iris's boutique
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"yeay.... kita dah sampai"kata Dhiya riang
"jom kita turun. Dhiya don't be naughty, okay, kalau Dhiya nak apa-apa panggil je umi"pesan Aileen pada anak angkatnya itu
"okay umi"kata Dhiya. Aileen dan Dhiya pun turun dari kereta dan mereka pun masuk ke butik
"assalamualaikum"ucap Aileen
"walaikumusalam, ni kak Aileen bawa anak sapa"tanya Sofea sambil mencium pipi pau Dhiya, Dhiya hanya gelak kerana geli
"ouh ni kak Aileen bawa anak kawan akak, kak afiqah mana?"jawab Aileen sambil mendukung Dhiya untuk menghentikan Sofea dari gomol pipi Dhiya nanti marah papa budak ni
"kak af ada kat atas tengah susun jubah yang baru sampai dekat stor"jawab Sofea. Aileen hanya menganggukkan kepala dan lalu naik ke atas dan letakkan Dhiya duduk di sofa di situ lalu pergi dekat afiqah
"afiqah buat apa tu"tanya aileen
"buat tak tau"jawab afiqah
"ouhh... buat tak tau patut lah kau kurang bijak harini"kata Aileen, berkerut dahi afiqah dengar perkataan 'kurang bijak' itu
"kenapa pula?"tanya afiqah
"cik afiqah jubah ni letak di stor bawah bukan disini, ni jubah yang aku design 2 minggu lepas"kata Aileen
"ouh yeke. macam mana aku boleh tak perasan "kata afiqah
"ha'ah kan, sebelum ni kau tak macam ni pun. haa... entah-entah kau fikir jodoh apa"teka Aileen
"mana ada"nafi afiqah
"yeke..."kata Aileen
"iye dah lah malas aku nak layan kau baik kau tolong aku"kata afiqah lebih tepatnya ubah topic
"iyelah"pasrah Aileen
"ouh Aileen tu anak siapa kau curi"tanya afiqah
"ouh tu aku curi anak kawan aku"jawab Aileen, afiqah hanya menganggukkan kepala tanda faham. mereka pun sambung kerja yang ditunda tadi
skipp
"umi... Dhiya lapar"kata Dhiya. Aileen berhenti buat kerja lalu angkat Dhiya duduk di ribanya dan melihat jam tangannya yang menunjukkan waktu telah pun pukul 12:03
"Dhiya lapar.... hmm... Dhiya nak makan dekat mana?" tanya aileen
"hm.... dhiya nak makan dekat McD boleh, kita ajak kawan-kawan umi sekali"kata Dhiya, Aileen letak jari telunjuknya di dagu buat gaya berfikir
"hmmm.... okay boleh, Dhiya pergi panggil mereka umi nak kemas meja kejap"arah Aileen. Dhiya menganggukkan kepala lalu turun dari riba Aileen dan pergi panggil kawan-kawan Aileen. aileen hanya tersenyum dan mengemas meja
selepas mereka makan di McD mereka pergi ke mall untuk jalan-jalan di mall ini pun atas permintaan Dhiya
"korang aku nak masuk kedai buku tau. aku nak beli novel"kata Aileen yang lain hanya menganggukkan kepala tanda faham
"Dhiya nak ikut umi ke atau ikut kak afiqah"tanya aileen pada Dhiya. Dhiya letak jari telunjuknya di dagu buat gaya berfikir
"hmm... Dhiya nak ikut kak afiqah lah"kata Dhiya Aileen hanya menganggukkan kepala dan bagi Dhiya pada afiqah lalu Aileen pergi ke kedai buku untuk membeli novel
masuk sahaja di kedai buku Aileen terus pergi di bahagian novel dan 3 buah novel karya anjell dicapai dia mahu bagi novel tersebut ke dahlia. Aileen terus ke kaunter untuk bayar novel tersebut selepas bayar novel itu Aileen terus pergi cari kawan-kawannya yang lain.
---••♡••---
selepas sahaja mereka berjalan-jalan di mall Aileen terus hantar kawan-kawannya ke butik dan ia terus gerak ke rumah Izz untuk hantar Dhiya balik. bila sahaja sampai di rumah Izz ia melihat sebelah penumpang senyuman manis ditanyangkan di wajahnya Dhiya telah pun diulik mimpi. Aileen tidak sampai hati nak kejut lalu ia keluar dari kereta dan loceng rumah tersebut ditekan
Ting! Tong!
"ia sekejap.. eh... Aileen dah sampai"kata dahlia. Aileen terus ke dahlia dan salam tangan dahlia
"iye, akak Izz mana?"tanya aileen
"ada apa kau cari aku"jawab Izz
"ouh.. kau tolong angkat Dhiya dia tidur aku tak sampai hati nak kejut dia"kata Aileen, izz hanya menganggukkan kepala lalu ia keluar untuk dukung Dhiya masuk ke bilik
"Aileen mari la masuk dulu, boleh akak buat air dekat Aileen"sambut dahlia
"eh... tak apalah akak, lagi pun akak tengah mengandung Aileen tak nak menyusahkan akak"tolak Aileen lembut
"tak ada apa lah akak buat air je. kamu sama macam Izz protective sangat"kata dahlia. Aileen hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal dan masuk ke dalam rumah dahlia
masuk sahaja ke dalam rumah ia melihat sekeliling rumah itu, sudah 4 tahun dia tak jejak ke sini dulu boleh dikatakan setiap hari dia datang sembang dengan dahlia sejak dia balik dari Korea dia dah tak datang sini lagi
"kau buat apa Aileen"tanya Izz
"tak buat apa pun explor rumah kau je banyak yang berubah"kata Aileen sambil melihat bingkai gambar yang ada di ruang tamu
"memang la, dah 4 tahun dah pun"kata Izz sambil duduk di sofa single aileen hanya menganggukkan kepala dan duduk di sofa panjang sebelah Izz
"nah jemput minum Aileen, abang, lia nak naik atas sekejap nak tukar baju Dhiya"kata dahlia. Aileen dan Izz hanya menganggukkan kepala tanda faham
"kau macam mana?"tanya Izz
"macam mana? macam mana apa?"tanya aileen sambil menuang air ke cawan
"selepas balik dari Kedah? kau tak ada buat keje gila an"tanya Izz
"tak ada. bukan masalah besar pun, sekarang ni aku ada masalah lagi besar" kata Aileen. berkerut dahi Izz mendengar 'masalah lagi besar' itu
"apa dia masalah lagi besar kau tu"tanya Izz ayat masalah lagi besar itu ditekankan sedikit lalu minum air yang dibuat isterinya tadi
"ada orang masuk minang aku"jawab Aileen sekali nafas. hampir tersembur Izz mendengar jawapan Aileen
"uhuk.. uhuk... sapa yang masuk minang kau? bukan kau kata tak nak kawin ke selagi masalah kau tak selesai lagi" kata Izz sambil menepuk lembut dadanya
"memang pun. aku pun tak tau macam mana nak tolak tapi... tak nak bagi mak dia terasa"kata Aileen ayat digantung kan dengan nada yang sayu sambil bermain jari jemarinya
"kau tolak je la apa susah"kata Izz selamba
"kau cakap senang la yang kena buat pilihan aku bukan kau"kata aileen dengan nada yang geram
"ok sekarang ni kau ada perasaan ke tak dekat lelaki tu"tanya Izz sebagai abang kepada Aileen
"tak tau lah aku, aku jumpa dia pun baru 3 kali "jawab Aileen dia masih keliru dengan fikirannya hatinya setuju tapi fikirannya sebaliknya
"haih... kalau kau tanya aku, aku setuju kau kawin dengan dia"kata Izz
"kenapa pula?"pelik Aileen
"sebab umur kau dah 23 tahun makin naik Aileen umur kau bukan makin turun. sampai bila kau tak nak kawin"kata Izz. aileen hanya menundukkan kepala dan bermain dengan jarinya
"haih.. apa kata kau buat solat istikharah mana tau dapat jawapan dari persoalan kau" cadangan Izz
"aku tak tau la aku takut sebenarnya"kata aileen. terdengar keluhan berat dari Izz
"sampai bila kau nak takut Aileen. kau kena cuba lawan rasa takut kau tu, tak semua lelaki sama Aileen. percaya lah"kata Izz. Aileen jenis keras kepala jadi nak tegur dia kena dengan lembut kalau kita paksa dia nanti ia akan berontak dia kenal sangat perangai Aileen yang satu ini
Aileen hanya berdiam diri dan tidak cakap apa-apa ia cuba menghadam apa yang Izz kata kan itu benar bukan semua lelaki sama. hanya keluhan berat dilepaskannya
"baiklah aku akan ikut cakap kau aku akan buat istikharah malam ni"yakin Aileen. Izz hanya menganggukkan kepala tanda setuju
"aku yakin dia dapat bahagia kan kau semula"kata Izz sambil menggosok kepala Aileen yang dibaluti shawl itu. aileen hanya menganggukkan kepalanya sedikit sahaja.
________________________________________________________
bersambung...
Share this novel