"hubby Aileen dah siap buat sarapan!" jerit Aileen sambil meletakkan secawan coffe di meja makan. Adyan keluar dari bilik dia melabuhkan salah satu tempat kosong di meja makan dan menjamah sarapan itu.
Aileen menarik kerusi di hadapan suaminya lalu dia melauhkan punggung disitu.wajah tampan suaminya dittenung dia dapat rasakan yang suaminya sorokan sesuatu darinya.
"hubby?" panggil Aileen. Adyan mengumam sahaja tanpa melihat wajah isterinya.
"hari ni hubby balik makan tengah hari tak?" tanya Aileen. jari diremas entah kenapa dia rasa takut bila berhadapan dengan suaminya.
"tak, kenapa?" tanya Adyan dingin sahaja suaranya.
"Aileen nak hubby teman Aileen lunch rasanya lama kita tak makan sama-sama sebab hubby sibuk dengan kerja." jawab Aileen perlahan sedikit terasa dengan sikap suaminya melayannya. beberapa minggu ni Adyan melayan dia dengan dingin dan setiap pertanyaan dia Adyan hanya jawab beberapa patah perkataan sahaja hubungan dia dengan Adyan seperti goyah sejak datang ke sini.
"makan la sorang macam la tak biasa." kata Adyan dingin dia menyuapkan makanan terakhir di mulut pinggan dan cawan itu dibawa ke dapur untuk basuh. hati Aileen bagai dihiris mendengar balasan suaminya air mata yang bertakung itu ditahan agar tidak mengalir.
usai membasuh pinggan Adyan mengeringkan tangannya yang basah itu. briefcase dan blazer yang ada di sofa diambil. Aileen bangun dan menghapiri suaminya tangan dihulur untuk menyalam suaminya.
lambat Adyan bagi tangannya pada Aileen. selepas Aileen menyalam tangannya Adyan terus keluar dari kondo itu dia tidak mahu duduk di situ lama-lama takut amarahnya meluap pula.
dengar sahaja pintu itu ditutup Aileen terus menghemburkan tangisannya. dia tidak tahu salahnya dimana sehingga Adyan melayannya begitu.
masuk sahaja ke lift Adyan terus menumbuk dinding lift itu dengan kuat. badannya disandarkan di dinding lift lantai dipandang.
"kenapa sweety buat hubby macam ni?" rintihnya. mata dipejam agar air matanya tidak mengalir dia menarik nafas agar dia tidak terlalu ikutkan emosi.
ting!
keluar sahaja dari lift ada seorang figura misteri mehanan laluan Adyan. mukanya ditutup dengan topi dan mask yang berwarna hitam. Adyan melihat figura misteri yang menghalang jalannya ini.
"kau nak apa?" tanya Adyan dingin.
"kau dah tengok gambar yang aku hantar dekat kau?" tanyanya sinis.
"kalau kau nak tahu isteri yang kau anggap baik dan polos itu adalah orang yang kejam dan jahat. dia buat banyak benda buruk di belakang kau semasa kau tak ada di rumah,Adyan. kenapa kau tetap nak bersama dia?" lelaki itu sengaja ingin membuat api kemarahan Adyan menyala. dia mengukir senyuman sinis apabila melihat rahang lelaki itu bergerak.
kau masuk perangkap aku Adyan. kata lelaki itu didalam hati.
"aku tau itu kerja kau! isteri aku bukan macam tu!" bentak Adyan cuba menafikan semua yang lelaki itu katakan padanya.
"ikut kau la Adyan nak percaya atau tak aku hanya nak selamatkan kau dari perempaun ular tu je." lelaki itu terus beredar pergi apabila mendengar tapak kaki ke arah itu. dalam hatinya puas apabila Adyan percaya apa yang dia kata.
Adyan mengepal penumbuknya. mata dipejam dia buntu untuk percayakan siapa? isterinya ataupun lelaki itu. kepercayaan dia pada Aileen makin pudar apabila dia melihat gambar yang sangat menghacurkan hatinya.
"Adyan!!!" panggil Izz dia menepuk bahu Adyan. Adyan memandang ke arah Izz dengan tatapan kosong.
"kau kenapa ni? okay tak? tanya Izz dengan nada keriasauan. Adyan balas dengan anggukan kecil dia membuka langkah ke arah keretanya Izz mengikut langkah sahabatnya dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Adyan.
5 tahun yang lalu
-------------------------
prang!
"kau tak layak hidup!"
"pergi matilah perepuan dah la bawa nasib malang!"
"disebabkan kau isteri aku gugur! kenapa kau tak lindungi Mel, Aileen! apa guna kau kawan baik dia tapi kau tak boleh lindungi dia dari kena tikam!"
"aku percaya kau untuk jaga anak aku tapi apa kau buat! kau nak bunuh mereka!"
setiap kata negatif mula belayar di fikiran Aileen. makin tidak tentu arah Aileen apabila setiap suara itu menyalahkan dia seorang tanpa mendengar penjelasan dia dulu.
"arghhh!!!" barang-barang yang ada dimejanya ditolak kasar. komputer yang rosak itu dibiarkan. rambutnya yang kusut itu dicengkam kuat lalu dia menarik rambutnya sendiri kepalanya yang berdenyut itu dibiarkan. sakit yang dia rasa tidak sesakit hatinya apabila orang menuduh dia pembunuh anak angkatnya sendiri.
tok!tok!tok!
"Aileen buka pintu ni! jangan buat kerja gila Aileen! sayang cepat!" jerit Izz dengan nada kerisauan. ia tidak henti mengetuk pintu bilik itu dia perlu cepat sebelum Aileen buat kerja gila.
"tepi abang biar saya dengan Vivi yang masuk dan uruskan Aileen abang tolong tengokkan Dhiya jangan bagi dia masuk sini!" arah Dahlia apabila berjaya membuka kunci bilik Aileen Dahlia dan Vivi doktor kepada Aileen terus masuk ke dalam bilik itu. Izz terus berlari ke bilik anak gadisnya untuk mengalih perhatian anaknya dari mencari Aileen.
Dahlia dan Vivi mecari figura Aileen di dalam bilik yang gelap itu. kaca yang bertaburan dilantai dilihat mereka perlu berhati-hati agar kaki mereka tidak kena kaca itu.
"Aileen!" panggil Dahlia. pintu balkoni yang terbuka dituju lagsir yang berterbangan itu dialihkan terkejut dia apabila melihat Aileen cuba memanjat palang balkoni itu. dia dengan pantas menarik Aileen dan mendakap Aileen sekuat hatinya.
"lepas! lepas Aileen nak mati Aileen tak layak hidup! semua ni jadi sebab Aileen! kalau Aileen tak jumpa dia Mel tak akan gugur! anak-anak tak akan masuk hospital dan... Fayyadh tak akan mati! lepas!" Aileen meronta di dalam pelukan kakak angkatnya. Dahlia memeluk erat air matanya jatuh menitik apabila mendengar itu. tidak dia sangka Aileen akan buat keputusan bodoh macam ni.
"ya Allah! apa Aileen fikir ni!? Aileen tau tak benda tu berdosa besar! Aileen ingat Allah, sayang. please jangan buat macam ni!" pujuk Dahlia rambut Aileen dielus dengan penuh kasih sayang. Aileen yang meronta di pelukan Dahlia dah mula tenang dia menangis sepuasnya di dalam pelukan itu.
dia penat nak hadap semua ni!
dia benci diri sendiri sebab lemah!
dia benci diri sendiri sebab bodoh!
dia benci diri sendiri sebab tak mampu selamatkan orang yang dia sayang!
Dahlia mengintai apabila Aileen tidak bergerak. bibir itu mengulum senyuman kecil apabila mendengar dengkuran halus itu. dia gembira kerana Aileen telah tenang sekarang tapi... benda ni akan berlaku balik bila Aileen telah mencelikkan matanya.
"Aileen kuat akak yakin! jangan putus asa, ya? akak, Izz dan Mel sentiasa bantu Aileen." bisik Dahlia di telinga kanan Aileen.
"puan kita nak buat apa sekarang?"soal Vivi wajah polos Aileen yang terlelap di pangkuan Dahlia dilihat. jatuh kesian dia pada Aileen tidak sangka gadis seceria Aileen akan sehancur ini. dia rindu senyuman manis gadis ini.
"saya dan Izz akan berpindah kami nak bawa Aileen keluar dari sini saya takut Aileen akan jadi macam sekarang saya dan Izz nak rawat Aileen di negara lain mungkin buat masa ni saya dan Izz tak balik sini dan Malaysia selagi Aileen tak sembuh." jawab Dahlia. dia dan Izz dan incang dan mereka akan bawa Aileen ke Spanyol untuk buat rawatan.
"agak-agaknya Aileen akan senyum lagi tak?" tanya Vivi.
"tak pastilah tapi... kalau dia senyum pun itu sekadar menutup luka dan... senyuman manis tu mungkin tak akan diukir untuk beberapa tahun kedepan." kata Dahlia sayu. Vivi menganggukkan kepala tanda faham ada betul kata Dahlia Aileen mungkin akan tersenyum tapi senyuman itu tak akan manis seperti sebelum ini.
"puan akan berlepas bila?"
"pagi esok lebih cepat Aileen keluar dari sini lebih bagus." kata Dahlia. Vivi menganggukkan kepala tanda faham.
Dahlia dan Vivi memapah Aileen masuk ke dalam. tubuh Aileen diletak perlahan agar Aileen tidak terjaga. Dahlia keluar dari bilik untuk mengambil penyapu manakala Vivi melakukan tugasnya untuk periksa keadaan Aileen.
"Mel... maafkan aku..." gumam Aileen di dalam lenanya. Vivi senyum kecil tapi matanya mengeluarkan permata jernih hati dia sakit melihat keadaan Aileen begini.
"hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah... baru Vivi faham apa yang ibu katakan pada Vivi." gumam Vivi pipi Aileen dielus air mata yang keluar diseka lembut.
"jangan berputus asa Aileen di akhir cerita Aileen akan dapat kemanisan selepas lama Aileen erasakan kepahitan hidup." bisik Vivi dahi Aileen dicium lama memberi kekuatan pada gadis itu.
___________________________________________________________________________________________________________
bersambung...
Share this novel