bab 59

Romance Series 12074

"ahhhh... akhirnya habis juga!" kata Aneeq dia merenggangkan badannya yang lenguh itu. macam mana tak lenguh kalau duduk je dari pagi.

"tulah macam mana la korang boleh tahan ye?" sambung Izz. dia tidak biasa dengan ini semua?

"mula-mula memang lenguh badan tapi lama-lama tu okay la." kata Faiz.

"esok kita hanya ada meeting pagi sahaja selebihnya korang berehat lah." kata Jayden. dia tahu kawan-kawannya ini nak berehat dari kerja terutama yang telah berumahtangga pasti rindu isteri dan anak tak terkecuali dirinya.

"yeay!! cuti." riang Aneeq mendengar itu walaupun setengah hari tetap bersyukur dia tak perlu hadap kertas kerja 24 jam dah!!

yang lain hanya menggelengkan kepala sahaja dengan perangai Aneeq itu.

"ouh... Jayden aku nak tanya sesuatu boleh tak?" tanya Felix. lama dah dia nak bertanya tapi tak sempat kerana kerja.

"apa?" jawab Jayden ringkas.

"mana perempuan yang selalu ada dengan isteri kau?" tanya Felix.

"Zoey?" sengaja Jayden menyebut nama itu.

"bukan! dia perempuan yang pendiam tu sentiasa bersama isteri kau je." kata Felix. dia betul-betul lupa nama perempuan itu.

"kak Medyna." teka Areeq.

"haa... Medyna mana dia kenapa aku tak nampak dia di villa kau?" tanya Felix.

Jayden dan Daniel terkedu mendengar soalan itu mereka tidak tahu nak jawab macam mana?

Izz pula menahan dari ketawa. apa tak nampaknya yang kau jumpa setiap kali datang rumah Adyan tu siapa? hantu?

Adyan, Rifqi, Faiz, Areeq, Aneeq dan Felix menunggu jawapan dari Jayden.

"dia tak balik sini sebab ada urusan." jawab Daniel.

"lagi pun dia dah kahwin kalau nak balik sini kena la minta izin suami." sambung Izz. Daniel melihat adiknya entah kenapa adiknya cakap penuh makna tapi apa?

"ouh.. alaa.. baru nak pikat hati dia." rungut Felix tak puas hati. Adyan yang ada disebelah Felix mengetap bibir. entah kenapa dia rasa cemburu padahal Medyna itu bukan isterinya?

"tak payah la kalau kau pikat bukan hati dia yang kau dapat tapi maut." kata Izz irisnya melihat Adyan yang tiba-tiba senyap itu. mesti cemburu?

"tak apalah aku cari perempuan lain." kata Felix takut.

mereka semua meletuskan tawa. tau pula takut nak curi isteri orang.

Adyan masih berdiam diri entah kenapa dia tidak merasa kelakar dengan jenaka kawan-kawannya itu.

---••♡••---

"Aileen nak ais krim tak?" tanya Dahlia.

"nak," jawab Aileen. Dahlia menganggukkan kepala dan membuka langkah untuk ke kedai ais krim berdekatan.

sekarang mereka bertiga tengah berjalan-jalan di dalam mall selepas berurusan dengan Zoey puas hati mereka apabila Zoey pergi dengan penuh kesal.

flashback
---------------

"Zoey awak buat apa disini? bukan patutnya awak ada di England nak kata cuti tak mungkin." soal Lauren senyuman yang terukir dibibirnya agak menyeramkan pada Zoey.

"sa-- saya ada lawatan di sini. saya datang sini pun sebab jumpa Aileen saja nak tanya khabar Aileen." balas Zoey takut-takut. Lauren ni bukan boleh buat main sekali dia marah dia lebih seram dari suaminya.

"ouh.. seingat akak kamu dan Aileen tak pernah rapat sampai nak bertanya khabar." sinis Lauren berkata. tempat kosong sebelah Aileen diambil.

"yeke? saya rasa saya rapat je akak je tak perasan kan Aileen!?" kata Zoey. Aileen menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

Zoey mengetap bibirnya geram apabila Aileen tidak membelanya perempuan ni betul-betul cari pasal dengannya!!

"korang borak apa mana tau akak tahu." tanya Lauren. kepalanya ditongkat oleh tangan. sikunya diletakkan di atas meja. Aileen tersenyum kecil nampaknya kakak angkatnya mahu bermain. seronok!

"orang talam dua muka." jawab Aileen. Lauren menganggukkan kepala tanda faham.

"ouh... patutlah serius semacam je?" kata Lauren.

"orang talam dua muka ni tak elok sebenarnya jadi kawan sebab dia akan hancurkan hubungan yang telah lama bersatu, betul tak Lia, Aileen?" sinis Lauren berkata.

"betul sampai tunang kawan baik sendiri pun dia boleh bunuh kan?" sambung Aileen.

"itulah kawan jenis apa la tu lepas tu tuduh orang lain yang bunuh orang kesian orang tu jadi kambing hitam tak bersalah." sokong Lauren.

Zoey mengepal penumbuk di bawah dia tahu mereka berdua ini tuju pada siapa.

siapa lagi kalau bukan dirinya!

prak!!!

Aileen, Lauren dan Dahlia melihat ke arah Zoey yang tiba-tiba menghentak meja itu.

"kenapa Zoey?" tanya Aileen dengan muka polosnya.

"tak ada apa, nanti saya ada kelas saya minta izin dulu ye." pamit Zoey. Lauren dan Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja.

Zoey membuka langkah besar dia tidak puas hati niatnya untuk bagi Aileen merana tapi lain jadinya.

end flashback
---------------------

"nah Aileen." Dahlia menghulurkan kon ais krim perisa vanilla pada adik angkatnya.

"thanks akak." ucap Aileen.

"Lauren tak datang lagi ke?" tanya Dahlia. sewaktu mereka ingin datang ke sini Lauren minta diri untuk ke tandas untuk buang hajat tapi sampai sekarang tidak datang. pada hal tandas dengan kedai ais krim tak la jauh mana. hanya mengambil masa dua minit sahaja.

"panjang umur tu kak Lauren." kata Aileen jarinya menunjukkan ke arah Lauren yang sedang berlari kecil ke arah mereka.

"maaf lambat sakit perut tadi." kata Lauren.

"tak apa nah ais krim untuk awak." kata Dahlia sambil memberikan ais krim cup berperisa strawberi.

"thanks lia." Dahlia hanya balas dengan anggukan kepala sahaja. tempat kosong belah kiri Aileen diduduk Lauren.

"Aileen dengan Adyan macam mana okay?" tanya Dahlia.

"okay je cuma jarang jumpa sebab Adyan kerap balik lambat." jawab Aileen. sejak datang ke sini masanya bersama suaminya sangat kurang. balik satu atau dua pagi kalau pagi pula kadang-kadang dapat juga berborak sikit kadang-kadang tidak Adyan keluar rumah awal dari biasanya.

"sabar ye Aileen." pujuk Dahlia. Aileen hanya balas dengan senyuman kecil sahaja.

"misi Aileen macam mana?" tanya Lauren. dia tahu tentang Aileen ingin menghancurkan lelaki itu.

"hampir selesai beberapa hari sebelum Aileen pulang ke Malaysia Aileen akan hancurkan semua itu serentak." jawab Aileen. Lauren dan Dahlia menganggukkan kepala tanda faham.

"hati-hati ye Aileen." pesan Dahlia.

"baik." balas Aileen lembut. dia harap sangat benda ini akan selesai semuanya.

"arghhh!!!! kau tak guna Aileen Medyna!!!" beg tangannya dilempar kasar di atas katil. geram dia apabila rancangannya untuk bagi Aileen merana gagal!!

"wow what has happened?" tegur suara itu. badannya disandarkan di pintu bilik Zoey.

tajam iris Zoey melihat jejaka itu. kenapa dia mesti muncul waktu begini?

"when you want to destroy Aileen?" tanya Zoey dengan keadaan marah.

"calm down, let's let him be happy before we make her suffer." balas lelaki itu menyeringai.

"when?" tanya Zoey.

"you just have to wait and see. I have all kinds of plans, you just have to wait." kata lelaki itu. bahu Zoey di pegang. iris wanita itu direnung.

"don't think too much about this. well you treat me from thinking about that useless girl." lelaki itu terus mengucup bibir gadis itu. ciuman lembut itu bertukar penuh ghairah.


---••♡••---

Adyan masuk ke dalam kondo tidak lupa juga memberi salam.

tali lehernya dilonggarkan kemudian tiga butang di atas di buka. dia terus merebahkan dirinya di katil. lelah ketika di pejabat masih tidak hilang.

"eh!! bila hubby balik? kenapa tak bagi tau yang balik awal harini?" tanya Aileen. terkejut dia apabila keluar dari tandas ada tubuh suaminya di katil.

Adyan melihat kearah isterinya itu. dia memanggil isterinya menggunakan isyarat tangan. Aileen mendekati suaminya.

apabila Aileen telah berada di tepi Adyan. Adyan terus memeluk tubuh isterinya itu mukanya disebamkan di perut isterinya.

tangan Aileen naik mengelus rambut perang suaminya dia tahu suaminya mesti penat berkerja. dia rindu sisi suaminya yang manja ni.

comel!!

"sweethearth." panggil Adyan. walaupun suaranya perlahan Aileen tetap dapat mendengar.

"ye?" sahut Aileen lembut.

"i miss you."

"i miss you too hubby." Aileen menundukkan badannya tepi kepala suaminya di cium.

"hubby pergilah mandi lepastu baru boleh tidur." arah Aileen lembut. tangannya masih mengelus rambut suaminya.

"lima minit lagi." pinta Adyan. Aileen menganggukkan kepala tanda setuju dengan suaminya.

"sweethearth.." panggil Adyan meleret. Aileen hanya balas dengan gumam sahaja.

Adyan bangun dari baringannya. dia duduk berhadapan isterinya lalu iris isterinya direnung penuh cinta.

"why? hm?" tanya Aileen lagi.

"I want a small Rayden?" tanya Adyan lembut. lama dah dia nak benda ni tapi takut isterinya belum bersedia lagi.

Aileen diam seketika untuk berfikir. bukan dia tidak mahu tapi...

lelaki itu masih ada di luar macam mana kalau dia mengandung kemudian lelaki itu gugurkan semula kandungannya.

"bukan Aileen tak mau hubby tapi.. hubby kan sibuk dengan kerja buat masa ni? kalau Aileen mengandung macam susahkan hubby pula." balas Aileen lembut.

"haih.. tapi sampai bila?" tanya Adyan. kepalanya menunduk tidak mahu memandang wajah isterinya.

"sampai hubby selesai kerja di sini okay? sampai Malaysia hubby tuntut hak hubby okay?" pujuk Aileen. Adyan memandang wajahnya tidak percaya.

"betul ke sweethearth?" tanya Adyan ingin kepastian. Aileen menganggukkan kepala.

"promise?" Adyan menunjukkan jari kelingkingnya pada isterinya. Aileen menyantumkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking suaminya.

"promise." Adyan mengulum senyuman manis.

"okay, hubby akan ingat janji sweety yang ini." kata Adyan. dia mencium sekilas bibir isterinya sebelum dia bangun dan masuk ke tandas untuk membersihkan diri.

Aileen hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. suaminya ini macam-macam perangai tak dijangka.

senyuman Aileen mati apabila mengiggat tentang lelaki itu. harap dia dapat selesaikan semua ini sebelum pulang ke Malaysia. dia tidak mahu Melissa menderita kerana ingin selamatkan dirinya lagi.

___________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience