bab 20

Romance Series 12074

"selamat pagi, mummy" kata Aileen sambil menurun tangga untuk menolong puan Marina membuat sarapan pagi

"selamat pagi Aileen, awal bangun? ni kenapa tak siap lagi? kamu berhenti kerja ke?" tanya puan Marina bertalu-talu pada Aileen. Aileen menggelengkan kepalanya

"Aileen cuti hari ni" jawab Aileen
"bukan kamu kata kamu cuti 2 minggu je ke sama macam Adyan" tanya puan Marina

"memang pun tapi afiqah bagi cuti lebih" kata Aileen sambil memberi air pada puan Marina

" berapa hari?" tanya puan Marina sambil meminum air yang diberi Aileen tadi

"3 bulan" jawab Aileen datar. tersembur keluar air yang puan Marina minum tadi terkejut dengan jawapan Aileen

" ya Allah!!! mummy kenapa tersedak ni?" tanya aileen sambil menepuk perlahan belakang puan Marina.

" uhuk...uhuk... kenapa lama sangat?" tanya puan Marina

"tak tau la mummy Aileen minta tambah 1 minggu lagi cuti tiba-tiba afiqah suruh aileen cuti 3 bulan Aileen dah tolak tapi afiqah masih berdegil akhirnya Aileen setuju sahajalah" cerita Aileen panjang lebar ia masih tidak berpuas hati dengan afiqah. puan Marina menganggukkan kepala tanda faham

flashback
°°°°°°°°°°°°°°
sampai sahaja di rumah Aileen terus rebahkan dirinya ke katil bersaiz king itu Adyan yang melihat tingkah isterinya itu hanya menggelengkan kepala sahaja ia mencapai tuala lalu masuk ke tandas untuk membersihkan diri.

sewaktu Aileen sedang berehat telefonnya berbunyi minta diangkat. Aileen terus mengangkat panggilan tersebut apabila nama afiqah terpapar di skrin telefonnya itu

"hello af ada apa call aku?" tanya aileen

"ouh tak saja aku cuma nak bagi tau kau cuti 3 bulan tau so... sepanjang 3 bulan tu kau diharamkan jejak kaki di butik aku, are you understand" kata afiqah. Aileen yang mendengar perkataan afiqah itu terus bangun dari baringannya.

"weyhh!!!! awat lama aku minta tambah seminggu tau jadi semua cuti aku jadi 3 minggu bukan 3 bulan afiqah.... aku minta tambah seminggu sebab nak cuti rehat kau bagi 3 bulan dah kenapa kalau aku ni baru lepas bersalin tak apa lah juga nak bagi 3 bulan ni, tak kat cuti rehat buat apa" kata Aileen separuh menjerit nak saja aileen menangis sekarang ni

"memang la. aku saja bagi cuti 3 bulan sebab selama 3 tahun kau berkerja ngan aku kau tak pernah cuti melainkan kau ada kerja di luar negeri" kata afiqah

"aku tak mau af!!! aku nak buat apa selama 3 bulan tu dah la lama kalau sekejap tak apa lah juga!!! tolong lah af cancel kan cuti tu boleh tak!!" rayu Aileen

"aahh... tak dak tak dak!! kau kena ikut juga ni arahan bukan pilihan Aileen Medyna " kata afiqah tegas

"tapi...."

"tak dak tapi tapi kau kena ikut juga no excuse, bye" kata afiqah lalu meletak panggilan tersebut. Aileen terkelu apabila afiqah terus menutup panggilan tersebut

"kenapa sweethearth?" tanya Adyan yang baru keluar dari bilik air itu. Aileen terus melihat ke tempat lain apabila ia melihat Adyan keluar tidak memakai baju hanya tuala saja tersarung itupun diikat di pinggang

"sweethearth hubby tanya ni kenapa?" tanya Adyan lagi kali ni Adyan betul-betul ada di depan Aileen

"aaa... tak ada apa afiqah tambah cuti aileen dari 3 minggu ke 3 bulan" jawab Aileen ia masih tidak melihat Adyan yang berada di depannya

"kenapa sweethearth tengok tepi tengok hubby" kata Adyan. Aileen menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Adyan tersenyum sinis apabila ia tahu kenapa Aileen tidak mahu melihat ke arahnya

"sayang malu ke sebab hubby tak pakai baju" bisik Adyan saja mahu mengusik isterinya itu

"sweethearth nak sentuh six pack hubby tak?"tanya Adyan kali ni suaranya sengaja membuat mengoda

Aileen masih tidak membalas soalan Adyan. Adyan menarik tangan Aileen lalu meletakkan tangan aileen di six packnya. Aileen hendak menarik tangannya dari menyentuh six pack suaminya tapi tidak berjaya apabila penganggan adyan makin kuat.

"sweety mesti suka kan" usik Adyan. makin merah muka Aileen apabila mendengar usikan suaminya itu. Adyan tergelak apabila melihat muka merah padam isterinya itu

"hahaha..... comelnya my wife ni bila malu" kata Adyan dengan sisa tawanya

"hubby jahat.. hubby buli Aileen... Aileen bagi tau mummy yang hubby buli Aileen " kata Aileen apabila Aileen hendak bangun dari katil Adyan menarik Aileen masuk ke dalam dakapannya.

"ok ok... sorry sweety hubby gurau je dah jangan merajuk hubby tak buat lagi okay" pujuk Adyan. Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja.

"dah hubby pergi pakai baju nanti hubby mati kesejukan baru tau" kata Aileen

"kalau hubby mati kesejukan sweety akan buat apa?" tanya Adyan

"Aileen cari suami baru yang lagi hensem dari hubby" jawab aileen selamba. Adyan yang mendengar jawapan Aileen itu terus menggeletek pinggang aileen. Aileen gelak apabila Adyan menggeletek pinggangnya.

"hahaha... hubby... haha.. berhenti Aileen... gurau je.. jangan jealous" kata Aileen. Adyan berhenti menggeletek Aileen ia terus rebahkan dirinya di sebelah Aileen.

"esok sweethearth cuti kan.." tanya Adyan ingin kepastian

"iye kenapa?"tanya aileen

"esok sweethearth ikut hubby pergi office nak?" tanya Adyan

"boleh ke? Aileen tak ganggu hubby kerja ke?" tanya aileen

"tak... makin semangat nak buat kerja adalah sebab ada pengecas tenaga hubby" kata Adyan. Aileen hanya menganggukkan kepala tanda faham.

end flashback
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

selepas sarapan Adyan dan Aileen bergerak ke A'R holding's. sampai sahaja di A'R holding's Adyan dan Aileen masuk sambil berpegangan tangan semua staff melihat pasangan itu ada yang memuji dan ada yang mengejek Aileen.

masuk saja ke bilik Adyan Aileen duduk di sofa yang berada di bilik tersebut Adyan pula duduk di meja kerja dan membuat kerjanya yang tergendala sepanjang ia bercuti.

Aileen mengscroll ig sewaktu Aileen scroll ig dia melihat satu post gambar dan di dalam gambar itu ada 9 orang Aileen hanya melihat seorang gadis yang dia rindu sepanjang 4 tahun ini tanpa ia sedar air matanya jatuh menitik apabila ia mengingat kejadian 4 tahun lalu

tok!tok!tok!

"masuk"arah Adyan tanpa melihat. Aileen terus menyeka air matanya apabila ia mendengar ketukan pintu.

"Tengku, Dato' Farid telah sampai beliau ada di bilik meeting" kata Rifqi

"baiklah mari pergi.. sweethearth hubby pergi dulu jangan naughty nanti Areeq dan Aneeq datang teman sweethearth" kata Adyan. Aileen hanya balas dengan anggukan sahaja Adyan mencium dahi Aileen lalu keluar dari ruangan tersebut.

"huh... nampaknya kau dah jumpa kebahagiaan kau mel bergembira lah kau layak dapat" kata Aileen sambil menggosok foto yang di post itu.

BAMM!!

"hello everyone" jerit Aneeq apabila ia memasuki bilik Adyan. terhinjut sedikit bahu Aileen apabila pintu itu telah dihempap oleh adik iparnya.

"eh.. kak Aileen je ada mana abang yan?"tanya Areeq

"abang yan ada meeting" jawab Aileen. Areeq dan Aneeq menganggukkan kepala tanda faham lalu mereka duduk di sofa Areeq belah kanan Aileen dan Aneeq disebelah kiri Aileen

"akak kenapa mata akan sembam? akak baru lepas menangis ke? abang yan ada tinggikan suara dekat akak ke?"tanya Areeq

"tak lah abang Adyan tak tinggikan suara pun... mata akak masuk habuk je tadi" tipu Aileen

"betul ni akak okay? kalau akak tak okay akak kena bagi tau jangan pendam " kata Aneeq penuh prihatin. Aileen hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"eh... ni bukan Izz dan dahlia ke Dhiya pun ada tapi siapa lagi 4 orang tu?" tanya Areeq apabila ia tidak sengaja melihat telefon Aileen

"ha'ah la siapa mereka macam pernah tengok tapi aku tak ingat dekat mana?" kata Aneeq sambil meletakkan jari telunjuknya di dagu untuk berfikir.

"akak kenal ke mereka berempat ni?" tanya Areeq.

"tak.. tiba-tiba je ada di IG akak." tipu Aileen. Areeq dan Aneeq menganggukkan kepala tanda faham

mereka bertiga bersembang rancak walaupun Adyan ada di pejabat itu selepas habis meeting 2 jam yang lalu.

"dah jom lunch" kata Adyan sambil mengemas meja kerjanya

"yeay... abang jom kita lunch di cafe yang selalu kita pergi lama Aneeq tak makan manisan di situ" pinta Aneeq. Adyan hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

mereka berempat jalan ke kereta lalu masuk ke dalam kereta Audi R8 V10. mereka keluar lalu bergerak ke cafe tersebut mengambil mana 15 minit sahaja.

Lily's cafe
°°°°°°°°°°°°°°°

sampai sahaja di cafe mereka mengambil tempat di hujung cafe untuk tidak menarik perhatian.

"korang memang suka makan dekat cafe ni ke?" tanya aileen selepas mereka mengorder makanan

"ye.. makanan dekat cafe ni sedap" jawab Areeq

"betul tu" sokong Aneeq

"korang nak tau tak kenapa cafe ni dinamakan Lily?" tanya Adyan

" tak tau... kenapa bang?"tanya Areeq sambil menggelengkan kepalanya

"cafe ni dinamakan tanda persahabatan. owner dan kawan baik dia. aku tak tau betul ke tak" kata Adyan. Areeq dan Aneeq hanya menganggukkan kepala tanda faham. Aileen berdiam diri ia telah termenung jauh.

"dulu owner dan kawan dia akan berkerja sekali tapi sejak 4 tahun lepas mereka tidak kelihatan" kata Adyan lagi

"mereka pergi mana?" tanya Aneeq

"tak tahu... tak ada satu perkerja cafe ni tau apa jadi antara persahabatan mereka" jawab Adyan

"kak Aileen okay tak? kenapa akak termenung je?" tanya Areeq

"huh... aaaa.... akak okay jangan risau ye" kata Aileen selepas ia tersadar dari lamunanya hanya tersenyum palsu dilakarkannya.

"dah jom makan nanti aku ada meeting" kata Adyan. mereka bertiga hanya menganggukkan kepala tanda faham

"tapi kan kenapa Lily? bukan Lily tu maknanya percintaan ke?"tanya Aneeq sambil menyuapkan kek coklat di mulutnya

"bunga Lily ada maksud tersendiri mengikut warna seperti Lily putih yang bermakna kesucian dia juga boleh dimaknakan dengan persahabatan dan percintaan dalam masa yang sama. cafe di dibuat atas persahabatan dan percintaan. owner cafe ni dapat sokongan dari kawan dan suam dia" terang Aileen. adyan, Areeq dan Aneeq hanya mendengar keterangan Aileen itu

"ouh... macam mana akan tahu?"tanya Aneeq. Aileen terkelu apabila mendengar pertanyaan Aneeq itu

"akak dengar orang cerita"kata Aileen. Aneeq hanya menganggukkan kepala tanda faham.

________________________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience