutkan Aileen. Aileen berpusing untuk melihat figura yang menepuk tangan itu.

"you!"

"miss me, dear?" ujar dia gaya physco.

"what did you do to them?" tanya Aileen dingin.

"i didn't do anything, i just did what I should have done four years ago." jawab lelaki itu bersahaja.

"what's wrong with all of them on you?" tanya Aileen.

"what's wrong with them you ask? they are wrong because they stopped me from getting you. I just want you to be mine, my request is not difficult!!" kata lelaki itu suaranya sedikit meninggi.

"but I don't want to be yours and I will never love you. this is my business why do you have to relate to those who know nothing." balas Aileen suaranya ikut meninggi.

"indeed they have nothing to do with it but they prevent me from getting what I want!!" ujar lelaki itu.

"I am not yours!!" balas Aileen.

"no no no you are mine no one can have you but me!!!" jerit lelaki itu bagai orang gila.

Aileen mengundur kebelakang apabila melihat lelaki didepannya ini seperti tidak terkawal.

"you will always be mine!" jerit lelaki itu serentak berlari ke arah Aileen.

"JANGAN!!!" jerit Aileen serentak bangun dari tidurnya. dahinya penuh keringat peluh jantungnya berdegup kencang nafasnya tidak teratur.

Aileen mengundur kebelakang kakinya naik ke dada Aileen memeluk kakinya. mimpi tadi masih terngiang-ngiang di mindanya.

air mata Aileen mulai menurun.

"sweethearth kenapa ni?" Adyan mendekati isterinya terkejut ia apabila melihat keadaan isterinya begitu.

ia masuk ke dalam bilik apabila ia mendengar suara jeritan isterinya.

Aileen terus memeluk suaminya badannya bergetar ketakutan tangannya kuat menggenggam baju suaminya.

"ya Allah sweety kenapa ni?" tanya Adyan kerisauan.

"jangan tinggalkan Aileen hubby." kata Aileen walaupun suaranya tenggelam tapi Adyan tetap dapat menangkap apa yang isterinya cakap.

"ya hubby tak akan pernah tinggalkan sweethearth. NEVER." kata Adyan. Adyan meleraikan pelukan isterinya lalu ia menyeka air mata isterinya.

"dah jangan nangis. sweethearth mimpi apa ni?" tanya Adyan. Aileen merenung wajah suaminya.

"Aileen mimpi buruk. dalam mimpi tu semua orang yang Aileen sayang mati." cerita Aileen badannya bergetar semula.

Adyan terus menarik isterinya ke dalam dakapannya.

"shusshh... hubby ada itu semua mimpi je sayang." pujuk Adyan. Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja walaupun ia tahu mimpi itu akan berlaku bila-bila masa sahaja.

setelah 15 minit Aileen menangislah Aileen meleraikan pelukan itu lalu ia menghadiahkan senyuman manis pada suaminya.

"dah habis dah nangis?" soal Adyan apabila ia melihat senyuman sang isteri.

Aileen balas dengan anggukan kepala.

"maaf sebab kacau hubby sedang bekerja." kata Aileen ia tahu suaminya masih ada kerja kerana ia mendengar suara garau dari luar.

'macam familiar sahaja suara tu tapi siapa?' soal Aileen di dalam hati.

"tak apa isteri hubby lagi penting kerja tu boleh buat nanti." kata Adyan.

"yelah. Aileen nak sambung tidur." kata Aileen.

"aik! nak tidur lagi?" pelik Adyan dengan isterinya ini. tadi nangis sekarang nak sambung tidur pelik beno isterinya ini.

"yelah. mimpi buruk Aileen akan hilang kalau Aileen dah jaga." kata Aileen.

"yakin ke? hubby risau kalau sweethearth mimpi buruk lagi." kata Adyan nada risau.

"jangan risau Aileen okay." kata Aileen untuk menyedapkan hati suaminya.

Adyan mengeluh perlahan lalu ia menganggukkan kepala tanda faham.

"hubby keluar dulu. kalau nak apa-apa panggil je okay?" kata Adyan. ia mencium ubun-ubun isterinya lalu ia keluar dari bilik itu.

Aileen menghantar suaminya dengan pandangan mata. Aileen merenung pintu itu.

Aileen mengeluh kasar ia baring ke katil lalu ia merenung syiling itu. masih terngiang-ngiang percakapannya dengan lelaki itu walaupun di mimpi tapi ia seperti nyata.

"haah.. bila lah semua ni nak habis." rungut Aileen.

___________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience