bab 2

Romance Series 12074

keesokan harinya
----------------------

"selamat pagi mummy"kata Areeq dan Aneeq serentak pada puan Marina yang sedang masak sarapan pagi

puan Marina terkejut kecil lalu tersenyum pada anak kembarnya itu.
"selamat pagi. mana ad tak turun lagi ke"tanya puan Marina pada anak kembarnya

"abang ada kat atas nanti turun lah tu"kata Areeq sambil menolong puan Marina menghidangkan sarapan pagi di meja makan. puan Marina hanya menganggukkan kepala sahaja dan duduk di meja makan

"daddy mana mummy?"tanya Aneeq sambil mencedok bihun goreng untuk puan Marina

"daddy ada tengah bersenam kat taman belakang rumah"kata puan Marina. Aneeq hanya meng'ouh'kan kata mummynya dan mengangguk sedikit apa bila puan Marina kata terima kasih padanya

"selamat pagi, mummy" kata Adyan sambil turun dari anak tangga

"selamat pagi, ad tolong panggilkan daddy kat taman belakang rumah boleh"minta puan Marina. Adyan hanya menganggukkan kepala dan terus ke belakang rumah untuk panggilkan daddynya untuk sarapan.

"daddy!!!"panggil Adyan sambil menghampiri Tengku Athif

"hmm... ada apa yan"tanya Tengku Athif

"mummy panggil sarapan"kata Adyan. Tengku Athif menganggukkan dan terus 2 beranak itu masuk ke dalam rumah bersama-sama


---••♡••---

"Aileen,Aisya, nak keluar ke?" tanya puan Amira

"iye ibu, kami nak keluar jalan-jalan"jawab Aileen

"ibu ada nak pesan apa-apa ke?" tanya Aisya pula

"ha'ah, ibu nak minta tolong belikan barang dapur, barang dapur banyak habis"kata Puan Amira

"boleh bu, meh senarai yang nak dibeli"kata Aileen pula

"sekejap ibu pergi ambilkan senarai"kata puan Amira dan terus berlalu pergi ke dapur untuk mengambil senarai barang dapur yang nak dibeli

lepas sahaja puan Amira beri senarai barang dapur Aileen dan Aisya pun keluar dan terus ke supermarket tak lupa juga salam tangan puan Amira sebelum pergi. Aira ada kelas pagi ni sebab itu hanya Aileen dan Aisya sahaja yang keluar.

sampai sahaja di supermarket
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Aileen dan Aisya masuk ke supermarket untuk beli barang dapur yang diminta puan Amira

"Sya, tolong akak cari garam halus,gula dan minyak masak boleh, akak nak pergi beli ayam mentah sekejap" kata Aileen

"boleh, nanti Sya datang kat akak lepas Sya cari barang okay" kata Aisya dan terus pergi cari barang yang Aileen minta tadi, Aileen terus pergi ke tempat barang basah untuk beli ayam mentah tiba-tiba

buk!!!

Aileen terlanggar bahu seseorang. "ya Allah!!! maaf puan saya saya terlanggar puan" kata Aileen sambil menolong wanita separuh abad tersebut bangun

"tak apa cik salah saya juga jalan tak tengok depan"kata wanita tersebut. Aileen hanya tersenyum pada wanita tersebut selepas ia mengangkat barang yang terjatuh tadi dan beri semula kepada wanita tersebut

"terima kasih lah susah-susah je tolong saya" kata wanita separuh abad itu

"ehh tak apa lah puan tak susah pun, lagi pun saya yang terlanggar puan" kata Aileen. wanita separuh abad itu hanya tersenyum pada aileen

"cik nama apa" tanya wanita separuh abad itu

"nama saya Aileen Medyna puan, puan boleh panggil saya Aileen" kata Aileen

"eh jangan panggil puan panggil mummy je, sedap nama, ni Aileen datang dengan siapa sorang je ke" tanya wanita itu

"saya datang dengan adik saya pu-- mummy" jawab Aileen

"ouhh...." kata wanita tersebut

"ni mummy datang dengan siapa?" tanya aileen pula

"mummy datang dengan~~ ha tu pun anak mummy" kata wanita separuh abad itu sambil jari menunjukkan 2 figura itu. Aileen pun melihat siapa yang wanita itu tunjuk ada 2 figura datang ke arah mereka.

"mummy, mummy okay, nasib lah neeq dengan reeq jumpa mummy kalau tidak reeq dengan neeq pasti mati" kata Aneeq pada puan Marina.Areeq hanya berdiri di berdiri di belakang adiknya sambil kedua tangannya di dalam poket seluar tracksuit nya.

"aaaa.... mummy saya minta izin dulu ye" kata Aileen selepas lama berdiam diri.

"mummy siapa ni?"tanya Aneeq sambil jari menunjukkan kearah Aileen

"ouh... ni Aileen. Aileen ni perkenalkan anak mummy---" ucapan puan Marina dipotong oleh Aneeq.

"hai, saya Tengku Aneeq Rayden dan orang yang di belakang saya ni yang muka beku tu abang saya Tengku Areeq Rayden" kata Aneeq dengan riang

"hai, saya Aileen Medyna, panggil je Aileen" kata aileen dengan ramah, Areeq masih berdiam diri dengan muka bekunya

"Aileen Medyna nice name" puji Aneeq

"thanks" balas Aileen ringkas.

