terkelu mereka apabila Aileen melindungi Adyan dari terkena tembakan Claude yang mengejut itu. Aileen jatuh ke tanah darah mula mengalir keluar di bahagian tembakan.
"sweethearth!!!!"
"Aileen!!!"
Adyan menarik Aileen masuk ke dakapannya lalu ia menutup luka tembakan itu. Claude melarikan diri sebelum Adyan menangkapnya.
"sweethearth!! buka mata honey tolong jangan tinggalkan hubby!!" rayu Adyan dia tidak sanggup untuk teruskan hidup kalau tak ada Aileen.
"Ad kau hantar Aileen ke hospital di sini biar kami yang uruskan." arah Izz. Adyan menganggukkan kepala tanda faham.
"semua kita tamatkan dengan itu Izz pergi tangkap lelaki tak guna tu dia ada hutang belum selesai." arah Adyan dingin. Izz menganggukkan kepala mereka lalu membuka langkah untuk mengejar Claude yang telah melarikan diri itu.
"rif mulakan." arah Adyan menggunakan alat pendengaran. semua lampu di rumah itu terpadam black shadow terus menyerang musuh yang ada berdekatan mereka di dalam gelap itu.
Adyan mendukung Aileen lalu ia keluar dari rumah itu ia perlu cepat sebelum perkara tak diingini berlaku pada isterinya.
masuk sahaja ke kereta BMW X6 Adyan meluncur laju ke hospital. Adyan memotong semua lampu isyarat ia tidak kisah kalau kena saman.
srakh!!
bang!!
bunyi tembakan dan hirisan pisau kedengaran di dalam gelap semua red dragon mati di tangan black shadow. black shadow telah dilatih untuk berlawan di dalam gelap tanpa menggunakan alat mereka juga telah dilatih untuk menghafal setiap ruangan di markas musuh dengan sekali tengok. ia bagai bayangan hitam yang menyerang tanpa sempat musuh bertindak.
"fuh!! lama kita tak main macam ni kan!!" ujar Felix tangannya tidak henti membunuh musuh.
"itulah last kita buat 5 tahun lepas di China." sambung Faiz pula.
"itupun kena minta bantuan mafia di sana." kata Areeq.
"korang fokus jangan bermain kita kena selesaikan cepat!!" arah Izz dingin.
"baik tuan!!!" balas semua kumpulan black shadow.
Aneeq dan Areeq tembak dari kejauhan. mereka menembak setiap musuh yang menyerang tidak ada anak buah black shadow yang terkena tembakan mereka.
sampai sahaja di hospital Adyan meletakkan Aileen di katil yang telah dibawa oleh doktor peribadi yang berkhidmat di keluarganya.
"sweethearth tolong bertahan.. tolong jangan tinggalkan hubby." rayu Adyan. Aileen hanya membalas dengan senyuman sahaja.
"Tengku, Tengku kena tunggu di luar." arah doktor Clara.
"tolong selamatkan isteri dan anak aku." rayu Adyan pada doktor Clara.
"Tengku jangan risau saya akan buat sebaik mungkin." kata doktor Clara lalu ia masuk ke dalam bilik pembedahan.
Adyan terduduk di kerusi yang disediakan di situ. Adyan menyalahkan dirinya kerana tidak mampu melindungi isterinya dari tembakan mengejut itu.
"ya Allah kau selamatkanlah isteri dan anak ku." Adyan tidak berhenti berdoa di dalam hatinya supaya isteri dan anaknya selamat. 40 minit ia menunggu berita dari doktor.
"Adyan!!" Adyan beralih kepada suara yang memanggilnya. Izz dan kawan-kawannya yang lain mendekati Adyan. selepas mereka membunuh red dragon mereka balik ke markas membersihkan diri lalu terus berjumpa dengan Adyan.
"macam mana dengan akak abang?" tanya Aneeq. Adyan hanya mampu balas dengan gelengan kepala sahaja ia tidak ada tenaga untuk bersuara.
"kau berdoa banyak-banyak ye aku yakin Aileen selamat sebab dia kuat." pujuk Izz untuk menenangkan gusaran di hati sahabatnya itu. Adyan hanya balas dengan anggukan sahaja.
"abang kau dah bagi tau mummy dan Aisy belum?" tanya Areeq.
"belum aku tak sempat nak bagitau. kau tolong bagi tau aku nak pergi bersihkan diri sekejap." jawab Adyan lalu ia pergi membersihkan diri. ia mengambil baju salinan di Rifqi.
