"Sufiyya"jawab Aisy sepatah Aileen menganggukkan kepala tanda faham.
"bila kamu nak buat majlis tunang Aisy? dan berapa lama kamu nak bertunang?"tanya tuan Rashid pula.
"buat hujung minggu ni okay pakcik. Aisy cadang tunang sampai Sufi habis belajar"jawab Aisy. tuan Rashid menganggukkan kepala tanda faham.
"Sufi umur berapa?"tanya Aileen pada gadis berpurdah yang berada di depannya itu.
"22 tahun"jawab Sufiyya. Aileen menganggukkan kepala tanda faham.
"boleh kan kak?"tanya Aisy.
"boleh? boleh apa?"tanya aileen polos saja mahu menarik tali dengan adiknya.
"boleh la kan Aisy kahwin dengan Sufi?"soal Aisy penuh harapan supaya kakaknya setuju.
"ouh... boleh je akak pun dah berkenan. tapi Aisy yakin ke boleh pikul tanggungjawab jaga anak orang" tanya aileen tegas pada Aisy.
"InShaa Allah boleh akak. kalau Aisy ada masalah Aisy minta je bantuan Adyan boleh an"kata Aisy. Aileen hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan.
"baiklah akak akan pegang kata-kata kamu kalau kamu langgar ada hukumannya"kata Aileen senyum misteri dihadiahkan kepada Aisy. Aisy menelan kesat air liurnya apabila mendengar perkataan kakaknya itu.
"majlis pertunangan kamu akak akan tolong sekali jadi Sufiyya kamu fokus sahaja pada pelajaran kamu cuma nanti akak bawa kamu ke tempat kerja akak untuk akak design baju tunang kamu boleh kan"putus Aileen panjang lebar. Suffiya menganggukkan kepala tanda setuju dengan keputusan Aileen itu.
"boleh ke sweethearth nak pergi butik?"tanya Adyan setelah lama ia berdiam diri.
"kenapa tak boleh pula tu kan tempat kerja Aileen?"tanya aileen polos. adyan menepuk perlahan dahinya nampaknya isterinya lupa yang dia diharamkan jejak kaki di butik itu selagi tak habis cuti.
"sweethearth lupa ke yang sweethearth tak boleh pergi ke butik tu selagi tak cukup 3 bulan"jawab Adyan. Aileen terdiam apabila mendengar jawapan suaminya itu.
"macam mana boleh lupa ni"gumam Aileen. ia betul-betul lupa tentang perkara itu.
"kenapa kamu tak boleh pergi butik? kamu kena gantung kerja ke?"tanya puan Amira penuh kehairanan.
"eh tak ibu... afiqah bagi cuti kahwin dekat akak"jawab Aileen gelabah supaya ibunya tidak berfikir bukan-bukan.
"apa lama sangat sampai 3 bulan?"tanya encik Mazlan pula.
"tak tahu lah ayah akak dah bantah tapi tak berjaya"jawab Aileen pasrah.
"habis macam mana nak buat design baju tunang kak Sufiyya?"tanya aira pula.
"kawan mummy ada buka butik nanti abang ad tanya boleh tolong jahitkan baju yang sweethearth design tu" cadang Adyan.
"boleh ke?"tanya aileen
"boleh je lagi pun sweethearth menantu mummy mesti diterima punya"kata Adyan sambil mencuit hidung Aileen. Aileen hanya menganggukkan kepala tanda faham.
---••♡••---
selepas mereka berbincang pasal pertunangan Aisy dan Sufiyya. Aileen terus rebahkan dirinya di katil yang bersaiz Queen itu Adyan hanya menggelengkan kepala lalu ia rebahkan diri di sebelah isterinya lalu ia menarik Aileen ke dalam dakapannya.
"sweety..."panggil Adyan manja
"hmm.. nak apa hubby"tanya aileen sambil bermain rambut perang suaminya itu
"nak sweety boleh"kata Adyan mengoda. merah padam muka Aileen apabila mendengar permintaan suaminya itu.
"tak, hubby lupa ke Aileen kan bulan merah"kata Aileen. adyan terus bangun dari baringan lalu ia ke balkoni bilik.
"lah merajuk lagi ke suami aku ni"kata aileen dalam hati ia turun dari katil untuk memujuk suaminya itu.
"alaaa... hubby bukan Aileen tak bagi.. tapi keadaan yang tak benarkan. nanti Aileen habis bulan merah Aileen bagi okay"pujuk Aileen
"promise"kata Adyan sambil merapatkan jarak mereka.
"promise.. dah jangan merajuk nanti tak hensem suami Aileen"kata Aileen sambil memeluk leher suaminya itu.
adyan tersenyum lalu ia mengucup sekilas bibir Aileen. Aileen terkejut dengan tindakan suaminya itu lalu menyorokkan mukanya di celah leher Adyan.
"ala.. sweethearth malu ke"usik Adyan.
"hubby jahat"kata Aileen sambil menumbuk lembut dada bidang suaminya itu.
"dah jom masuk tido esok sweethearth sibuk" kata Adyan sambil menarik Aileen masuk ke dalam bilik. esok Aileen akan membuat design baju tunang untuk Sufi.
2 minggu kemudian
-------------------------------
hari ini mereka sekeluarga akan ke kampung halaman puan Amira di Perlis mereka menaiki 3 buah kereta Aisy,puan Amira, encik Mazlan, Aisya dan Aira naik kereta Perodua Alza Adyan dan Aileen naik kereta Honda Civic dan satu buah lagi adalah kereta keluarga Sufiyya.
perjalanan mengambil masa 13 jam untuk sampai ke destinasi tersebut. masuk sahaja ke pangkaran kampung puan Amira mereka disambut oleh puan Asiah dan encik Farid iaitu ibu dan ayah puan Amira.
"assalamualaikum, mak abah sehat"kata Puan Amira sambil menyalam tangan kedua orang tuanya dan disusuli oleh yang lain.
"Aileen ni ke cucu menantu tok wan"tanya puan Asiah apabila Adyan menyalam tangannya.
"ye tok wan nama dia Adyan"jawab Aileen lembut. puan Asiah menganggukkan kepala tanda faham.
"mana bakal cucu menantu abah yang hang cerita semalam Mira?"tanya encik Farid.
"ni mak abah nama dia Sufiyya Maisara" kata Puan Amira sambil menarik lembut Sufi yang tidak jauh darinya.
Sufi menyalam tangan puan Asiah.
"cantik orangnya kamu jumpa di mana ni Aisy?"tanya puan Asiah.
"kak Sufi ni sebenarnya senior Aira dan Aisya"kata Aira.
"abang jumpa dengan kak Sufi waktu abang nak ambil Aisya di kolej" kata Aisya pula.
"dah la mari masuk dalam yang lain tengah menunggu kamu semua"kata encik Farid.
semua menganggukkan kepala lalu membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah itu.
---••♡••---
selepas solat maghrib mereka makan malam dan solat isya' berjemaah bersama yang diimamkan oleh Adyan. mereka semua buat kerja masing-masing sementara adik beradik puan Amira balik ke rumah masing-masing.
"ibu ada nampak Aileen tak?"tanya Adyan pada puan Amira yang sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama puan Asiah.
"Aileen dekat luar katanya nak ambil angin" jawab puan Asiah matanya masih fokus menonton televisyen itu. Adyan hanya menganggukkan kepala lalu ia membuka langkah untuk ke luar untuk mencari isterinya.
Aileen sedang berada di belakang rumah puan Asiah dia mengambil angin di sawah padi pada waktu malam ia sangat la tenang. Aileen terkejut apabila ada sesuatu yang melingkari pinggangnya.
"sweethearth buat apa di luar malam-malam? hm."tanya Adyan separa berbisik pada telinga Aileen.
"saja ambil angin malam hubby pula buat apa di sini"tanya Aileen pula.
"saja rindu sayang"jawab Adyan pelukan di pinggang Aileen diperketatkan sedikit supaya Aileen tidak boleh bergerak.
"kenapa sweety suka tengok bulan dari tengok hubby hm?" tanya Adyan dengan nada tidak berpuas hati.
"sebab dekat bulan tu ada kenangan Aileen dengan seseorang" jawab Aileen. berkerut dahi Adyan apabila mendengar jawapan Aileen itu. siapa orang itu? lelaki atau perempuan? apa hubungan mereka?.
Adyan memusingkan tubuh Aileen kearahnya lalu ia mengangkat kepala Aileen untuk.melihat iris birunya.
"siapa dia? lelaki atau perempuan? apa hubungan sweethearth dengan dia sampai sweethearth terfikirkan dia? sweethearth tau kan sweethearth dah ada suami?" soal Adyan bertalu-talu dengan nada tertahan dari menengking Aileen.
Aileen tergelak kecil apabila disoal oleh adyan. ia tahu sangat yang suaminya itu jelous dengan si 'dia'. senyum Aileen berubah mendur ia tidak pasti mahu bagitau Adyan tentang 'dia'.
"sweethearth hubby tanya ni kenapa tak jawab? mesti dia tu lelaki kan?" bengang Adyan apabila Aileen tidak menjawab soalannya tapi malah termenung.
Aileen tersedar lari lamunannya lalu ia menggosok kedua pipi Adyan untuk meredakan kemarahan suaminya itu.
"hubby tak perlu la cemburu yang Aileen fikirkan adalah perempuan dia kawan baik Aileen waktu kecil. Aileen... Aileen cuma rindu dia saja." kata Aileen dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
"kalau sweety rindu kenapa tak jumpa je, whatsapp ke call ke?." tanya Adyan sambil membawa turun tangan Aileen dari pipitnya. Aileen tidak membalas hanya terukir senyuman pahit sahaja.
________________________________________________________
bersambung...
Share this novel