bab 33

Romance Series 12074

Felix dan Izz perhatikan sebuah villa besar dari jauh. mereka dapat melihat 2 menjaga pintu masuk dan 2 orang menjaga di pagar belakang villa tersebut.

selepas Felix dan Izz mengawasi villa itu mereka bergerak ke tempat dimana Adyan dan yang lain berada.

"ada 2 orang jaga di pintu masuk dan 2 orang di pagar belakang apa plan kau ad?." selepas Felix melaporkan apa yang ia perhatikan tadi dia menyoal Adyan pula.

"rif berapa orang yang yang jaga di dalam villa? dan mana si Claude?." soal Adyan dingin.

"tingkat pertama ada sekitar 40 orang tingkat kedua 30 orang dan tingkat ke tiga hanya ada 6 orang saja Claude ada dibilik hujung di tingkat 3 dia sedang bermain dengan dua orang wanita." Rifqi melaporkan semua yang ia lihat di skrin laptopnya itu.

"heh... dah tua pun ada juga orang nak ke?." sinis Areeq menyoal sambil melihat tingkah Claude di skrin laptop Rifqi.

"mereka nak duit je reeq macam kau tak tau betina macam mereka nak apa. banyak di club kalau kau nak" jawab Faiz sambil membersih senjata kesayangannya itu.

"ehh.. tak hingin aku. buat apa aku nak kalau aku dah ada buah hati." kata Areeq selamba. buat apa dia nak betina di club baik jumpa buah hati tutup aurat elok je.

"alaaa. mana tau kau nak kan? perempuan situ banyak cantik apa?." kata Felix sambil memeluk kasar leher Areeq.

"eeee... tak mo aku cantik tapi murah buat apa." bantah Areeq tak mau dia perempuan macam tu.

"dah jangan nak bergaduh kita ada misi bukan bermain!! semua dah sedia untuk malam ni. aku nak korang ikut rancangan aku yang aku bagitau semalam. Izz kau ketuai team 1 Aneeq kau ketuai team 2 yang selebihnya jaga diluar. malam ni kita akan hancurkan terus red dragon biar tidak ada yang tersisa faham semua!!!." kata Adyan dingin tidak ada secalit senyuman pun yang terlakar dibibirnya.

"faham tuan!!!" jawab semua anak buah Adyan.

"Rifqi benda tu berapa jam?." soal Adyan.

"kau ada masa 1 jam untuk selesaikan misi ni" jawab Rifqi. Adyan menganggukkan kepala tanda faham.

bang! bang!

dua tembakan dilepaskan oleh Izz pada dua orang anak buah musuh tepat kena kepala mereka. Izz dan teamnya mula masuk ke dalam villa itu dan bermulalah peperangan antara dua kumpulan tersebut.

"ad kau pergi aku boleh uruskan." kata Izz sambil menembak musuh yang datang dekat. Adyan menganggukkan kepala lalu berlari dia mahu settlekan semua ini sebelum Aileen terjaga dari tidurnya.

bang!!

Adyan sempat mengelak apabila ada musuh yang menembaknya dari tepi.
"sh*t!!." carut Adyan lalu ia menembak musuh yang menembaknya tadi. tembakan Adyan betul-betul kena pada jantung musuh.

bang!!

bang!!

bang!!

tiga tembakan dilepaskan oleh Aneeq apabila ada musuh serentak mendekati abangnya.

"bang kau okay tak?."soal Aneeq sambil melihat keadaan Adyan mana tahu ada cedera kerana tembakan boleh dia buat tahlil kat sini.

"okay je kau kenapa lambat!!?." soal Adyan pula sambil menyimpan pistolnya di pinggang. anak buah yang lain sedang berlawan dengan musuh mereka.

"sorry aku tolong Izz tadi." jawab Aneeq sambil menembak musuhnya. Adyan menganggukkan kepala lalu ia naik ke tingkat atas. tiba sahaja di tingkat atas 3 orang musuh menyerang. Adyan tersenyum sinis lalu ia menendang perut hingga senak musuh tersebut kemudian Adyan menumbuk rahang musuh kedua yang menghampirinya dan terakhir sekali Adyan menembak ketiga orang itu dengan tiga das tembakan setiap seorang.

selepas sahaja 'membersihkan jalan' Adyan berjalan lalu ia menendang pintu dimana tempat Claude berada. Claude terkejut apabila ada orang menendang pintu itu terus terhenti perbuatan terkutuknya dengan dua orang gadis itu gadis lagi ke?

"wow...wow... kenapa datang tak bagi tau kalau tak boleh aku suruh anak buah aku sambut kau." kata Claude sambil menghampiri Adyan.

"heh.. perlu ke aku bagi tau kau? sejak bila kita rapat sampai kau nak sambut aku?." sinis Adyan bertanya sambil mengacukan pistol ke arah Claude. Claude mengangkat kedua belah tangannya apabila Adyan mengacu pistol kearahnya.

"wow...wow.. calm down let's sit down and we'll have a good talk." kata Claude sambil membuka langkah untuk mendekati Adyan.

"you come close, don't expect to see the sun tomorrow." kata Adyan dingin. Claude berhenti apabila mendengar amaran dari ketua shadow black itu.

Claude tersenyum sinis sebelum ia mengambil pistol di belakang pinggang lalu ia menembak lampu di bilik itu.

bang!!
bang!!
bang!!

dengan tiga tembakan bilik yang cerah itu terus menjadi gelap tidak nampak satu bayang pun di penglihatan mereka. dua perempuan tadi telah mati Claude menembak mereka sekali.

"you are smart Tengku Adyan Rayden Tengku Atif Elber but you are not too smart to defeat me. you should try another time. goodbye." ucap Claude sebelum ia terjun dari tingkap bilik lalu ia keluar dari pagar belakang villa itu.

Zack dan Zen menghalang Claude dari melepaskan diri tapi tidak berjaya apabila Claude menembak jantung mereka dengan 2 das tembakan.

"sh*t!!" carut Adyan apabila Claude terlepas dari tangkapannya.

"ad kau ada masa 5 minit untuk keluar sebelum bom meletup!!" kata Rifqi menggunakan alat komunikasi.

"ad jom keluar kita kesuntukan masa." kata Faiz apabila Adyan hanya merenung tingkap itu.

Adyan dan Faiz berlari keluar sebelum bom yang ada di villa itu meletup. semua anak buah black shadow telah lama keluar apabila mereka telah selesai membunuh musuh.

keluar sahaja Adyan dan Faiz villa itu pun telah dijilat oleh api sekali dengan mayat-mayat red dragon.

"ad kau ada cedera mana-mana tak?" soal Felix. selain mafia Felix juga doktor di kumpulan black shadow Felix juga ada hospital sendiri di beberapa buah negara.

"tak." jawab Adyan sepatah. Felix menganggukkan kepalanya lalu ia membuka langkah untuk merawat beberapa orang yang tercedera sewaktu melalukan misi.

tiba sahaja di rumah Adyan, Areeq dan Aneeq naik ke bilik masing-masing untuk berehat setelah 3 jam mereka berperang.

masuk sahaja ke bilik Adyan tersenyum apabila melihat isterinya lena diulit mimpi. Adyan mendekati isterinya lalu mengusap lembut pipi Aileen.

"tidur pun comel." puji Adyan di hati lalu ia mengucup sekilas bibir mungil isterinya lalu ia bangun dan membersihkan diri badannya melekit kerana misi tadi.


---••♡••---

selepas sarapan Adyan, Areeq dan Aneeq berjumpa di bilik kerja Tengku Athif. Tengku Athif mahu mendengar laporan tentang musuhnya itu.

"macam mana semalam berjaya ke tak?" soal Tengku Athif.

"haa... tak, bila ad tiba je kat bilik tu dia terus larikan diri guna tingkap." jawab Adyan pasrah.

"daddy dah bagi amaran pada kamu bertiga.. anak buah macam mana ada yang mati ke tidak?" soal Tengku Athif lagi. tak guna dia nak marah anak-anaknya dia tahu itu bukan salah anaknya tapi orang tua itu licik sangat.

"tak banyak yang cedera ringan saja. Zack dan Zen mati kerana Claude tembak 2 tembakan pada jantung mereka." jawab Adyan. Tengku Athif menganggukkan kepala tanda faham.

"sekarang apa plan kamu? kamu tahu kan yang dia tak akan duduk diam mesti dia akan target kan menantu daddy pula." soal Tengku Athif serius. Adyan, Areeq dan Aneeq berdiam diri mereka masih berfikir tentang rancangan baru untuk musnahkan Claude.

tok! tok! tok!

"akak... akak ada di dalam." panggil Adryna di sebalik pintu bilik tidur abangnya itu.

"masuklah ryna pintu tak kunci pun!!" balas Aileen di dalam bilik. Adryna memulas tombol pintuk apabila telah mendapat izin dari kakak iparnya.

"ada apa ryna cari akak?" soal Aileen apabila Adryna telah masuk ke dalam bilik lalu ia meletakkan novel karya liohayes di tepi.

"akak... boleh temankan ryna shopping tak?." tanya Adryna.

"hmm.. bukan tak boleh ryna tapi... akak nak kena minta izin abang Adyan dulu." jawab Aileen.

"alaaa... apa kata akak minta izin abang mana tau abang bagi?" ujar Adryna memujuk kakak iparnya untuk minta izin pada abangnya.

"hmm... okaylah.. ryna ada nampak abang Adyan tak?" tanya Aileen. ia langsung tidak nampak bayangan suaminya lepas sarapan lain.

"hmm... rasanya abang ada di bilik kerja daddy ada abang Areeq dan abang Aneeq sekali." jawab Adryna.

"hurm... macam mana nak minta izin ni? akak tak mau ganggu mereka berbincang" soal Aileen pada adik iparnya.

"itulah ryna pun... daddy larang ryna masuk bilik kerja daddy kalau ada abang-abang." Aileen dan Adryna mengeluh kecil apabila mereka berdua tiada idea mahu minta izin untuk keluar dari rumah.. haih.... apalah nasib jadi family mafia?

selepas 3 jam mereka berbincang tentang rancangan untuk hapuskan Claude Adyan keluar dari bilik kerja Tengku Athif lalu ia masuk ke dalam bilik untuk bermanja dengan sang isteri.

masuk sahaja di bilik tidur berkerut dahi Adyan apabila langsung tidak melihat bayangan isterinya di dalam bilik kemana isterinya pergi?

"sweethearth.... honey... where are you" panggil Adyan sambil mencari figura sang isteri.

"ye hubby ada apa cari Aileen?" soal Aileen sambil menutup pintu balkoni di bilik mereka. Adyan tersenyum manis lalu ia memeluk Aileen lalu Adyan merehatkan kepalanya di bahu Aileen dapat ia menghidu minyak wangi sang isteri.. hm... bau vanilla..

Aileen tersenyum kecil lalu tangan kanannya naik mengelus rambut sang suami. Adyan hanya membiarkan tindakan sang isteri ia selesa apabila Aileen mengelus rambutnya dari Aileen mengelus Leo dan evee..

apabila beberapa minit mereka berkeadaan begitu Adyan melonggarkan pelukan lalu ia menatap iris sang isteri untuk mencari cinta sang isteri pada dirinya. Aileen membalas renungan sang suami ia betul-betul terhanyut dengan warna iris sang suami yang berwarna sky blue itu sungguh cantik!!

"Do you like the color of my eyes?" soal Adyan mengoda. Aileen tersadar dari renungan mata Adyan lalu ia membelakangi Adyan kerana malu. Adyan tergelak kecil dengan tindakan sang isteri lalu ia memusingkan badan sang isteri untuk melihat wajahnya.

"why don't you answer my question? hurm.."soal Adyan lagi. Aileen menganggukkan kecil kepalanya.

"why?" tanya Adyan lagi. kali ni mereka ubah posisi Adyan duduk di sofa lalu Aileen duduk di atas riba Adyan.

"because your eyes are beautiful, I want our children to follow your eyes, they must be cute, right?" jawab Aileen teruja. Adyan hanya tersenyum manis apabila mendengar balasan sang isteri.

"hubby...." meleret Aileen memanggil Adyan.

"hurm... why dear?" soal Adyan mesti Aileen nak minta sesuatu kalau tidak Aileen tidak akan macam ini.

"hmm... boleh tak Aileen nak keluar shopping dengan ryna?" pinta Aileen manja. Adyan berdiam seketika untuk berfikir samada mahu membenarkan isterinya keluar ataupun tidak? musuhnya masih bebas di luar sana nyawa isteri dan adiknya masih dalam bahaya!

"no.. hubby tak benarkan." larang Adyan.

"alaaa.... kenapa?" ujar Aileen.

"sebab sweethearth masih sakit hubby tak nak sweethearth bertambah sakit." balas Adyan walaupun itu bukan hakikat ia tidak benarkan sang isteri keluar.

"alaaa... Aileen dah sihat la hubby!! lagi pun Aileen bukan keluar sorang ryna ikut sekali boleh lah hubby. kalau hubby tak bagi hubby tidur kat luar malam ni." pujuk Aileen lagi ia tak akan berputus asa selagi suaminya tidak izinkan ia keluar sempat ia terselit ugutan pada sang suami.

___________________________________________

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience