bab 4

Romance Series 12074

keesokan harinya
---------------------

"selamat pagi" kata Aileen dengan. riang sambil menuruni tangga

"selamat pagi, awal bangun" kata puan Amira. Aileen hanya balas dengan senyuman sahaja lalu dia duduk di sebelah adiknya Aisy

"ibu, ayah Aneeq jemput kita sambut birthday puan Marina dekat rumah dia" kata Aisy

"bila tu abang?" tanya Aira

"esok malam lepas isya'" jawab Aisy. mereka hanya menganggukkan kepala. kecuali Aileen dia menepuk lembut dahinya "macam mana aku boleh lupa esok birthday puan Marina. dah lah hari ni aku kena pergi Kedah untuk uruskan 'dia'" kata Aileen di dalam hati

"Aileen ok tak ni"tanya encik Mazlan pada puteri sulungnya

" tak ada apa ayah, cuma esok Aileen tak dapat datang ke majlis kawan Aisy" kata Aileen dengan rasa bersalah. berkerut dahi puan Amira bila dengar jawapan Aileen

"kenapa pula kamu tak dapat datang?" tanya puan Amira

"sebab harini Aileen kena pergi Kedah ada kerja sikit" jawab Aileen

"kenapa ibu dan ayah tak tau pun yang Aileen pergi Kedah harini?" tanya puan Amira lagi

"Aileen baru dapat inform dari afiqah malam semalam yang Aileen kena pergi Kedah, Aileen baru nak bagi tau ibu dan ayah tapi Aisy dah cakap dulu. boleh kan Aileen pergi sana bu" jawab Aileen lagi dan dihujung ayatnya ia minta izin pada ibu dan ayahnya

"hmm.. pergilah tapi hati-hati. bila dah sampai sana jangan lupa whatsapp" kata tuan Mazlan sambil terselit pesanan dihujung ayatnya. Aileen hanya menganggukkan kepala sahaja.dan mereka sekeluarga sarapan tanpa suara lalu ada pon hanya suara Aisy dan Aisya sahaja

selepas sarapan aileen terus gerak ke Kedah.

"ayah ibu Aileen pergi dulu ya" kata Aileen sambil salam kedua ibu dan ayahnya selepas ia letak laugage ke tempat duduk belakang kereta.

"hmmm.... iye la hati-hati, ingat pesan ayah tadi Aileen dan jangan tinggal solat dan baca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 muka faham." pesan encik Mazlan pada puteri sulungnya itu dengan tegas

"hmm... iye ayah Aileen ingat ayah jangan risau okay." kata Aileen dengan pasrah.

"akak pergi dulu ye Aisy, nanti jangan lupa bagitau puan Marina akak mintak maaf sebab tak dapat hadir esok, dan kata kalau ada masa akak akan pergi melawat." kata aileen sambil berbaur pesanan.

"hmm... ok akak nanti Aisy bagi tau. akak. jangan risau ok." kata Aisy sambil salam kakak kesayangannya itu. Aileen hanya mengangguk tanda faham

selepas sahaja salam keluarga dia Aileen terus gerak ke Kedah tidak lupa juga baca doa naik kenderaan dan doa supaya ia selamat sampai ke destinasi dengan selamat.

Tengku Adyan p.o.v
____________________

"selamat pagi Tengku," sapa Rifqi apabila dia masuk di bilik majikannya itu.

"jadual aku padat tidak hari ni" tanya Adyan

"hari ni jadual Tengku tidak padat. Tengku ada meeting pada pukul 1 dan selebihnya jadual Tengku kosong" jawab Rifqi matanya masih focus pada iPadnya. Adyan hanya menganggukkan kepala.

"ada apa-apa lagi yang Tengku perlukan? kalau tak ada saya minta izin dulu" tanya Rifqi

"aku nak kau cari tentang Aileen Medyna" arah Adyan

"Aileen Medyna? kakak Aisy ke?"tanya Rifqi pada sahabatnya. pelik? itu yang di rasakan yang dia tak pernah-pernah si Adyan ni minta siasat siapa Aileen wow.

"iye lah takkan kakak kau pulak kan"sindir Adyan. Rifqi hanya menganggukkan kepala dan ia terus berlalu keluar dari bilik majikannya.

keesokan harinya
----------------------------

tok tok tok

"Abang kau siap dah ke" kata Aneeq sambil memasuki bilik tidur abangnya

"dah" jawab Adyan sepatah

"bang kau ada jemput Izz tak?" tanya Aneeq

" ada, dia kata dia sibuk jadi tak dapat datang" jawab Adyan sambil semburkan minyak wangi di badannya.

"Izz kerap sibuk lepas dia balik dari Korean 4 tahun lepas kan. keje apa lah yang sibuk sangat?" kata Aneeq

"ada la tu urusan dia" kata Adyan pada adiknya

"dah jom keluar nanti mummy dan yang lain tunggu"kata Adyan. Aneeq hanya menganggukkan kepala dan mereka 2 beradik pun keluar dari bilik dan turun ke bawah.

"happy birthday mummy" kata Areeq dan Tengku Aneeq serentak.

"thanks, sayang" balas puan Marina pada 2 anak kembarnya

"mana adryna mummy bukan dia sampai dah ke?"tanya Adyan sambil mencari kelibat adik bongsunya itu

"ada apa abang ad cari ryna?"jawab Tengku adryna

"kau pergi mana?" tanya Adyan

"ahh, tadi ryna turun ingat nak cari abang ad tapi ryna terjumpa Aisya dan Aira jadi ryna terus ke mereka berdua la" jawab adryna pada abangnya sambil menunjuk ke arah Aisya dan Aira

"hai" kata aisya dan Aira serentak.

"ehh... aira Aisya rindunye mummy dengan kamu berdua." kata puan Marina sambil memeluk dua gadis muda itu.

"kami pun rindu mummy"kata Aira

"ni kamu berdua sahaja ke datang yang lain mana?"tanya puan Marina

"ibu dan ayah ada tengah makan abang Aisy tengah jumpa kawan-kawan dia dekat luar" jawab Aisya.

"ouhh... Aileen tak datang ke" tanya puan Marina lagi

"kak Aileen tak boleh datang dia ada kerja di Kedah. dia kata nanti bila-bila dia ada masa dia datang melawat mummy siap bawa hadiah untuk mummy lagi, mummy jangan risau ye" jawab Aira.

"ouh.. tak apa lah kalau macam tu. ni kamu berdua dah makan ke belum?"tanya puan Marina

"dah mummy"jawab Aisya puan Marina hanya menganggukkan kepala sahaja.

"mummy selamat hari jadi, ni hadiah untuk mummy" kata Faiz sambil menghulurkan hadiah dia pada puan Marina

"ouh susah-susah je kamu bawa hadiah"
kata Puan Marina sambil mengambil hadiah yang dihulurkan oleh Faiz itu

"ni Faiz dan Fazira dah makan ke?" tanya puan Marina pada Faiz dan isterinya Fazira Safiyyah

"belum lagi mummy." jawab Fazira

"aih.. kenapa kamu berdua tak makan dulu" kata Puan Marina

"hehe... maaf mummy"kata Faiz pula

"aih... dah la kamu berdua pergi makan" kata puan Marina pada dua pasangan itu

"baik mummy, nanti kami datang cari mummy okay" kata Fazira. Puan Marina hanya menganggukkan kepala.

"adyan" panggil Rifqi. Adyan mengalihkan pandangan pada suara tersebut.

"ehh... rif sampai pun kau aku ingat kau tak datang" kata Felix

"sorry lambat" kata Rifqi

"it's okay, lagi pun kami baru turun je"kata Areeq. Rifqi balas dengan anggukan.

"apa yang abang rif pegang tu?" tanya Aira sambil menunjukkan fail kertas berwarna coklat yang berada di tangan Rifqi

"ouh... nah ad" kata Rifqi sambil menghulurkan fail itu kepada Adyan.

"thanks" kata Adyan sambil mengambil fail tersebut

"apa tu abang ad" tanya adryna

"surat kematian kau" jawab Adyan.masam mencuka wajah adryna. Areeq, Aneeq, dan Felix hanya gelakkan adryna, Rifqi, Aira dan Aisya hanya menggelengkan kepala dengan perangai 3 jejaka yang tidak cukup umur itu.

Aileen Medyna p.o.v
••••••••••••••••••••••••••••

"BAAA!!!! buat apa tu"jerkah jejaka itu. terangkat kedua bahu Aileen apabila dijerkah oleh jejaka itu.

"walaikumusalam, tengah lap air pantai" perli Aileen pada jejaka itu. jejaka itu hanya tersenyum kerang busuk apabila diperli oleh Aileen

"kau okay tak Aileen?" tanya jejaka itu

"entahlah, Izz aku pun tak tau aku ingat kita dapat selesaikan hari ni tapi dia lari pula" jawab Aileen sambil merenung pantai. kini mereka berdua ada di pantai merdeka.

"sabarlah Aileen, nanti kita mesti dapat juga tangkap dia, kau janganlah sedih sangat" pujuk Izz sambil menggosok kepala Aileen yang dibaluti shawl hitam itu.

"sampai bila Izz, 4 tahun kita cuba tapi still tak dapat juga, aku rindu mel Izz," luah Aileen pada Izz. dia betul-betul rindu dengan kawan baik dia yang ada susah senang, gembira dan sedih bersama. tanpa sedar air matanya mengalir. Izz gelabah apabila air mata Aileen kelihatan.

"ehh... Aileen jangan nangis nanti orang ingat aku buli kau pula" kata Izz. Aileen hanya tergelak kecil dengan kelakuan izz itu.

"dah jangan nangis, إن شاء الله kau akan dapat jumpa mel kau sabar ye"kata Izz.

Aileen hanya menganggukkan kepala dan dia lap air matanya dengan lembut.

"sekarang kau nak buat apa?" tanya Izz selepas lama mereka berdiam diri

"aku balik KL kot. kalau duduk sini lama-lama bukan boleh buat apa dah lagipun jantan tu dah lari ke Spain, asalkan dia jauh dari mel" jawab Aileen panjang lebar. Izz menganggukkan kepala tanda faham

"kau nak balik bila?"tanya Izz lagi

"Khamis ni, aku nak tenangkan diri dulu dekat sini" jawab Aileen. Izz mengagungkan kepala tanda faham

"kak dahlia dan Dhiya sihat?" tanya aileen

" alhamdulillah, sihat je, nanti bila-bila kau datang rumah aku dahlia dan Dhiya rindu kau" jawab Izz

"kalau aku free aku pergi aku pun rindu mereka. dah 4 tahun aku tak jumpa mereka" kata Aileen. lalu mereka berdua kembali senyap dan melayan perasaan masing-masing sambil menghirup udara malam hari itu.


---••♡••---

Tengku Adyan p.o.v
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Felix markas dekat Spain macam mana"tanya Adyan

"markas dekat sana okay" jawab Felix

"red dragon" tanya Adyan lagi

"red dragon terlepas tapi banyak anak buah dia yang mati"jawab Felix. Adyan hanya menganggukkan kepala

"ad dari tadi aku tertanya-tanya apa dalam fail tu?" tanya Felix. Adyan menghulurkan fail itu pada Rifqi, Rifqi mengambil fail tersebut

"bacakan rif" arah Adyan. Rifqi menganggukkan kepala lalu ia membuka fail coklat dan membaca isi kandungan di kertas A4 itu.

" nama Aileen Medyna binti Mohd Mazlan, umur 23 tahun, tinggi 167cm, puteri sulung, kerja fashion designer di iris's boutique" kata Rifqi sambil membaca tulisan di kertas A4 itu.

"itu je?"tanya Areeq

"ada lagi, cuma aku baca benda penting saja dan aku hanya dapat yang ini je pelindungan sistem dia terlalu kuat. kalau aku dapat lagi aku bagi kat kau"jawab Rifqi. 5 jejaka itu hanya menganggukkan kepala tanda faham

"bang kau nak buat apa dengan maklumat kak Aileen?"tanya Areeq pelik dengan kelakuan abangnya

"ha'ah, kau jangan cakap yang aku akan dapat kakak ipar tak lama lagi" kata Aneeq dengan nada yang ceria

"kau nak ke?"tanya Adyan sambil menaikan sebelah keningnya

"nak giler tak nak" jawab Aneeq dengan laju. Adyan hanya menganggukkan kepala

"kau nak buat sungguh ke bang?"tanya Areeq

"kau ingat aku main-main" kata Adyan dingin

"Aisy tau tak pasal ni?" tanya Faiz. Adyan hanya senyap dan fokus pada telefonnya

"jangan kata kau tak nak Aisy tau pasal ni" kata Felix

" tak nak aku tau pasal apa?" tanya Aisy sambil sandar dinding di tepinya.

"ehhh!!! Aisy sejak bila kau ada dekat situ?" tanya Aneeq dengan nada terkejut

"baru sahaja" jawab Aisy sambil berjalan dan duduk ditepi Felix

"jadi kau tak dengar lakan apa yang kitorang bincang tadi"tanya Areeq pula

"hmm... dengar pasal kakak aku je" jawab Aisy selamba

"so.... kau tak marah kan" kata Faiz dengan hati-hati. ternaik sebelah keningnya Aisy apabila dengar Faiz kata tadi marah

"marah buat apa aku nak marah, Adyan nak lamar kak aku je bukan nak bunuh" kata aisy sambil melihat 6 jejaka itu

"jadi kau bagi lah kak Aileen jadi kakak ipar aku"tanya Aneeq dengan nada ceria. Aisy mengangguk kepalanya tanda 'ya' untuk pertanyaan Aneeq itu, Adyan hanya mendengar dari tadi.

"jadi kau nak masuk minang kak aku bila?" tanya Aisy sambil melihat Adyan

"minggu depan" jawab Adyan.
Aisy hanya menganggukkan kepala sahaja

"kalau kak aku tolak" tanya Aisy

"dia tak akan tolak punya, sebab yang lamar kakak engkau Tengku Adyan Rayden kot" kata Felix

"sapa kata kakak aku tak akan tolak, kalau anak datin Linda pon kak aku boleh tolak sebagai customer dia tak mustahil dia boleh tolak lamaran Adyan. abang kau bukan orang pertama yang lamar kakak aku ramai lagi yang datang lamar tapi kena tolak mentah-mentah je" kata Aisy panjang lebar.

Faiz diam seribu bahasa ada betul juga apa yang Aisy kata. bukan datin Linda sahaja dia tolak untuk jadi customer tapi ramai lagi bangsawan yang dia tolak sebagai customer dia. bangsawan yang dia terima sebagai customer boleh bilang guna jari je.

"tak dia tak akan boleh tolak sebab aku akan buat dia terima" yakin Adyan. Aisy mengagungkan kepala lalu bangun dari sofa yang dia duduk tadi

"kalau kau dah cakap macam tu okay lah aku tunggu janji jangan melebihi batas dan jangan bagi musuh kau tau" kata Aisy sambil berjalan ke arah pintu.

" baik, kau tak perlu risau and thanks Aisy" kata Adyan pada Aisy. Aisy hanya menganggukkan kepala sambil berjalan keluar dari bilik kerja Adyan.

bila sahaja kelibat Aisy hilang dari pandangan ternaik senyum kecil dihujung bibirnya sambil memandang gambar Aileen yang ada di telefonnya

"Finalmente, serás mía aileen.." kata Adyan hanya dirinya sahaja yang dapat mendengarnya.
(akhirnya, kau akan jadi milik aku aileen)

________________________________________________________

bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience