bab 73

Romance Series 12074

selimut ditarik hingga ke paras bahu tudung yang tersarung di kepala Aileen ditanggalkan dan di sangkut.

Melissa keluar dari bilik yang tersedia dalam wad itu. sebab apa? entah dia pun tak tau. Melissa ke katilnya semula Fayyadh yang fokus pada kerjanya itu diperhati lama.

Fayyadh yang terasa seperti diperhatikan seseorang mengangkat kepalanya sebelah alisnya naik seperti kata 'apa'

Melissa senyum kecil sebelum mengelengkan kepalanya. pintu wad dilihat lama dia menunggu suaminya tiba tapi masih tidak kunjung datang mungkin ada masalah di syarikat.

"apa jadi masa kau dengan Aileen diserang? dan kenapa mereka targetkan kau?" Fayyadh menghilangkan rasa kekok di ruangan itu laptop ditutup dan fokusnya lebih pada Melissa.

"aku tak tau yang aku tahu Aileen kata kena balik sebab dia rasa tak sedap hati tu je dan lagi satu bukan aku target mereka tapi Aileen." jawab Melissa perasaan ingin tahunya makin membuak lagi-lagi bila Aileen langsung tidak buka cerita tentang masalah itu.

berkerut dahi Fayyadh mendengar itu kenapa Aileen menjadi target mereka tapi bukan Melissa? sedangkan untuk jatuhkan Jayden Zachary adalah Melissa Amanda bukannya Aileen Medyna ke ada sesuatu yang mereka nak dari Aileen tanpa mereka sendiri tahu.

"Aileen ada cerita apa-apa tak dekat kau?" tanya Fayyadh.

Melissa mengelengkan kepalanya.

"kenapa tak tanya?"

"kalau tanya tak ada guna pun kalau Aileen tak buka mulut maknanya dia tak nak sesiapa tahu termasuk aku dan bukan senang untuk buka mulut Aileen tu." jawab Melissa cukup kenal dengan sifat Aileen yang suka buat semuanya sendiri.

Fayyadh menjatuhkan kepalanya beberapa kali tanda faham.

bilik tempat Aileen tidur dilihat lama. 'apalah yang kau rancangkan Aileen?' bisik hatinya.




"habis dah barang? ada apa-apa yang tinggal tak?" tanya Aileen sambil menzip beg yang ada barang sahabatnya itu.

hari ni Melissa boleh keluar dari hospital setelah seminggu di hospital dan ya dia akan sambung berpantang di rumah.

"dah, aku dah check banyak kali dah." jawab Melissa. Aileen menganggukkan kepala tanda faham tempat kosong sebelah Melissa diambil.

"balik nanti kau tak boleh banyak gerak kalau nak apa-apa panggil aku ataupun maid, okay? Julien pula jangan naik atas mummy atau minta mummy dukung tau kesian mummy awak." pesan Aileen pada dua beranak itu dengan tegas. mereka ni lagi dilarang makin buat jadi dia perlu tegas.

"baiklah, cik Aileen kami faham." kata Melissa. kawannya ni memang sifat protective yang tinggi terhadap orang sekelilingnya.

"good, lepas je kau sihat aku bagi kau hadiah." kata Aileen sambil mengusap kepala Melissa yang dibaluti tudung sarung itu.

"honey, siap dah?" tanya Jayden yang baru masuk ke dalam wad itu selepas menyelesaikan borang check out di kaunter.

"dah." jawab Melissa sambil menghadiahkan sebuah senyuman pada suaminya. Jayden mengangguk perlahan sebelum dia mencepung tubuh kecil isterinya itu. Melissa menjerit kecil kerana terkejut tangannya melingkari leher suaminya.

"dah jom balik, Aileen anak aku." ringkas sahaja arahan yang diberi oleh Jayden. Aileen memusingkan matanya sebelum mengendong Julien sebelah tangannya sebelah lagi mengangkat beg Melissa.

sampai sahaja di kereta Aileen membukakan pintu kereta di bahagian penumpang depan untuk memudahkan Jayden meletakkan Melissa di dalam kereta.

Jayden meletakkan isterinya dengan berhati-hati sebelum memasangkan seat belt. ubun-ubun isterinya dicium sebelum melangkah ke tempat pemandu.

Aileen meletakkan Julien di ribanya tangan kanannya mengelus rambut keperangan si kecil itu.

sampai sahaja di rumah Aileen dan Julien mendapat drama percuma dari pasangan ini. keluhan kecil terbit dari bibir Aileen, Julien diberikan pada Ran sebelum Aileen mendekati pasangan itu nampaknya dia yang kena uruskan.

"sudahla tu, Jayden Zachary isteri kau nak berpantang je bukan nak pergi berperang bulan depan kau peluk la dia puas-puas ye? sekarang lepaskan isteri kau aku nak bawa masuk dalam bilik." omel Aileen sambil tangan mencekak pinggang.

pelukan sang isteri dileraikan tajam iris menatap Aileen tangannya mengenggam tangan isterinya.

"apa? kau ingat aku takut? lepas sekarang sebelum aku panggil orang untuk tahan kau." ugut Aileen.

Jayden melepaskan keluhan kecil sebelum melepaskan penganggan itu. Melissa mencium pipi suaminya dia tahu perasaan sang suami tapi nak buat macam mana lagi.

"kacau sungguh la kau ni isteri aku pun kau nak rampas." rungut jejaka itu.

"rampas? elok sikit mulut tu. kau yang rampas kawan aku kau panggil aku perampas?" kata Aileen geram.

"dah cukup jom masuk." Melissa menghentikan pergaduhan itu tubuh Aileen ditolak masuk ke dalam bilik yang telah disediakan untuknya sepanjang dia berpantang.

"kenapa kau halang aku, Mel?" soal Aileen tempat kosong di sebelah kawannya diambil.

"kalau tak halang sampai esok tak akan selesai." jawab Melissa. Aileen hanya menganggukkan kepala tanda faham sebelum merebahkan diri di katil itu Melissa turut menjatuhkan tubuhnya tangan diletakkan di perutnya.

"Aileen..." panggilnya.

"hmm..." jawab Aileen dengan mata terpejam.

"kau ada sorokkan apa-apa ke dari aku?" tanya Melissa walaupun tahu balasan yang akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

"tak,kenapa?" nafi Aileen walaupun tau yang sahabatnya dapat bau yang dia menyorokkan sesuatu. Melissa mengeluh perlahan kenapa la Aileen suka berahsia darinya? kadang-kadang kepercayaannya pada Aileen berkurang kerana Aileen menipu tapi dia tahu Aileen buat itu untuk melindunginya dari bahaya tapi siapa yang akan melindungi Aileen dari bahaya?

"kau jangan risau aku tak akan buat benda bahaya melainkan terpaksa, kau tau kan aku dah berjanji akan lindungi kau sampai bila-bila jadi jangan risau aku tak akan khianat kepercayaan kau pada aku." kata Aileen tahu sangat apa yang bermain difikiran sahabatnya itu.

Melissa memusingkan badannya menghadap Aileen. Aileen yang terasa pergerakkan di sebelahnya membuka mata dan memandang Melissa.

"Aileen kau tak nak cari pasangan hidup ke?" soal Melissa.

"entah la, Mel." jawab AIleen. dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin buat masa ini yang dia tahu dia mahu bersama Melissa dan kawannya yang lain.

"Ai... satu hari nanti kalau kau jumpa seorang lelaki yang kau rasa selesa dan selamat lepastu dia lamar kau, kau terima tau aku yakin 100% yang dia mampu lindungi kau dari bahaya dan cintakan kau sepenuh hatinya, janji?" kata Melissa sambil menunjukkan jari kelingkingnya.

Aileen mengangguk kecil dengan senyuman kecil di bibir jari kelingking sahabatnya itu dibalas. "janji." balas Aileen walaupun dia tidak berapa yakin sama ada dia akan tunaikan atau tidak janji tersebut.

"dan aku harap kau dapat kebahagian yang kau impikan selama ni. bila dah jumpa jangan lepaskan, okay?" kata Melissa lagi.

"baik, tapi aku tak janji kalau kebahagian tu tercapai tapi kau tak ada aku akan tolak." kata Aileen masih bertekad untuk bersama sahabatnya itu.

"ya, baiklah dan aku tak akan halang kau tapi aku akan sokong dan lindungi kau." kata Melissa.

Aileen mengulum senyum sebelum memeluk sahabatnya itu Melissa membalas pelukan Aileen.

'aku harap kau sentiasa bahagia Ai dan aku sayang kau sangat-sangat kau adalah kawan aku sampai bila-bila aku gembira kita ditakdirkan untuk bertemu dan menjadi kawan baik.' bisik hati Melissa.

Aileen meleraikan pelukan seelum menjarakkan diri dari sahaatnya untuk memandang wajah comel itu.

"jom tidur sementara makanan tengah hari siap, kau kena rehat secukupnya okay? jangan fikir tentang lelaki hari tu yang itu biar aku yang uruskan kalau kau fikir nanti kau yang stress tugas kau hanya perlu sihat dan senyum saja, boleh?" kata Aileen.

Melissa mengangguk kecil sebelum memejamkan mata tangannya dan Aileen bercantum dahi mereka bersentuhan. senyuman tidak pudar dari bibir mereka berdua.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience