puan Amira bercekak pinggang dan di depannya ada Adyan dan Aileen yang memandang lantai. tajam sahaja matanya memandang dua pasangan itu.
terkejut ia apabila nak mengejut Aileen untuk sarapan tapi tak ada dibilik rupa-rupanya mereka tidur sebilik semalam dengan berpelukan.
"siapa yang nak explain dulu?" tanya puan Amira dingin.
"ibu ni bukan salah Adyan. ni salah Aileen semalam Aileen tak boleh tidur jadi Aileen masuk bilik Adyan senyap-senyap." jujur Aileen.
"betul ke Adyan?" Adyan balas dengan anggukan kepala. ia pun tidak sadar bila isterinya masuk dan tidur disebelahnya terkejut juga ia apabila hendak menunaikan solat subuh.
"haih... kenapa kamu tak panggil ibu Aileen." ngeluh puan Amira.
"Aileen tak nak ganggu ibu tidur sebab tu Aileen masuk bilik Adyan." balas Aileen.
"lagi pun Aileen rindu nak peluk suami Aileen dah 32 hari dah Aileen tak peluk suami Aileen." sambung Aileen. semalam ia mimpi dimana Melissa ditikam sebab itu ia masuk ke bilik Adyan hanya Adyan sahaja yang berjaya mengusir mimpi ngeri itu.
Adyan yang mendengar perkataan isterinya itu sedaya upaya menyembunyikan senyuman dari terlakar dibibirnya.
"haih.. sabar la kakak tak lama dah lepas tu nak buat apa buat la. ada lagi baki lapan hari selepas itu kakak nak peluk Adyan peluk la sepuasnya." kata puan Amira. Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja.
hilang sahaja bayangan puan Amira Adyan mendekati isterinya lalu ia memeluk isterinya dari belakang.
"kenapa hubby?" tanya Aileen terkejut ia apabila Adyan berbuat begitu.
"rindu." rengek Adyan.
"sabarlah ada lapan hari lagi lepas tu hubby nak peluk Aileen peluk la." pujuk Aileen ia meniru semula ayat ibunya tadi.
Adyan mengeluh lalu ia melepaskan pelukan itu sebelum ia kena ceramah oleh ibu mertuanya.
"hubby..." leret Aileen memanggil suaminya.
"hmm..." acuh tak acuh Adyan membalas.
"Aileen nak kek coklat boleh tak." pinta Aileen manja.
Adyan hanya balas dengan gelengan sahaja bukan ia tidak bagi tapi isterinya masih dalam pantang.
cemberut muka Aileen apabila Adyan tidak menunaikan permintaannya yang satu itu.
"lagi lapan hari sweethearth lepas tu sweethearth nak makan kek makan la tapi hubby tetap akan control manisan sweethearth." kata Adyan. muncung bibir Aileen apabila suaminya perkena ia dengan ayatnya tadi ini tidak adil!!
---••♡••---
beberapa hari kemudian
------------------------------------------
Aileen keluar dari bilik lalu ia turun ke bawah untuk mencari ibunya.
apabila telah jumpa ia mendekat ibunya yang sedang menyiram pokok bunga.
"ibu Aileen nak keluar jumpa kawan sekejap." pinta Aileen. Puan Amira menutup air lalu ia memandang putri sulungnya mentang-mentang dah habis pantang terus nak keluar.
"hmm.. Adyan tahu tak kamu nak keluar ni?" tanya puan Amira.
"tau Aileen dah minta sebelum Adyan pergi kerja ni Aileen nak bagi tau ibu takut nanti ibu ingat Aileen kena culik pula." jawab Aileen. puan Amira menganggukkan kepala tanda faham.
Aileen menyalam tangan ibunya lalu ia berlalu pergi untuk berjumpa kawannya.
Aileen berhentikan kereta didepan pagar lalu ia menutup enjin kereta dan keluar dari perut kereta.
Aileen menekan loceng di tepi pagar besar itu.
apabila pagar itu telah buka Aileen masuk ke dalam ia disambut oleh kakak angkatnya iaitu Lauren dan Dahlia.
"Assalamualaikum, maaf Aileen lambat." kata Aileen.
"tak apa, mari masuk." pelawa Lauren. Aileen menganggukkan kepala lalu ia masuk ke dalam rumah.
"sunyi je rumah akak anak-anak mana?" tanya Aileen apabila rumah itu terasa sunyi.
"anak-anak ada main dekat tingkat atas nanti mereka turun la tu. Aileen dan kak Lauren duduk la dulu lia nak ke dapur buat air sekejap." ujar Dahlia lalu ia masuk ke dapur untuk menghidangkan makanan dan minuman.
Aileen dan Lauren menganggukkan kepala tanda faham lalu mereka bergerak ke ruang tamu. Aileen mengambil tempat di sofa panjang manakala Lauren mengambil tempat di sebelah kiri Aileen.
"Aileen macam mana okay?" tanya Lauren. terkejut ia apabila dapat berita ya g Aileen keguguran.
"okay je akak walaupun ada rasa sedih tapi Aileen tahu semua ni berlaku mesti ada hikmahnya." balas Aileen perlahan. Lauren menganggukkan kepala ia kagum dengan Aileen walaupun masih muda ia kuat untuk menempuh ujian ini walaupun mentalnya terganggu dengan masa lalu ia tetap teruskan hidup.
"sabar la Aileen nanti kalau ada rezeki dapat la." pujuk Lauren.
"Aileen terfikir buat masa ni tak nak mengandung lagi." kata Aileen.
"kenapa?" tanya Dahlia ia meletakkan dulang di meja yang ada di ruang tamu lalu ia fokus pada Aileen.
"Aileen nak selesaikan masa lalu dulu baru Aileen nak ada anak. Aileen tak nak anak Aileen cedera hanya sebab masa lalu Aileen yang tak selesai lagi. Aileen nak tamatkan semua ini secepat mungkin." terang Aileen agar kakak angkatnya tidak berfikir bukan-bukan.
"kalau itu keputusan kamu kami setuju tapi suami Aileen tahu dah ke dengan keputusan Aileen?" tanya Lauren.
"ha'ah mesti dia akan tanya kenapa Aileen tak nak mengandungkan keturunan dia? Aileen masih tak buka kan hati dekat dia ke?" tanya Dahlia.
"tak Aileen dah buka hati dekat Adyan kalau pasal mengandung tu Aileen akan cuba bincang dengan Adyan." balas Aileen.
"kenapa Aileen tak nak cerita tentang masa lalu Aileen?" tanya Lauren
"tak nak nanti Adyan masuk campur Aileen tak nak dia cedera." bantah Aileen.
"tapi dia suami Aileen dan dia ada hak." pujuk Lauren.
"Aileen tahu cuma bukan masanya lagi Aileen masih takut nak cerita pada orang." balas Aileen.
"yelah kalau macam tu." akhirnya Lauren hanya pasrah sahaja.
"umi...."
"kakak...."
Darren dan Dhiya menjerit lalu naik ke atas riba Aileen.
Aileen memeluk dua si kecil itu lalu ia menghadiahkan ciuman di dahi mereka berdua.
"umi.. bila umi sampai?" tanya Dhiya.
"hmm.... 25 minit yang lepas." jawab Aileen.
"kakak kenapa Dhiya panggil kakak umi sedangkan Darren panggil kakak? kakak tak nak jadi umi Darren ke?" tanya Darren sayu.
Aileen melihat ke arah Lauren ia teragak-agak untuk menerima permintaan si kecil. Lauren menganggukkan kepala kecil supaya Aileen setuju dengan permintaan anaknya.
"okay umi akan jadi umi Darren macam mana umi jadi umi Dhiya." kata Aileen.
"yeay... Darren ada umi macam Dhiya Julien." riang si kecil manakala Dhiya masam mencuka mukanya kerana Darren seperti merampas kasih sayang Aileen dari dirinya.
mereka bertiga tergelak kecil dengan tingkah Darren.
Share this novel