selepas sahaja Aileen membersihkan diri ia keluar dari bilik air dengan senyuman yang tidak lekang hilang. 'tidak sabar nak memberitahu berita gembira pada semua.' teruja Aileen di dalam hati.
"sweethearth kenapa senyum je dari tadi?" tanya Adyan. peliknya apabila isterinya keluar dari bilik air wajah ceria lain macam?
"tak ada apa kenapa salah ke Aileen senyum?" tanya Aileen polos.
"tak bukan tak boleh cuma hubby pelik honey ada sorok apa-apa dari hubby ke?" kata Adyan.
"adalah mana boleh bagitau hubby nanti tak jadi kejutan lepas makan malam Aileen bagitau hubby dan yang lain okay." kata Aileen lalu ia keluar dari bilik untuk membantu puan Marina menyediakan malam.
Adyan hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dengan perangai sang isteri. nasib sayang...
selepas makan malam semua orang berkumpul di ruang tamu termasuk juga pembantu rumah. Aileen mahu menyampaikan berita ini pada semua yang ada di villa Tengku Athif kecuali anak buah Adyan mereka tetap perlu menjaga villa ini.
"ada apa Aileen kumpul kami ni?" tanya Tengku Athif pelik dengan perangai menantunya yang satu ini.
"ha'ah akak kenapa?" sambung Aneeq pula dia pun pelik dengan perangai kakak iparnya.
"semua Aileen ada happy news untuk semua." kata Aileen gembira. semua orang memandang sesama sendiri apa berita gembira itu.
"apa happy news tu Aileen?" tanya puan Marina tidak sabar.
"Aileen.... sebenarnya.." Aileen sengaja menggantung ayatnya supaya keluarga suaminya suspen.
"sebenarnya apa sweethearth? tolong jangan buat kami suspen ." kata Adyan.
"okay...okay.. sebenarnya Aileen pregnant." kata Aileen sambil memejamkan matanya. semua yang ada di ruang tamu itu diam mereka cuba menghadam apa yang Aileen sampaikan pada mereka.
"apa..apa Aileen ulang semula." pinta puan Marina.
"Aileen pregnant mummy." Aileen ulang semula. puan Marina menitiskan air mata gembira apabila ia mendengar berita itu.
"betul ke sweethearth!! bila sweethearth check dah berapa minggu?" soal Adyan sambil mendekati sang isteri.
"tadi Aileen check waktu Aileen nak mandi. tak pasti berapa minggu Aileen cadang nak check dengan hubby esok." kata Aileen. Adyan terdiam seribu bahasa apabila mendengar perkataan Aileen Adyan sedaya upaya menahan air matanya dari turun.
"kenapa hubby tak cakap apa-apa? hubby tak gembira ke dengar berita ni?" tanya Aileen ia berjauh hati apabila ia tidak mendengar balasan dari sang suami. Adyan tidak gembira ke dia mengandungkan anak Adyan?
"thanks sayang terima kasih sangat-sangat sebab sudi mengandungkan anak hubby." kata Adyan lalu ia mencium dahi Aileen lama tanda gembira dengan berita itu.
"sama-sama.. anak ni adalah tanda cinta Aileen pada hubby." kata Aileen lalu ia memeluk Adyan seeratnya.
"tahniah Aileen mummy gembira sangat." kata puan Marina lalu ia memeluk menantunya itu.
"terima kasih mummy." balas Aileen sambil membalas pelukan ibu mertuanya.
"lepas ni kita akan dengar lah suara baby menangis kan Rin?" kata Tengku Athif.
"betul tu tak sabarnya mummy nak sambut cucu." kata puan Marina teruja.
"wah! tahniah akak tak sangka Areeq dan Aneeq akan jadi uncle." ujar Areeq teruja. pada malam itu Aileen mendapat ucapan tahniah dari pembantu rumah dan juga keluarga suaminya. mereka semua tersenyum manis apabila tidak lama lagi akan ada keluarga baru yang akan lahir. harap kegembiraan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
---••♡••---
"tuan kami dapat laporan yang menantu Tengku Athif Elbert mengandung." lapor sam pada bosnya.
"wah! nampak nye keturunan Rayden akan ada di bumi ini. kau tunggu Adyan aku akan hancurkan satu persatu kebahagiaan engkau hahaha..." Claude gelak seperti orang gila sambil membakar gambar Adyan di lilin di atas mejanya.
"why are you laughing?" tanya lelaki misteri itu.
"I can imagine how my enemy suffered when I killed the child in his wife's womb." kata Claude sambil kearah figura lelaki misteri itu. kulitnya berwarna putih kekuningan, iris matanya berwarna kelabu hidungnya mancung dan keningnya tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. siapa lelaki misteri ini?
"good job don't get caught once you get caught I won't come to help.remember that." lelaki misteri itu memberi amaran awal pada Claude. Claude menganggukkan kepala tanda faham.lelaki misteri itu telah memberi amaran itu sejak lelaki itu menyelamatkan Claude dari black shadow lagi.
---••♡••---
"papa... Darren dan mama dah pulang!!" laung Darren apabila masuk ke dalam rumah mewah itu.
"hey.. anak papa seronok pergi jalan-jalan dengan mama?" tanya Daniel apabila Darren ada di dukungannya. Lauren menyalam tangan Daniel lalu ia berlalu pergi ke dapur untuk menyimpan barang basah.
"seronok!! Darren ada beli hadiah untuk Ariq dan Dhiya!! mana Dhiya dan Ariq papa?" tanya Darren sambil melihat sekeliling untuk mencari sepupunya itu. Daniel bermalam di rumah adiknya Izz Ameer Dylan. Daniel tidak ada rumah di Malaysia kerana ia jarang pulang ke Malaysia dia akan pulang apabila ada majlis tertentu sahaja. Daniel berkerja di syarikat ayah mertuanya di England.
"Ariq dan Dhiya dah tidur esok lah Darren bagi dekat mereka." kata Daniel lembut. Darren hanya balas dengan anggukan kepala sahaja.
"papa!! tadi dekat mall Darren ada jumpa kakak cantik." cerita Darren gembira. Lauren yang sedang membuat air untuk Daniel terkaku seketika apabila terdengar perbualan anak dan ayah itu. 'harap Darren tidak sebut nama Aileen pada Daniel' doa Lauren di dalam hati.
"iye.. macam mana Darren boleh jumpa akak cantik? kalau akak cantik tu jahat macam mana?" tanya Daniel.
"tak akak cantik tu tak jahat la papa.. akak cantik tu tolong Darren bawa jumpa mama semula." kata Darren. dia tidak suka apabila papanya kata akak cantik itu jahat!!
"kenapa akak cantik itu tolong Darren bawa jumpa mama? Darren tidak dengar cakap mama lagi ke?" soal Daniel tegas.
"colly papa... waktu mama nak beli buku Darren lari pergi ke pak cik yang jual belon waktu Darren lari Darren terlanggar akak cantik tu." cerita Darren dengan suara sedih. dia takut apabila papanya telah membuat suara tegas.
"haaah... Darren dah minta maaf dah dekat akak tu." tanya Daniel. ia tidak boleh memarahi anaknya ini.
"dah! mula-mula akak tu yang minta maaf sebab terlanggar Darren tapi akhirnya Darren yang mengaku salah sebab Darren lari di mall. akak tu tegur Darren jangan lari di mall nanti ada penjahat yang culik Darren." cerita si kecil itu pada papanya.
"pandai anak papa." puji Daniel lalu ia mengelus lembut kepala anaknya itu. Lauren tersenyum kecil apabila mendengar perbualan anak dan ayah itu dan pada masa yang sama juga ia bersyukur Darren tidak menyebut nama Aileen kalau tidak pasti Daniel akan mengontrol pergerakan Darren.
---••♡••---
"tahniah Tengku isteri Tengku telah mengandung 5 minggu. alhamdulillah anak Tengku dan puan sihat." ujar dokter Qaira iaitu dokter peribadi keluarga Tengku Elbert.
Adyan dan Aileen tersenyum gembira apabila mendengar ucapan dokter itu.
"puan nanti jangan lupa makan vitamin yang saya bagi ye." peringat dokter Qaira. Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja lalu ia keluar dari bilik periksa.
"sweethearth ada mengidam apa-apa tidak?" tanya Adyan. selepas mereka keluar dari klinik.
"hmm.... Aileen rasa nak makan abcd hubby." kata Aileen.
"abcd je? yang lain tak ada?"tanya Adyan lagi ingin kepastian.
"hmm... iye ni saja kalau Aileen mengidam lagi Aileen bagi tau hubby okay." kata Aileen. Adyan menganggukkan kepala tanda faham lalu ia menggerakkan kereta untuk menunaikan mengidam sang isteri.
selepas Aileen makan abcd Aileen meminta Adyan untuk mengambil evee di rumah Adyan. mereka akan tinggal di rumah puan Marina selagi Adyan tidak dapat menangkap Claude.
"eeee... comelnya kamu tidur evee..." kata Aileen sambil membelai musang merah yang tidur di atas ribanya. Adyan hanya mampu menggelengkan kepala sahaja apabila Aileen berjumpa dengan evee pasti dirinya akan dipalau oleh sang isteri, dia yang penat-penat akad nikah akhirnya tumpuan itu hilang apabila evee muncul haih...
sewaktu dalam perjalanan pulang ke villa Tengku Athif telefon Adyan berbunyi minta diangkat. Adyan terus mengangkat panggilan itu apabila tertera nama adiknya Areeq.
"assalamualaikum, abang kau kata mana? kak Aileen ada dengan kau kan?" soal Areeq bertalu-talu pada Adyan. berkerut dahi Adyan apabila mendengar persoalan adiknya itu.
"walaikumusalam, aku on the way balik kenapa? ada je kau kenapa tanya?" soal Adyan pula selepas ia menjawab setiap soalan adiknya.
"tak ada apa. kau balik dulu nanti kita bincang lain. jumpa di bilik kerja daddy." kata Areeq lalu ia meletakkan panggilan.
"kenapa hubby? siapa call?" tanya Aileen apabila muka sang suami menjadi beku.
"Areeq call dia kata daddy nak jumpa nak bincang tentang projek yang baru masuk 2 hari lepas." tipu Adyan dia tidak boleh Aileen tahu tentang rancangan jahat Claude.Aileen menganggukkan kepala tanda faham.
selepas Adyan menghantar Aileen di bilik ia terus ke bilik kerja Tengku Athif.
"balik dah ad mana Aileen?" soal Tengku Athif sambil melihat fail kerja.
"dalam perjalanan balik Aileen tidur ad baru lepas hantar dia di bilik" jawab Adyan lalu ia mengambil tempat disebelah Areeq sempat juga ia mencuri keropok Aneeq.
Tengku Athif menganggukkan kepala tanda faham lalu ia mendekati 3 putranya ia meletakkan kotak di meja yang menjadi pemisah dia dan 3 putranya itu.
"apa ni daddy?" tanya Adyan sambil melihat kotak itu.
"kamu lihat sendiri."arah Tengku Athif. Adyan mengikuti arahan sang ayah Areeq dan Aneeq melihat dari tepi mereka juga ingin tahu apa yang ada dalam kotak itu?
buka sahaja kotak itu mereka bertiga terkelu apabila melihat isi kotak itu penuh dengan darah dan ada bangkai burung helang didalamnya.
"bang ada surat!" kata Aneeq sambil memberi surat itu pada Adyan. Adyan mengambil surat itu lalu ia membaca setiap inci perkataan di surat itu.
"sh*t!!" maki Adyan sambil menumbuk sofa yang ia duduk. Areeq terus merampas surat itu lalu ia membaca surat itu. terkejut Areeq dan Aneeq apabila membaca surat itu.
'hello Adyan miss me? tahniah kerana bakal menjadi ayah. kau tunggu hadiah dari aku ye and... jaga isteri kau baik-baik sebelum aku ambil.'
-RD-
"TAK GUNA DASAR PENGECUT!!! JANGAN LIBATKAN KAKAK IPAR AKU SI*L." Aneeq mengamuk lalu ia tolak kotak itu hingga jatuh ke bawah. Areeq pula memujuk kembarnya untuk menahan kemarahan Aneeq.
"daddy tahu pasal ni?" tanya Adyan selepas ia telah bertenang sedikit. Tengku Athif menganggukkan kepala sedikit sebagai jawapan. ia telah membaca surat itu sebelum 3 putranya lagi.
Adyan mengeluh kasar. ia betul-betul risaukan keselamatan sang isteri lagi-lagi Aileen mengandung ia bimbang kalau Claude akan mengapa apakan kandungan sang isteri. ia telah menyuruh anak buahnya mencari kelibat Claude tapi tidak jumpa.
___________________________________________
bersambung...
#selamat berpuasa semua
Share this novel