bab 28

Romance Series 12074

selepas pulang dari masjid Adyan masuk ke rumah niat asalnya mahu bermanja dengan isteri tapi isterinya tidak ada dibilik kemana isterinya pergi? nak kata keluar tidak ada pula masej dari isterinya.

adyan mencari satu rumah tapi tidak jumpa akhirnya ia buat keputusan untuk tanya puan Amira di mana isterinya berada.

"ibu ada nampak Aileen tak? adyan dah cari satu rumah tapi tak jumpa."tanya Adyan sambil mengambil tempat di sebelah adiknya Areeq.

"Aileen pergi rumah maksu dia kalau kamu nak jumpa dia pergilah rumah maksu belakang rumah tok wan je" kata puan Amira. Adyan menganggukkan kepala tanda faham lalu ia bangun dari duduk untuk pergi ke rumah puan Mariam iaitu adik kepada puan Amira.

"assalamualaikum.."

"walaikumusalam... ouh ad cari Aileen ke?." kata puan Mariam yang sedang menyiram pokok bunga.

"iye maksu, Aileen mana?."tanya Adyan.

"Aileen ada dekat belakang rumah maksu tengah main dengan Nina kamu pergilah" kata puan Mariam.

"baik maksu, ad pergi dulu ye." pamit Adyan lalu ia membuka langkah untuk pergi ke Aileen. sampai sahaja di belakang rumah terkejut Adyan apabila ular sawa batik ada di depan Aileen.

"sweethearth hati-hati" jerit Adyan.

Aileen yang mendengar jeritan Adyan terus berbalik untuk melihat suaminya.

"eh hubby bila sampai?" soal Aileen dengan tenang. sambil baling bola ke ular sawa itu.

berkerut dahi Adyan apabila melihat Aileen main bola dengan ular itu? tadi Maksu kata Aileen main dengan Nina? tak akan Nina ni ular?.

"sweethearth kenapa ada ular di sini? tadi Maksu kata sweethearth main dengan nina?." tanya Adyan pelik.

"memang Aileen main dengan Nina. ni la Nina ular sawa Maksu. kenapa hubby ingat Nina tu apa?" jawab Aileen yang berbaur soalan.

"Nina ni ular hubby ingat Nina tu anak maksu"kata Adyan sambil menggosok belakang lehernya.

"anak maksu? Maksu mana ada anak nama Nina Zara adalah" kata Aileen.

"ouh... mana lah hubby tau tak ada siapa bagi tau hubby yang Maksu bela ular" kata Adyan.

"hubby ada apa cari Aileen?." soal Aileen.

"saja nak manja ngan isteri hubby kenapa tak boleh ke?." tanya Adyan sambil tangan menyilang di dadanya.

"boleh je tapi kat bilik la ni dekat luar mana boleh." kata Aileen.

"kalau macam tu jom lah" ajak Adyan.

"sekarang?."

"iye sekarang tak kan esok kot"

"hubby nak try peg---."

"tak" jawab Adyan laju tanpa sempat Aileen habiskan percakapannya.

"kenapa?."

"tak ada apa."

"betul ke."

"betull..." kata Adyan.

"okay hubby tengok ni" Aileen terus berada di depan Adyan entah bila dia berjalan.

"arghhh.... jangan..."jerit Adyan dan mengundur jauh dari Aileen.

"hubby... hubby takut ular ke!!!." kata Aileen ia agak terkejut. tak sangka suaminya takut ular!!!.

"ma.. mana ada."nafi Adyan. Aileen tersenyum jahat lalu ia letak Nina di bawah.

"sweethearth jangan letak dia di bawah!!!." belum sempat Aileen letak Nina di bawah Adyan telah melarang.

"okay okay..." Aileen angkat semula lalu ia pusing untuk letak Nina di sangkarnya semula nanti kacau lebih-lebih tak pasal-pasal kena cubit dengan puan Amira.

"jom hubby." kata Aileen selepas ia letak nina di sangkar.

"maksu Aileen dan Adyan balik dulu tau." kata Aileen. apabila ia melihat mak sunya tengah menyapu depan rumah.

"iyelah. hang dah letakkan Nina di sangkar semula kan? kalau tak letak pi letak nanti dia makan ayam jiran tak pasai-pasai jiran tu bising nanti." tanya puan Mariam.

"dah Maksu jangan risau." kata Aileen.

"haa.. yelah dah pi balik." halau puan Mariam.

"amboi Maksu halau nampak."

"memang Maksu halau pon. dah pi" halau puan Mariam lagi.

"yelah" dengan malas Aileen buka langkah untuk pulang.
°
°
°
"sweethearth memang suka pegang haiwan liar ke?."tanya Adyan yang sedang baring di riba Aileen. masuk sahaja ke dalam rumah Adyan terus menarik Aileen masuk ke bilik siap kunci pintu lagi katanya tak nak ada orang kacau masa mereka berdua.

"ha'ah... Aileen terikut atuk kot. kalau tak ikut pun Aileen tetap suka haiwan liar sebab comel."Jawab Aileen sambil menggosok kepala Adyan.

"ouh... patut lah bila sweety jumpa Leo dan Libra sweety gembira tak takut."

"hehe... kenapa hubby pelik ke.?."

"ha'ah.. waktu hubby bawa Leo ke markas semua anak buah hubby takut setiap kali hubby suruh hantar makanan pada Leo mereka mesti tak mau mereka akan berdiri 3 meter supaya Leo tak baham mereka." cerita Adyan. Aileen tergelak apabila mendengar cerita Adyan. tidak sangka anak buah Adyan yang badan besar tapi takut pada kucing besar itu.

"ryna takut tak?."

"takut... dia tak pernah datang markas sejak hubby bela Leo."

"ouh..."

"Aileen nak tanya hubby boleh tapi kena jawab jujur"

"boleh apa dia?"

"hubby takut ular ke?."

"ma--"

"aip.. janji dah kan kena jawab jujur." kata Aileen tegas. ia tahu sangat suaminya mahu menipu.

"huh.. ye hubby takut dulu hubby pernah kena gigit ular tedung sejak tu hubby takut dengan ular." cerita Adyan. Aileen terkejut apabila mendengar cerita suaminya itu tak pernah dia tahu Adyan pernah digigit ular.

"sakit tak huuby?." soal Aileen.

"tak geli" sindir Adyan. Aileen terus masam mencuka apabila Adyan menyindirnya. Adyan mencuit hidung Aileen apabila wajah Aileen masam mencuka.

"sakitlah sweethearth.. kalau tak sakit tak adanya hubby takut ular." ujar Adyan. Aileen hanya menganggukkan kepala tanda setuju apa yang suaminya katakan.

"tak sangka kan ketua mafia black shadow takut ular tak sabar nak cerita dekat anak buah hubby." usik Aileen dengan tawa kecil. Adyan bangun dari baringan lalu ia terus menindih Aileen tanpa amaran. Aileen telah kecut perut apabila Adyan menindihnya.

"sweethearth gelakkan hubby hm... nak kena denda ni."

"tak hubby Aileen gurau je jangan la." kata Aileen ia betul-betul takut sekarang ni. apabila Adyan hendak mengucup bibir mungil Aileen tiba-tiba pintu bilik diketuk Adyan merengus geram apabila ada orang mengacau daun itu.

"agrhh... kacau daun sungguh la." rengus Adyan kasar. Aileen tergelak kecil nasib lepas kalau tak...

"nak apa?." tanya Adyan dingin apabila ia telah buka pintu bilik itu terpancar adik iparnya iaitu Aisy.

"aaa.... ibu suruh abang ad dan kakak siap kita nak keluar." kata Aisy tanpa rasa bersalah. ia memanggil Adyan dengan panggilan 'abang ad' kerana Adyan telah menjadi abang iparnya dan juga nak hindari dari mendengar puan Amira menceramahinya kerana tidak ada rasa hormat pada orang yang tua walaupun 3 tahun itu.

"okay nanti abang ad ngan Aileen turun." ujar Adyan tanpa nada. Aisy mengangguk kepala tanda faham selepas itu ia berlalu untuk ke dapur.

"kenapa hubby?." soal Aileen.

"ibu suruh kita bersiap nak keluar jalan." jawab Adyan tahan amarah.

"ouh... jomlah hubby nak pakai baju warna apa?." tanya Aileen sambil mencari pakaian Adyan dan untuknya pakai.

"hubby ikut warna yang sayang pakailah." jawab Adyan. Aileen menganggukkan kepala tanda faham lalu ia bawa keluar baju kurta Adyan yang berwarna baby blue dan juga hoddie dan skirt kembang untuk pakaiannya.

"nah hubby." Aileen menghulurkan pakaian itu pada Adyan.

"thanks darling." Adyan mengucup dahi Aileen lalu ia ke tandas untuk bersihkan diri badannya melekit ia tidak selesa.

Aileen hanya menggelengkan kepalanya lalu ia mengunci pintu untuk menyalin pakaiannya itu.

---••♡••---

"yeay.. kita tengok wayang."sorak Aisya, Zara dan Nisa. apabila mereka berjumpa auto jadi budak umur 7 tidak matang... haih...

"aik... jaga perangai, ingat kat luar, bukan kat rumah, jangan nak jadi budak-budak." marah puan Asiah pada 3 cucunya itu.sekarang ni mereka ada di aman central untuk berjalan-jalan di luar sebelum Adyan dan yang lain balik ke KL.

"hehe.... sorry tok wan" kata 3 orang itu.

selepas menonton wayang dan makan mereka pergi ke pantai merdeka pula untuk mengambil angin di situ.

"Aisya, Zara , jom kita tangkap gambar dengan Pikachu tu nak tak." ajak Nisa sambil menunjukkan orang yang pakai costume Pikachu yang tidak jauh dari mereka.

"jom.. Qadri tolong tangkap gambar boleh tak." ujar Zara pada anak sulungnya itu.

"okay ma..." jawab Qadri malas nanti kalau tolak tak pasal-pasal dicap anak derhaka.

"umi taknak join ke?." tanya Qadri.

"tak apa lah syad, syad pergi je kesian mereka tunggu syad."tolak Aileen lembut.Aileen memanggil Qadri dengan nama belakang iaitu Ersyad nama penuh Qadri adalah Qadri El Ersyad cantik kan nama dia. ini Zara punya idea dia mahu anaknya ada 'El' seperti namanya Rafiqah Elzara katanya baru asthethic.

"okay kalau macam tu syad gi dulu." Qadri berlalu pergi untuk menangkap gambar ibu dan 2 orang mak saudaranya itu.

"Aileen ada nampak Yana tak?."tanya puan Aqila iaitu mak ngah Aileen dan adik ipar puan Amira.

"Yana ada dengan Aira mereka tengah cari makanan. mak ngah ada nak apa-apa ke? kalau nak Aileen boleh tolong belikan?." tanya Aileen pada mak ngahnya.

"mak ngah tak nak apa pun suami Yana tu mencari tak jumpa." kata mak ngah. Aileen hanya menganggukkan kepala tanda faham. puan Aqila berlalu pergi tidak mahu menganggu dunia pasangan itu. Adyan hanya melekat pada Aileen dari aman central hingga sekarang langsung tak nak berenggang.

akhirnya mereka tiba di rumah setelah 9 jam jalan di Kedah. Aileen rebahkan diri di katil kerana penat penat..? penat sebab apa pun dia tidak tau padahal yang bawa kereta adalah Adyan dia? dia hanya tidur sepanjang Adyan memandu. Adyan hanya menggelengkan kepalanya sahaja lalu ia mengambil tuala untuk membersihkan diri sebelum tidur.

________________________________________________________

bersambung...

#maaf kalau cerita makin lama makin hambar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience