"Aileen siap dah ke kita lambat dah ni!" jerit Izz diluar bilik Aileen pintu bilik itu diketuk kuat.
Aileen mendengus kasar kalau nak ketuk pintu biliknya tak pernah elok baik pecahkan je terus.
"sabar la sat kau tak reti sabar ke! lagi kau memekik macam ni memang lambat aku siap!" jawab Aileen geram badan ditilik kali terakhir apabila puas dengan penampilannya beg silang diambil dan keluar dari bilik itu.
"keluar juga ingat mati dah." kata Izz. Aileen menjeling Izz dan berjalan ke pergi malas dia nak cari gaduh dengan lelaki itu buat tambah dosa je.
bangunan pencakar langit itu dilihat. akhirnya mereka sampai juga setelah 30 minit perjalanan.
"semua ingat plan kita." kata Daniel datar. yang lain menganggukkan kepala tanda faham.
"selesai je semua ni kita akan terus balik aku tak nak lama-lama disini." kata Jayden pula. mereka hanya menganggukkan kepala tanda faham.
mereka semua berjalan masuk ke dalam hotel mewah itu. banyak mata memandang ke arah mereka apabila pintu besar itu terbuka macam-macam pujian yang dilemparkan oleh mereka dan ada juga kecaman.
"Julien mari dekat aku biar aku jaga dia korang berdua bersembang la ye." kata Aileen apabila melihat si kecil duduk tidak diam di dukungan ayahnya.
Jayden mengangguk kecil dan Julien bertukar tangan.
"jom sayang kita main dekat atas sana jangan kacau mummy ngan daddy nak berdua." kata Aileen sambil menggomol pipi tembam Julien. Julien mengekek ketawa kerana geli.
"jaga anak aku elok-elok nanti aku pergi ambil." kata Jayden dengan tegas. Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja dan berlalu pergi meninggalkan pasangan itu.
"abang tak teringin ke nak jodohkan Aileen dengan kawan abang di Malaysia?" tanya Melissa tiba-tiba kepalanya direhatkan di bahu suaminya tangan Jayden memeluk pinggangnya.
"siapa? Adyan?" soal Jayden.
"yelah siapa lagi yang abang rapat selain dia? Mel tengok dia sesuai dengan Aileen kalau kahwin nanti mesti bagai pisang di belah dua." kata Melissa sejak pertama kali dia melihat jejaka itu dia yakin lelaki itu boleh menjaga sahabatnya.
"entah lah abang tengok dia macam tak berkenan dengan perempuan je nanti sifat mereka pun lain takut hancurkan pula rumah tu nanti honey macam tak kenal perangai sahabatnya honey tu macam mana?" kata Jayden meluahkan pendapatnya.
"apa pula macam tu? kita yang sifat berlawan ni pun boleh kahwin kenapa mereka tak boleh?" tanya Melissa pelik.
Jayden mengulum senyum hidung mancung isterinya dicubit manja. "kita lain abang dingin dan kejam tapi honey manja dan dan nakal kalau Adyan tu dingin dan tak banyak basa basi sifat sahabat honey pula dengan kita je ceria dan nakal tapi dengan orang lain dingin dengan keras kepala jadi tak sesuai." jawab Jayden.
"iya ke? kalau sesuai macam mana?" tanya Melissa masih tidak berputus asa ingin menjodohkan sahabatnya dengan Adyan. kalau Aileen tahu pasti gadis itu marah kerana tidak suka dijodohkan.
"kalau sesuai okaylah kalau tak kita tak boleh buat apa?" balas Jayden.
"dia datang tak malam ni kalau datang Mel nak kenalkan dia dengan Aileen mana tau lekat." kata Melissa sambil mata meliar mencari bayangan jejaka kacukan itu.
"tak pasti dia busy buat masa ni ada masalah sikit syarikat dekat Spain." kata Jayden. Melissa menganggukkan kepala tanda faham.
----------
langit malam itu dipandang dengan tatapan kosong bunyi lagu yang terpasang di dalam dihiraukan yang dia tahu dia mahu ambil angin diluar lama didalam menyebabkan nafasnya sesak terutama perlu melayan orang yang datang kepadanya hanya sebab dia kawan baik kepada seorang wanita bernama Melissa Amanda. menyampah layan orang macam tu datang kerana sesuatu!
"kau buat apa diluar?" tegur suara itu. Aileen membuka matanya dan memandang Daniel patutnya dia yang tanya kenapa lelaki itu keluar bukan tadi sedang bermanja dengan isteri ke?
"ambil angin kau pula buat apa? mana kak Lauren dengan Darren?" tanya Aileen. Daniel mengambil tempat sebelahnya masih ada jarak antara mereka.
"saja aku nampak kau di luar sebab tu aku datang." jawab Daniel.
"saja nak teman ke kau ada nak tanya sesuatu?" ujar Aileen wajah Daniel yang melihat ke atas itu dilihat. dia akui yang Daniel hensem seperti Izz tapi lelaki ini dingin dengan perempuan macam mana kak Lauren boleh jatuh suka dekat lelaki ni? dan macam mana dia boleh suka kak Lauren? sepanjang dia membesar dengan Daniel tak ada satu perempuan pun yang berjaya cairkan hati encik beku ni sampai dia dan Melissa ingat yang Daniel ni gay rupanya tak.
"memang aku nak tanya kau sesuatu pun." kata Daniel.
"nak tanya apa?" soal Aileen.
"kau datang sini sebab apa? aku yakin kau bukan datang nak bercuti melainkan lari dari sesuatu." tanya Daniel dingin.
"err...." kepala yang tidak gatal digaru dia tidak pasti nak cerita macam mana.
"jawab jujur sebelum aku yang cari sendiri." ugut Daniel. dia boleh je cari kenapa Aileen datang sini dan nak menetap lama tapi dia masih hormat privasi gadis itu jadi dia bertanya sendiri.
Aileen melepaskan keluhan kecil. "aku lari." jawab Aileen ringkas.
"biar aku teka kau lari dari perjodohan, lagi?" kata Daniel tidak terkejut kerana ini bukan kali pertama untuk seketul Aileen Medyna.
Aileen menjatuhkan kepalanya.
"kau kena jodoh dengan siapa pula ni?" tanya Daniel.
"Adam Fahmi bekas budak tahfiz dan orang yang khatam 30 juz dia baru lepas buat syahadah." balas Aileen datar.
"jadi? kenapa lari dia okay apa boleh bimbing kau ke jalan yang benar." kata Daniel. jelingan tajam dihadiahkan oleh Aileen nak perli dia ke apa?
"tolong lah orang macam tu kau kata boleh bimbing aku! kalau kau nak tahu dia harap je budak tahfiz tapi kaki perempuan! tak cukup dengan tu dia banyak hutang pakej pemalas lagi kalau aku kahwin dengan dia bukan dia tanggung aku tapi aku tanggung dia! dia pula jadi biawak hidup dekat rumah tu! itu yang kau kata okay Izz Athar Daniel! dari dia jadi biawak hidup baik aku bunuh jelah lelaki tu!" kata Aileen nadanya sedikit meninggi.
"macam mana kau tau?" tanya Daniel pelik.
"aku kan hacker aku hack la apa susah." jawab Aileen tenang. Daniel menganggukkan kepala tanda faham.
"mak ayah kau tau tak?" tanya Daniel.
"tau."
"apa mereka cakap?"
"mereka cakap tak mungkin sebab dia hafiz quran dan baik suka membantu orang la apalah macam-macam pujian mereka bagi dekat jantan tu mereka ingat budak tahfiz tak ada yang jahat ke?" luah Aileen puas hatinya dapat luah apa yang pendiam di hati.
"Aisy tak call kau ke?" tanya Daniel lagi.
"ada tapi aku tak angkat malas." jawab Aileen malas. Daniel menganggukkan kepala tanda faham dia bangun dan merenggangkan ototnya.
"aku masuk dulu jangan duduk luar lama sangat bahaya dan lagi satu jangan diam lama sangat kesian mak ayah kau risau keadaan kau dekat Malaysia tu yang kau dekat sini gembira main dengan kawan-kawan." pesan Daniel sebelum beredar selepas dapat anggukan dari Aileen.
Aileen bangun dan mengibas pakaiannya agar tidak ada habuk atau haiwan yang melekap pada dress hijaunya.
Aileen melangkah masuk ke dalam dewan semula bayangan Dahlia dicari dia yakin Dahlia ada di atas bermain dengan anaknya.
Aileen mengulum senyum apabila telah jumpa apa yang dia cari. langkah dibuka kecil kearah mereka.
"kak Dahlia." Dahlia melihat ke arah suara yang memanggilnya itu dia mengulum senyuman melihat figura Aileen mendekatinya.
"Aileen pergi mana puas akak cari awak tau?" kata Dahlia memberi ruang pada Aileen untuk duduk.
"Aileen keluar tadi ambil angin Aileen rasa sesak duduk dalam ni lama sangat." jawab Aileen Dhiya yang ada di riba Dahlia diambil.
Dahlia mengangguk faham.
"akak dengan Izz tak nak menari sekali ke?" tanya Aileen. dewan bawah yang dipenuhi manusia yang sedang menari mengikut lagu itu dilihat.
"tak apalah akak tak pandai menari." tolak Dahlia. dia biasa belajar tapi entah kenapa dia mudah silap langkah bila suaminya ada sekali.
"boleh belajar, sayang jomlah." suara maskulin itu mencelah. Aileen mengukir senyuman manis tepat masanya!
"betul! pergilah kak, Dhiya Aileen boleh jagakan." gesa Aileen. Dahlia mengeluh perlahan tangan suaminya itu disambut.
Izz memberi thumbs up pada Aileen. Aileen hanya balas dengan senyuman kecil sahaja jealousnya nak kahwin! eh...!?
"hi, boleh saya duduk sebelah awak?" tanya seorang lelaki. berkerut dahi Aileen kenapa nak duduk sebelahnya sedangkan banyak lagi tempat kosong boleh duduk?
Aileen hanya balas dengan anggukan kepala sahaja dia lebih fokus pada Dhiya dari lelaki disebelahnya.
"hi little girl, apa nama dia?" lelaki itu bertanya pada Aileen.
"Dhiya." jawab Aileen dingin. lelaki itu menjatuhkan kepalanya tanda faham.
"boleh saya pegang dia?" tanya lelaki itu. Aileen mengangguk kecil dan memberikan Dhiya pada lelaki itu.
Aileen hanya melihat lelaki itu bermain dengan Dhiya dengan ekor mata.
"err... awak boleh tolong jagakan dia sekejap tak saya nak ke tandas sekejap." kata Aileen masa ni lah perutnya buat perangai.
"boleh pergi lah jangan risau si kecil ni saya akan jaga dia macam keluarga sendiri." kata lelaki itu Aileen mengangguk kecil dan membuka langkah ke tandas.
usai membuang hajat Aileen keluar dari tandas tanpa sengaja dia terlanggar seseorang.
"sorry i didn't mean to." kata Aileen penuh rasa bersalah.
"It's my fault because I don't look ahead." kata lelaki itu lembut.
"You... Aileen Medyna, right?" kata lelaki itu wajahnya terkejut melihat wajah Aileen di depan matanya.
Aileen menganggukkan kepalanya.
"Why?" tanya Aileen pelik sejak bila dia terkenal ni?
"saya Matthias." lelaki itu perkenalkan dirinya tangan dihulurkan untuk menyalam dengan Aileen.
"maaf saya muslim saya tidak boleh sentuh lawan jenis." tolak Aileen suaranya tidak terlalu lembut hanya datar sahaja.
Matthias menarik tangannya semula lalu dia berdehem menutup malu.
"kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu." pamit Aileen baik dia pergi entah kenapa dia tidak selesa dengan lelaki itu dan dia perlu cepat takut lelaki asing itu membawa lari Dhiya nanti tak pasal-pasal si Izz tu marahkan dia sebab lalai dalam menjaga anak kesayangannya itu.
Matthias menghantar gadis itu dengan pandangan mata bibirnya tidak lekang mengukir senyuman manis tapi seram.
"kau makin cantik, sayang." gumam Matthias sebelum dia membuka langkah pergi dari situ. dia saja terlanggar Aileen agar boleh berborak dengan gadis itu walaupun tidak lama itu telah pun mengembirakan hatinya.
"tuan! tuan besar call dan kata anak tuan sakit di rumah dan dia mahukan tuan." kata Theodor.
"apa! kenapa kau tak bagi tau awal-awal ha! sial la kau ni." maki Matthias hampir gugur jantungnya mendengar berita itu tidak pernah anaknya jatuh sakit dan ini adalah kali pertama.
Matthias membuka langkah besar keluar dari hotel mewah itu dia perlu cepat dia tidak boleh hilang satu-satunya penguat semangat dia untuk teruskan hidup.
"Umi..." Aileen mengulum senyuman tempat duduknya di labuhkan punggung Dhiya di pangkuan lelaki itu diambil.
"Dhiya okay? ada buat perangai tak masa umi tak ada?" tanya Aileen lembut.
Dhiya mengelengkan kepalanya dan menjilat aiskrim yang ada ditangannya mana dia dapat aiskrim ni?
"Dhiya tak nakal dia behave sangat pandai awak jaga anak awak." hampir tersedar Aileen mendengar pujian itu.
"maaf tapi... saya bukan mak dia saya hanya mak angkat dia je mak dan ayah kandung dia sedang menari di bawah." Aileen meluruskan kesalahan fahaman itu.
"ouh... maaf saya ingat dia anak awak sebab dia rapat dengan awak macam ibu kandung sendiri." kata lelaki itu belakang tengkuknya diusap kerana malu.
Aileen menganggukkan kepala tanda faham tidak mustahil kalau lelaki itu kata begitu kerana dia melayan Dhiya tidak ubah seperti anaknya sendiri begitu juga dengan Julien dan Darren.
"siapa nama awak ye?" tanya lelaki itu sopan.
"panggil je Medyna." kata Aileen.
"saya Faiz awak." Faiz perkenalkan dirinya.
"awak datang sini dengan siapa?" tanya Faiz.
"kawan, awak pula?"
"same, tapi saya kena paksa." kata lelaki itu dengan nada tidak puas hati.
"sebab?"
"saya terpaksa jauh dari tunang saya hanya sebab majlis ni je padahal majlis ni tetap berlangsung walaupun saya mati." kata Faiz lancar. Aileen menahan senyum ini kali pertama dia melihat perangai lelaki yang baru kenal seperti budak kecil bertuah sungguh siapa yang jadi isteri lelaki ini.
"Medyna tak menari sekali ke?" tanya Faiz.
"tak saya tak kahwin lagi dan saya tak pandai menari." jawab Aileen. Faiz menganggukkan kepala tanda faham.
"tak sangka kan perempuan secantik awak tak kahwin lagi." kata Faiz seperti bersimpati. Aileen menggigit bibirnya dari ketawa.
"rugi tau mereka tolak awak jadi isteri." kata Faiz lagi.
"sebab?"
"yelah awak cantik, baik, suka budak-budak dan penyayang bertuah siapa jadi suami awak nanti." jawab Faiz. Aileen hanya mengukir senyuman kecil saja tak tahu nak balas apa.
"okay lah saya pergi dulu, kalau ada jodoh kita jumpa lagi." Faiz beredar pergi. Aileen menghantar pemergian Faiz dengan pandangan mata kenapa dia macam kenal lelaki ni tapi dimana?
Aileen mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu lebih tepatnya malas nak ingat baik dia main dengan Dhiya dari memeningkan kepalanya.
________________________________________________
bersambung....
Share this novel