"korang dua kembar ke?" tanya aileen sambil menggilir kan kepala kearah 2 jejaka itu

"ha'ah, kami kembar saya lewat 5 minit je" jawap Aneeq. sebelum Areeq bersuara ada suara lembut telah memotong

"ehh... abang Aneeq, buat apa kat sini? abang Areeq dan mummy pun ada sekali" kata gadis yang berpurdah yang menghampiri mereka

"ehh... Aisya awak buat apa kat sini"tanya Aneeeq pula

"saya teman kakak saya beli barang dapur" jawap Aisya

"Aileen ni kakak kamu ke Aisya" tanya puan Marina pula

"iye mummy ni kakak saya yang selalu saya cerita tu" kata Aisya lagi. berkerut dahi Aileen apabila Aisya bersembang lancar dengan 3 beranak ini

"Sya, kenal ke mereka ni siapa?" tanya aileen

"ha'ah, abang reeq dan abang neeq ni kawan abang Aisy" jawab Aisya sambil menganggukkan kepalanya. Aileen hanya menganggukkan kepalanya tanda faham

"akak dah beli ke ayam mentah"tanya Aisya. Aileen menepuk dahinya apabila dia ingat tujuannya datang ke sini.

"ya Allah!!! macam mana akak boleh lupa ni" kata Aileen dengan separuh menjerit. Aisya hanya menggelengkan kepalanya ada sahaja perangai kakaknya ini. puan Marina hanya ketawa kecil dengan apabila melihat karenah Aileen

"maaf lah Aileen disebabkan mummy Aileen tak beli pun ayam mentah." kata Puan Marina dengan rasa bersalah

"ehh... tak, ni bukan salah mummy, saya yang nak teman mummy sampai anak mummy datang jemput mummy, mummy jangan minta maaf." kata Aileen.

"betul tu mummy, jangan risau ye akak saya ni memang selalu macam ni" kata Aisya. menjerit kecil Aisya apabila pinggangnya dicubit oleh Aileen.

"ok lah kalau macam tu, mummy minta diri dulu ye, Aisya nanti kalau ada masa datanglah rumah mummy ajak sekali Aileen dan Aira ye" kata puan Marina sebelum pamit.

"baiklah mummy nanti kalau saya ada masa saya datang dengan kakak dan Aira" kata Aisya dengan sopan. Aileen dan Aisya salam tangan puan Marina sebelum puan Marina pulang dengan 2 orang anaknya.

"Sya, nanti jangan lupa pesan dekat abang Aisy yang kata petang ni jumpa tempat biasa" kata Areeq selepas lama ia menjadi patung. Aisya hanya menganggukkan kepala sahaja tanda jawapan.lepas sahaja bayangan puan Marina dan anaknya Aileen dan Aisya terus ke tempat bahan basah untuk membeli ayam


---••♡••---

Adyan keluar dari bilik dan turun untuk ke dapur hendak mengisi tekak yang kering tapi niatnya terbantut apabila ia melihat mummynya di ruang tamu. dia mahu menyapa mummynya tiba-tiba idea jahat muncul dia pun jalan pelan-pelan duduk di belakang sofa dan.

BAAA!!!!

"ooo.. pocot aku kawin pak cik tepi jalan" melatah puan Marina. Adyan hanya gelakkan puan Marina. puan Marina dengan geramnya dia mencubit pinggang anak terunanya

"ouchhh... mummy sakit mummy. ad minta maaf mummy"kata Adyan sambil menampar lembut tangan puan Marina supaya puan Marina lepaskan cubitan ketamnya itu. puan Marina pun lepaskan cubitannya lalu Adyan pun duduk di sebelah mummynya.

"bila kamu turun"tanya puan Marina

"baru je, ad turun sebab nak minum air tapi bila nampak mummy termenung ad terus la dekat mummy." jawab Adyan matanya fokus dekat tv yang dipasang cerita true beauty . puan Marina hanya menganggukkan kepalanya saja

"Areeq dan Aneeq mana mummy tak nampak pun" tanya puan Marina apabila ia tidak melihat 2 orang anak terunanya.

"ada di bilik game, nanti turun lah tu"jawab Adyan ringkas. puan Marina hanya menganggukkan kepalanya saja tanda faham

"ni mummy kenapa termenung jauh sampai ad turun pun mummy tak perasan"tanya Adyan pula

"mummy teringat bakal menantu dia la tu"kata Areeq sambil duduk di sebelah abangnya Aneeq pula duduk di sebelah puan Marina. berkerut dahi Adyan bila dengar 'bakal menantu'

"bakal menantu? siapa mummy?"tanya Adyan.

"siapa lagi kalau bukan si Aileen Medyna"kata Aneeq

"ahhh.... nanti kau tau la siapa aileen tu yang penting dia tu cantik dah sekarang ni kau senyap aku nak tengok tv pon tak senang" kata Aneeq pada abangnya. Aneeq tau abangnya memberi pandangan maut tapi dia tak kisah sebab mummy ada kalau Adyan nak bunuh dia, dia cuma mengadu dekat mummy sahaja

_______________________________________________sambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience