bab 29

Romance Series 12074

hari ni mereka akan pulang ke KL setelah seminggu mereka berada di kampung halaman puan Amira. selepas Adyan meletakkan laugagenya dan Aileen di bonet ia pergi dekat encik Farid dan puan Asiah untuk salam.

"tok wan, atuk ad balik dulu ya nanti kalau ada masa ad datang lagi" kata adyan sambil menyalam tangan encik Farid dan juga puan Asiah.

"iyelah hang bawa kereta hati-hati dah lah bawa cucu aku. kalau jadi apa-apa siap hang aku potong kecik-kecik bagi ular sawa Mariam makan" pesan Puan Asiah yang berbaur amaran.

"baik tok wan. tok wan jangan risau ye" kata Adyan tenang hakikatnya ia seram apabila mendengar amaran puan Asiah itu. dah lah dia takut ngan si Nina tu ni nak bagi makan!!!.

sampai sahaja di Kuala Lumpur Adyan dan Aileen terus balik ke rumah mereka. Aileen mahu melepaskan rindu pada haiwan peliharaannya iaitu evee.

"assalamualaikum."

"walaikumusalam, Ad Aileen selamat pulang." sambut puan Siti dan puan wani. Adyan dan Aileen menyalam tangan mereka berdua.

"mana evee ibu? Aileen nak jumpa evee."tanya Aileen sambil melihat sekeliling untuk mencari evee.

"evee ada dekat laman belakang rumah tengah tidur." jawab puan wani. Aileen menganggukkan kepala tanda faham lalu ia meminta diri untuk pergi ke haiwan kesayangan itu.

"ad nak apa-apa?."tanya puan Siti.

"hm.. nanti mak tolong hantarkan coffee di bilik kerja ad lepas tu bagi tau semua anak buah yang ada nak jumpa sekarang di bilik kerja ad bagi masa 5 kalau lambat ada hadiah."kata Adyan tanpa nada. puan Siti hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"lagi?."tanya puan Siti lagi.

"tak ada dah mak boleh sambung kerja." kata Adyan. puan Siti dan puan wani menunduk sedikit lalu beredar untuk menyambung kerja mereka.

hilang sahaja bayang mereka berdua Adyan naik atas untuk berjumpa dengan anak buahnya. dia mahu buat strategi sebelum musuhnya bertindak.

keesokan harinya.
-----------------------------

Izz Ameer Dylan p.o.v
~~~~~~~~~~~~~~~~

"selamat pagi abang." kata dahlia sambil menghidangkan sarapan pagi.

"selamat pagi. awal sayang papa ni bangun?." soal Izz sambil mencium dahi anak daranya itu lalu ia mengambil tempat di sebelah dahlia.

"hehe.. Dhiya nak ikut papa pi keje boleh tak?."pinta Dhiya manja.

"tak boleh Dhiya kan mama dah kata papa pergi keje bukan pergi main." halang dahlia. Dhiya masam mencuka apabila dihalang oleh mamanya itu.

"tak apalah sayang abang boleh bawa lagi pun hari ni abang ada meeting dengan Adyan. sayang kan pregnant doktor dah cakap kan sayang tak boleh stress." kata Izz dan dihujung ayatnya terselit pesanan. mulutnya tak henti mengunyah masakan isterinya itu.

"tak apa ke abang nanti Dhiya tak ganggu ke abang buat kerja. usia kandungan sayang baru je 6 bulan abang takat jaga Dhiya apalah sangat." kata dahlia ia rasa bersalah pula apabila Izz perlu bawa Dhiya pergi kerja.

"tak apa Aileen boleh tolong tengokkan Dhiya sementara abang meeting dengan Adyan." kata Izz untuk menyedapkan hati isterinya itu.

"Aileen tak kerja ke abang?. bukan dia tak nak berhenti kerja ke walaupun dia telah kawin? Adyan tak bagi dia kerja ke?"tanya Dahlia seingatnya Aileen tidak mahu berhenti berkerja walaupun ia telah mendirikan rumah tangga.

"Adyan bagi je dia kerja tapi bos dia bagi cuti selama 3 bulan." jawab Izz.

"what!! 3 bulan dia cuti kenapa lama sangat cutinya?." tanya Dahlia dengan nada terkejut.

"katanya cuti sebab Aileen tak pernah ambil cuti sepanjang 3 tahun dia berkerja disitu kalau dia ambil cuti pun sebab hal kerja juga sebab tu bos dia bagi cuti lama untuk bagi dia berehat." terang Izz panjang lebar. Dahlia menganggukkan kepala tanda faham.

"dia kerja pun sebab nak lupa kan hal tu kan." ujar Dahlia keadaan yang harmoni tadi bertukar tegang.

"yah... dia kerja supaya dia tak terlalu fikirkan hal tu.. haih bila la benda ni nak selesai." ngeluh Izz ia penat. Dahlia hanya mampu tersenyum tawar dan berdoa supaya masalah mereka selesai dengan cepat dan selamat.

"fikirkan apa papa?."tanya Dhiya setelah lama dia berdiam diri. dia langsung tidak faham apa yang mama dan papanya bincangkan.

"tak ada apa sayang habis dah makan?." tanya Izz. Dhiya menganggukkan kepala sambil menunjukkan pinggannya itu.

"good girl. jom kita gerak nanti papa lambat pula masuk meeting tak pasal-pasal abang ad kamu tu bising." kata Izz sambil mendukung Dhiya Dahlia ikut dibelakang Izz.

sampai di depan pintu rumah dahlia menyalam tangan suaminya lalu mengucup pipi gebu puterinya. Izz mencium dahi Dahlia itulah rutin harian yang selalu dia lakukan sebelum pergi kerja.

"sayang duduk rumah elok-elok jangan lupa kunci pintu kalau ada apa-apa call je abang, jangan buat kerja banyak sangat sayang tu pregnant."pesan Izz panjang lebar pada isterinya.

"iye abang... sayang tahu jangan risau kay." kata Dahlia.

"mana tak risau dah la sayang duduk sorang-sorang kat rumah abang nak panggil maid sayang tak bagi." kata Izz lagi.

"abang dah.. pergi kerja nanti lambat pula. sayang jangan naughty naughty tau.dengar cakap papa dan umi Aileen." pesan Dahlia lembut pada anaknya.

"baik mama. Dhiya pergi dulu jom papa." ujar Dhiya riang. Izz hanya membuka langkah untuk masuk ke dalam kereta sempat lagi ia berpesan pada isterinya itu. Dahlia hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dengan perangai suaminya yang terlalu protective itu.

sampai sahaja di A'R holding's Izz masuk ke bangunan itu sambil mendukung Dhiya. semua staff di situ terpegun dengan ketampanan Izz dan juga kecomelan Dhiya.

masuk sahaja ke pejabat Adyan Dhiya terus terjun dari dukungan Izz tidak sempat Izz mahu menghalang Dhiya telah pun lari ke arah Aileen.

"umii Aileennn..."jerit Dhiya dengan riang. ia berlari lalu masuk ke dakapan Aileen.

"eh.. Dhiya kenapa lari nanti jatuh macam mana." ujar Aileen hampir tercabut jantungnya apabila melihat Dhiya terjun dari dukungan Izz terus lari kearahnya.

"hehe... rindu umi Aileen." kata Dhiya tanpa rasa bersalah. Aileen hanya mampu menggelengkan kepala sahaja nak marah tapi tak boleh sebab Dhiya terlalu comel untuk dimarahi.

"Izz Dhiya Qaisara tak ingat dah apa mama pesan tadi hm?." kata Izz sambil mencekak pinggang.

"hehe... colly papa Dhiya cuma lindu cangat detat umi."kata Dhiya sahaja dipelatkan ayatnya supaya papanya tidak marah.

"haih..." Izz hanya mampu mengeluh sahaja hendak marah tapi... tak boleh sebab comel Dhiya terlalu ikut perangai Dahlia pandai untuk menyejukkan hatinya yang sedang panas.

"dah la tu Izz jom masuk bilik meeting yang lain tengah tunggu kita." kata Faiz. Adyan, Rifqi, Areeq dan Aneeq hanya tengok sahaja drama ayah dan anak itu.

"okay.. Dhiya jangan nakal-nakal dengar cakap umi Aileen. Aileen tolong tengokkan anak aku maaf sebab susahkan kau untuk tengok anak aku."kata Izz ia rasa bersalah kerana minta orang yang tolong jaga anaknya.

"it's sokay, lagi pun aku dah anggap Dhiya macam anak aku jadi kau tak perlu risau."kata Aileen untuk menghilangkan rasa bersalah dalam diri kawannya itu.

"sweethearth hubby pergi dulu."pamit Adyan. dia mengucup dahi Aileen sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut.

"okay. good luck guys." selepas Aileen beri kata-kata semangat dia terus bermain bersama Dhiya di bilik Adyan.

"Dhiya mama macam mana sihat? adik macam mana?."tanya Aileen apabila ia dan Dhiya telah selamat duduk di atas sofa.

"mama sihat.. adik pun sihat." jawab Dhiya sambil mengscroll IG Aileen. Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja.

"Dhiya dekat Korea macam mana seronok dapat main dengan Julien?." soal Aileen.

"seronok!! lama tak main dengan Julien dan Darren." kata Dhiya. "Darren? siapa Darren?." soal Aileen.

"Darren anak papa Daniel dan mama Lauren umi tak kenal ke?." jawab Dhiya terselit soalan di hujung ayatnya.

"tak umi tak sempat jumpa Darren. apa nama penuh Darren? dia umur berapa?." tanya Aileen lagi.

"nama penuh Darren adalah Izz Athar Darren bin Izz Aisar Daniel dia sama umur Dhiya 5 tahun. cuma dia lambat 5 bulan dari Dhiya" jawab Dhiya sambil menunjukkan lima jari kecilnya pada Aileen. Aileen tergelak kecil apabila Dhiya berbuat begitu. comeelll..

"Dhiya dapat jumpa mummy Melissa? mummy Melissa macam mana sihat?." soal Aileen sambil mendandan rambut Dhiya.

"ermm... dapat mummy makin cantik macam umi." puji Dhiya. Aileen hanya mampu tersenyum sahaja apabila mendapat pujian dari anak angkatnya itu.


---••♡••---

selesai sahaja meeting Adyan dan Aileen bercadang mahu makan tengahari di rumah Izz sambil itu boleh Aileen melawat kakak angkatnya itu.

"assalamualaikum, sayang abang dah balik." kata Izz sambil mendepakan tangannya supaya isterinya memeluknya tapi hampa Dahlia tidak memeluknya malah memeluk Aileen seeratnya Aileen hanya balas pelukan Dahlia itu. Adyan dan Dhiya gelak besar apabila muka Izz masam mencuka.

"ya Allah Aileen akak rindu dekat Aileen. Aileen macam mana sihat?." soal Dahlia apabila ia melepaskan pelukan tersebut.

"Alhamdulillah sihat akak. akak macam mana? baby ada sakitkan akak tak." jawab Aileen. "alhamdulillah, akak sihat, takat tendang tu biasalah Aileen." kata Dahlia.

"amboi sayang kalau jumpa Aileen suami terus dilupakan ye." rajuk Izz. Dahlia tergelak kecil apabila suaminya mula merajuk mengada.. tapi comel... hehe...

"alololo.... dah jadi ayah pun masih nak merajuk ke." pujuk Dahlia sambil menggosok dagu Izz seperti menggosok kucing pula.

"kena la sayang lebih perhatikan Aileen dari suami." rajuk Izz lagi.

"uwerk... jom papa kita pergi kat meja dari tengok drama ni." ajak Dhiya yang sedang ada di dukungan Adyan. kenapa Dhiya panggil Adyan papa? kerana Aileen adalah isterinya kalau Dhiya panggil Aileen umi maka Dhiya kena panggil Adyan papa lakan..

"jom!!!." kata Adyan lalu membuka langkah ke arah meja makan tidak lupa juga dia menarik tangan Aileen untuk mengikutinya.


________________________________________________________

bersambung...

#kalau korang rajin bagi la bintang kalau tak mau tak apa. tak kisah pun

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience