"selamat pagi sayang, kamu nak makan apa-apa tak?" tanya puan Amira sambil mendekati Aileen.
Aileen hanya balas dengan gelengan kepala sahaja lalu ia memusingkan kepalanya ke kanan dan kiri untuk mencari seseorang. puan Amira yang perasan tingkah putrinya hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja sayang sangat dekat suami hingga tak nak berpisah.
"ibu suruh Adyan balik bersihkan diri nanti dia datang. sebelum tunggu Adyan sampai ibu teman kamu dulu." kata puan Amira sambil membuka bekas makanan yang ia bawa dari rumah. Aileen hanya balas dengan anggukan sahaja.
"nah makan ni. kamu nak makan sendiri atau ibu suapkan?" tanya puan Amira.
"ibu suapkan la... Aileen tak ada tangan." jawab Aileen sambil ia menggerakkan kedua tangannya yang didalam baju hospital itu. puan Amira hanya menggelengkan kepala sahaja melihat karena anaknya tidak matang walaupun dah berkahwin.
"mengada... nanti Allah tarik sungguh baru tahu." usik puan Amira. Aileeb memuncungkan mulutnya apabila ibunya berkata begitu.
"ibu ni.. doa bukan-bukan dekat Aileen." kata Aileen dengan nada merajuk.
"ibu tak doa tapi cara kamu itu macam nak saja." balas puan Amira lalu ia menyuapkan bubur di mulut putrinya Aileen membuka mulut apabila puan Amira mahu menyuapnya.
selepas sahaja makan Aileen mengscroll instagram sementara menunggu puan Amira membeli makanan di kantin hospital.
tok!tok!tok!
apabila Aileen mendengar ketukan pintu ia memakai tudung sarung yang ada disebelahnya lalu ia menyuruh gerangan yang mengetuk pintu itu masuk.
masuk sahaja figura itu Aileen tersenyum gembira lalu ia turun dari katil hospital dan berlari ke arah figura perempuan itu.
"akak Dahlia.... rindu akak." kata Aileen sambil memeluk badan kakak angkatnya itu.
"ya Allah Aileen!!! kenapa kamu berlari nanti jatuh macam mana." marah Dahlia apabila melihat tingkah Aileen ini langsung tidak fikir keselamatan diri sendiri.
"hehe... maaf kak. Aileen gembira sangat bila boleh jumpa akak." kata Aileen tanpa sikit pun rasa bersalah. Dahlia hanya mampu menggelengkan kepala sahaja tak guna ia bercakap lebih-lebih kalau pada akhirnya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
Izz geram apabila mendengar balasan selamba Aileen lalu ia mengambil telefonnya di poket seluar terus ia mengetuk kepala Aileen dengan telefonnya itu.
"ouch... kau kenapa Izz ketuk kepala aku?"tanya Aileen tidak berpuas hati nasib kepalanya tidak benjol kalau benjol siap Izz dia pisahkan badan dan kepala!
"kau tu baru lepas keguguran nanti berdarah balik macam mana? kau ingat dokter-dokter ni tak ada kerja lain ke." marah Izz apabila Aileen lebih ikutkan perasaan gembira dari rasa sakit.
"cis!! yang masuk bilik tu nanti aku bukan kau." balas Aileen langsung tidak ada rasa takut melawan Izz. buat apa nak takut Izz marah dia mengadu dekat akak Dahlia.
"lepas tu kau seronok tengok muka suami kau gelisah. semalam waktu kau dalam bilik bedah dia asyik salahkan diri dia sendiri sebab tak dapat selamatkan kau dari tembakan Claude lepastu ia dengar pula kau gugur, penat semalam Tengku Athif memujuk suami kau tau tak!!!" marah Izz. bukan ia tak bagi Aileen bermain tapi kena tengok keadaan juga.
"iye aku tahu..." kata Aileen nada sayu. bukan ia tidak dengar semalam Tengku Athif memujuk suaminya untuk tidak salahkan diri sendiri atas sebab kegugurannya. dia mahu sahaja memeluk suaminya tetapi ia tidak boleh gerakkan badan dan juga membuka mata.
Dahlia memeluk Aileen lalu ia memandang tajam ke suaminya kerana membuat Aileen sedih. Dahlia tahu Aileen bersedih atas kehilangan anaknya tapi Aileen menutup kesedihan itu dengan senyuman itulah sifat Aileen dari dulu. Izz menghembus keluhan berat kerana ia tersasul dalam percakapan. dia geram pada orang lain akhirnya Aileen menjadi lampiasan kemarahannya.
"Ai aku minta maaf aku tak ada niat nak marah kau aku cuma risau bila kau kena tembak semalam kalau aku sempat tembak Claude pasti kau tak keguguran." kata Izz rasa bersalah.
"tak kisah pun... aku faham cuma... aku gugur bukan sebab Claude." kata Aileen perlahan. Izz dan Dahlia memandang Aileen. terkejut mereka apabila mendengar perkataan Aileen itu.
"habistu macam mana Aileen boleh gugur?" tanya Dahlia ingin tahu.
"dokter kata anak Aileen gugur sebab ubat yang berlebihan tapi sepanjang Aileen mengandung Aileen tak pernah telan ubat apa pun?" jawab Aileen. sepanjang Aileen mengandung Adyan sentiasa menjaga pemakanannya jadi mustahil untuk nya makan ubat yang terlarang.
"kalau kau tak pernah makan ubat mesti Claude yang bagi. dia ada bagi apa-apa kat kau tak sebelum kita orang datang menyerang?" tanya Izz.
"ada... dia bagi aku makan nasi goreng dan air mineral je ouh.. dan package 3 tamparan ni sebab kata dia pengecut lelaki dayus sungguh dia.. kesian siapa jadi isteri dia nanti" jawab Aileen sempat lagi ia mengeluarkan perangai peliknya. Dahlia hanya mampu menggelengkan kepala sahaja apabila mendengar jawapan terakhir Aileen.
"aih!! kau ingat orang macam dia tahu ke setia satu perempuan!! dan lagi satu kenapa kau makan makanan yang dia bagi?" soal Izz.
"sebab anak aku lapar... kalau sebab aku tak fikirkan kandungan aku tak hingin aku makan yang jantan tu bagi." jawab Aileen.
"kau ada rasa pelik tak dengan makanan atau minuman tu?" tanya Izz.
"makanan rasa sedap ada lah mana dia beli pun tak tau la aku kalau minuman..." Aileen berhenti sejenak untuk mengingat semula apabila ia berjaya mengingat ia menekup mulut lalu air matanya turun.
"ya Allah!!"
Izz dan Dahlia terkejut apabila Aileen menangis. "kenapa Ai? kau ingat apa? cepat bagi tau aku." tanya Izz.
"Izz minuman... minuman tu... yang menyebabkan aku... gugur..." tersekat-sekat Aileen menjawab.
"kau yakin ke Ai?" tanya Izz ingin kepastian. Aileen balas dengan anggukan kepala.
"aku yakin... sebab waktu aku minum air tu rasa pahit ubat." jawab Aileen.
buk!!!
terkejut Izz, Aileen dan Dahlia apabila Adyan ada di depan pintu bilik. Aileen menyorokkan diri di belakang Dahlia ia dapat rasa aura gelap suaminya itu.
"Ad bila kau masuk?" tanya Izz.
"sweethearth betul ke apa yang hubby dengar tadi.." Adyan tidak menjawab pertanyaan Izz dia dah dengar semua perbualan 3 orang ini.
Aileen tidak membalas ia berasa takut dapat ia rasakan aura membunuh suaminya.
"sweethearth hubby tanya ni.. tolong jawab." rayu Adyan sebaik mungkin ia tidak meninggikan suaranya pada Aileen. Aileen menganggukkan kepala sebagai jawapan.
Adyan mengepal penumbuknya hingga kelihatan urat-urat di leher dan kekura tangannya.
"Izz kau tinggal sini dan jaga Aileen jangan pergi mana-mana selagi aku tak balik." arah Adyan tegas. Izz balas dengan anggukan sahaja. Adyan berlaku pergi untuk melepaskan kemarahannya ini.
"Izz, aku tak rasa Claude yang bubuh ubat tu dalam air aku. aku rasa orang lain yang bubuh dan aku rasa Claude tu cuma kambing hitam saja." kata Aileen.
"kau yakin ke Ai? kalau betul pun siapa yang bubuh? waktu kita orang serang tak ada siapa melainkan Claude dan anak buah dia saja." kata Izz.
"aku yakin.. sebab Claude dia jual dadah bukan pil ubat. aku dah tanya dokter tentang ciri pil dadah tu dokter kata itu bukan jenis dadah tapi ubat buatan sendiri dan di dalam ubat itu ada racun yang boleh menyebabkan seseorang itu mati dengan perlahan." ujar Aileen.
"kalau bukan Claude siapa? Adyan tak ada musuh dah selain lelaki tu je." tanya Izz.
"jangan kata dia?" teka Dahlia selepas lama berdiam diri. Aileen dan Izz saling berpandangan lalu mereka berfikir sejenak.
"tak mungkin sebab Aileen dah black list kan nama dia di Malaysia dan Korea."
"tapi tak mustahil sebab dia bijak mesti ada orang dalam yang bantu dia untuk masuk Malaysia." kata Izz.
"kalau dia boleh masuk sini maknanya.. mel tak selamat la kan." kata Aileen.
"jangan risau mel selamat Jayden ada untuk lindungi dia kau tak perlu risau sekarang yang kena risau keselamatan kau. Adyan tau tak pasal dia?" tanya Izz. Aileen menggelengkan kepala sedikit.
"kenapa Aileen tak bagi tau? Adyan tu kan suami Aileen dia berhak tau." tanya Dahlia.
"bukan Aileen tak nak bagi tau cuma.. tu masalah masa lalu Aileen dan Aileen tak nak Adyan masuk campur dalam masalah ni Aileen tak sanggup untuk kehilangan Adyan." jawab Aileen.
"tapi Ai lambat laun dia akan tahu juga kalau tak dari mulut kau mesti dari mulut orang lain." tegur Izz.
"aku tau tapi... aku tak nak libatkan Adyan dalam masalah ni... ni masalah kita dan kita tak boleh melibatkan orang yang tak tau apa-apa. benda ni pun terjadi sebab aku juga kalau aku tak masuk perangkap dia kesalahan fahaman ini tak akan berlaku." ujar Aileen sambil mengusap gelang tangannya.
"Aileen, Adyan pasti kecewa kalau Aileen tak jujur dengan dia tentang masa lalu Aileen. dia akan rasa dia suami yang teruk sebab Aileen tidak minta bantuannya." lembut Dahlia menegur.
"nanti la Aileen fikirkan. sekarang Aileen nak fokuskan dekat dia rasanya tiba masa Aileen hancurkan dia. dah tiba masanya Aileen selesai masalah ni Aileen tak nak lari macam sebelum ni." putus Aileen.
"bukan kau tapi kita.. aku tak akan benarkan kau balas dendam sorang diri." kata Izz tegas. Aileen menganggukkan kepala tanda setuju tak guna ia menghalang apabila Izz telah bertegas.
---••♡••---
Adyan berjalan dengan laju mukanya dingin sedingin gunung salju. semua anak buah takut melihat majikannya itu terlalu menakutkan.
"dokter kata anak Aileen gugur sebab ubat yang berlebihan tapi sepanjang Aileen mengandung Aileen tak pernah telan ubat apa pun?"
"ada... dia bagi aku makan nasi goreng dan air mineral je ouh.. dan package 3 tamparan ni sebab kata dia pengecut lelaki dayus sungguh dia... kesian siapa jadi isteri dia nanti"
"Izz minuman... minuman tu... yang menyebabkan aku... gugur..."
"aku yakin... sebab waktu aku minum air tu rasa pahit ubat."
terngiang-ngiang dalam kepalanya setiap bait Aileen. Claude telah melampaui batas dengan meracun isterinya hingga menyebabkan Aileen keguguran.
bak!!!
buk!!
buk!!
buk!!!
masuk sahaja di bilik seksaan Adyan memberi empat tumbukan pada muka Claude hingga pecah muka lelaki itu. Aneeq, Rifqi, Felix dan Faiz hanya mampu melihat sahaja mereka tidak berani menghalang apabila mata Adyan telah berubah warna menjadi midnight blue itu tandanya Adyan dikawal oleh kemarahannya.
"kau bagi isteri aku minum racun apa?" tanya Adyan selepas ia puas menumbuk muka Claude.
"uhuk.. aku tak faham apa kau cakap la si*l?" tanya Claude semula ia betul-betul tidak faham apa yang Adyan katakan? racun?
"aku tanya kau racun apa yang kau bubuh dalam minuman isteri aku!!!" tanya Adyan kali ini nadanya lebih tinggi dari tadi.
"aku tak tahu racun apa yang kau cakap aku hanya bagi nasi dan air je racun apa yang kau maksudkan aku tak faham?" tanya Claude lemah. ia betul-betul tak tahu apa yang dimaksudkan Adyan. dia tak bagi racun pun dekat Aileen kalau bukan dia yang bagi tapi siapa?
"heh.. tak faham atau buat tak faham.. disebabkan kau isteri aku gugur."
bang!
bang!
bang!
tiga das tembakan di tubuh Claude satu das di perut satu das di dada kiri dan yang terakhir di dahi. mereka berempat terkejut apabila mendengar perkataan Adyan itu.
"bang betul ke apa yang aku dengar? kak Aileen gugur sebab racun?" tanya Aneeq. Adyan tidak membalas pertanyaan adiknya dia terus masuk ke dalam bilik yang ada di markas itu.
tutup sahaja pintu bilik Adyan jatuh terduduk di balik pintu itu lalu air mata jantannya gugur jua.
"wey!! bang aku tanya kenapa tak jawab." Aneeq tidak berputus asa memanggil abangnya ingin tahu betul ke tidak apa yang abangnya kata tadi.
"neeq dah lah bagi abang kau masa untuk terima semua ni dulu. dia masih terkejut apa yang terjadi." Faiz menepuk perlahan bahu Aneeq untuk menenangkan jejaka itu. Aneeq mengeluh kasar lalu ia pergi dari situ untuk menenangkan fikirannya yang bercelaru.
"haih... macam mana boleh jadi macam ni." Faiz mengeluh perlahan.
"Ad aku nak pesan jangan salahkan diri kau sendiri semua ni terjadi mesti ada sebabnya.." pesan Faiz lalu ia berlalu pergi untuk memberi sahabatnya ruang.
Adyan hanya mendiamkan diri sahaja ia cuba menghadam apa yang Faiz katakan tadi. Adyan bangun dari duduknya ia mengambil tuala lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya yang dipenuhi darah Claude.
_________________________________________
bersambung..
Share this novel