"hubby... pasti ke nak pergi kerja hari ni!" kata Aileen dengan suara sedih.
"ye sweethearth. jangan risau okay itu mainan mimpi je." kata Adyan. Aileen tidak membalas matanya mulai berair.
"macam mana kalau jadi betul! Aileen dah mula tak sedap hati lah hubby.." ujar Aileen. semalam ia bermimpi badan Adyan penuh dengan darah.
Adyan menarik Aileen ke dalam dakapannya tangannya menepuk belakang isterinya untuk menenangkan isterinya.
"sweethearth jangan risau okay hubby tak akan apa-apa." pujuk Adyan lagi untuk menenangkan hati isterinya. Aileen hanya menganggukkan kepala sahaja.
"nanti dah sampai butik inform hubby ye." pesan Adyan. Aileen balas dengan anggukan sahaja. Adyan mencium ubun-ubun isterinya lalu masuk ke dalam kereta.
Aileen menghantar suaminya dengan pandangan mata sahaja dalam hati ia tidak henti-henti berdoa agar suaminya selamat.
sampai sahaja di butik Aileen terus masuk ke butik ia terus ke dapur untuk membuat air. semua kehairanan apabila melihat tingkah Aileen itu selalunya Aileen pasti akan menyapa mereka tapi hari ni pelik ada apa-apa berlaku ke?
"Aileen kau okay ke? masam je muka kau?" tegur Afiqah risau ia apabila melihat keadaan Aileen itu.
"okay je." balas Aileen senyuman tawar dihadiahkan pada Afiqah.
"kau pasti ke? kalau ada apa-apa jangan pendam cerita je kami semua sedia mendengar." kata afiqah.
"aku okay je jangan risau ye." kata Aileen. afiqah mengeluh tiada guna memaksa Aileen untuk luah kerana Aileen tak akan mudah mengubah keputusannya.
"okay lah aku sambung kerja kalau ada apa-apa cari je aku." kata afiqah dan berlalu pergi untuk menyambung kerjanya.
Aileen tidak membalas malah ia merenung air coffee yang ia buatnya tadi. hati ia masih tidak sedap hati ia yakin akan ada perkara buruk berlaku tapi ia tidak tahu bila?
"ya Allah kau lindungilah orang-orang yang aku sayang jangan lah bagi mereka ditimpa bahaya." doa Aileen lalu ia menghabiskan airnya.
apabila Aileen hendak membasuh cawan entah macam mana cawan itu jatuh menyembah tanah. Aileen mengundur ke belakang kerana terkejut.
"akak kenapa ni?" soal Sofea apabila ia mendengar suara pecahan dari dapur.
"ya Allah akak macam mana cawan boleh pecah!?" soal Sofea ia menarik Aileen agar Aileen tidak terpijak kaca.
"tak tahu akak nak basuh tiba-tiba cawan tu jatuh." terang Aileen. Sofea menganggukkan kepala tanda faham lalu ia mengambil penyapu untuk membersihkan kaca itu.
"eh.. Fea jangan buat biar akak yang buat lagi pun cawan ni pecah sebab akak juga." kata Aileen apabila ia hendak merampas batang penyapu itu Sofea menghalang.
"tak apa akak Fea boleh buat akak duduk je." tolak Sofea. Aileen hanya mengeluh lalu ia duduk semula di kerusi.
sedang Aileen melamun telefonnya berbunyi minta untuk diangkat. Aileen mengambil telefonnya lalu butang hijau diseret ke tepi.
"ye saya. ini siapa?" Sofea hanya membuat kerjanya sahaja. selesai sahaja mengemas Sofea buang kaca itu ke tong sampah lalu ia menyimpan batang penyapu dan penyodok di tempat asal.
"astagfirullah.." mengucap Aileen ia rebah rebah ke tanah air matanya laju menurun. Sofea terus menghampiri Aileen.
"kak kenapa ni?" soal Sofea kerisauan. Aileen menyeka air matanya lalu ia berdiri.
"Fea akak balik dulu tau nanti tolong inform dekat Afiqah ye." pesan Aileen ia terus mengambil sling begnya lalu keluar dari butik.
tidak sempat Sofea bersuara Aileen telah meninggalkan dirinya di dapur.
"Fea Aileen nak ke mana?" soal Qistina sebelum ia masuk ke dapur ia terserempak dengan Aileen bergegas keluar dari butik tidak sempat ia mahu menyapa.
"tak tau la kak Qis bila Fea tanya kak Aileen tak jawab pun." jawab Sofea. Qistina hanya menganggukkan kepala tanda faham.
Adyan Rayden p.o.v
---------------------------------
"baik lah Tengku kita jumpa esok hari di syarikat Tengku." kata Datuk Ridhuan sambil bersalaman dengan Adyan.
"ye baik Datuk." Adyan menyambut huluran Datuk Ridhuan. Datuk Ridhuan beredar dari situ. Adyan terus melabuhkan punggung di kerusi semula.
"Ad kau okay ke?" tanya Rifqi.
"entah la rif isteri aku beberapa hari ni asyik mimpi ngeri je." kata Adyan. berkerut dahi Rifqi apabila mendengar jawapan sahabatnya itu.
"maksud kau?" Adyan mengeluh lalu ia perbaiki kedudukannya.
"isteri aku mimpi badan aku penuh dengan darah. pagi tadi pun dia halang aku pergi kerja sebab dia rasa tak sedap hati. pagi tadi pun aku pujuk dia kata itu mainan mimpi baru dia bagi aku pergi kerja." cerita Adyan.
"aku tak rasa itu mainan mimpi Ad. kadang-kadang apa yang isteri kau mimpi boleh jadi kenyataan. kita tak tahu masa depan macam mana?" ujar Rifqi. Adyan menganggukkan kepala tanda setuju dengan ujaran Rifqi.
"hmm.. tapi siapa yang nak buat aku bukan ada musuh dah nak kata isteri aku lagi la tak hubungan dengan dunia gelap pun tak ada." kata Adyan.
"macam mana kau tau isteri kau tak ada kaitan dengan dunia gelap?" tanya Rifqi pelik. siapa tidak pelik Aileen kenalan lama Izz mesti Aileen ada kaitan dengan dunia gelap tanpa pengetahuan family Aileen.
"Izz bagi tau." kata Adyan ia ada tanya Izz sewaktu ia mahu mencari maklumat Aileen lebih dalam. Rifqi menganggukkan kepala tanda faham.
"dah la aku balik syarikat dulu. kau nak balik sekali atau tunggu seseorang?" tanya Adyan.
" balik la dulu nanti ayah aku nak datang." balas Rifqi. Adyan menganggukkan kepala tanda faham lalu ia bangun dari duduknya.
Adyan bersalaman dengan Rifqi lalu ia keluar dari restoran itu.
masuk sahaja ke perut kereta Adyan menghidupkan enjin kereta lalu meluncur pergi.
sedang Adyan fokus memandu telefonnya berdering minta diangkat. Adyan mengambil telefon yang ada disebelahnya apabila Adyan hendak mengangkat panggilan itu tiba-tiba..
pin!!!
truk itu laju meluncur ke arah Adyan.
Adyan memusingkan stereng ke arah kiri lalu ia terlanggar tiang lampu manakala truk itu terbabas ke jalan sebelah.
semua kereta yang di depan dan dibelakang berhenti dan menghampiri kereta dan truk itu untuk membantu.
sedang yang lain sibuk menyelamatkan orang yang ada di kenderaan ada seorang figura lelaki perhati dari kerumunan orang ramai ia tersenyum sinis.
"I hope you like the gift my boss gave for you, Aileen Medyna." figura lelaki itu terus pergi dari situ sebelum ada yang berasa curiga akan dirinya.
---••♡••---
sampai sahaja di hospital Aileen terus ke tempat di mana yang lain menunggunya. ia telah menelefon keluarganya dan suaminya apabila mendapat berita itu.
"ibu ayah!! daddy mummy!!" panggil Aileen lalu ia menyalam tangan mereka berempat.
"Aileen kamu datang juga risau mummy bila kamu tak sampai-sampai lagi." kata puan Marina dengan nada risau.
"maaf mummy jalan jammed tadi." kata Aileen sebaik mungkin ia menahan air matanya dari menurun.
"Adyan macam mana mummy?" tanya Aileen.
"masih tak dapat apa-apa berita lagi dari doctor kamu sabar ye Aileen." kata Tengku Athif sambil menggosok kepala menantunya yang dibaluti shawl itu. Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja lalu ia duduk di kerusi yang telah disediakan di hospital itu.
beberapa minit kemudian Izz dan Dahlia datang. Dahlia mengambil tempat disebelah Aileen lalu ia menarik Aileen ke dalam dakapannya ia tahu Aileen masih terkejut dengan apa yang terjadi ini.
sejam menunggu masih tidak dapat apa-apa dari doctor. Aileen bangun dari duduknya lalu ia minta izin untuk mengambil angin. yang lain membenarkan sahaja mereka tahu Aileen perlukan masa.
sampai di taman yang ada hospital Aileen berjalan tatapan matanya kosong ia tidak tahu mahu ke mana dan buat apa? tiba-tiba ada suara memanggilnya.
"Aileen.." sayu sahaja suara lembut itu memanggil namanya. Aileen melihat gerangan yang memanggil namanya lalu ia terus masuk ke dalam dakapan suara itu dan air matanya jatuh jua.
Melissa menepuk belakang sahabatnya untuk memberi kekuatan ia sedih dengan apa yang berlaku pada sahabatnya ini.
dengar sahaja yang Adyan accident Melissa mengikuti Izz dan Dahlia ia tahu Aileen perlukan bahu untuk menangis. Aileen tak akan nangis di depan orang ramai kerana tak ingin membuat orang lain risau.
"mel.. hisk.. su.. suami aku.." adu Aileen air matanya mengalir lagi. Melissa hanya mampu mengangguk kepalanya saja ia tidak tahu mahu membalas apa air matanya turun jatuh.
"sabar Ai aku yakin semuanya baik-baik saja. suami kau kuat Ai kau jangan risau okay?" pujuk Melissa.
selepas 25 minit Aileen menangis Melissa membawa Aileen duduk di taman ia memberi air calpis perisa mangga pada Aileen.
"kau nak cerita apa yang berlaku?" tanya Melissa. Aileen merenung lama air yang ada di genggamannya.
Aileen menceritakan semua apa yang ia rasa dari mula mimpinya beberapa hari lalu hingga suaminya accident. Melissa hanya menjadi pendengar.
"aku rasa dia yang rancang semua ni?" yakin Aileen. ia pasti yang merancang kemalangan suaminya ini ada kaitan dengan 'dia'.
"kau pasti ke? aku bukan apa kita pun tahu yang suami kau accident sebab nak elak dari kena langgar truk." kata Melissa.
"aku pasti. dia tu licik kalau strategi dia macam musuh suami aku tak apa senang kita nak dapat dia tapi tak." kata Aileen. Melissa hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan perkataan sahabatnya itu.
lelaki itu terlalu licik sehingga menyebabkan persahabatan yang harmoni boleh jadi pergaduhan besar.
"apa rancangan kau? dia tak akan mudah ditangkap kalau tiada rancangan yang sempurna. kalau sempurna pun rancangan kita kena sedia juga rancangan lain mana tahu ada rancangan kita tu tak ikut apa yang kita sangka." ujar Melissa. Aileen menganggukkan kepala tanda setuju dengan pendapat sahabatnya itu.
"aku tak pasti lagi. tapi yang aku tahu aku akan cuba sehabis baik untuk perkara lama tak terulang kembali." kata Aileen memberi semangat pada dirinya sendiri.
"hey! long time no see, how are you two?" tegur figura itu. Aileen dan Melissa melihat figura yang menegur mereka. terkejut mereka apabila figura yang menegur itu adalah orang kanan si 'dia' Theodor Valte.
Aileen menarik Melissa ke belakangnya agar Melissa tidak tercedera. manakala tangan lagi satu masuk ke dalam sling beg untuk jaga-jaga kalau lelaki di depan mereka menyerang.
"what do you want?" soal Aileen dingin.
"There is nothing wrong with meeting old acquaintances." jawab Theodor. Aileen tersenyum sinis sejak bila mereka rapat pun ia tidak tahu.
"we are not that close until we want to meet." balas Aileen dingin.
"right, but it's not wrong if I want to give a ready warning." ujar Theodor. ternaik alis Aileen dan Melissa apabila mendengar ujaran Theodor.
"I want to warn you to take care of each other, my leader has played again, I can't wait to see you all destroyed one by one." ujar Theodor sinis.
"why did you tell us?" soal Aileen kehairanan selalunya kalau nak buat jahat tak akan bagi tau musuh sendiri rancangan mereka ini terbalik?
"just to make this game more interesting than four years ago even if it was still satisfying for a moment." kata Theodor. terkejut mereka berdua apabila mendengar perkataan Theodor itu nampaknya permainan kali ini lebih bahaya dari empat tahun lepas.
"goodbye see you later." Theodor berlalu pergi puas hatinya apabila melihat muka cuak kedua gadis itu.
___________________________________________
bersambung...
Share this novel