tok! tok! tok!
"Aileen!"
"ye, sekejap." sahut Aileen dari dalam bilik tudung sarung dicapai dan disarungkan di kepalanya. daun pintu dibuka figura Fayyadh dan Daniel di depan pintu biliknya itu dipandang hairan. ada apa dua jejaka ini mencarinya awal pagi begini?
"kenapa?" soal Aileen malas mahu basa-basi. tangan disilangkan tubuhnya bersandar pada pintu bilik.
"kau tak mandi lagi, Aileen? anak dara jenis apa kau ni!?" kata Daniel bila Aileen masih memakai baju tidur siap ada gambar pokemon lagi. haih...
"ha'ah nanti aku nak keluar bilik aku mandi la, ni ada apa cari aku?" Aileen mengulangi soalannya.
"petang ni tunang aku datang dia bawa kawan dia sekali nama Zoey." jawab Fayyadh.
"jadi?"
"aku nak kau jaga mereka sepanjang mereka di sini. Lydiana dengan Zoey masih tak tau tentang kerja sampingan aku." kata Fayyadh.
"tapi... kenapa aku? kan banyak lagi bawahan Jayden yang mahir? kau ingat aku ni bodyguard ke nak jaga orang?" kata Aileen geram.
"memang la tapi aku tak percayakan mereka aku lebih percayakan kau dari mereka. nanti mereka bocorkan kerja kedua aku macam mana?" kata Fayyadh. Aileen mengeluh perlahan.
"yelah... tapi kau kena bayar aku, kau ingat aku nak bagi percuma ke? kalau Melissa ya aku bagi percuma tapi tunang kau dengan Zoey tak ada, boleh?" kata Aileen alang-alang duitnya pun hampir melayang pergi baik dia ambil kesempatan. bak kata orang kesempatan tidak datang dua kali eh! betul ke? ke salah?
"yelah... mata duitan sungguh kau ni." omel Fayyadh.
"okay lah aku guna tenaga sendiri untuk dapatkan duit tu dari aku jadi pacat macam ex girlfriend kau dulu baru tau." balas Aileen. Fayyadh diam tidak tahu mahu balas apa.
"dah latu tau mengutuk orang je kau ni, aku dengan Fayyadh pergi kerja dulu anak aku ada dekat bawah tengah main dengan Julien dan Dhiya." celah Daniel.
Aileen menjatuhkan kepalanya tanda faham. tangan dilambai tanda selamat tinggal. pintu bilik ditutup dan rebah semula ke katilnya yang empuk. badan dipusingkan cerita oshi no ko yang berhenti kerana gangguan itu disambung semula.
•
•
•
•
"ahhh... akhirnya kita sampai juga sakit pinggang aku duduk lama di atas kapal terbang." kata Lydiana sambil memegang pinggangnya yang lenguh itu.
"aih... kau ni dah bertunang nak kahwin dah pun tapi perangai tak berubah macam mana lah tuan Fayyadh boleh jatuh cinta dekat kau?" kata Zoey sambil menggelengkan kepalanya.
"alaa... cinta tu buta dan lagi pun dia pernah bagi tau aku yang dia suka aku seadanya dia pernah cakap manusia ni tidak pernah sempurna dan manusia tidak diciptakan untuk menjadi sempurna." kata Lydiana panjang lebar. dia tidak sabar mahu berjumpa dengan tunangannya 3 bulan tidak berjumpa rindunya makin membuak-buak.
"iyalah, Diana kau betul bilalah aku nak dapat lelaki macam kau?" rungut Zoey. Lydiana memandang sahabatnya itu.
"alaa... nanti jumpa latu sabar la ye." pujuk Lydiana.
"hmm... yelah sekarang ni mana tunang kau? berapa lama dia nak jemur kita dekat sini?" tanya Zoey.
Lydiana memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan mencari kelibat tunangnya itu tadi kata dah nak sampai tapi sampai sekarang tak nampak pun batang hidung. jangan kata lupa!
"ha... tu pun jodoh kau panjang umur dia." kata Zoey sebelum menarik tangan kawannya mendekati dua figura lelaki yang amat mereka kenali.
"kenapa lambat?" tanya Lydiana. dingin suaranya.
Fayyadh menelan liur belakang leher diusap. Daniel hanya beriak kosong langsung tidak takut dengan gadis itu.
"maaf ada meeting tadi ingat sekejap je tak sangka pula boleh lama dari yang dijangka." kata Fayyadh. Lydiana menganggukkan kepala tanda faham.
"dah habis?" celah Daniel.
mereka bertiga memandang Daniel sebelum mengangguk serentak. Daniel membuka langkah pergi diikuti tiga orang itu.
"seram gila tuan Daniel." bisik Zoey.
"luar je tapi dalam hangat dengan cinta." jawab Lydiana turut berbisik. mula-mula dia pun agak seram berhadapan dengan jejaka itu tapi semakin lama dia mengenal jejaka itu tak lah sedingin yang dia sangka mungkin dingin di luar tapi penyayang pada orang tertentu.
Zoey hanya mengangguk sahaja tanda membenarkan apa yang sahabatnya katakan.
sampai sahaja di villa Jayden mereka masuk ke dalam. mereka disambut oleh Melissa, Lauren dan Dahlia dengan ramah manakala Aileen diruang tamu bermain dengan anak-anak angkatnya bukan sombong tidak menyambut tetamu tapi dia tidak sedar kerana terlalu fokus bermain catur dengan Julien hingga tidak sedar ada tetamu yang hadir.
"assalamualaikum..."
"waalaikumussalam, balik dah." sambut Lauren sambil menyalam tangan suaminya.
"mana Darren?" tanya Daniel bila anak terunanya tidak kelihatan.
"ada dekat ruang tamu masih bermain." jawab Lauren. Daniel menganggukkan kepala tanda faham sebelum menarik isterinya naik ke bilik sementara anaknya masih dibawah boleh la dia bermanja dengan isterinya.
Melissa dan Fayyadh hanya menggelengkan kepala sahaja tahu sangat Daniel yang haus kasih sayang dengan isteri sejak ada anak.
"jemput la masuk bilik Diana dan Zoey." pelawa Melissa.
"Ran tolong bawa Lydiana dan Zoey ke bilik mereka dan tolong juga nanti pesan dekat Aileen untuk pulangkan anak saya malam ni." pesan Melissa sebelum pergi meninggalkan mereka semua.
"baik, puan." balas Ran lalu memandang tunang orang kanan majikannya dan gadis di sebelah Lydiana itu. lama dia menilik Zoey sebelum suara Fayyadh mencelah.
"bila makan malam dah siap akan ada orang panggil dan kalau nak apa-apa tanya saja Ran." kata Fayyadh. Lydiana dan Zoey menganggukkan kepala tanda faham.
"Ran mana Aileen?" tanya Fayyadh.
"kak Aileen ada diruang tamu." jawab Ran.
Fayyadh menganggukkan kepala tanda faham langkah disusun ke ruang tamu ada sesuatu yang dia perlu bincang dengan Aileen.
Lydiana menghantar pemergian tunangnya dengan lirikan mata entah kenapa dia tidak berapa suka bila tunangnya rapat dengan Aileen dia rasa seperti Aileen ingin merampas Fayyadh daripadanya.
"Aileen!"
Aileen mengangkat wajahnya bila namanya diseru.
"bila kau balik? mana tunang kau?" tanya Aileen sebelum dia fokus pada permainannya semula.
"dia masuk bilik berehat ni kau buat apa?' tanya Fayyadh.
"main chess tapi..."
"tapi?" ulang Fayyadh sebelah alisnya terangkat.
"2 kali dah aku kalah dengan Julien! dia ni budak umur dua tahun ke apa? kadang aku musykil dengan anak si jayden ni bijak terlebih." kata Aileen geram. tak sangka yang dia akan kalah dengan budak yang berumur dua tahun!
Fayyadh menggeleng perlahan nak kata gadis ini nak kata bodoh nanti dia marah pula.
"haih... dari kau main dengan dia baik main dengan aku." Fayyadh mengangkat Julien duduk di ribanya. buah catur yang berterabur itu disusun semula.
permainan dimulakan oleh Fayyadh.
"ada apa kau cari aku?" tanya Aileen. jarang sekali lelaki ini mencarinya kalau ada tunang di sisi macam mana lepas kahwin nanti mesti berkepit je kan? geli pula bila fikir.
"kau tak nak bagitau apa-apa ke Aileen? terutama tentang kejadian kau dan Mel di mall tempoh hari." kata Fayyadh tanpa nada.
"tak, kenapa kau tanya aku? kenapa tak tanya Daniel dan Izz mereka kan siasatan tentang ni." kata Aileen cuba mengelak dari Fayyadh mengesyaki sesuatu. insting Fayyadh boleh tahan tajam sebab itu dia dan Melissa susah menyimpan rahsia bila bersama lelaki ini.
"ya tapi aku tau kau cari juga aku bukan kenal kau semalam tau aku dah kenal kau dari kecil jadi aku tau apa yang kau buat kalau itu melibatkan Melissa." ujar Fayyadh panjang lebar.
Aileen diam tidak tahu mahu balas apa otaknya pula melayang pada perbualan dia dan lelaki asing itu dan tanpa sedar...
"checkmate!"
Aileen tersadar dari lamunannya bila suara Fayyadh masuk ke pendengarannya. lama Aileen memandang buah catur. dia kalah. bulat mata Aileen dia tidak percaya dia kalah ni semua salah Fayyadh kalau lelaki itu tak tanya dia tentang lelaki itu dia pasti akan menang!
"mana aci kau main tipu!" bentak Aileen tidak terima kekalahan ini.
"mana ada aku main tipu aku main dengan adil kau pun nampak kan aku tak ada curi apa-apa pun." kata Fayyadh.
Aileen mendengus kasar dia bangun dan naik ke atas meninggalkan Fayyadh di bawah bersama anak angkatnya biarlah lelaki itu jaga!
Fayyadh ketawa kecil itu adalah rancangan untuk kenakan Aileen kerana telah menipunya. nasib la Aileen orang yang mudah termenung jadi senang untuknya mengalihkan fikiran Aileen.
bersambung...
Share this novel
bila nak up ni
next