"selamat pagi, semua" kata Aileen sambil menuruni tangga
"selamat pagi, lewat hari ni kakak bangun" kata Aira
"ha'ah akak tak kerja ke hari ni" tanya Aisy
"tak hari ni akak cuti" jawab Aileen lalu duduk di sebelah Aisy
"ouh... berapa hari" tanya Aisy
"3 hari je, ibu, ayah dan Aisya mana? akak tak nampak pun mereka?"tanya aileen sambil kepalanya pusing kiri dan kanan
"ibu dan ayah keluar dating, Aisya pula keluar dengan kawan dia" jawab Aisy
"ouh... Aira kenapa bersiap kan Aira tak ada kelas hari ni?" tanya aileen
"ouh.. nanti aira nak keluar dengan kawan aira" jawab Aira.
Aileen hanya meng'ouh'kan sahaja.
"akak lepas sarapan nanti teman aku pergi main kuda nak" tanya Aisy
"boleh, lama akak tak tengok snowy" jawab Aileen.
Tengku Adyan p.o.v
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"bang, jom kita pi main kuda nak" ajak Areeq
"buat apa?"tanya Adyan
"Aisy ajak pergi sana jom laa" kata Aneeq
"haaaa.... iye lah sat aku nak bersiap" kata Adyan lalu naik ke atas untuk salin baju
bila sahaja sampai di kandang kuda mereka 3 beradik keluar dari kereta Lamborghini Aventador itu
"Adyan, Areeq,Aneeq sini"jerit Aisy sambil melambaikan tangan ke atas
"bang tu Aisy jom"kata Aneeq, mereka 3 pun pergi ke arah Aisy
"Aisy lama tak jumpa"kata Areeq sambil buat salam mereka begitu juga dengan Aneeq dan Adyan
"ada apa kau panggil kitaorang datang sini"tanya Adyan
"alaaa.. saja-saja, lagipun kau jarang datang sini sejak kau jadi CEO" jawab Aisy. Adyan hanya menganggukkan kepala tanda setuju
"Aisy cakap dengan siapa tu"tanya suara lembut itu. Adyan, Areeq dan Aneeq melihat ke figura tersebut
"ehh... kak Aileen pun ada sini"kata Aneeq
"aaaa.... iye lah kenapa? Aneeq buat apa datang sini?" tanya aileen kekok
"Aisy yang ajak kami datang sini alang-alang abang ad pun hari ni cuti ajak la sekali" jawab Areeq
"ouh..." kata Aileen
"akak buat apa datang sini?" tanya Aisy
"ouh... akak cari Aisy sebab nak tanya Aisy ada nampak telefon akak tak? akak tak ingat akak letak mana?" tanya aileen sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu Aisy hanya menggelengkan kepala sahaja dengan perangai kakaknya itu
"haihh... nah, tadi akak tinggal di pintu kandang snowy nasib Nero tidak makan telefon akak, berapa kali Aisy cakap jangan letak situ" kata Aisy sambil berbaur peringatan sambil menghulurkan telefon Aileen.
"ouh... hehe sorry akak lupa tadi"kata Aileen sambil mengambil telefonnya semula.
Adyan hanya tengok sahaja 2 beradik itu lebih tepatnya dia hanya perhatikan Aileen, "cute" Puji Adyan hanya dirinya sahaja boleh dengar walaupun Aileen hanya pakai baju muslimah, seluar tracksuit yang tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat, shawl hitam, handsock dan stoking
"kak Aileen ada kuda di sini"tanya Aneeq
"ada nama dia snowy"jawab Aileen
"snowy kuda putih salji yang tidak boleh pisah dengan Nero ke?" tanya Areeq pula
"ha'ah."jawab Aileen
"ouh kuda putih salji tu akak punya" tanya Aneeq sambil mendekatkan dirinya pada Aileen
"iye kenapa?" jawab Aileen sambil melangkah 2 langkah ke belakang
"ehh... jaga jarak kau dengan kakak aku" kata Aisy tegas sambil menarik tangan Aileen duduk di belakangnya
"ouh... hehe sorry" kata Aneeq. dan dia dapat pandangan maut dari Adyan
"akak dengan abang ad pergi la main kuda dulu Areeq, neeq dengan Aisy nak sembang sekejap kesian reeq tengok abang ad dan kak Aileen jadi patung" kata Areeq
"ha'ah betul tu" kata Aneeq pula
"ehh... tak ap---" belum sempat Aileen habis kan ayatnya Aisy telah memotong
"pi lah akak sekurang-kurangnya ada juga orang jaga akak, Aisy takut Aisy sembang sampai lupa akak macam sebelum ni" kata Aisy. Aileen hanya menganggukkan kepala tanda setuju sahaja hilang bayang mereka Aisy, Areeq dan Aneeq saling berpandangan lalu senyuman penuh makna ditanyangkan. yup ini ada lah plan mereka 3 sekawan
sepanjang perjalanan Aileen dan Adyan ke kandang kuda suasana senyap lebih tepatnya kekok.
"aaaa.... Teng---"belum sempat Aileen habiskan kata-katanya Adyan memotong
"adyan, panggil Adyan sahaja tak payah formal sangat"kata Adyan dingin
"ehh.. mana boleh sebab tengku tua 2 tahun dari saya dan pangkat Tengku lebih tinggi dari saya" kata Aileen
"pangkat tu tak ada apa pun untuk aku, adik-adik aku kau boleh panggil nama kenapa aku kau tak boleh?" kata Adyan
"sebab---"
"no excuse, kau kena dengar juga"kata Adyan dengan tegas
"haa... baiklah teng-- ehh Adyan" kata Aileen pasrah campur kekok
"cute" kata Adyan dalam hati
"ni lah kuda awak ye" tanya aileen. Tengku Adyan hanya menganggukkan kepala
"saya nak pegang dia boleh tak?"tanya aileen. Tengku Adyan hanya menganggukkan tanda membenarkan. tersenyum Aileen bila dapat pegang kuda Adyan
"kau tak pernah pegang dia ke sebelum ni?"tanya Adyan
"tak, sebelum ni saya nak pegang tapi Aisy tak bagi dia kata tuan kuda ni tak suka orang lain pegang Nero tanpa izin"kata Aileen. Adyan menganggukkan kepala tanda faham
"kau nak try naik?"tanya Adyan
"eh.. boleh ke? saya takut la?" kata Aileen
"tak apa aku ada lagipun Nero ni jinak"kata Adyan
"kalau saya naik kuda awak, awak naik apa?"tanya aileen
"aku naik kuda kau la boleh kan?" kata Adyan
"boleh" kata Aileen sambil menganggukkan kepalanya. Aileen masih focus membelai Nero
Adyan tersenyum kecil bila melihat Aileen membelai Nero sambil bercakap dengan kuda itu
"jom"kata Adyan apabila dia telah naik kuda Aileen
"jom, awak jalan dulu saya dan Nero ikut dari belakang" kata Aileen
"kenapa kau tak jalan tepi aku je?"tanya Adyan
"boleh, ke"tanya aileen Adyan hanya meng'hmm'kan sahaja, Aileen pun bergerak untuk menunggang kuda di tepi Adyan
"Aileen, aku nak tanya boleh" tanya Adyan untuk memecahkan kesunyian
"apa dia"kata Aileen
"kenapa kau tak kawin lagi"tanya Adyan
"hmm.. entah sebab tak ada jodoh kot" jawab Aileen
"tak dak jodoh apanya, kau yang jual mahal"kata Adyan
"jual mahal?" ujar aileen dengan nada yang pelik
"iye, kau ingat aku tak tahu ramai laki masuk minang kau tapi kau tolak" kata Adyan
"ouh... mesti Aisy cerita kan" kata Aileen
"tak" kata adyan sepatah.
ternaik sebelah kening Aileen. "kalau Aisy tak cerita macam mana awak boleh tau" tanya aileen
"aku minta orang cari pasal kau"jawab Adyan, Aileen hanya meng"ouh"kan sahaja
" jom kita lumba siapa menang kena belanja makan okay" cabar Adyan
"hmm.. okay boleh, tapi kalau saya menang awak kena belanja saya 1 cafe ni boleh" kata Aileen
"deal" kata Adyan
"okay deal, jumpa di penamat"kata Aileen sambil meninggalkan Adyan, Adyan terkaku sebentar dengan perbuatan Aileen itu
"cute"gumam Adyan "kau tunggu Aileen" kata Adyan lalu mengejar Aileen
tanpa mereka sedari ada 3 figura yang telah memerhatikan mereka tidak jauh dari situ.
________________________________________________________
bersambung...
Share this novel