"baby... ibu dan adik you lambat lagi ke?." tanya bella sambil mengipas tangannya. apa yang panas tak tau la pada hal mereka ada di dalam mall bukan di tempat parking kereta.
"nanti mereka sampai la tu kau sabar la kejap.kau ingat KLIA ke sini 2 minit kalau berjiran tak apa lah juga" sindir Rifqi dingin. hari ni ibu dan adik perempuannya akan datang setelah 21 tahun mereka tinggal di Paris.
"baby... jom kita ke sana boleh... i nak beli barang make up i"kata Bella dengan meleret suaranya.
"hmm...."balas Rifqi. malas mahu melayan perangai tunangnya ini.
"yeay... terima kasih baby..." ucap Bella riang lalu masuk ke kedai yang ada barang alat solek itu.
"Bella aku nak ke tandas sekejap nanti aku datang balik." Rifqi berlalu pergi apabila mendapat anggukan dari Bella.
sewaktu Bella mahu keluar dari kedai itu ada seorang gadis terlanggarnya. habis make up yang dibeli Bella jatuh dan ada juga yang pecah. Bella terus menengking budak perempuan dan wanita yang ada dibalakang budak perempuan itu apabila barang make upnya rosak.
"sorry cik anak saya terlanggar cik." kata ibu kepada gadis.
"sorry sorry tengok make up i dah hancur you boleh ganti ke haa!!!."tengking Bella pada wanita itu.
"saya betul-betul minta maaf cik. nanti saya ganti." kata ibu itu.
"ish... boleh ke you ganti ni make up mahal tahu tak. gaji you kerja setahun pun tak dapat nak ganti." kata Bella lagi. budak perempuan itu terus menolak Bella hingga Bella selamat jatuh ke lantai geram dia dengan perangai perempuan yang tak cukup kain yang ada di depannya ini. biadab sungguh dengan ibunya.
"dasar budak kurang ajar!!!." apabila Bella hendak menampar budak perempuan itu tindakannya terbantut apabila ada seorang gadis menahan tindakan itu. lalu ia menolak lembut tangan Bella supaya jauh dari mereka. Bella mengundur beberapa langkah apabila ditolak gadis itu
"puan dan adik tak apa-apa?."tanya gadis itu sambil membelek-belek badan budak perempuan itu.
"iye terima kasih banyak ye adik." ucap wanita itu.
"tak ada apalah puan."
"eh... you kenapa masuk campur urusan i dengan budak perempuan ni ha!!!." bengang Bella apabila ada orang masuk campur urusannya.
"kenapa? kalau saya tak masuk campur awak pasti dah tampar budak ni kan. apa salah budak ni pada awak sampai awak nak tengking dan tampar dia?." tanya gadis itu dingin.
"tengok ni habis barang make up i rosak sebab budak perempuan ni."
"heh... hanya sebab make up yang tak berguna ni awak sanggup tampar budak ni. takat make up ni saya boleh beli la dari terpaksa dapat dosa sebab tinggikan suara pada orang yang lebih tua dari saya. betullah orang kata hati yang bersih dalam baju yang kotor itu lebih baik dari hati yang kotor dalam baju yang bersih. contoh macam cik harap je baju bersih tapi... hati kotor."sinis gadis itu menyindirnya. Bella mengetap rahang apabila ia disindir oleh gadis itu.
"ish you ni kan.." Bella hendak menamparkan gadis itu tapi di halang oleh Rifqi. Rifqi terus menolak Bella. Bella terus jatuh di lantai apabila Rifqi menolaknya dengan kasar.
"kau tak apa-apa Aisya?."tanya Rifqi prihatin. Aisya hanya menganggukkan kepala lalu ia mengundur 5 langkah apabila ia sedar kedudukannya dan Rifqi hanya beberapa inci.
"you kenapa you sanggup pertahan kan budak perempuan dan mak cik tua ni dari tunang you sendiri ha!!!." bengang Bella apabila Rifqi lebih pertahankan orang lain dari dirinya.
"Hei perempuan!! budak perempuan ni adalah adik aku dan mak cik tua yang kau hina ni adalah mak aku!! kau ingat perempuan kita tunang sebab bapa kau dan bapa aku adalah kawan. kalau ikut kan hati aku ni tak hingin aku jadikan kau isteri aku dah la tak cukup kain harap je anak Dato' tapi miskin kain." sindir Rifqi pula. Bella panas apabila pakaian jadi sindiran oleh Rifqi.
"apa!!! you hina i!!! i akan bagi tau daddy i yang you hina i." ugut Bella. "heh... bagi tau la macam la aku takut." ujar Rifqi sinis. Bella berlalu pergi geram apabila ugutannya tidak berkesan.
"mummy dan adik tak apa-apa? sorry rif datang lambat rif pergi tandas tadi." kata Rifqi dengan serba salah kalau perut dia tidak buat masalah mesti benda ni tak akan berlaku.
"tak apa rif mak dan adik okay je perempuan tadi tak sempat buat apa pun sebab adik ni sempat halang." kata datin Fatin sambil memandang ke arah Aisya.
"thanks Aisya sebab selamat kan adik abang kalau tak ada Aisya tak tau la.. maaf sebab libat kan Aisya dalam urusan abang." ujar Rifqi lembut. ia berasa bersalah apabila Aisya terlibat sekali.
"tak apa lah abang, abang tak perlu minta maaf lagi pun kebetulan Aisya lalu kawasan ni." kata Aisya.
"rif kenal ke adik ni?."tanya datin Fateen.
"ye mummy ni adik Aisy Aisya Muneera. Aisya ni mummy abang datin Fateen dan adik abang Rose Farzana." Rifqi perkenalkan mereka bertiga. Aisya menyalam tangan datin Fateen dan juga Farzana.
"ouh.. Aisya umur berapa?."tanya datin Fateen.
"21 tahun datin." jawab Aisya ramah.
"apa panggil datin panggil mummy je sayang." kata datin Fateen lembut. hatinya terpikat dengan Aisya.
"baik dat-- eh mummy." kata Aisya kekok. Aisya beralih ke arah Rose apabila Rose menarik lengan bajunya. Rose menunjukkan sebuah kertas yang ada tulisan Aisya mengambil kertas itu lalu membacanya.
'assalamualaikuma kak Aisya. terima kasih sebab tolong Rose kalau kak Aisya tak ada tak tau lah nasib Rose tadi.' itu yang tertulis di kertas tersebut.
"maaf ye Aisya anak mummy yang satu ni istimewa sedikit." kata datin Fateen. Aisya menganggukkan kepala tanda faham.
"sama-sama saya kebetulan lalu je." balas Aisya lembut tangannya naik mengusap kepala Rose yang dibaluti tudung bawal itu.
"Aisya free ke sekarang? kalau free jom lah kita lunch sekali boleh kan rif?." ajak datin Fateen. Rifqi dan Rose menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan ibu mereka itu.
"tak apa lah mummy Aisya tak nak menyusahkan mummy lagi pun mummy datang sini kan nak jumpa abang rif kalau Aisya join macam menganggu pula." tolak Aisya lembut. macam dia tidak tahu yang datin Fateen tinggal di Paris selama 21 tahun kerana kesihatan anaknya itu.
"tak menyusahkan pun. alaaa.. rif ni mummy boleh tengok balik nanti kamu ni je yang mummy susah nak tengok bila balik." kata datin Fateen. Aisya melihat kearah Rifqi untuk dapat jawapan kerana ia buntu Rifqi menganggukkan kepala supaya Aisya setuju dengan ajakan mummynya itu.
"baiklah mummy kalau mummy kata macam tu." akhirnya Aisya setuju juga dengan ajakan datin Fateen. datin Fateen tersenyum manis apabila Aisya setuju dengan ajakannya.
sampai sahaja di restoran mereka mengambil tempat jauh dari pandangan mata orang.
selepas mereka order makanan mereka berbual sementara menunggu makanan sampai.
"Aisya kenal rif bila?." soal datin Fateen.
"Aisya kenal abang rif 3 tahun lepas itupun sebab abang Aisy ajak kawan datang rumah." jawab Aisya.
---••♡••---
selesai sahaja mereka makan tengahari dan shopping bersama. Aisya rebahkan diri di katil kerana kelelahan. semua barang yang datin Fateen beli padanya Aisya letak di birai katil.
flashback
----------------
'akak cantik tak?.' tanya Rose selepas ia memberi kertas pada Aisya.
"cantik sesuai dengan Rose."puji Aisya. Rose nampak ayu apabila ia mengenakan jubah berwarna merah jambu itu sesuai dengan kulitnya yang berwarna putih dan mata yang berwarna hijau itu.
'akak tak nak beli apa-apa ke?.' tanya Rose.
"tak apalah akak tak cukup duit untuk beli. akak teman rose beli je la" jawab Aisya. ia sekarang memang tidak cukup duit untuk beli pakaian yang mahal ini.
"beli je la Sya lagi pun yang bayar abang rif bukan mummy." Rifqi bersuara apabila ia terdengar perbualan 2 gadis itu.
"eh.. tak apa lah abang Sya tak nak susahkan abang lagi pun tu duit abang.. abang tak patut belanja sya, Sya tak cukup duit untuk ganti balik." tolak Aisya lembut.
"abang tak suruh Sya ganti pun duit tu.. apa salahnya abang belanja sya? Sya adik kawan abang jadi tak ada masalah kan?." ujar Rifqi.
"tak---"
"alaaa... Aisya beli je... Aisya tak perlu segan ye mummy dah anggap Sya macam anak mummy dah." kali ni datim Fateen pula mencelah.
"haih... ye lah tapi sya pilih satu je boleh?." akhirnya Aisya mengalah apabila datin Fateen bersuara.
end flashback
----------------------
dari satu jadi ke 4 beg pakaian dan 3 beg hadiah untuk keluarganya. ia terima kerana datin Fateen beli tanpa pengetahuannya penat ia menolak tapi datin Fateen tetap memaksa suruh ia terima.
Rifqi p.o.v
----------------
selepas membeli belah di mall Rifqi rebahkan badan di katil lalu telefon diambil lalu ia menekan app galeri. dalam galeri itu penuh gambar Aisya yang ia tangkap tanpa pengetahuan tuan badan.
Rifqi menyukai Aisya sejak pertemuan pertama dia dan Aisya di kedai runcit 6 tahun lalu Aisya mungkin tidak ingat tapi ia ingat bagaimana pertemuan itu berlaku.
flashback 6 tahun lalu
=================
"mana rif ni? dia datang ke tak?. Izz kau dah bagi tau dia ke belum?" tanya Felix pada Izz.
"dah, dia kata dia datang." jawab Izz.
"kalau datang mana dia? batang hidung pun tak nampak." soal Adyan bengang.
"nanti dia sampai la tu.. ni aku nak kenal kan kawan aku Aisy." celah Aneeq.
"Aisy ni Adyan abang aku sebelah kananbabang aku Felix sebelah tu Faiz dan sebelah Faiz tu pula---."
"hey, Aisy lama tak jumpa." Aisy bersalaman dengan Izz tanpa sempat Areeq menghabiskan perkenalannya. "ehem... korang kenal ke?." tanya Adyan ingin tahu begitu juga dengan yang lain.
"ha'ah, Aisy ni kawan aku. aku dengan dia tinggal satu taman." jawab Izz. yang lain hanya meng'ouh'kan tanda faham.
"kau datang sini dengan siapa sorang je ke?."tanya Izz. "tak aku datang dengan adik aku dia singgah kedai kejap nak beli air." jawab Aisy. Izz menganggukkan kepala tanda faham.
"ni Aisy kau pandai main basketball tak?." tanya Felix kening kanannya terangkat.
"pandai" jawab Aisy sambil mengangguk kepala kecil.
"okay cun!! jom kita main dulu sementara menunggu rif. boleh ad?." cadang Faiz yang berbaur soalan suapaya Adyan setuju dengan cadangannya itu. Adyan menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Faiz itu.
"okay, Aisy kau tim aku." kata Felix. Aisy mengangguk kepalanya tanda faham. lalu mereka bertujuh bermain basketball.
"ahh.. aku lambat nak kena beli air cepat ni." Rifqi keluar dari kereta lalu masuk ke kedai runcit yang tidak jauh dari padang basketball itu.
apabila Rifqi bergerak mahu membayar minuman yang ia ambil ada seorang budak perempuan terlanggarnya.
