bab 1

Romance Series 12074

"Aileen aileen aileen... jom" ajak gadis tersebut. "jom?, jom pergi mana?" tanya aileen sambil menutup novel

"jom teman aku pergi mall sebelum kau balik Malaysia nak tak" tanya gadis itu

"malas la aku, aku nak baca novel" balas aileen dengan nada yang malas

"alaaa.... jom la aileen nanti kau balik Malaysia tak boleh dah nak dating berdua dengan kau boleh la aileen plissshhh" pujuk gadis itu sambil buat puppy eye dia tau Aileen pasti terpujuk dengan wajah comel itu

akhirnya Aileen mengalah juga kerana dia tau selagi dia tidak setuju selagi itulah kawan dia akan memujuk. "ye lah yelah... tapi kita dua je ke? bodyguard tak ikut"tanya aileen

"ye, kita dua je, suami dan ayah aku bagi tak bawa bodyguard untuk hari ni je lepas ni tak boleh dah, tak suka lah" jawab gadis itu dengan wajah cemberut kalau bodyguard dia 2, 3 orang tak apa lah juga ini 9 orang memang tak lah.

aileen tersenyum dan tangannya mencubit pipi pau kawan dia. ".iye lah, ini untuk keselamatan kau juga nanti kalau ada musuh serang macam mana." balas aileen. tangannya masih tak lepas dari cubit pipi pau kawan dia dah jadi mummy pon masih comel.

"iye lah, ni kau nak ikut aku pergi shopping ke tak " tanya gadis itu lepas dengar ayat dari kawan baik dia

"nak, sekejap aku nak salin baju" balas
Aileen. Aileen bangun dari katil dan terus ke almari baju untuk salin baju. Aileen hanya pakai hoddie dan skirt berwarna baby blue dan shawl yang berwarna hitam tidak lupa juga stoking dan handsock.


---••♡••---

bila sampai sahaja di mall aileen dan gadis tersebut pergi shopping. Aileen hanya ikut sahaja kawan baik dia beli kerana dia tidak suka sangat membeli barang banyak - banyak nanti tak terpakai semua barang itu tak ke membazir.

"Aileen kau tak nak ke beli apa-apa kat kedai ni dari tadi aku tengok kau tak beli apa pun" tanya gadis itu

"tak apa lah mel, aku tak cukup duit nak beli beg kat sini mahal sangat la" tolak Aileen dengan lembut supaya gadis yang berada di depan dia ini tak terasa.

Aileen dari keluarga sederhana dan kawan dia dari keluarga berada walaupun begitu perbezaan tersebut tidak halang untuk mereka berkawan baik

"alaaa... aku belanja la apa gunanya aku ajak kau teman aku shopping betul tak" kata gadis itu

"tak apa lah mel kau beli lah aku---" tanpa sempat aileen habiskan percakapannya gadis itu telah pun memotong

"tak dak tak dak, kena beli juga walaupun pun satu. jangan risau kau tak menyusahkan aku pun." kata gadis itu lagi dia tau sangat dengan perangai kawan dia yang satu ni.

" hmm... yela aku pilih beg tu la" kata Aileen sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah sling beg yang berwarna biru langit yang ada di belakang kawannya

"ouh okay, sat aku pergi bayar, kau tunggu sini tau jangan nak pergi mana- mana" pesan gadis itu sebelum dia pergi ke kaunter untuk bayar beg tersebut

Aileen hanya balas dengan anggukan sahaja. sementara aileen menunggu kawan dia bayar barang tersebut dia ternampak 2 figura yang tidak dikenali duduk tidak jauh dari situ sedang tengok telefon Aileen berasa tidak sedap hati bila dia melihat 2 figura itu rasa sesuatu yang buruk akan berlaku.

bila sahaja Aileen nampak kawan baik dia sedang menghampiri dia terus dia ajak gadis tersebut untuk pulang.

"mel habis dah kan, jom kita balik" ajak Aileen

"dah, kau kenapa Aileen ok tak kenapa kau nampak gelisah lain macam je" tanya gadis tersebut bila dia melihat wajah Aileen pucat

" entah, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati la"balas aileen

"ok la kalau macam tu kita balik" putus gadis itu. Aileen hanya balas dengan anggukan sahaja. dan mereka pun jalan keluar dari mall.

"Allah!! Aileen aku tertinggal handphone aku dekat kedai tadi!!! Aileen kau pergi ke kereta dulu"kata gadis itu

"tak apa kau masuk kereta dulu biar aku pergi ambil okay, bodyguard kau ada kat bawah jadi kau tak perlu risau aku dah call tadi " kata Aileen sekarang ni nyawa kawannya dalam bahaya jadi Aileen tidak boleh gadis itu pergi sendirian

"tak apa ke?"tanya gadis itu dengan rasa bersalah

"tak apa sekarang ni kau dalam bahaya bukan aku jadi kau tak perlu risau okay"pujuk Aileen

"okay. sorry tau menyusahkan kau dengan dunia aku"kata gadis itu dengan rasa bersalah. Aileen memegang kedua tangan kawannya

"kau tak pernah menyusahkan aku pun. aku yang pilih nak sentiasa ada dengan kau. dah jangan rasa bersalah aku tak kisah pun"pujuk Aileen. gadis itu hanya balas dengan anggukan sahaja lalu ia pergi

bila sampai di luar pintu mall tiba-tiba ada sebuah van yang berwarna putih berhenti di hadapan gadis itu lalu keluar 2 orang lelaki. Aileen yang baru keluar dari mall itu ingin bergerak ke gadis itu tapi semuanya terlambat apabila ia nampak ada cecair merah jatuh

2 lelaki itu terus melarikan diri dengan van tersebut. Aileen terus bergerak laju ke arah kawannya

"mel bangun mel" kata Aileen sambil menampar lembut pipi kawannya. air matanya laju menurun

"Aileen..."panggil gadis itu.

"mel jangan bercakap simpan tenaga"kata Aileen. gadis itu hanya tersenyum

"jangan menangis Aileen nanti tak comel"kata gadis itu sambil meglapkan air mata Aileen dengan ibu jarinya lalu tangan gadis itu jatuh ke bawah.

"tak mel jangan tinggalkan aku mel"kata Aileen menangis dia menggelengkan kepalanya. tiba-tiba dia berasa berat di kepalanya lalu ia jatuh pengsan sebelum pandangannya kabur ia nampak 2 orang bodyguard milik suami kawannya datang ke arah mereka

"signorina, signorina Aileen"panggil 2 lelaki yang gagah yang menghampiri mereka berdua.

"Melissa..!!!"jerit Aileen sambil terjaga dari tidurnya.

Aileen bernafas dengan laju dan dia duduk di kepala kepala katil. dia cuba mengotrol pernafasan dia semula bila dah berjaya bernafas seperti biasa, Aileen tengok jam yang digantung di dinding bilik baru pukul 3:30 masih baki beberapa jam baru masuk subuh, Aileen terus ke tandas bersiap untuk solat tahajjud

lepas solat tahajjud dia terus rebahkan badan di atas katil dan merenung syiling yang berada di bilik, dia teringat mimpi tadi kejadian yang berlaku 4 tahun lepas. dia masih ingat apa yang berlaku pada kawan baik dia di depan mata dia sendiri.


---••♡••---

selepas Aileen menunaikan solat subuh dia terus turun ke bawah untuk buat sarapan untuk adik-adik dia yang masih belum bangun.

bila sampai di dapur Aileen terus bawa keluar bahan-bahan untuk membuat nasi lemak.

lepas sahaja Aileen berperang di dapur dan hidang kan sarapan di meja makan ia hendak mengejutkan adik-adiknya yang lain tapi niatnya terbantut apabila dia nampak adik dia menuruni tangga

"selamat pagi akak" ucap gadis yang berusia 19 tahun itu

"selamat pagi Aira" balas aileen pada adiknya aira

"sedapnye akak masak bau sampai atas lagi" kata lagi sorang gadis yang baru turun dari tangga.

"turun dah aisya, akak baru nak panggil, abang mana tak turun ke?" tanya aileen pada aisya.

"aira dah panggil dah nanti dia turun la tu"balas aira . aileen hanya anggukan kepala sebagai jawapan.

"akak ibu dan ayah mana?" tanya aira sambil tarik kerusi duduk di sebelah Aisya

"pergi rumah kawan ibu "jawab Aileen

"ouh...."jawab aira, aisya hanya menaggukan kepala sahaja sebagai jawapan

"selamat pagi semua" kata Aisy bila dia nampak kakak dan adik-adik dia ada di meja makan

"hmm... selamat pagi" jawap tiga beradik itu dengan serentak

"kak harini kau keje tak?"tanya Aisy

"keje kenapa?"jawap Aileen ringkas

"alaaa... baru nak suruh kau teman aku main kuda"kata Aisy dengan nada yang sayu

"main kuda!!! nak ikut"..."jerit Aisya dan aira serentak

"tak payah aku ajak kakak bukan korang berdua. bukan korang ada kelas ke pagi ni korang dua jangan nak pandai-pandai ponteng kelas" larang Aisy pada si adik

"alaaa..... pagi ni kami tak ada kelas. boleh lah abaaanggg pilsss....."pujuk Aisya dan aira sambil buat muka comel

"bawa je lah Aisy, hari ni akak sibuk lain kalilah kita pi dua, okay"pujuk Aileen pada adik dia Aisy

"haaa... iye lah, makan cepat lepastu pergi siap kalau lambat aku tinggal"akhirnya Aisy mengalah juga dengan kakaknya.

"yeay...... terima kasih abang" ucap Aisya dan aira serentak. Aileen hanya tersenyum melihat gelagat 2 orang adiknya itu.

lepas itu mereka 4 beradik makan nasi lemak tanpa ada suara hanya dengar suara sudu dan garfu sahaja.

selesai sahaja mereka sarapan dan kemas di dapur apa yang perlu terus 4 beradik itu naik ke atas untuk bersiap.


---••♡••---

Tengku Adyan Rayden

tok...tok...tok

"masuk"kata jejaka itu.

"tengku, pukul 2:30 nanti tengku ada meeting dengan E'R holding's" kata P.A yang bernama Rifqi

Adyan hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan, kepala dan tangan masih tumpuan pada fail kerja."ada apa-apa lagi"tanya Adyan apabila dia perasan Rifqi tidak keluar dari pejabat.

"semalam red dragon serang markas di Spain "kata Rifqi dengan sekali nafas

"shitt.... anak buah kat sana macam mana"tanya Adyan

"anak buah kat sana tiada yang mati hanya cedera sahaja"jawab Rifqi lagi.

Adyan hanya balas dengan anggukan sahaja.

"kalau tak ada apa-apa aku keluar dulu nak sambung kerja"kata Rifqi selepas berdiam seketika. Adyan hanya menganggukkan kepala sahaja. bila sahaja dapat izin dari Adyan, Rifqi terus keluar dari bilik CEO terus ke biliknya semula untuk sambung kerjanya semula.

BAMM!!!!

"hello, everyone i'm coming"jerit salah seorang jejaka itu dan ada lagi 2 orang yang di belakang masuk ke bilik Adyan
dan terus 3 jejaka itu duduk di sofa yang ada di bilik tersebut.

Adyan tak hiraukan 3 jejaka itu dan hanya fokus pada kerja yang bergunung di meja kerjanya

"Adyan nah makanan"kata Faiz sambil meletakkan makanan di atas meja kerja Adyan

"untuk sapa?" tanya Adyan dengan wajah yang berkerut

"anak kau, untuk kau la, ni lunch kau" jawab Faiz dengan nada geram. Adyan hanya meng'oh'kan sahaja dan terus ia sambung buat kerja semula. Faiz terus duduk semula ke sofa dan main bersama 2 jejaka tersebut.


---••♡••---

selepas meeting dengan E'R holding's selesai Adyan terus ke pejabat untuk sambung semula kerjanya yang tertunda. bila masuk sahaja di bilik CEO Adyan terus duduk di kerusi dan sambung kerjanya semula.

"bang, mummy ajak kau makan malam kat rumah" kata Areeq pada abangnya
Adyan hanya meng'hmm'kan sahaja kata adiknya tadi dan sambung semula membuat kerja

_______________________________________________sambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience