"sweethearth yakin yang sweet hearth boleh tinggal sorang-sorang?" ujar Adyan ia tak yakin nak tinggalkan isterinya seorang diri di rumah kalau di Malaysia tak apa sekarang ni di Korea macam-macam boleh berlaku.
"iya.. hubby jangan risau okay? Aileen pandai jaga diri Aileen yang penting tu hubby bukan Aileen." kata Aileen tangannya mengikat tali leher yang berwarna navy blue.
"kenapa hubby pula?" soal Adyan kehairanan.
"ye lah!! perempuan kat sini lebih parah dari Malaysia Aileen dapat tahu hubby tengok hubby tidur luar selama seminggu dan jangan sentuh Aileen selama sebulan." keras Aileen memberi peringatan pada suaminya ini.
Adyan menelan perit air liurnya isterinya ini menyeramkan bila cemburu.
"baiklah sweethearth hubby akan jaga pandangan lagi pun isteri hubby lebih comel." kata Adyan memujuk hati isterinya.
"iyelah tu." nafi Aileen ia ke arah meja solek lalu jam suaminya diambil.
Aileen mengambil tangan kanan Adyan lalu ia memakaikan jam itu.
"betulah kalau tak sayang hubby tak kahwin dengan sweethearth." kata Adyan.
"iyelah hubby.. dah baik pergi sekarang kesian yang lain tunggu hubby di bawah." arah Aileen ia menghantar Adyan ke depan pintu rumah nak keluar tak boleh kerana ia malas memakai tudung.
"iyelah hubby pergi dulu kalau ada apa-apa call je." pesan Adyan. Aileen menganggukkan kepala lalu ia menyalam tangan Adyan.
Adyan menghadiahkan ciuman di ubun-ubun isterinya lalu ia keluar dari kondo itu.
Aileen melambaikan tangan dengan senyuman manis apabila pintu itu telah tutup senyumannya pudar.
Aileen masuk ke bilik lalu ia membawa keluar semua senjata yang Izz sorok di kondo ini.
Ting!
Aileen mengambil telefonnya di katil lalu aplikasi Whatsapp dibuka.
Izz
-------
motor kau aku dah
parking di bawah
kunci ada lampu
dinding di balkoni.
ok thanks!
oh.. lagi satu aku nak
bagi tau lelaki tu ada di
sini.
what!! siapa undang dia!!?
aku tak tau la bila aku
periksa senarai nama tak
ada pun nama dia?
aku rasa dia guna nama
palsu ataupun dia
gantikan orang atasan.
mungkin tapi siapa?
aku tak pasti. kau tengokkan
yang lain yang selebihnya
biar aku yang uruskan.
okay hati-hati!
ermmm....
Aileen menutup telefonnya lalu ia masuk ke tandas untuk membersihkan diri.
usai membersihkan diri Aileen memakai serba hitam pakaian itu tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.
Aileen menyemburkan minyak wangi berperisa secret victoria di badannya tidak terlalu banyak cukup untuk menutup bau badannya.
Aileen memakai topi cap dan masuk yang berwarna hitam.
Aileen ke balkoni ia mengambil kunci motor yang Izz sorok.
Aileen membuka pintu kondo kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan. Aileen keluar apabila ia tidak melihat satu orang pun mesti mereka semua keluar maklumlah esok dah masuk tahun baru.
Aileen turun menggunakan tangga. Aileen bergerak ke moto yang berwarna hitam itu. enjin moto itu dihidupkan Aileen menunggang moto itu keluar dari kawasan parking.
sampai sahaja di hotel Adyan dan kembar keluar dari kereta mereka berjalan di atas karpet merah.
banyak mata memandang tiga beradik itu. tidak henti-henti mereka memuji ketampanan tiga beradik itu.
"Adyan!" panggil Izz. Adyan mendekati Izz manakala Areeq dan Aneeq berjumpa Felix dan Faiz.
"mana isteri kau tak ikut ke?" tanya Daniel.
"tak, dia tak selesa dengan suasana ramai." jawab Adyan. Daniel menganggukkan kepala tanda faham.
"mana Jayden tak sampai lagi ke?" tanya Adyan. tadi Jayden masej kata jumpa di hotel tapi tak nampak pun bayangan dia?
"dia pergi sambut keluarga isteri dia nanti dia datang." jawab Izz. Adyan menganggukkan kepala tanda faham.
"anak kau mana?"
"ada main dekat taman dengan budak-budak lain."
"selamat ke?" tanya Adyan. yakin sungguh mereka tinggal anak-anak di taman kalau kena culik macam mana?
"jangan risau Jayden dah letak pengawal sekeliling taman tu." jawab Daniel. Jayden tak akan pernah
terlepas pandang terhadap keluarga dia.
Aileen berhentikan moto enjin moto di matikan. dia turun dari moto Aileen terus ke belakang villa mewah itu untuk masuk ke pintu rahsia.
"kenapalah dia suka tinggal dekat hutan tak boleh ke tinggal kat bukit tak ada susah aku nak redah hutan ni!" rungut Aileen. sedang Aileen berjalan tiba-tiba ada bunyi disebalik semakan itu.
Aileen melihat ke arah semak itu pisau di belakang pinggangnya di pegang untuk berjaga-jaga.
"who's there?" ujar Aileen.
rrrr....
harimau kumbang keluar dari semakan itu matanya yang berwarna kuning itu tajam menatap Aileen yang ada di depannya.
"kau siapa pula? sejak bila jantan ni tambah haiwan? kenapa Izz tak bagi tau apa-apa pun pasal kau?" bebel Aileen seorang diri. nak sahaja dia bunuh haiwan ni tapi kalau bunuh mereka akan sedar ada orang cuba pecah masuk rumah ni.
apabila harimau kumbang itu hendak menerkam Aileen ada seekor harimau kumbang menghalang ia melindungi Aileen dari di serang.
iris hijau harimau itu tajam melihat iris kuning itu. harimau itu terus berlari apabila harimau itu menatap matanya.
harimau kumbang yang melindungi Aileen itu mendekati Aileen.
"Luca!!" Aileen terus memeluk harimau kumbang itu.
Aileen meleraikan pelukan itu lalu ia menggosok Luca rindu sungguh ia dengan haiwan karnivor ini.
"Luca awak boleh bawa saya ke pintu rahsia tak? saya nak ambil barang di bilik lama saya." pinta Aileen. ia tahu ada lagi harimau kumbang di dalam hutan ini.
Luca membalas dengan anggukan kepala tanda faham. ia berjalan ke depan Aileen tersenyum ia bangun dari duduknya dan mengikuti Luca dari belakang.
Luca berhenti apabila tiba di pokok yang besar. Aileen duduk laptop yang ada di dalam begnya di bawa keluar ia mahu hack cctv seluruh villa.
Luca duduk disebelah Aileen ia melihat sahaja jari Aileen yang sedang mengetik itu.
selesai menghack villa itu Aileen menyimpan laptop di dalam beg semula.
"jom masuk saya dah hack supaya tak nampak saya." kata Aileen perlahan ia bangun dan mengibas seluarnya.
Aileen menolak pintu kecil di sebalik pokok besar itu. Luca masuk dahulu mana tahu ada pengawal lalu di kawasan itu.
Aileen mengikut di belakang Luca. sampai di pintu sliding door Aileen membawa keluar pin rambut yang berwarna hitam lalu ia memasukkan di tempat kunci.
apabila kunci itu berjaya di buka. Aileen masuk ke dalam.
Aileen menutup pintu itu semula. Aileen melihat sekeliling villa itu. pelik ia apabila villa itu sunyi kemana pembantu rumah?
"tak banyak perubahan." komen Aileen. ia mendekati perabot yang ada di tepi tangga itu. satu bingkai gambar diambil.
"maaf sebab aku tak dapat datang malam ni." kata Aileen penuh rasa bersalah. gambar Melissa itu digosok.
"당신은 누구이며 어떻게 들어갈 수 있습니까?" kata suara lembut itu tapi terdengar dingin. pelik ia apabila Luca tidak menyerang wanita ini jadi ia yang kena uruskan.
(Siapa anda dan bagaimana anda boleh masuk?)
Aileen meletakkan bingkai itu di tempat asal kemudian kedua tangannya diangkat.
Aileen memusingkan badan je arah suara itu. mata Aileen merenung mata pedang yang beberapa inci darinya. ia dah agak yang dia akan disambut sebegini.
berkerut dahi gadis itu melihat riak tenang di wajah Aileen.
"siapa dia ni?" bisik hati gadis itu. agak terkejut apabila wanita didepannya ini tak takut melihat pedang tiba-tiba ia teringat seseorang sama seperti wanita ini.
"적을 마주할 때 감정이 당신을 통제하도록 두지 마십시오." tegur Aileen apabila melihat sorot mata gadis didepannya ini.
(Jangan biarkan emosi anda mengawal anda apabila berhadapan dengan musuh anda)
gadis itu terkejut apabila wanita ini menegurnya bagaimana ia tahu yang dia sedang mengingat seseorang.
"놀라셨을 텐데요, 제가 어떻게 알겠어요? 당신을 구해준 사람을 생각하고 있는 것 같죠?" teka Aileen.
(Anda mungkin terkejut, bagaimana saya tahu? Anda mungkin berfikir tentang orang yang menyelamatkan anda, bukan?)
"어떻게 알았어?" soal gadis itu.
(bagaimana awak mengetahuinya?)
Aileen tersenyum tangannya membuka masuk yang menutup mukanya.
terkejut gadis itu apabila melihat wajah wanita itu. tubir matanya berair pedang jatuh ke tanah tangannya naik menekup mulut.
"miss me Ran?" kata Aileen tersenyum manis.
___________________________________________
bersambung...
Share this novel