"saya minta maaf saya tak perasan." kata gadis yang itu. Rifqi terkaku apabila melihat gadis itu hilang rasa marahnya apabila melihat gadis ayu itu.
"awak... awak.. dengar tak apa saya kata tadi?." panggil gadis itu sambil melambaikan tangannya di depan mata Rifqi. Rifqi tersadar dari lamunanya lalu ia berdehem untuk hilangkan rasa malu.
"ermm.. apa kau cakap tadi?." soal Rifqi.
"haih... saya kata saya minta maaf sebab langgar awak saya akan bayarkan minuman awak sebagai tanda maaf." gadis itu ulangi kata-katanya semula.
"tak apa aku boleh bayar sendiri." tolak Rifqi lalu berjalan meninggalkan gadis itu ia tidak mahu duduk situ lama-lama nanti jantungnya tidak selamat. gadis itu terpinga-pinga apabila ditinggalkan begitu saja ia mengeluh kecil lalu ia bergerak untuk membayar minumannya.
selepas Rifqi membayar minuman itu ia berlari kecil untuk berjumpa dengan kawan-kawannya yang lain.
"sorry lambat." kata Rifqi sambil mengambil nafas.
"sampai pum kau aku ingat kau tak datang tadi. asal lambat?." soal Faiz.
"aku dah minta maaf kan. aku lambat sebab kereta aku buat hal tadi." kata Rifqi selepas ia meneguk air yang dibelinya tadi.
"ni siapa?." tanya Rifqi sambil jari menunjukkan kearah Aisy.
"ni Aisy kawan aku dan reeq di sekolah." jawab Aneeq. Rifqi menganggukkan kepala tanda faham.
"Aisy Miftah." kata Aisy sambil menghulurkan tangan pada Rifqi.
"Rifqi Hayyan." Rifqi membalas huluran tangan dari Aisy.
"dah jom main rif kau masuk tim Izz." kata Adyan. Rifqi menganggukkan kepala tanda faham.
selepas bermain basketball Rifqi minta izin ke tandas kerana hendak membuang hajat. selepas ia selesai membuang hajat ia terlanggar seorang gadis.
"sorry aku tak perasan." kata Rifqi tanpa nada.
"tak apa salah saya juga kerana jalan tidak tengok depan." ujar gadis itu. Rifqi melihat kebawah terkejut dia apabila gadis yang ia langgar adalah gadis yang sama langgarnya di kedai runcit tadi.
"eh.. kau budak yang langgar aku kat kedai tadi kan?." soal Rifqi ingin kepastian. gadis itu balas dengan anggukan kecil.
"kenapa kita asyik berlanggar eh?." soal Rifqi.
"manalah saya tahu.. dah la saya minta diri dulu." apabila gadis itu hendak pergi Rifqi berlari laju kedepan untuk menghalang gadis itu pergi.
"kenapa awak tahan saya?." soal gadis itu bengang apabila lelaki ini menghalang jalannya.
"aku nak tau nama kau. nama aku Rifqi kau?." soal Rifqi. entah kenapa ia hendak tahu nama gadis yang ada didepannya ini.
"tak perlu tahu sebab ia tidak penting." ujar gadis itu dingin.
"okay kalau kau tak bagi tau aku tak akan bagi kau jalan." ugut Rifqi.
"tepi kalau tidak saya jerit." ugut gadis itu pula.
"jerit bukan ada siapa pun di sini." ujar Rifqi sinis. gadis itu telan air liur perit. kenapalah time macam ni tak ada orang!!..
"haih.. Aisya." kata gadis itu perlahan.
"hah... apa." soal Rifqi sekali lagi bukan ia tidak dengar cuma sahaja mahu menyakat gadis itu..
"haih... Aisya nama saya Aisya Muneera dah puas hati awak tepi saya nak lalu." kata Aisya geram.
"Aisya Muneera nice name." puji Rifqi.
"whatever." kata Aisya menyampah ia terus pergi apabila Rifqi beri ia laluan dia perlu pergi dari sini secepat mungkin ia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi.
2 tahun selepas itu baru ia tahu yang gadis pujaan hatinya adalah adik kepada Aisy. dan setiap kali ia kerumah Aisy pasti ia akan membelikan Aisya coklat.
end flashback
==========
________________________________________________________
bersambung...
Share this novel