"baik.." balas Areeq lalu ia menghubungi keluarganya dan keluarga Aisy.
beberapa minit kemudian keluarganya dan Aisy telah sampai di hospital. mereka mendekati Izz dan yang lain untuk mendengar kabar Aileen.
"Izz!!! macam mana dengan akak aku?" tanya Aisy.
"doktor tak keluar lagi." jawab Izz. Aisy mengeluh kasar terkejut dia apabila dapat berita yang kakaknya masuk hospital.
"mana Adyan Izz?" tanya encik Mazlan setelah lama ia berdiam diri. ia dapat rasakan yang anak dan menantunya sorok sesuatu dari mereka tapi apa dia?
"Adyan pergi bersihkan diri dan solat sekejap pak cik nanti dia datang." jawab Izz. encik Mazlan menganggukkan kepala tanda faham.
"macam mana semua ni boleh jadi?" tanya puan Amira pula Aisya menenangkan puan Amira dan Aira pula menenangkan puan Marina.
"nanti saya terangkan dekat awak Mira dan saya minta maaf bagi pihak keluarga saya sebab tidak mampu menjaga Aileen dengan baik. kalau saya tidak mengajak Aileen keluar semua ini tak akan berlaku." kata puan Marina ia berasa bersalah dengan keluarga besannya kerana tidak mampu menjaga Aileen Medyna dengan baik.
"tak apa Rina saya tak salahkan awak pun.. awak pun tidak tahu benda ini akan berlaku bukan." kata puan Amira ia tahu ini bukan salah besannya.
"mummy,daddy, ibu, ayah! bila sampai? kenapa tak call ad?" tanya Adyan sambil menyalami tangan mereka.
"baru je ad. tak apa Izz dah bagi tau kamu pergi mana tadi tak nak lah menganggu kamu." balas encik Mazlan dapat ia lihat mata Adyan merah kerana baru lepas menangis.
"maafkan ad ayah, ibu sebab tak jaga anak ayah dan ibu dengan baik kalau ad tak leka pasti semua ni tak akan berlaku." kata Adyan penuh rasa bersalah. encik Mazlan menepuk perlahan bahu menantunya itu.
"Ad ni bukan salah kamu.. ni dah takdir kamu halang la macam mana pun Aileen akan tetap kena culik. dah jangan salahkan diri kamu macam ni nanti Aileen sedih sebab lihat suaminya tidak semangat." kata encik Mazlan. Adyan hanya mampu tersenyum sahaja.
"Ad kamu dah buat yang terbaik untuk anak ibu.. jadi kamu tak perlu salahkan diri kamu hanya sebab ini ya.." ujar puan Amira lalu memeluk menantunya itu. Adyan membalas pelukan ibu mertuanya tanpa sadar air mata jantannya gugur lagi.
semua disitu hanya mampu berdoa sahaja agar Aileen dan kandungannya selamat.
"jadi macam tu." kata encik Mazlan setelah mendengar cerita dari Izz dan kawan-kawannya yang lain. sekarang mereka ada di cafe hospital kerana mahu mendengar cerita dari Izz.
"iya pak cik... maaf sebab rahsiakan ini dari pak cik dan makcik saya tak ada niat untuk berahsia tapi untuk keselamatan pak cik sekeluarga saya ad dan Aisy terpaksa rahsiakan." kata Izz ia tidak berasa kekok bila bercerita kerana ia mengenal keluarga Aileen sejak kecil lagi.
"aihh!!! patutnya kamu kena bagi tau awal-awal pada kami bukan rahsiakan dari kami terkejut kami apabila Adyan hantar 5 orang bodyguard dekat kami. kamu pun Aisy kenapa tak bagi tau kami ni suka hati kamu sahaja kata mereka tu jaga sebab tak nak bagi pencuri masuk." bebel puan Amira geram apabila ia kena tipu oleh anaknya itu.
"hehe... maaf ibu Aisy tak ada niat nak tipu tapi masa tu tak sesuai untuk ibu dan ayah tahu." kata Aisy.
"Aisya dan Aira tahu ke pasal ni?" tanya encik Mazlan. Aisya dan Aira menganggukkan kepala perlahan. mereka tahu yang keluarga Tengku Athif mafia apabila Adryna membawa mereka ke markas Adyan 3 tahun lepas.
"hah.. bila kamu tahu?"
"3 tahun lepas." jawab Aisya. encik Mazlan hanya menganggukkan kepala tanda faham.
telefon Aisy berbunyi lalu ia menekan tombol hijau.
"hello kenapa ad?" tanya Aisy.
"ha!! apa!! okay nanti kami datang." Aisy terus meletakkan fonnya lalu terdengar keluhan berat dari mulut Aisy. berkerut dahi mereka apabila mendengar keluhan itu.
"kenapa Aisy? Adyan cakap apa?" tanya puan Amira.
"ad bagi tau akak selamat dari tapi..."
"tapi... kau jangan gantung ayat boleh tak!!" bengang Areeq apabila Aisy menggantung ayatnya itu.
"tapi... kandungan akak tak dapat diselamatkan." perlahan Aisy berkata. semua disitu terkejut mendengarnya.
"Aisy kita pergi jumpa Aileen sekarang." arah puan Amira. Aisy menganggukkan kepala lalu mereka semua bangun lalu pergi untuk melihat keadaan Aileen.
"sweethearth hubby minta maaf sebab dah bahayakan awak." kata Adyan ia tidak kuat apabila mendengar berita yang anaknya pergi meninggalkannya.
Adyan, Tengku Athif, Puan Marina dan Adryna menunggu untuk mendengar berita Aileen. yang lain pergi ke cafe untuk mendengar cerita dari kawan-kawannya.
setelah satu jam menunggu akhirnya dokter Clara keluar juga. Adyan mendekati dokter Clara untuk tahu keadaan isterinya.
"dok macam mana dengan isteri saya?" tanya Adyan.
"puan Aileen selamat Tengku tapi... saya minta maaf kandungan puan Aileen tak dapat diselamatkan kerana kandungan puan Aileen keguguran sebelum puan datang sini lagi. puan Aileen keguguran kerana ada ubat terlarang." kata dokter Clara. mereka terkejut apabila mendengar berita itu. Adyan terduduk di lantai apabila mendengar berita tersebut Tengku Athif cepat menangkap anaknya itu.
"Allahuakbar!!!" mengucap panjang Adyan apabila mendengar berita itu.
"dok boleh saya tanya ubat apa yang menyebabkan menantu saya keguguran?" tanya puan Marina.
"dari saya lihat di saluran darah adalah ubatan yang berlebihan di dalam badan puan Aileen saya masih tidak pasti itu ubat apa kerana ubat itu bukan berasal dari mana-mana hospital dan farmasi." jawab dokter Clara lalu ia berlalu pergi apabila telah menyelesaikan kerjanya di situ.
tok! tok!
terhenti lamunan Adyan apabila ia mendengar ketukan pintu.
"masuk." arah Adyan lemah. encik Mazlan dan puan Amira masuk apabila dapat izin dari Adyan. Adyan bangun lalu bergerak untuk menyalam tangan mertuanya.
"Adyan Aileen macam mana?" tanya encik Mazlan sambil mendekati menantunya itu.
"Aileen okay je ayah dokter bagi ubat tidur untuk bagi badan Aileen bertenaga semula." jawab Adyan. encik Mazlan menganggukkan kepala tanda faham.
"ad kalau ad tak kisah boleh tak Aileen berpantang di rumah ibu? ibu bukan nak pisahkan kamu dengan Aileen cuma... bila Aileen bangun pasti sedih sebab anak yang ia tunggu pergi tinggalkan dia.. dia pasti akan salahkan diri dia." panjang lebar puan Amira terangkan pada Adyan. ia tidak mahu Adyan bersalah sangka pada niat puan Amira yang mahu menjaga Aileen sepanjang berpantang.
"boleh ad tak kisah pun nanti bila Aileen dah check out dari hospital ad akan hantar di rumah ibu." balas Adyan. puan Amira menganggukkan kepala tanda faham.
"kamu kuat ye ad.. jangan salah kan diri kamu okay." pesan puan Amira sekali lagi.
"insyaallah ibu." puan Amira mendekati anaknya lalu ia mencium lama dahi Aileen.
"kamu jangan salahkan diri kamu ye sayang... nanti Adyan sedih kalau kamu salah kan diri kamu." bisik puan Amira pada Aileen. puan Amira mendekati Adyan semula.
"ad ibu dan ayah balik dulu. esok kami datang lagi.. kamu jangan lupa makan ye." pesan puan Amira. Adyan hanya balas dengan anggukan kepala sahaja lalu ia menghantar encik Mazlan dan puan Amira dengan pandangan mata.
Adyan mendekati Aileen lalu ia meletakkan kepalanya disisi Aileen. sebelah tangan Adyan menjadi bantal di kepalanya dan sebelah lagi menggenggam tangan kecil sang isteri. Adyan mencium lama kekura Aileen. Adyan tertidur disisi isterinya dan hatinya tidak henti berdoa agar Aileen cepat bangun.
___________________________________________
bersambung...
Share this novel