"akak ni sesuai tak dengan ryna?" tanya Adryna sambil memusingkan badannya yang berpakaian dress green mint.
"cantik!! sesuai dengan ryna." puji Aileen.
"akak dah pilih ke?" tanya Adryna lagi.
"dah akak pilih dress warna blue diamond." jawab Aileen. Adryna menganggukkan kepala tanda faham lalu mereka berdua ke kaunter bayaran untuk membayar pakaian tersebut.
Adyan membenarkan mereka berdua keluar shopping selepas Aileen memujuk suaminya itu dengan cara tersendiri tapi ada syaratnya iaitu mereka akan diikuti 8 anak buah Tengku Athif untuk berjaga-jaga kalau musuh suaminya itu bertindak.
Aileen mengikutkan tidak mahu tapi kalau ia tidak mengikut syarat Tengku Athif maka ia tidak dibenarkan keluar bersama Adryna. yang lebih Aileen tidak berani menolak apabila Tengku Athif bersuara pula.
flashback
-----------------
"alaaa... Aileen dah sihat la hubby!! lagi pun Aileen bukan keluar sorang ryna ikut sekali boleh lah hubby." pujuk Aileen lagi ia tak akan berputus asa selagi suaminya tidak izinkan ia keluar.
"tak boleh sweethearth." Adyan cuba sedaya-upaya untuk tidak meninggikan suaranya pada Aileen. sekarang isterinya keras kepala.
"hemph... awak tidur luar malam ni jangan harap dapat peluk dan sentuh Aileen selama seminggu!!" kata Aileen. ia turun dari riba Adyan lalu ia keluar dari bilik.
Adyan terpegun apabila Aileen mengugutnya dan paling dia tidak sangka isterinya sekarang pandai melawan cakapnya. telah hilang panggilan 'hubby' dari mulut sang isteri.
Adyan terus mengejar langkah sang isteri apabila dia sadar yang sang isteri telah lama meninggalkannya seorang diri di bilik.
turun sahaja di bawah Adyan mendapat hadiah pandangan maut dari sang ibu dan juga sang ayah. haa.. sudah Aileen telah mengadu pada Tengku Athif dan juga puan Marina habislah dia!!!
"apa yang kamu telah buat pada menantu mummy Adyan Rayden?" tanya puan Marina walaupun lembut sahaja suara sang ibu Adyan dapat rasakan aura membunuh mummynya itu.
Adyan menelan perit air liurnya apabila ditanya oleh puan Marina Adyan melihat kearah Aileen yang sedang ada di sebelah mummynya itu. Aileen senyum suka apabila mummy membelanya dari Adyan.. hehe.. jahatnya Aileen Medyna!
" Adyan answer your mummy's question." arah Tengku Athif.
"Adyan tak buat apa pun mummy. ad tak bagi Aileen nak keluar shopping dengan ryna itu je." adu Adyan tidak mahu kalah dengan sang isteri.
"betul ke Aileen ryna?" puan Marina menyoal pula 2 wanita itu..
"alaaa.. mummy ryna keluar dengan kak Aileen bukan ryna keluar seorang boleh lah daddy, mummy, abang ad" merayu Adryna begitu juga dengan Aileen.
"haaah... boleh tapi dengan syarat kamu berdua kena dijaga oleh anak buah daddy boleh?" akhirnya Tengku Athif mengalah juga dengan rayuan puteri bongsunya dan juga menantunya itu.
"yeay!!" gembira Aileen dan Adryna apabila dapat izin dari Tengku Athif. jatuh rahang Adyan apabila Tengku Athif membenarkan dua wanita itu keluar!!
"tapi daddy..."
"I know, but don't worry, I know what I did, don't control your wife, she will rebel later." tegur Tengku Athif pada putra sulungnya itu. Adyan hanya mampu mengeluh sahaja apabila daddynya telah bersuara maka ia kena setuju dan betul apa yang daddynya kata ia tidak boleh control hidup Aileen kalau tidak Aileen akan memberontak.
"haa.. baiklah hubby benarkan sweethearth pergi." akhirnya Adyan membenarkan isterinya keluar walaupun hatinya berasa berat hati untuk setuju tentang hal ini tapi ia biarkan sahaja kerana dia percayakan keputusan daddynya itu.
"yeay!! terima kasih hubby sayang hubby." kata Aileen lalu ia memeluk tubuh sasa suaminya itu. Adyan membalas pelukan sang isteri.
"me too.." balas Adyan ringkas.
"dah jangan nak buat drama di depan ni. Aileen kamu pergi naik atas bersiap kata nak keluar dengan ryna." arah puan Marina. Aileen melepaskan pelukan Adyan lalu ia naik ke atas malu apabila ia ditegur begitu.
Tengku Athif, puan Marina dan Adyan tergelak kecil apabila melihat karenah Aileen yang malu itu comell..
end flashback
------------------------
selepas mereka membeli pakaian Aileen minta izin ke tandas kerana ia mahu membuang hajat sementara Adryna menunggu di kedai buku yang dijaga oleh 4 orang anak buah Tengku Athif dan lagi 4 orang mengikuti Aileen mereka hanya menunggu di depan pintu tandas.
keluar sahaja dari tandas ada seorang budak lelaki terlanggar Aileen. budak lelaki itu terjatuh ke lantai kerana tidak dapat mengimbangkan badannya.
"ya Allah!!! adik!! adik tak apa-apa? akak minta maaf sebab terlanggar adik." Aileen membongkokkan badannya lalu ia menolong kanak-kanak itu berdiri.
"Darren tak apa-apa. patutnya Darren yang kena minta maaf sebab terlanggar akak. minta maaf akak sebab Darren terlanggar akak." ujar Darren sopan. Aileen tersenyum kecil. pandai si kecil ini minta maaf pandai mak dan ayahnya didik.
"akak maafkan lain kali Darren jangan lari dekat mall tau bahaya nanti ada orang culik Darren macam mana?" Aileen menegur Darren dengan lembut ia tidak mahu kanak-kanak itu menangis.
"baik akak, Darren akan ingat pesanan akak." balas Darren ceria. Aileen tersenyum kecil lalu tangannya naik mengelus rambut blonde Darren.
"Darren datang dengan siapa? mana ibu bapa Darren?" soal Aileen pada budak kecil itu.
"Darren datang dengan mama. mama ada di kedai buku sana." jawab Darren sambil tangan kecil menunjukkan ke arah kedai buku yang tidak jauh dari situ. Aileen menganggukkan kepala tanda faham.
"jom akak hantar Darren jumpa dengan mama. alang-alang akak satu haluan dengan Darren." ujar Aileen lembut. Darren menganggukkan kepala tanda setuju. lalu ia memegang tangan Aileen. mereka berdua berjalan bersama-sama hingga ke kedai buku itu.
"mama!!" jerit Darren apabila ia melihat figura sang ibu.
"Darren!! ya Allah!! kamu pergi mana? kenapa kamu pergi jauh dari pandangan mama?" marah sang ibu pada anaknya.
"maaf mama Darren tak berniat nak risaukan mama." kata Darren sambil menunjukkan gigi yang tersusun elok pada sang ibu.
"haih... yelah ni mama maafkan tapi janji yang kamu tak akan buat lagi okay? siapa yang hantar kamu ni?" tanya sang ibu.
"promise mama. yang hantar Darren kakak ni." jawab Darren sambil menunjukkan Aileen yang ada di belakangnya. bulat mata sang ibu apabila melihat figura Aileen.
"Aileen!!"
"kak Lauren!!" Aileen dan Lauren jerit serentak terkejut mereka apabila bersua muka selepas 4 tahun tidak tidak bertemu.
"apa akak buat di Malaysia?" tanya Aileen.
"Daniel ada kerja di sini." jawab Lauren. Aileen menganggukkan kepala tanda faham.
"mama dengan kakak kenal ke?" tanya Darren tertanya-tanya si kecil sejak bila mama dan kakak ini berkenalan.
"aaa... ye Darren mama Darren ni pernah selamatkan nyawa kakak dulu." jawab Aileen. ia tidak boleh Darren memberitahu Daniel tentang pertemuannya dengan si kecil. Darren menganggukkan kepala tanda faham.
"Aileen free tak sekarang ni? kalau free akak nak bincang sesuatu dengan Aileen." kata Lauren.
"boleh. akak nak bincang di mana?" balas Aileen. tadi Adryna ada memberitahunya yang Adryna keluar dengan kawan kolejnya.
"kita bincang di taman sana akak tak nak Darren dengar." kata Lauren. Aileen menganggukkan kepala lalu ia mengikut jejak Lauren.
"Aileen macam mana sihat?" soal Lauren selepas 5 minit mereka berdiam diri.
"alhamdulillah sihat.." jawab Aileen sambil melihat kanak-kanak bermain di taman permainan.
"Aileen mimpi buruk lagi ke?"
"mimpi la juga cuma tidak kerap seperti sebelum ini. sejak Aileen berkahwin mimpi tu berkurang." jawab Aileen sayu. Lauren menganggukkan kepala tanda faham.
"ni la Darren yang Dhiya cerita haritu. comel.. dia banyak ikut gen akak dari Daniel." kata Aileen selepas lama berdiam diri.
"iye... tapi kekacakan Darren ikut Daniel sama juga dengan sifat Darren ikut Daniel bijak bercakap dan mengambil hati orang." kata Lauren.
"Aileen macam mana gembira? akak tengok Aileen makin tembam je? mengandung ke?" tanya Lauren sambil melihat wajah Aileen. ia telah menganggap Aileen sebagai adiknya walaupun dulu ia pernah menganggap Aileen ini perampas.
"akak ni merepek la mana ada Aileen mengandung." nafi Aileen dengan perkataan Lauren.
"macam mana Aileen tahu Aileen tidak mengandung? Aileen dah check ke?" Aileen terkedu apabila Lauren kata begitu. betul kata Lauren dia tidak pernah jumpa dokter untuk memeriksa kesihatannya.
"akak yakin ke Aileen mengandung? Aileen tak nak hampakan family Aileen." kata Aileen perlahan. Lauren memegang kekura Aileen.
"akak faham tapi apa kata Aileen periksa mana tahu ada rezeki? kalau Aileen tak mahu hampakan family Aileen. Aileen periksa guna pregnancy test baru Aileen tahu jawapannya." cadang Lauren lembut.
Aileen menganggukkan kepala tanda faham dengan perkataan Lauren. "baik akak balik nanti Aileen check." kata Aileen. Lauren hanya menganggukkan kepala sahaja.
"nanti dah ada jawapan bagi tahu akak. boleh akak jadi dokter untuk Aileen kan?." kata Lauren. lalu mereka berdua ketawa kecil tidak tahu apa yang kelakar tapi yang pasti Aileen rindu untuk gembira bersama seperti ini.
___________________________________________
bersambung...
Share this novel