bab 41

Romance Series 12074

tok!tok!

Izz masuk ke wad Aileen dengan perlahan lalu ia mendekati isterinya yang sedang duduk di sofa.

"bila Aileen tidur?" tanya Izz.

"15 minit lepas. dia kata nak tunggu Adyan tapi akhirnya dia tertidur sendiri." cerita Dahlia. Izz menganggukkan kepala tanda faham lalu ia baring di riba sang isteri. tangan Dahlia mengusap rambut suaminya.

"Adyan ada di mana?"

"dia on the way ke sini tadi dia rehat di markas. Areeq kata Adyan berkurung dalam bilik lepas dia bunuh Claude." jawab Izz.

Dahlia balas dengan anggukan kepala sahaja.

"Adyan suruh kita balik dulu. sayang macam mana nak tunggu Adyan sampai atau balik?" tanya Izz.

"hmm... tunggu Adyan sampai la sayang takut apa-apa jadi dekat Aileen." Izz menganggukkan kepala tanda faham.

Adyan keluar dari bilik lalu ia turun ke bawah untuk menjaga isterinya di hospital. selepas ia solat sunat ia tertidur di atas sejadah.

"Ad kau nak pergi mana?" tanya Faiz apabila figura Adyan terlihat. 11 jam Adyan berkurung di bilik puas mereka menyuruh Adyan buka pintu tapi tidak berjaya.

"jaga isteri aku." jawab Adyan datar lalu terus keluar dari situ malas ia mahu berlama di situ.

Faiz hanya menganggukkan kepala tanda faham lalu ia menyambung menonton televisyen.

sampai sahaja di hospital Adyan terus ke wad isterinya. terkejut ia apabila figura Izz dan Dahlia ada di situ.

'kenapa mereka disini bukan aku dah suruh balik ke?" bisik hati Adyan.

"Izz... Izz." Adyan mengejut Izz dengan perlahan agar tidur Dahlia tidak terganggu.

Izz menggeliat kecil lalu ia melihat figura yang menganggunya tidur.

"Adyan bila kau sampai?" tanya Izz dengan suara serak.

"baru je. ni kenapa kau dan Dahlia tak balik?" tanya Adyan.

"ouh.. kita orang cadang nak teman Aileen sampai kau datang. kita orang takut apa-apa jadi dekat Aileen masa kau tak ada." terang Izz.

Adyan menganggukkan kepala tanda faham.

"thanks Izz. sorry sebab menyusahkan korang berdua untuk tengokkan Aileen." kata Adyan.

"tak apa. aku dan Dahlia dah anggap Aileen macam adik kita orang sendiri jadi kau tak perlu minta maaf." kata Izz.

"aku balik dulu Ad." pamit Izz.

Izz mendukung isterinya gaya bridal style lalu keluar dari wad itu untuk pulang.

"drive carefully." pesan Adyan. Izz hanya menganggukkan kepala sahaja.

Adyan menghantar pasangan itu dengan pandangan mata sahaja. hilang sahaja bayang pasangan itu Adyan mendekati isterinya yang diulit mimpi lalu ia tanggalkan tudung yang masih tersarung di kepala isterinya.

Adyan perbetulkan sedikit rambut Aileen lalu ia baring di sebelah sang isteri.

tangannya melingkari pinggang Aileen lalu ia mengucup lama dahi isterinya.

"good night sweethearth." kata Adyan lalu ia memejamkan mata untuk tidur.

keesokan harinya
------------------------------

Izz keluar dari bilik untuk turun sarapan tanpa sengaja ia bertembung dengan abangnya di tangga.

"jumpa aku di laman belakang ada benda aku nak bincang." arah Daniel dingin. Izz hanya menganggukkan kepala tanda faham ia tahu apa yang abangnya ingin bincangkan.

selepas sarapan Izz dan Daniel ke taman belakang untuk berbincang.

"ada apa kau jumpa aku?" tanya Izz tanpa nada.

"kau pergi mana semalam? pukul 12 malam baru balik?" tanya Daniel dingin.

"kau tau kan aku pergi mana semalam tak kan orang suruhan kau tak lapor dekat kau kot." jawab Izz datar. ingat ia tidak tahu yang abangnya upah pengintip untuk mengikuti dia.

"kenapa kau pergi melawat dia? kau tau kan dia tu pengkhianat?" tanya Daniel.

"pengkhianat tu Zoey bukan Aileen."

"YANG KAU NAK BELA DIA SANGAT KENAPA?" naik seoktaf suara Daniel.

"SEBAB DIA TAK BERSALAH DALAM HAL NI YANG BERSALAHNYA ZOEY YANG ENGKAU LEBIH PERCAYAKAN ZOEY DAH KENAPA?" balas Izz.

"DISEBABKAN ZOEY LA KITA TAHU AILEEN TU JAHAT. KAU TAK INGAT APA DIA BUAT DEKAT JULIEN DAN DARREN? DAN DISEBABKAN DIA LAH FAYYADH MATI!!"

"KAU ADA BUKTI KE AILEEN YANG BUAT? FAYYADH MATI BUKAN SEBAB AILEEN TAPI SEBAB AJAL YANG KAU TAK HABIS-HABIS NAK SALAHKAN TAKDIR KENAPA!!"

"YANG KAU SUSAH SANGAT NAK PERCAYA AKU NI KENAPA?"

"MEMANG SUSAH SEBAB KAU LEBIH TINGGI KAN EGO DARI KEBENARAN. ENGKAU LEBIH PERCAYAKAN ZOEY DARI AILEEN!!" Izz terus masuk ke dalam malas ia mahu berlama di situ nanti benda tak diingini terjadi.

Daniel meremas rambutnya serabut kepalanya memikir masalah itu.

"abang gaduh dengan Izz pasal Aileen lagi?" tegur Lauren.

Daniel melihat isterinya lalu menyuruh isterinya duduk di ribanya. Lauren ikut kehendak sang suami.

"abang tak tahu nak percayakan siapa Zoey atau Aileen." adu Daniel kepalanya direhatkan di bahu isterinya.

"ikut kata hati abang. kalau abang tak tahu mana satu betul abang cari kebenaran dari masalah itu mesti ada benda kita terlepas pandang hingga kita salah buat keputusan." tegur Lauren lembut.

Daniel hanya mendiamkan diri sahaja ia tengah menghadam apa yang isterinya katakan.

tok!tok!

"abang!!" panggil Dahlia. ia tahu suaminya ada di mini library itulah tempat untuk Izz mencari ketenangan.

bibirnya tersenyum apabila figura suaminya dijumpai. ia mendekati suaminya ia duduk di bawah dan letakkan kepalanya di riba Izz.

Izz yang perasan kehadiran isterinya itu hanya mendiamkan diri sahaja ia tidak mahu bercakap buat masa ni agar kemarahan tidak tempias pada orang lain.

"abang ada nak luah sesuatu?" tanya Dahlia.

Izz merenung lama mata isterinya sebelum ia melepaskan keluhan berat.

"abang tak tahu kenapa Daniel susah nak percayakan Aileen?" luah Izz.

"kenapa abang percayakan Aileen? macam mana kalau betul semua tu Aileen yang rancang?" tanya Dahlia.

"mustahil!! mustahil Aileen yang rancang. abang tahu Aileen sayangkan mel dari diri dia sendiri. kalau Aileen tak sayang mel tak adanya Aileen kena rawatan selama setahun di Spain." Dahlia tersenyum kecil apabila mendengar jawapan suaminya.

"abang percaya kan Aileen sebab abang nampak perjuangan Aileen untuk Melissa. abang nampak betapa seksanya Aileen menanggung kesalahan orang lain seorang diri walaupun bukan Aileen yang buat Aileen tetap terima kerana ia tak nak buruk kan keadaan tapi mereka tak nampak semua tu." ujar Dahlia.

"maksud sayang?"

"maksud sayang abang kena bagi mereka nampak yang Aileen tak bersalah dalam hal ini. abang kena jadi salah seorang yang kena perbetulkan puzzle yang salah tempat kembali pada tempat asalnya baru kesalahan fahaman ini akan selesai selagi masih salah faham antara satu sama lain makin kuat untuk dia hancurkan Aileen." kata Dahlia.

Izz terdiam apa yang isterinya kata itu betul ia perlu selesaikan puzzle yang tidak lengkap itu menjadi lengkap tanpa ada satu kesilapan pun sekali silap puzzle yang lain tidak akan jadi cantik. tapi macam mana?

___________________________________________

bersambung...

-maaf lama tak updite sebab otak tak ada idea nak menyambung cerita

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience