bab 58

Romance Series 12074

"mummy!!" panggil Julien di tengah ruang tamu 15 minit ia mencari kelibat mummynya tapi tidak jumpa mana mummynya pergi?

"tuan muda cari siapa?" tegur Ran ia duduk agar mudah bercakap dengan tuan mudanya.

"cari mummy kak Ran ada nampak tak? puas Julien cari tapi tak jumpa mana mummy pergi?" kata Julien tubir matanya mula berair bila-bila sahaja ia akan meletus.

gelabah Ran apabila tuan mudanya ingin menangis ia tak tahu nak buat apa dari pagi tadi dia tidak melihat bayangan puan mudanya itu. mana puan mudanya pergi ni?

"jangan nangis kak Ran tolong tuan muda cari mummy ye." pujuk Ran. Julien menganggukkan kepala ia mengangkat kedua tangannya minta Ran mendukungnya.

Ran tersenyum comel sahaja tuan mudanya ini patutlah kak Aileen geram dengan dia.

"tuan muda dah cari dekat mana?" tanya Ran. untuk memudahkan pencarian.

"Julien dah cari dari atas sampai bawah tapi tak jumpa." jawab Julien.

"bilik umi Aileen Julien cari dah?" teka Ran. kalau puan mudanya tak ada di dalam dan luar villa maknanya puan mudanya ada di bilik itu.

"belum seingat Julien bilik tu kan kunci." kata si kecil polos. Ran menganggukkan kepala tanda faham. bilik itu memang selalu dikunci dan tidak ada siapa tahu bila bilik itu akan dibuka oleh majikannya.

"jom kita cari dekat sana mana tahu mummy ada dekat situ." cadang Ran.

"boleh." Julien hanya setuju. Ran membuka langkah naik ke atas bilik lama Aileen dituju.

tok!tok!tok!

Ran mengetuk pintu bilik itu. berkerut dahi Ran apabila tak ada balasan dari dalam ia yakin yang puan mudanya di sini mustahil puan mudanya keluar meninggalkan tuan mudanya di rumah.

"cuba akak buka pintu ni mana tahu tak kunci." cadang Julien. Ran menganggukkan kepala. tangannya memulas tombol pintu itu.

terkejut Ran dan Julien apabila pintu itu tidak berkunci. Ran menolak pintu itu perlahan dan melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"mummy!!?" panggil Julien perlahan. Ran melihat sekeliling bilik itu.

"ye?" balas Melissa ia menutup pintu balkoni itu.

"ada apa Ran dan Julien masuk sini?" tanya Melissa. Ran menurunkan Julien dengan hati-hati. Julien berlari ke arah Melissa. Melissa mendukung si kecil.

"Julien cari mummy." jawab Julien dia memeluk Melissa dengan erat.

"saya teman tuan muda cari puan dia hampir menangis tadi di bawah sebab tak jumpa puan." balas Ran. Melissa mengangguk kepala tanda faham.

"maaf sebab menyusahkan Ran." kata Melissa rasa bersalah.

"tak apalah puan jaga tuan muda juga salah satu kerja saya." balas Ran. Melissa tersenyum kecil.

"terima kasih walaupun bukan saya yang ambil awak berkerja awak banyak membantu saya sepanjang empat tahun ni." kata Melissa dengan ikhlas.

"sama-sama saya hanya buat apa yang saya mampu." balas Ran.

"kenapa mummy masuk sini?" tanya Julien.

"mummy cari sesuatu di sini tapi tak jumpa." jawab Melissa itulah tujuannya masuk di sini.

"mummy cari apa?" tanya Julien.

"mummy cari usb warna ungu Julien dan Ran ada nampak tak?" tanya Melissa ia berjalan ke arah katil saiz queen itu lalu melabuhkan punggung di birai katil. kedudukan anaknya diubah agar si kecil selesa.

"tak ada la pula puan, puan ingat tak kali terakhir puan letak?" tanya Ran.

"saya tak berapa ingat yang saya tahu usb tu saya simpan disini." jawab Melissa. dia menyembunyikan usb itu supaya Daniel tidak membuang usb itu dalam usb itu ada banyak kenangan mereka berlima dulu.

"tak apa mummy Julien dan kak Ran akan tolong mummy mencari usb tu kan kak Ran." kata Julien. Ran menganggukkan kepala tanda setuju dengan perkataan tuan mudanya.

"terima kasih sayang, terima kasih Ran." ucap Melissa.

"sama-sama marilah kita cari nanti tuan balik lagi susah kita nak menjawab." kata Ran. Julien dan Melissa menganggukkan kepala dan mulalah sesi mencari barang.


---••♡••---

usai mesyuarat Adyan menyandarkan badan ke kerusi penat dia dengan kerja yang tidak habis.

"Ad kau okay tak?" tegur Faiz pelik ia apabila Adyan hanya berdiam diri sahaja dari pagi.

"okay je cuma aku penat sikit." balas Adyan dingin. dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan isterinya semalam dia tahu isterinya menipu tapi malas nak memanjangkan kalau isterinya tidak mahu bercerita.

"biasalah tu. dah jom makan kita kumpul tenaga kita balik, nanti ada lagi meeting yang nak kena masuk." kata Daniel.

"alaaa... perlu ke!! aku dah penat ni sakit otak aku." rungut Aneeq.

"perlu Aneeq Rayden." kata Areeq tegas. Aneeq menjeling kembarnya. Areeq sama macam Adyan dua-dua gila kerja ikut perangai siapa lah!?

"pergi la dulu nanti aku datang." kata Adyan. yang lain hanya menganggukkan kepala dan melangkah pergi untuk mengisi perut yang kosong kecuali Izz ia tahu terjadi sesuatu pada sahabatnya ini.

"ad kau okay tak? baik kau jujur dengan aku kau gaduh dengan Aileen ke?" siasat Izz. ia dipaksa masuk meeting ini kerana perlu menggantikan tempat P.A abangnya yang bercuti itu. nasib dia tahu la juga tentang bisnes jadi boleh tolong abangnya itu.

"tak lah aku tak gaduh pun dengan dia cuma.. aku terasa sikit dengan dia." kata Adyan.

"terasa? dia cakap apa dekat kau hingga kau terasa hati ni?" tanya Izz lagi.

"Izz aku nak tanya sesuatu boleh?" tanya Adyan ia tidak menjawab soalan Izz tadi.

"apa?" jawab Izz ringkas.

"siapa Fayyadh?" terkejut Izz apabila mendengar nama itu dari bibir Adyan. mana dia tahu nama tu?

"kenapa kau tanya?" soal Izz kehairanan. Adyan mengeluh kasar dia perbaiki kedudukannya agar lebih selesa.

"semalam lepas aku mandi Aileen mengigau dan nama tu yang dia sebut. aku tanya tapi dia kata tak kenal." cerita Adyan ia berasa tidak sedap hati apabila Aileen tidak kenal nama itu kalau betul tak kenal kenapa mimpi sampai menangis?

"kawan kita orang dulu." jawab Izz.

"mana dia?" tanya Adyan. sepanjang mengenal Izz dan Aileen dia tidak pernah berjumpa dengan Fayyadh mana dia pergi?

"dia dah tak ada." jawab Izz perlahan. terkejut Adyan mendengar itu.

"sebab apa?" tanya Adyan ingin tahu.

"yang tu...aku pun tak tau nak jawab macam mana?" itu sahaja yang mampu Izz cakap ia tidak boleh cerita selagi Aileen tak benarkan.

"dah la tak payah fikir jom makan nanti aku kena marah dengan isteri kau pula sebab biarkan perut suami kesayangan dia ni kosong." kata Izz cuba lari dari membahas tentang itu. Adyan hanya tersenyum perut dia dari tadi minta diisi sarapan tadi pun dia makan sikit je sebab tak nak lewat datang kesini.

"jom.." Adyan dan Izz bangun dan membuka langkah keluar dari bilik meeting itu.


---••♡••---

Aileen duduk di kerusi yang disediakan pihak hospital dalam hati tidak henti-henti menyalahkan diri sendiri. kerana dirinya ia hilang kawan kecilnya yang telah dianggap abang itu.

ini semua salah aku kalau aku tak jumpa dia pasti benda ini tak akan berlaku!. tidak henti-henti Aileen menyalahkan dirinya sendiri.

" mana Fayyadh?" tanya suara gadis itu dengan penuh kerisauan.

Aileen mengangkat kepalanya melihat siapa yang datang tiba-tiba...

pang!!!

kepala Aileen terteleng ke tepi apabila kena tamparan itu. ia tidak melawan kerana ia sadar itu salahnya dan dia berhak dapat.

"puas hati kau! puas hati kau musnahkan kebahagiaan aku!? entah-entah ni rancangan kau perempuan kau benci tengok aku gembira kau bunuh dia untuk bagi aku terseksa, macam mana puas hati kau? betul cakap Zoey kau perempuan yang bertopengkan syaitan!"

"Lydiana cukup kau dah melebih!!" tengking Izz. menghentikan tindakan melampau Lydiana itu.

"kau ingat dengan macam ni Fayyadh akan suka ke!!? kalau kau nak tau tu bukan salah Aileen dia pun tak tau yang benda tu akan jadi!! sudahlah salahkan orang lain." sambung Izz. ia membela Aileen yang masih berdiam diri itu.

"dah latu Izz lagi pun memang salah aku kalau aku tak keluar semua ni tak akan terjadi." Aileen cuba menenangkan Izz yang dalam kemarahan itu. Aileen melihat ke arah Lydiana iaitu tunangan kepada Fayyadh.

"saya minta maaf sebab saya Fayyadh jadi macam ni. kalau saya ada kuasa saya nak ulang semula masa dan gantikan Fayyadh di dalam tapi tak boleh sebab saya hanya manusia biasa." Aileen membuka langkah pergi dari situ ia mahu menenangkan diri di taman.

"Aileen!!" Melissa ingin menghalang Aileen dari pergi tapi tidak berjaya apabila suaminya menghalang.

"bagi dia masa untuk sendiri." halang Jayden. Melissa hanya menganggukkan kepala sahaja apabila suaminya kata begitu.

Aileen ke taman permainan yang ada di hospital itu ia duduk di kerusi batu.

Aileen melihat kearah langit yang gelap itu nampaknya tak lama lagi hujan akan turun membasahi bumi.

"I'm sorry, he couldn't be saved, we tried everything but it didn't work." kata doctor itu masih terngiang di kepalanya ia tidak sangka ini akan berlaku. air mata Aileen turun setitis demi setitis apabila mengingat berita buruk itu.

langit yang gelap itu pun mula membasahi bumi. Aileen masih berdiam di situ membiarkan air hujan membasahi dirinya. sekurang-kurangnya air hujan ini berjaya menutupi air matanya yang mengalir.

mati lamunan Aileen apabila ada seseorang menarik kerusi dihadapan. muka Aileen menjadi tegang melihat figura itu.

"mana kau tahu aku dekat sini?" tanya Aileen dingin. Aileen mengacau air yang dia pesan tadi. air itu langsung tidak diminum buat apa pesan pun tak tau la?

"jangan la dingin Aileen tak kan kau tak seronok kot jumpa kawan lama?" kata wanita itu. Aileen tersenyum sinis kawan lama? kawan yang menghancurkan kebahagiaan kawan lain itu layak ke disebut kawan?

"ada ke kawan yang menghancurkan kebahagiaan kawan dia sendiri?" sinis Aileen membalas.

"apa maksud kau Aileen?" tanya wanita itu seakan tidak faham. Aileen menggelengkan kepala kecil tak payah buat tak tau kalau semua bukti ada padanya.

"kau faham apa maksud aku Zoey atau aku patut panggil kau Ira? Syazira Batrisya?" sinis Aileen berkata. terkejut zoey apabila Aileen menyebut nama panjangnya. tapi macam mana dia tahu?

"mana kau--"

"aku tahu nama sebenar kau?" potong Aileen. Zoey terkelu dia datang hanya nak menyapa sahaja bukan bergaduh.

"kau tak perlu buat baik la Zoey aku tahu semua kejahilan kau. dan aku tahu kau la yang bunuh Fayyadh. agak-agaknya apa jadi ye kalau Lydiana tahu kawan yang dia sangka tak akan pernah menipunya adalah orang yang membunuh tunang dia." sinis Aileen berkata. air tadi dihirup sedikit tiba-tiba tekaknya rasa kering pula.

Zoey terkelu apabila mendengar itu. mana Aileen tahu semua ni? dia dah menyembunyikan bukti dengan baik hingga tak ada satu jejak pun yang tinggal.

Zoey tersenyum sinis tak perlulah dia berpura-pura baik kalau Aileen dah tahu kan?

"baguslah kalau kau dah tahu rimas aku jadi baik depan korang." kata Zoey. Aileen mengepal penumbuk di bawah geram dia dengan sifat perempuan dihadapannya ini.

"mana kau tau aku dekat sini?" tanya Aileen sekali lagi.

"entah lah aku pun tak tau." kata Zoey acuh tak acuh.

"tapi aku tau kau datang dengan suami kau siapa nama dia.. ouh Tengku Adyan Rayden anak Tengku Athif Elbert ketua mafia betul tak hensem juga suami kau tu mana kau jumpa? kalau aku nak sehari bersama dia berapa harga agaknya?" ujar Zoey sengaja mahu membuat Aileen marah.

Aileen mengetap bibirnya geram dengan Zoey. tak habis-habis nak rampas laki orang macam tak ada lelaki lain dia nak sondol?

"memang la hensem sebab dia aku punya dan kalau dia ketua mafia pun apa ada masalah dengan kau ke? tak ada kan? jadi tak payah nak menyibuk ouh.. sampai mati pun kau tak akan dapat bersama dia aku tak akan benarkan." balas Aileen dingin. nasib perempuan ni baik sebab dia tak bawa pistol di dalam beg kalau tak lama dah perempuan ni ke alam lain.

sakit hati Zoey apabila Aileen tak marah. nampaknya Aileen Medyna yang sekarang sudah tahu macam mana nak mengawal emosinya. menarik!

"wow.. Aileen Medyna sekarang dah pandai mengontrol emosi ye tak macam dulu bertindak ikut emosi." puji Zoey yang agak kagum dengan perubahan Aileen dalam masa empat tahun ini.

Aileen tersenyum tawar apabila mendengar pujian itu. berubah? dia banyak berubah sejak Zoey menghancurkan kebahagiaan dia.

siapa sahaja yang tak berubah apabila seseorang menyakiti kita kan? sebaik-baiknya manusia boleh menjadi jahat dan sejahat-jahat manusia boleh menjadi baik. setiap orang akan berubah apabila dunia tidak memberi ruang untuk bahagia pasti ada sahaja untuk menganggu.

"sekurang-kurangnya aku berubah dari kau berkali-kali sakit tapi tak pernah nak berubah." balas Aileen tanpa nada. Zoey mengetap bibirnya geram apabila dirinya disindir. dia tak pernah menang dengan Aileen ada sahaja Aileen akan membalas.

apabila Zoey hendak membuka mulut ada figura datang mencelah.

"eh.. Aileen dan Zoey ada disini? boleh akak join?" celah Lauren menahan amarah didalam diri. Dahlia di sebelah Lauren hanya diam tidak tahu mahu balas apa?

"eh.. akak bila sampai?" tanya Aileen dengan nada terkejut dia tak sangka yang kakak angkatnya akan ada di sini juga.

Lauren dan Dahlia menghadiahkan senyuman manis pada Aileen. dia dan Dahlia datang sini untuk makan tengah hari tak sangka akan berjumpa Aileen dan paling mengejutkan perempuan talam dua muka ada disini juga.

jantung Zoey berdegup laju apabila melihat Lauren ada disitu. Lauren ni bukan boleh cari masalah dengannya sekali dia marah dia lebih seram dari Daniel.

"Zoey awak buat apa disini? bukan patutnya awak ada di England nak kata cuti tak mungkin." soal Lauren senyuman yang terukir dibibirnya agak menyeramkan pada Zoey.

___________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience