mall
------
"terima kasih, datang lagi ye" kata perkerja butik itu. Aira hanya balas dengan anggukan lalu ia keluar dari butik tersebut. tiba-tiba...
buk!!
"maaf tuan saya tak nampak tuan"kata aira sambil mengutip barangnya jatuh itu.
"tak apa salah saya juga sebab jalan tak tengok depan" kata suara garau itu sambil menolong mengangkat barang Aira. Aira melihat jejaka itu apabila ia merasa sangat familiar dengan suara garau itu.
"eh... abang Areeq kan? abang Areeq buat apa di sini?"kata Aira dengan nada terkejut.
Areeq p.o.v
-------------------
keluar sahaja dari kedai tanaman Areeq mahu pulang untuk bermain game yang ditundanya.
flashback
----------------
"reeq kamu boleh tolong belikan mummy pasu bunga tak?"pinta puan Marina
"tak boleh mummy reeq tengah lawan dengan musuh, mummy minta tolong Aneeq"kata Areeq yang masih fokus pada gamenya.
"mummy memang nak suruh dia tapi adik kamu tu hilang tak tau pergi mana.. jadi kamu tolong belikan ye"kata puan Marina. Areeq menghela nafas kasar.
"baik mummy"kata Areeq dengan malas lalu keluar dari biliknya puan Marina hanya menggelengkan kepala sahaja.
end flashback
-----------------------
"siap kau neeq aku kerjakan" marah Areeq di dalam hati. tiba-tiba...
buk!!!
"maaf tuan saya tak nampak tuan"kata gadis berpurdah itu sambil mengutip barangnya jatuh.
"tak apa salah saya juga sebab jalan tak tengok depan" kata areeq sambil menolong mengangkat barang gadis tersebut.
"eh... abang Areeq kan? abang Areeq buat apa di sini?"kata gadis itu dengan nada terkejut. Areeq melihat gadis itu hampir terkeluar biji mata Areeq apabila gadis yang ia langgar adalah Aira Munyrah
"abang nak beli barang Aira pula buat apa di sini?"tanya Areeq pula.
"aaa... Aira datang sini nak beli jubah untuk malam ni"jawab Aira.
"malam ni ada majlis apa-apa ke?"tanya Areeq.
"tak. malam ni abang Aisy ada bawa tetamu istimewa tapi tak tau siapa" jawab Aira sambil menggelengkan kepalanya. Areeq menganggukkan kepala tanda faham.
"ni Aira ada nak pergi mana-mana tak? kalau tak ada jom lunch sekali nak"ajak Areeq.
"hmm.. tak ada.. boleh juga kita nak makan dekat mana?"tanya Aira. Areeq sembunyikan senyum apabila Aira setuju dengan ajakannya.
"ikut Aira abang tak kisah"kata Areeq sambil melihat Aira.
"apa kata kita makan di restoran tu"kata Aira sambil menunjukkan restoran yang berada di hujung mall itu. Areeq menganggukkan kepala lalu mereka pergi ke restoran itu bersama.
sampai sahaja di restoran mereka mengambil tempat jauh dari orang ramai. selepas order makanan mereka bersembang sementara menunggu makanan sampai.
"Aira dekat universiti macam mana okay?"tanya Areeq.
"okay je. abang reeq macam mana okay kerja"jawab Aira berbaur soalan.
"okay je"jawab Areeq ringkas.
"akak Aileen macam mana okay? dengar kata kak aileen dan abang Adyan dah duduk rumah sendiri betul ke" tanya Aira. Areeq menganggukkan kepala sebagai jawapan.
"ye mereka duduk minggu lepas.. kak Aileen okay je"jawab Areeq
"hehe nampaknya kak Aileen dah gembira semula"kata Aira teruja. berkerut dahi Areeq apabila mendengar perkataan Aira itu.
"apa maksud Aira kak Aileen gembira semula sebelum ni kak Aileen tak gembira ke?"tanya Areeq ingin tahu.
elok sahaja Aira ingin jawab soalan Areeq makanan mereka pun telah sampai Aira mengucapkan terima kasih lalu ia menyuap keow teow goreng ke mulutnya.
"Aira tak jawab lagi soalan abang"kata Areeq selepas ia mengunyah makanan itu.
"soalan apa?"tanya Aira polos.
"apa maksud Aira yang akak gembira sebelum ni akak tak gembira ke?" Areeq ulang semula soalannya tadi.
"ouhh... akak gembira je sebelum ni cuma... selepas akak balik dari Korea 4 tahun lepas akak banyak diam"jawab Aira.
"kak Aileen buat apa pi Korea?"tanya Areeq.
"kawan baik akak ajak bercuti di sana akak bercuti selama 3 bulan"jawab Aira. Areeq menganggukkan kepala tanda faham.
"kawan akak datang ke waktu majlis kahwin akak?"tanya Areeq.
"tak akak kata dia sibuk tapi Aira tengok macam akak sedih je setiap kali kami cakap pasal kawan dia"jawab Aira.
"kenapa akak sedih mereka gaduh ke?"tanya Areeq lagi. Aira menjongketkan kedua bahunya tanda tidak tahu
"tak tahu abang reeq, kak Aileen tak cerita apapun dekat kita orang. tapi mereka tak pernah gaduh sepanjang mereka berkenalan tak kat gaduh manja tu adalah"jawab Aira. Areeq menganggukkan kepala tanda faham.
"dah makan nanti abang hantarkan Aira sampai ke kereta"kata Areeq. Aira hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
selepas makan Areeq teman Aira hingga ke kereta seperti yang dijanjikan. aira biarkan sahaja Areeq menghantarnya ke kereta.
"ok lah abang Aira balik dulu. nanti jangan lupa kirim salam dekat family abang tau. Aira pergi dulu" pesan Aira lalu ia masuk ke dalam kereta. Areeq hanya balas dengan anggukan sebagai jawapan.
hilang sahaja bayangan kereta Aira Areeq tersenyum kecil lalu ia membuka langkah untuk ke keretanya dengan hati yang gembira
---••♡••---
seperti yang dijanjikan semalam. malam ini Adyan dan Aileen makan malam di rumah encik Mazlan.
"assalamualaikum ayah ibu" ujar Aileen sambil masuk ke dalam rumah itu
"walaikumusalam, ad Aileen sampai dah"kata puan Amira sambil menghampiri pasangan itu. Aileen dan Adyan menyalami tangan puan Amira
"ayah dan aisy mana ibu?"tanya Adyan
"ayah kamu ada dekat atas nanti turun la tu Aisy pula keluar sekejap ada kerja nak diselesaikan katanya."jawab puan Amira. Aileen dan Adyan menganggukkan kepala tanda faham.
"kamu berdua naik bersiap nanti ada tetamu nak datang"kata puan Amira berkerut dahi kedua pasangan itu
"siapa yang nak datang ibu?"tanya Aileen
"adalah nanti kamu tau lah dah pergi naik atas bersiap nanti mereka dah sampai ibu suruh Aisya panggil kamu turun" kata puan Amira berbaur arahan pada pasangan muda itu. Aileen dan Adyan hanya menganggukkan kepala lalu naik ke atas untuk bersiap.
tok!tok!
"assalamualaikum" panggil suara garau itu
" walaikumusalam, sekejap" jawab Aisya sambil membuka pintu
"pak cik dan makcik dah sampai jemput masuk"sambut Aira. kedua pasangan itu masuk ke dalam rumah yang diikuti 3 orang anak mereka.
"makcik pakcik jemput duduk nanti ibu dan akan turun saya minta diri diri dulu ya." kata Aisya lalu ia beredar dari situ.
"nirah Rasyid maaf sebab buat kamu berdua menunggu" kata puan Amira yang diikuti encik Mazlan.
"tak apa kami pun baru je sampai."kata puan Zinnirah.
"mari kita ke dapur untuk makan malam Aisya panggil kakak dan abang kamu turun" kata puan Amira sambil dihujung ayatnya beri arahan pada anaknya. Aisya menganggukkan kepala lalu naik ke atas untuk memanggil kakak dan abang iparnya.
tok!tok!
"akak abang ibu panggil turun tetamu dah sampai"kata Aisya
"okay sya turun dulu nanti akak dan abang turun"kata Aileen.
"okay" lalu Aisya menyusun langkah untuk turun.
"dah hubby jom turun"kata Aileen. adyan hanya menganggukkan kepala lalu mereka keluar dari bilik dan turun ke bawah
"assalamualaikum, makcik pakcik"kata Aileen sambil menyalam tangan puan Zinnirah dan anak perempuannya Adyan pula menyalam tuan Rasyid dan anak lelakinya lalu ia mengambil tempat di sebelah Aileen.
"ni anak kau yang sulung ke Mira?"tanya puan Zinnirah pada puan Amira
"iya ni anak sulung aku Aileen medyna dan ni suami dia Adyan" kata puan Amira. aileen menolong puan Amira hidangkan makan malam
"assalamualaikum eh.. akak bila sampai?"tanya Aisy dengan sedikit terkejut apabila ia masuk ke rumah.
"sebelum maghrib tadi"jawab Aileen datar.
"Aisy baru balik duduk kita nak makan ni"arah encik Mazlan. Aisy mengangguk kepala lalu ia duduk di sebelah Adyan
"Aisy baca doa"arah encik Mazlan lagi Aisy menganggukkan kepala lalu ia membaca doa makan. selepas Aisy membaca doa makan mereka makan bersama.
"Aileen kamu kerja apa?"tanya tuan Rasyid
"fashion designer" jawab Aileen.
"suami kamu pula kerja apa?"tanya puan Zinnirah
"saya CEO syarikat A'R holding's." jawab Adyan.
"kamu anak Tengku Athif Elbert ye" tanya tuan Rasyid. adyan hanya balas dengan anggukan sahaja.
mereka makan dengan gembira. selepas makan mereka berkumpul di ruang tamu untuk bincang tujuan asal mereka datang ke sini.
"pakcik ayah boleh kita ke tujuan asal"kata Aisy sopan.
"iya Aisy, kamu boleh mulakan"kata encik Mazlan. Aisy mengangguk kepalanya lalu ia berdehem.
"okay tujuan kita berkumpul malam ini adalah sebab Aisy akan kahwin" kata Aisy. Aileen hampir tersedak apabila mendengar perkataan Aisy itu. tak sangka adiknya akan kawin.
"kahwin? kenapa akak tak tau yang selama ni Aisy ada pujaan hati?"tanya aileen serius. kesat Aisy menelan air liurnya apabila mendengar pertanyaan kakaknya itu.
"aaa... Aisy lupa"jawab Aisy.
"tak ada soal lupa dalam istilah percintaan Aisy Miftah sebab kita akan anggaukan orang itu setiap masa. siapa bakal adik ipar akak Sufiyya atau Saffiya?" kata Aileen sinis dan dihujung ayatnya terselit soalan.
ia ingin tahu siapa yang akan jadi adik iparnya antara 2 orang kembar itu.
________________________________________________________
bersambung...
Share this novel