bab 26

Romance Series 12074

"bukan tak boleh hubby boleh je cuma... Aileen terlost contact dengan dia sebab tu Aileen tak boleh whatsapp dan call" kata Aileen. Aileen bukan tak ada nombor telefon Melissa cuma... Melissa telah tukar nombor lepas kejadian itu.

"kenapa sweethearth tengok bulan kalau sweethearth rindu dekat dia?." tanya Adyan ingin tahu setiap kali Aileen rindu 'dia' pasti Aileen akan melihat bulan kadang dia perasan Aileen menangis apabila melihat bulan tapi dia buat tidak tahu kerana ia mahu bagi Aileen ruang untuk cerita kan pada dia.

"sebab dia sama macam bulan bila seseorang ada di hutan yang gelap bulan ada untuk menyinari hutan tersebut... setiap kali Aileen sedih mesti dia ada untuk gembira kan Aileen walaupun Aileen tak bagi tau lagi... dia sentiasa bantu Aileen bila Aileen tidak tahu nak buat apa." ujar Aileen sayu menitis air matanya makin lama ia bercakap berkenaan Melissa makin ia mahu menangis kerana tidak tahan dengan perasaan rindu yang membuak-buak di hati.

"hey... don' cry..." pujuk Adyan sambil mengelap air mata isterinya itu lalu ia membawa Aileen masuk ke dalam pelukannya untuk redakan air mata isterinya itu.

" I miss her... Aileen rindu dia hubby..." luah Aileen apa yang terbuku di hatinya selama ini. Adyan hanya mampu menggosok belakang badan isterinya sambil memberi kucupan di kepala isterinya untuk memberikan kekuatan.

"shh... jangan nangis tak comel dah isteri hubby ni. dah jom masuk dalam kita rehat okay. esok hari yang sibuk untuk kita." kata Adyan ia cuba untuk buat Aileen berhenti menangis hatinya sakit apabila melihat air mata Aileen itu.

---••♡••---

selepas sarapan mereka semua mula untuk membuat majlis kesyukuran sekali dengan pertunangan Aisy dan Sufi. kaum Adam membuat kerja di luar sementara kaum hawa membuat tugas di dalam rumah.

puan Amira dan adik-beradiknya membuat makanan yang akan dihidangkan di majlis kesyukuran sementara Aileen dan sepupu perempuan yang lain membuat pelamin untuk majlis pertunangan. ada juga orang kampung yang datang membantu.

majlis pertunangan Aisy dan Sufi akan bermula selepas zohor. Sufi bersiap dengan bantuan Aileen dan sepupu perempuan yang bernama Illyana.

"Sufi jangan bergerak sikit lagi nak siap" kata Illyana sambil membaikikan sedikit make up Sufi.

"okay dah siap" kata Illyana sambil mengemaskan alat solekan itu.

"wah!! cantiknya Sufi" puji Aileen. Sufi tersipu malu apabila mendengar pujian dari bakal kakak iparnya itu.

"mestilah tengoklah siapa yang make up kan dia" bangga Illyana. Aileen membuat muka toya apabila Illyana mengangkat bakul sendiri.

"Sufi tu cantik neutral kau make up tak tebal mana pun jangan nak angkat bakul sendiri" kata Aileen sambil mencekak pinggang.

"iyalah puan Aileen"kata Illyana malas sambil mengemas barang make upnya. Sufi hanya tergelak kecil apabila mendengar pergaduhan kecil antara sepupu itu.

Sufi melihat dirinya di cermin jubah abaya tersarung di tubuhnya dan make up yang tidak terlalu tebal.

"Sufi jom tetamu dah mula sampai" kata Aileen Sufi hanya menganggukkan kepala lalu Sufi keluar dengan diiringi oleh Aileen dan Illyana.

semua tetamu melihat ke arah Sufi tanpa berkelip termasuklah Aisy. Aisy tersadar apabila Areeq menepuk bahunya dari tepi.

"dah dah la tu pandang anak dara orang nanti dah kahwin kau pandang la dia puas-puas" kata Areeq. Aisy tidak cakap apa-apa matanya masih tidak lekang melihat Sufi itu. Tengku Athif, puan Marina dan kembar sampai di kampung pagi tadi mereka datang lewat kerana ada urusan di KL.

selepas puan Amira sarungkan cincin tunang di jari Sufi semua tetamu dijemput makan di khemah yang telah disediakan di luar rumah.

"Sufi buat apa tu"tegur Aisy apabila ia melihat Sufi duduk di pondok belakang rumah sambil bermain cincin tunang itu.

"tak buat apa pun awak buat apa di sini?"tanya Sufi.

"tak buat apa pun saja tengok bidadari tak boleh ke?" kata Aisy sambil duduk di sebelah Sufi masih ada jarak diantara mereka.

"ha'ah memang tak boleh pun"kata Sufi selamba sambil mengambil angin di sawah padi.

"kenapa pula? awak kan tunang saya kenapa saya tak boleh tengok?"tanya Aisy.

"sebab saya tunang awak la awak tak boleh tengok sebab kita belum halal lagi. kita masih ada batas walaupun saya telah diikat oleh pertunangan" kata Sufi.

terhinjut sedikit bahu Aisy dan Sufi apabila ada suara lembut menyapa mereka.

"betul tu Aisy jadi jangan duduk berdua dengan Sufi walaupun Sufi ni adalah tunang kau" kata Aileen sambil mendekati mereka.

muka Aisy masam mencuka apabila mendengar perkataan kakaknya itu Sufi pula hanya tergelak kecil apabila melihat muka masam Aisy itu.

"dengar ke tidak Aisy Miftah" soal Aileen tegas.

"iye aku dengar"jawab Aisy malas lalu ia bagun dari duduk terus ia membuka langkah untuk pergi dari situ.

Aileen hanya menggelengkan kepala sahaja apabila melihat perangai adiknya itu.


---••♡••---

selepas solat isya' Aileen rebahkan diri di katil ia penat hari ni terpaksa melayan tetamu yang berkunjung datang tanpa henti. Aileen bangun dari baringan lalu mengambil tudung dan sarungkan di kepalanya.

ia hendak bantu yang lain untuk mengemas majlis siang tadi. khemah,meja dan kerusi lori akan mengambil esok pagi.

"ibu, mummy ada apa-apa yang Aileen boleh tolong?"tanya Aileen apabila ia nampak puan Amira dan puan Marina di dapur.

"tak ada dah rasanya Aileen. apa kata kamu tolong buatkan air untuk kaum lelaki di luar" kata puan Amira Aileen hanya menganggukkan kepala lalu ia mengambil 2 mug dan membuat air selepas membuat air Aileen mengambil cawan dan juga dulang.

"akak nak sufi bantu?"pinta sufi apabila ia melihat Aileen sedang menyusun cawan di dulang.

"boleh juga sufi terima kasih"kata Aileen. Sufi hanya balas dengan anggukan sahaja lalu mengangkat dulang yang berada di atas meja dan Aileen membawa dulang yang berada di depannya.

"ni nak hantar dekat siapa akak sampai 2 mug?"tanya sufi.

"nak hantar dekat luar kesian orang kampung yang tengah gotong-royong di luar" jawab Aileen.Sufi menganggukkan kepala tanda faham.

"hah!! Aileen, Sufi kamu berdua buat apa di luar malam-malam ni?"tanya encik Mazlan apabila ia melihat anak dan bakal menantunya keluar.

"ouh ayah.. ibu minta Aileen dan Sufi hantarkan air dekat ayah dan orang kampung. ibu kata kesian ayah dan yang lain kerja tanpa henti" jawab Aileen sambil meletakkan dulang itu ke pondok depan rumah begitu juga dengan Sufi.

encik Mazlan hanya menganggukkan kepala tanda faham lalu ia menghalau dua orang perempuan itu masuk ke dalam.

"ye lah terima kasih nanti ayah panggil mereka dah kamu berdua pergi masuk dalam perempuan tidak baik keluar malam-malam lagi-lagi kalau ada banyak lelaki bukan mahram di luar ni" ujar encik Mazlan panjang lebar pada dua orang wanita tersebut.

"baiklah ayah Aileen dan Sufi masuk ye. ayah jangan kerja kuat sangat nanti ibu risau pulak" kata Aileen dan terselit pesanan pada ayahnya itu. ayahnya bukan boleh kira sekali dah jumpa kawan di kampung kesihatan diri selalu dilupakan.

"iye ayah tahu lah dah masuk"arah encik Mazlan tegas. Aileen dan Sufi hanya menganggukkan kepala lalu membuka langkah untuk masuk ke dalam selepas di halau oleh encik Mazlan.


________________________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience