bab 69

Romance Series 12074

sebulan Aileen tinggal di Korea harinya berjalan dengan gembira kerana dia bersama kawan-kawannya walaupun ada pergaduhan itu tidak merenggangkan persahabatan mereka malah makin merapatkan mereka lagi.

"Daniel boleh la!"

"bukan selalu please..." rayu AIleen pula. hari ni telah masuk hari ketiga hujan turun dan harini hujan turun lebat dari semalam Aileen dan Melissa cuba memujuk Daniel untuk benarkan mereka mandi hujan.

"tak boleh sini Korea bukan Malaysia nanti sakit macam mana? korang berdua ingat aku ada masa ke nak jaga korang bila sakit? Mel kau tengah mengandung jangan mengada nak mandi hujan nanti jatuh macam mana?" bebel Daniel semak kepala dia apabila dua wanita ini tidak henti memujuknya untuk benarkan mereka mandi hujan.

"WHAT! Mel kau mengandung? kenapa aku tak tau!? sampai hati kau tak bagi tau aku!" kata Aileen patutlah perangai kawannya agak pelik sepanjang dia duduk sini rupanya pembawakan budak!

"hehe... bukan aku tak nak bagi tau kau aku nak buat suprise dekat kau tapi tak jadi. kata Melissa. Daniel yang sedang membuat kerja itu dijeling lelaki ni tak reti menyimpan rahsia sungguh aku jahit mulut tu kang baru tau!

"yelah tu" kata Aileen jelingan manja diberikan pada Melissa dan pergi dari situ.

gelabah Melissa apabila Aileen meninggalkan dia ni semua salah Daniel kalau lelaki itu tak bagi tau Aileen pasti tak akan merajuk dengan dia.

Melissa mengejar langkah sahabatnya yang hilangkan diri di taman belakang rumah. Daniel masih dengan kerjanya malas mahu melayan drama 2 sahabat itu kalau melayan kerjanya tak akan pernah siap.

"Aileen jangan la merajuk." pujuk Melissa. Aileen yang sedang bermain dengan haimau kumbang milik suaminya didekati. pelik harimau ni belaan suaminya tapi manja dengan Aileen garang dengan suaminya?

"Aileen..." panggil Melissa apabila Aileen tidak menghiraukannya. tubir matanya mula berair Aileen dah tak sayang kita.

Aileen memandang ke tepi apabila ada suara seperti seseorang yang hendak menangis. Aileen sembunyi senyum apabila melihat wajah Melissa mula merah mesti nak menangis.

tubuh Melissa ditarik masuk ke dalam dakapannya belakang tubuh Melissa digosok.

"Aileen tak sayang aku!" kata Melissa di dalam pelukan sahabatnya. Aileen sedaya upaya menahan dari ketawa Melissa kalau mengandung pasti comel dia suka apabila wanita ini bermanja dengannya.

"shh... aku gurau je la jangan la nangis. alolo makin cengeng ibu mengandung ni" pujuk Aileen air mata itu diseka lembut.

"jahat! kau jahat sebab buat aku menangis!" tangan Aileen dipukul geram Aileen suka buat dia nangis!

"aku tak pernah mengaku baik." balas Aileen lalu dia meletuskan tawa.

makin muncung mulut Melissa mendengar balasan sahabatnya itu. dia bergurau je tak sangka kawannya itu ambil serius.

"Aileen..."

"iye, darling? why hurm?" sahut Aileen lembut.dagu ditongkat menunggu Melissa bersuara.

"jom keluar nak aku boring!" kata Melissa. Aileen meletakkan jari telunjuknya di dagu gaya seperti sedang berfikir. Melissa sabar menunggu balasan dari sahabatnya.

"suami kau bagi ke? Daniel? Izz? Fayyadh? kau tau kan keadaan kau macam mana?" kata Aileen bukan dia tidak bagi tapi dia risau kalau jadi apa-apa pada sahabatnya dan kandungan sahabatnya itu. kandungan itu masih awal.

Melissa melepaskan keluhan dia betul-betul lupa tentang itu.

"tapi aku nak pergi!" rengek Melissa.

"nak pergi mana?" terkejut Aileen dan Melissa mendengar suara maskulin itu. lagi terkejut adalah suara yang menegur itu adalah Jayden. Melissa meneguk liurnya kerana takut.

"bi... bila abang balik? kenapa tak bagi tau?" soal Melissa.

"abang tanya honey nak kemana?" Jayden masih menyoal isterinya dengan nada yang dingin. bergetar badan Melissa apabila mendengar suara dingin suaminya tahulah dia yang suaminya sedang marah tapi dia tidak tahu sebabnya?

tajam Aileen memandang Jayden apabila Melissa bergetar lelaki ni pun kalau nak usik agak-agak la!

"huh!" Jayden mengeluh perlahan nak main-main pun tak boleh. isterinya yang sedang menundukkan kepala itu dituju dia duduk di hadapan isterinya. Aileen masuk ke dalam meninggalkan pasangan itu sempat dia memberi jelingan pada Jayden.

"honey abang tanya ni." kata Jayden suaranya lembut. tangan isterinya yang ada di paha cuba dipegang. Melissa menarik tangannya apabila Jayden cuba menyentuhnya.

Jayden mengulum senyuman kecil taulah yang isteri kecilnya ni sedang merajuk dengannya.

Meelissa masih senyap Jayden mengeluh perlahan dagu isterinya diangkat lalu irisnya merenung iris sang isteri.

kosong!

Jayden mencantumkan dahi mereka hidung mereka berlaga.

"I'm sorry honey. abang nak mengusik sikit je tak tau pula sampai buat honey terasa hati" ujar Jayden separa berbisik. Melissa masih senyap kata-kata suaminya berjaya menyentuh tangkai hatinya.

sekali lagi!

"abang ni jahat la!" marah Melissa dada suaminya ditumbuk. dia selalu kalah kalau nak merajuk dengan suaminya!

"kenapa pula?" pelik Jayden dia tak buat apa-apa pun lagi.

"abang jahat! Mel nak merajuk dengan abang untuk tapi tak pernah berjaya setiap kali abang cakap lembut Mel pasti cair mana aci!" kata Melissa sejak dia mengandung ni mudah sungguh emosi!

garu kepala Jayden dengan perangai isterinya.

"ya Allah, sayang itu pun nak marah ke?" kata Jayden lalu dia ketawa kecil.

"iyelah! kenapa Mel mudah sungguh cair dengan abang dari kita mula jumpa lagi pada hal Mel benci abang waktu tu." kata Melissa tubuh tegap suaminya dipeluk.

'itu sebab honey dah jatuh cinta dengan abang sejak pertama kali kita berjumpa maklumlah abang kan hensem." jawab Jayden lalu dia melabuhkan ciuman di kepala isterinya.

"mana ada! boyfriend Mel lagi encem masa tu." nafi Melissa.

"iyelah tu kalau boyfriend awak lagi hensem kenapa tengok muka abang tak lepas masa tu? kenapa honey terima lamaran abang, hurm?" kata Jayden. merah muka Melissa apabila suaminya masih mengingat tentang itu. makin dalam Melissa memeluk suaminya baju Jayden di genggam kerana malu.

argh! menyesal dia putarkan memori masa mereka bertemu dulu. dah la masa tu dia umur 17 tahun boleh suaminya melamar dia dengan usia sebegitu.

"ehem! dah la tu ingat dunia ni korang punya ke?" tegur Izz. jayden dan Melissa memandang ke arah penganggu itu dengan tatapan yang tidak berpuas hati.

"apa? betul apa dunia ni bukan korang punya ye ni Allah yang punya." kata Izz sinis.

"kau ingat deep? ada apa kacau kami berdua tak ada isteri ke nak berkepit ke kena tidur luar?" balas Melissa sinis juga. Izz menendang dinding mulutnya menggunakan lidah menahan amarah. nasib kau baik sebab jayden dengan Aileen ada.

"diamlah kau! Daniel panggil masuk ada sesuatu dia nak bagi tau korang!" kata Izz datar. Jayden dan Melissa hanya menganggukan kepala tanda faham.

"dah jom masuk." kata Jayden lalu sebelah tangannya diletakkan di belakang isterinya dan sebelah lagi di bawah kaki isterinya tuuh itu diangkat. Melissa menjerit kecil dia pantas memeluk leher suaminya.

Izz memberi jelingan maut pada pasangan itu ingat mereka je ke yang berkahwin?

________________________________________________________

bersambung.

Share this novel

Zai Zai
2024-10-12 10:50:12 

up lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience